Tuesday, November 29, 2011

PAS LEMAH MENGUASAI AMIGA BAGI MEMPERTAHANKAN HAK ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Suka Hati Amiga apabila menguasai 2 Parti Politik Melayu, ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk melupuskan penguasaan UMNO memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi

Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.

Kita dapat lihat secara terang-terangan bahawa PAS menyokong Amiga dengan mendiamkan diri tanpa membuat sesuatu untuk menjaga kesucian Islam. PAS lemah apabila bergabung dengan DAP dan PKR . Sedia Maklum kita dapat lihat PAS hanyalah boneka mereka untuk menutup lubang-lubang yang bocor yakni kelemahan Pakatan Rakyat supaya dapat menumbangkan Barisan Nasional.

Perjuangan PAS adalah untuk Memartabatkan Islam kata Nik Aziz, Tetapi dimanakah PAS yang lansung tidak mampu bersuara didalam Pakatan? Adakah terlalu kerdil PAS ini di mata mereka?






Presiden PAS yang hanya mengangguk kepala bahawa Perjuangan PAS berlandaskan Agama Islam tetapi hakikatnya masih bercorak memerlukan persetujuan orang Kafir DAP

Dan Parti manakah sebenarnya perjuang demi Islam sehinggakan Amiga panas punggung ingin mengubah dasar kerajaan yang banyak memberikan kemudahan kepada orang Islam dan persoalan ini sudah tentu Barisan Nasional tetapi alangkah malanya PAS tetap tidak bersetuju.

Mari kita lihat mengapa Amiga amat berbahaya :


Menggunakan NGO sebagai senjata yang ampuh didalam menerbitkan rasa benci terhadap perlembagaan Negara

Pergerakkan Amiga dibiayai oleh pertubuhan Yahudi bagi memudahkan perjalanan amiga dan pengikut-pengikutnya yang majoritinya penguam

Amiga mempunyai hubungan yang luas dengan yahui Antarabangsa dan juga turut melobi hingga ke PBB

Amiga bercita-cita untuk menjadi pelapor PLURALISME di Malaysia dan ditaja oleh National Democratic Institute (NDI) NDI adalah salah satu daripada 4 cabang National Endowment for Democracy(NED).

Allen Weinstein pengubal dasar undang-undang NED mengesahkan bahawa NED adalah seumpama CIA dan Amiga telah dilantik sebagai ketua Bersih 2 untuk menekan kerajaan supaya menerima segala kehendak mereka tanpa disedari oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yang masih dibuai dengan harapan menjadi ahli Kabinet dan Perdana Menteri Malaysia ke-7

Isu Permurtadan di DUMC dan yang terbaru Seksualiti Merdeka 2011 adalah perancangan terperinci untuk mencabar kedaulatan Negara. Isu ini cuba mengusik Rang Undang-undang dan perlembagaan bagi membantu Anwar supaya terlepas daripada kes liwat sebelum pilihanraya ke 13. Perancangan ini juga adalah konspirasi diantara Anwar Ibrahim dan Sekutunya bagi melepaskan diri daripada akhir kes pengadilannya sebelum disumbatkan ke Penjara Sungai Buloh

Menjadikan IFC yang ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism sebagai dasar Perjuangannya.
Mempertikaikan status agama anak orang Islam supaya biarkan anak itu memilih agamanya sendiri

Kebebasan org Islam menukar agama tanpa dikenakan undang-undang Mahkamah syariah
Mempertikaikan Mahkamah Syariah tidak mampu mengendalikan kes murtad dan perlu diberikan kepada mahkamah Sivil

Menghapuskan status agama didalam Kad pengenalan

Perjuangkan berkahwin tanpa menukar agama asal dan membenarkan orang Islam menukar agama sekiranya berkahwin dengan bukan Islam tanpa dikenakan sebarang undang-undang


PAS akhirnya menjadi boneka kepada DAP, Sudahlah PKR hanya mementingkan diri sendiri,kesian PAS,hanya mampu berkata "tidak boleh" dan bukan tindakan.





Menentukan sesiapa/Pasangan yang memeluk Islam tidak dibenarkan diberi hak penjagaan anak

Membenarkan org bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bukan Islam menuntut hak harta pusakanya

Mempertikaikan kerajaan menyediakan dana setimpal dengan rumah ibadat orang Islam yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam.

