Wednesday, March 31, 2010

MEB TIADA ROH KEMUDIAN MEB TIRU AEM..


Model Ekonomi Baru ini telah disingkap dan dihuraikan oleh Perdana Menteri semalam bakal mengubah senario ekonomi Negara kepada ekonomi berpendapatan tinggi melalui pacuan pertumbuhan melalui program-program transformasi yang baik untuk rakyat bagi mencapai wawasan 2020.MEB adalah satu pekara yang perlu dilaksanakan dalam meningkatkan pendekatan drastic dalam menuntut semua pihak bekerjasama demi kepentingan semua secara agresif.

MEB juga meningkatkan kualiti pekerja dan pada masa yang sama mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dalam sector perladangan dan perusahan. Dengan cara ini akan membantu mengurangkan isu masalah rakyat hidup didalam kemiskinan. Dengan cara ini barulah Negara mampu mencapai status Negara maju dengan memastikan rakyat miskin terbela.



PAS menyatakan bahawa MEB tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak menyebabkan kaedah peningkatan ekonomi Negara itu adalah tidak secara holistik, walhal kenyataan Anwar mengatakan bahawa MEB dibuat berdasarkan frasa yang sama seperti AEM.

Jikalau benar bahawa MEB sama seperti AEM, kenapa PAS menyokong melaksanakan AEM dalam pakatan rakyat, ini bermakna Pakatan rakyat membuat keputusan untuk melaksanakn AEM, tetapi PAS tidak bersetuju dengan dengan dasar yang mereka persetujui bersama.

Kenapa PAS ingin mengatakan MEB ini tidak baik dan tidak membawa manfaat kepada rakyat, walhal AEM dipersetujui pula. Dari sini kita sudah melihat bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai pendirian yang kukuh diantara komponen parti didalam melaksanakan dasar. Baru satu isu ingin meningkatkan ekonomi Negara tetapi bagaimana pula dengan isu sosial?, isu kebajikan rakyat?, isu infrastruktur Negara?, isu pembangunan pendidikan.?

Ini Jelas menunjukkan mereka tidak bersatu dalam melaksanakan sesebuah dasar dan hanya menunding jari kesalahan dan kesilapan kerajaan didalam memakmurkan Negara. Janganlah hanya menuding jari kesilapan dan kesalahan kerajaan sahaja, kita harapkan pembangkang kita mampu mengorak langkah didalam memajukan Negara dengan mengeluarkan kaedah-kaedah yang lebih baik. Kita berharap pelancaran MEB itu sebagai satu era baru bagi negara ke arah tranformasi menyeluruh termasuk bagi menggerak kemasukan pelaburan asing dan menaik taraf serta membawa masyarakat perniagaan ke peringkat global.

APA MASALAH DENGAN GAGASAN 1MALAYSIA…


Semalam kita dengar tentang seorang Ahli Parlimen mahukan jaminan gagasan ini tidak menggugat kedudukan Islam, hak orang melayu dan Raja-raja seperti dalam perlembagaan. Hari ini pula bising pulak Lim Kit Siang tentang Timbalan Perdana Menteri tidak selari dengan Perdana Menteri berhubung dengan gagasan ini.

Sewajarnya ahli parlimen kita perlu benar- benar faham tentang konsep asal Gagasan ini diwujudkan. 1 Malaysia ini adalah menyentuh tentang perpaduan dan kesepakatan semua kaum sebagai rakyat Malaysia mematuhi perlembagaan Negara. Sepatutnya Ahli parlimen kita perlu faham apa yang ingin disampaikan melalui gagasan ini. Janganlah disebabkan ingin mendapatkan populariti didalam Sidang parlimen menyebabkan kelemahan BN dalam memahami konsep ini terserlah.

Kita perlu perasan, dengan kelemahan Ahli Parlimen kita dalam memahami Gagasan ini perlu ditangkis sewajarnya bagi mengelakkan Ahli parlimen pembangkang menggunakan kelemahan ini sebagai senjata tulen mereka memanipulasikan gagasan ini seperti apa yang dilakukan Lim kit siang.

Ramai melayu takut dengan keadaan ini, hak melayu tercabar, sebenarnya dengan konsep ini, melayu tidak perlu gentar tetapi pemimpin pucuk pimpinan perlu sedar apa yang patut dilakukan disamping menggunakan kekuatan gagasan ini dalam pembentukan perpaduan diantara kaum.

Saya rasa jelas bahawa Ahli parlimen kita masih lagi tidak faham dengan jelas tentang gagasan ini, dan perlu diambil iktibar supaya kelemahan-kelemahan seperti ini perlu ditangkis serta merta supaya pembangakang tidak menggunakan sebagai senjata mereka dalam memerangi barisan nasional.

Friday, March 5, 2010

KERAJAAN BATALKAN CADANGAN PELAKSANAAN PENSTRUKTURAN SEMULA SUBSIDI PETROLEUM

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada minggu lepas baru sahaja saya menghadiri mewakili UMNO minum malam Ahli PAS bersama Tuan hají Mohamad,AJK PAS Pusat di Putrajaya. Mereka marah sangat dengan penstrukturan semula yang mengatakan bahawa minyak akan naik.Dua hari selepas itu, saya berjumpa dengan Yeop Mohd Hisamuddin Yahya, Exco pemuda UMNO Pusat yang mengatakan bahawa kita PEMUDA telah menghantar Proposal untuk mengelakkan penstrukturan subsidi ini dan akhirnya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembatalan isu ini. Alhamdulillah, Syukur rasanya bila minyak tidak naik naik, Ini menunjukkan kerajaan kerap melihat apa yang dikatakan oleh rakyat sebelum melaksanakan sesuatu dasar.

Tetapi ada juga kengkangan yang dibuat,kerajaan menguatkuasakan pembelian petrol dan diesel melebihi 20 liter dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara. Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan telah merancang agar satu sistem menggunakan MyKad akan dikuat kuasa berdasarkan kuasa enjin kenderaan.

Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion tetapi fakta ini adalah hanya untuk mengurangkan bebanan rakyat dan rakyat berhak menikmatinya.