Sunday, April 4, 2010

KEPUTUSAN BN DI HULU LANGAT MENENTUKAN UMNO BENAR-BENAR PULIH UNTUK MEMBELA MELAYU.





Keputusan meletakkan calon yang paling sesuai di hulu langat yang akan diputuskan oleh Barisan Nasional menentukan kekuatan UMNO sebagai parti tunjang BN, Jika benar kemenangan berpihak kepada BN, ini menunjukkan bahawa UMNO dan BN sudah diyakini rakyat walaupun telah mengahadapi krisis kekurangan sokongan rakyat pada PRU12.

Apabila kejayaan BN pada kali pilihanraya kecil ini, menunjukkan keikhlasan kesemua dikalangan ahli dalam membantu parti UMNO dan BN didalam meraih undi rakyat. Ahli UMNO perlu jujur didalam kesatuan BN bagi menguasai kawasan ini supaya keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN diraih semula dan memadamkan fakta yang tidak boleh dipadam pada PRU12. Ahli UMNO dan BN adalah tiang dan tulang belakang Negara yang telah terbukti kebolehannya sejak merdeka lagi.

Jika UMNO sebagai parti yang terkuat tidak mampu menyelesaikan konflik dalaman didalam menentukan calon, melihatkan bahawa kelemahan UMNO didalam membawa agenda nasional dan khususnya hak bangsa melayu semakin pudar dan tidak bernyawa. UMNO perlu kuat supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki dan mengharungi segala rintangan dan dugaan didalam menyatukan perpaduan disamping membela hak melayu. Jika tidak, adalah malang sekali, melayu terpaksa menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Generasi melayu baru perlu beringat, disebabkan pemimpin dahulu leka dengan kemewahan, riak dengan pangkat didalam mendapatkan harta yang melimpah ruah dan ada pemimpin melayu yang kecewa dengan kehinaan,menyebabkan melayu berpecah belah dan akibatnya kita yang merana sekarang ini. Kita tidak perlu angkuh seperti mereka yang dahulunya kaya dengan hasil kekayaan nenek moyang kita dan tergamak menebang pohon yang sepatutnya kita berlindung, tetapi kita perlu jalan sendiri jika mereka tidak mahu berubah yakni bersatu menyuburkan kembali pohon yang baru untuk kita dan generasi kita seterusnya. Tinggalkan mereka dengan pohon yang ditebang itu dan bawalah kembali kegemilangan silam supaya dihormati oleh orang lain di Negara ini.