Membenarkan orang bukan Islam mengunakkan perkataan ayat-ayat suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

Bible diperluaskan dengan menterjemahkan didalam Bahasa Melayu dan diedarkan secara terbuka

Menghilangkan kesemua aktiviti dan program yang berunsurkan Islam dalam bahasa ibunda dan Dakwah agama lain selain Islam pula dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing

Mempertikaikan kepada kerajaan bahawa orang Islam membayar zakat tanpa membayar cukai pendapatan

Wang hasil zakat perlu dikongsikan bersama dengan orang-orang bukan Islam

Mempertikaikan Agama Islam supaya tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



PAS tetap Gagal mempertahankan,apatah lagi apabila berkuasa kelak,itupun kalau dapat

Monday, November 28, 2011

NFC: SUDAH DIPERJELASKAN SEMUA TETAPI MASIH SAIFUDDIN XFAHAM BAHASA MELAYU



Tidak habis-habis PAS dan PKR menyebut pasal Sharizat, saya ingin nyatakan bahawa duit rakyat ini telah diurustadbir dengan baik. Jika Isu ni masih dipusing-pusing, dimanakah ketelusan kerajaan untuk menerangkan kepada kerajaan, Saifuddin Nasiution ini pekak?tidak paham dengan penjelasan diberikan?Gagal fahami Bahasa melayu?


Mari kita dengar Penjelasan Khairy Jamaludin:

1. Dana yang diberikan 250 juta sudah dibelanjakan?

Dana yang telah diberikan kepada syarikat ini adalah sebanyak 181 juta sahaja mengikut peringkat dan dipantau oleh kerajaan

2. Keluasan 5000 Ekar yang telah diberikan?

Keluasan 1500 ekar atas pajakan bagi menjalankan projek ini

3. Kondominium Mewah bagi Menteri?

Kondominium ini adalah atas nama syarikat dan kenapa di beli?. Hal ini adalah disebabkan projek mengalami kelewatan dan atas sebab itulah syarikat ini membuat keputusan untuk membuat pelaburan bagi menjana pendapatan; Syarikat ini perlu menaja pendapatan bagi memastikan syarikat mampu bergerak

4. Mengapa keluarga Sharizat?

Syarikat ini adalah syarikat yang diuruskan oleh keluarganya dan telah mengikut prosedur kerajaan dalam membida projek tersebut. ada 6syarikat yang bersaing. Jadi tidak ada masalah jika syarikat ini berjaya atas disebabkan pembidaan dan bukan rundingan terus.





Sumber :Tun Faisal

Nota:

Tulisan saya sebelum ini adalah konsisten;

1. Shahrizat belum didapati bersalah dan hanya di`bicarakan' di mahkamah media. Jadi kenapa perlu dia letak jawatan? Jika mahu Shahrizat berehat, itu masuk akal sebab memang adaprecedence sebelum ini. Itupun hanya selepas di bawa ke mahkamah. Kes Shahrizat ini langsung tidak sama dengan kes Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, sehingga menyebabkan beliau perlu bercuti.

2. Yang rakyat mahu tahu adalah tentang integriti semasa projek ini dianugerahkan, sama ada berlaku penyalah gunaan kuasa atau pelanggaran kepada prosedur kewangan. Untuk ini bagi saya, ia perlu disiasat. Jika ada pelanggaran dalam soal ini, maka hukumlah sesiapa yang terbabit. Itu bukan masalah kerana Kerajaan BN sememangnya mahu pentadbiran dilaksanakan secara bersih, cekap dan amanah. Itu transformasi yang Datuk Seri Najib Razak janjikan melalui NKRA usaha memerangi rasuah.

3. Jika dikatakan bahawa syarikat telah menyalah gunakan dana kerajaan atau telah gagal di dalam pelaksanaan, maka, BUKAN Shahrizat, tetapi tindakan perlu diambil terhadap syarikat. Jika benar mereka gagal, maka mereka bertanggung jawab menjelaskannya kepada Kerajaan dan rakyat.

4. Jika ada tuduhan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya memberi tumpuan kepada syarikat besar dan mengenepikan petani kecil, maka Kementerian Pertanian perlu menjelaskan tentang objektif kenapa tumpuan tertentu diberikan kepada syarikat besar dan adakah ini sebahagian dari strategi untuk mengangkat industri asas tani negara. Kementerian tersebut juga perlu menyenaraikan track record kementerian dalam membantu begitu ramai petani dan peladang kecil seperti yang terlibat dalam penternakan lembu tenusu, ikan keli, ikan talapia, ikan patin, ikan arowana, kambing dan sebagainya.

5. Desakan agar pemimpin letak jawatan memanglah desakan yang popular, tapi desaklah agar siasatan dibuat terlebih dulu - jangan menganiayai orang lain.?

6. Perkara paling penting ketika ini, tiada ada mana-mana undang-undang yang menghalang keluarga Shahrizat daripada berniaga, asalkan ia melalui prosedur kewangan yang betul dan Shahrizat tidak terlibat di dalam proses membuat keputusan.

Shahrizat Perjelaskan Kontroversi NFC

BroJinggo

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

Posted by Bro Jinggo at 8:03 PM

Labels: Projek Fidlot, Shahrizat

BELIA SELANGOR MULA TUNJUK TARING BUKTIKAN PKR SELANGOR LEMAH



Video ini jelas bahawa Belia selangor mengalami krisis pembangunan mereka sendiri akibat pengurusan kerajaan negeri yang hanya mementingkan imej supaya PRU 13 dapat ditakluki.

Belia selangor perlu berbuat sesuatu,jika tidak sampai bila kita ingin ditindas oleh kerajaan negeri selangor.

Ikuti Bukti-bukti yang disebutkan:-

Komen 1:BUDGET

Kurang penguraian penambahbaikan pembangunan belia, pusat pembangunan belia dijual. Melupuskan aktiviti pembangunan belia bagi menambahkan dana walhal belia yang menjadi mangsa.

Komen 2: YAYASAN SELANGOR

Penjualan Asrama Yayasan Selangor menyebabkan belia daripada keluarga miskin Selangor mengalami krisis kewangan kerana tiada bantuan penginapan yang selama ini diberikan kepada mereka untuk pembelajaran.

Komen 3: AUKU

Semua Mahasiswa dibuang apabila tidak persefahaman politik,bukan sahaja mahasiswa malah Pensyarah yang memberikan pandangan bertentangan politik. Dan Kesemua Mahasiswa UNISEL tidak diberikan duduk di hostel disebabkan latar belakang keluarga BN

Komen 4:MAJLIS PERUNDINGAN BELIA SELANGOR

Ketandusan pergerakan belia apabila Persatuan yang bukan dibawah majlis perundingan belia muncul seperti cendawan tapi Majlis menentang pergerakan mereka kerana tidak berada dibawah satu payung Majlis Perundingan Belia Selangor.

Komen 5: AUDIT

Terdapat berlaku penyelewengan billboard digunakan untuk publisiti agenda Parti, Duit Rakyat dan dana rakyat diseleweng hanya untuk mengunakan promosi parti dan bukan promosi perlancongan.

Keua Audit melihat pengurusan mereka adalah lebih baik dengan dana 1200juta simpanan dan jika diselidik sedalam-dalamnya,Kebanyakkan asset kerajaan negeri telah dijual untuk mendapatkan badget surplus. Hal ini menunjukkan bahawa ketidakbolehan mereka mendapatkan badget surplus menyebabkan mereka menjual Aset. Hal ini amat membahayakan kerana asset dijual bagi menutup kelemahan mereka.

keterangan lebih lanjut:KL BOYZ

HM:BN Pilihan orang Muda!,Save Selangor!

7 Wasiat dan Amanat Untuk Bangsa Melayu Perlu Diikat didalam hati Melayu bagi memelihara Kedaulatan Melayu




Apa guna orang bertenun

Untuk membuat pakaian adat

apa guna orang berpatun

Untuk mengingat petuah amanah

Apa guna orang bertenun

Untuk membuat kain dan baju

Apa guna orang berpantun

Untuk mengangkat tuah melayu

Sumber : TUN FAISAL

Esok, Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan bermula. Ini adalah perhimpunan terbesar umat Melayu yang diadakan setiap tahun di negara kita. Dalam Perhimpunan Agung UMNO, suara dan usul daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan dasar-dasar UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional dibahaskan. Ia juga satu perhimpunan yang merapatkan ukhwah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat yang menyokong UMNO, ahli dan pemimpin UMNO.

Tidak syak lagi, ini adalah himpunan orang Melayu dan umat Islam negara ini yang terpenting dan akan menentukan agenda dan hala tuju perjuangan memartabat Agama, Bangsa dan Negara.

Bagi setiap yang hadir sebagai perwakilan, INGATLAH bahawa anda adalah pembawa suara akar umbi UMNO; suara mereka yang tidak berkesempatan dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke PWTC apalagi ke dalam dewan-dewan persidangan UMNO, tetapi tetap utuh dan kukuh sokongannya terhadap UMNO. INGATLAH bahawa UMNO terus diberkati dan dirahmati Allah swt kerana doa dan sokongan rakyat biasa seperti mereka ini.

Jadi jangan sia-siakan kehadiran anda di sini. HAYATI 7 Amanat Presiden dan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu. Bawa dan kongsikan pengetahuan dan pengalaman yang didapati ini kepada mereka. Insya-Allah UMNO akan terus kekal relevan dan menjadi pilihan umat Melayu dan umat Islam yang berketurunan lain di negara ini. Amiiin.


Sunday, November 27, 2011

BUKTI KONGRES GAGAL SATUKAN AHLI PKR





Tidak mencapai matlamat



View Belakang: kerusi nie sewa utk korang wei,nape xhadir.


Tidak Habis Tohmahan Azmin mengatakan bahawa PKR masih diterima rakyat, tetapi sambutan yang dikatakan mengalakkan hanya kerusi-kerusi yang kosong, apa dah jadi?


View Hadapan: Wakil dari Seluruh Malaysia termasuk sabah dan sarawak,tetapi masih kelihatan lompong-lompong, utk siapa itu?

Apabila meneliti Kongres ini, dilihat pemimpin PKR hanya bercakap kosong dan berbaur fitnah kepada Barisan Nasional. Tidak nampak lansung kemajuan yang ingin dicapai buat masa ini dan tambah lagi dengan Pilihan raya Umum ke 13 yang hampir menjelma.


Di tambah pula dengan Omong-omong kosong Anwar Ibrahim yang banyak memfitnah transfomasi negara untuk ke arah negara maju sehingga ke magrib. Pengisian yang berterabur hanya untuk menutup keaibannya sendiri tanpa memberikan satu inspirasi yang bertenaga kepada kerusi-kerusi yang mendengar kongres ini.

Bukti Saifuddin Nasution berkecil hati dengan ahli PKR yang tidak hadir . Sumber: Networks


HM:mungkin PRU13 akan membawa PKR ke ambang kemusnahan disebabkan pemimpin yang berhati kotor, hanya menunding jari kesalahan orang lain tanpa mengajak ahli-ahli membetulkan masalah dalaman PKR sendiri

ANWAR SANGGUP JUAL SEMUA PADA CINA KOMUNIS UNTUK MENANG

Anwar terpaksa menggadaikan lagi maruah bangsanya demi kepentingan peribadi... Memijak martabat Tanah Melayu hanya kerana angan-angan desperado...

Sumber: 1 Perluru

PANAS!! ANWAR SOKONG LIM GUAN ENG JADI PERDANA MENTERI!!

Anwar terpaksa menggadaikan lagi maruah bangsanya demi kepentingan peribadi... Memijak martabat Tanah Melayu hanya kerana angan-angan desperado...

Pakatan tak sokong 'PM hanya untuk Melayu'

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan.

"Jadi pendirian kita jangan kelirukan. Saya baca laporan media, saya baca teks (ucapan dasar ketua AMK), nyata ianya lontaran kepada Umno dan dijelaskan pendirian PKR tidak berganjak daripada peruntukan perlembagaan dan prinsip yang ada," katanya.

Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu".

"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini.

Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan. -MK

KLIK DISINI UTK BERITA SELANJUTNYA

EKSKLUSIF: BUKTI NGA KOR MIN BIADAP, RASICS DAN TIDAK HORMAT ORANG!!!!

-DAH LAMA PATUT KITA PIJAK DIA NIE-



-isu Darul Kartun, Pas boleh ketawa besar sebab tidak paham makna "Darul Ridzuan"-



MARI KITA LIHAT ISU YANG DIMAINKAN OLEH AHLI PARLIMEN KOMUNIS INI


ISU 1- SIDANG DUN



Tidak menghormati persidangan DUN perak sesi perbahasan Bajet 2012 dengan membuat cacian terhadap Timbalan Yang dipertua, Datuk Hee Yit Foong adalah seorang Pelacur Politik dan Katak Nga bukan sahaja mengutuk beliau tetapi ditambah termasuk ibu dan nenek . “Ia menghina (kaum) wanita, tarik balik, kalau tidak saya putuskan jangan berbahas…ibu dan nenek Yang Berhormat juga kaum wanita,” katanya pada persidangan DUN di sini hari ini.

ISU KE-2 MASJID



748.26 juta dijadikan isu oleh Nga sebagai satu jumlah yang melampau kerana kerajaan BN /UMNO telah belanjakan untuk pembinaan masjid sejak tahun 2000 hingga 2008 melibatkan 611 buah masjid. Setelah isu ini diperhangatkan, lalu Nga mengubah kenyataan dengan mengatakan beliau mengalu-alukan hasrat kerajaan membina masjid.

ISU KE 3 - SEKOLAH HUA LIAN

Nga Kor Ming telah datang dan menggunakan sebuah sekolah Cina untuk berkempen untuk pilihan raya umum, mencetuskan bantahan marah dari guru-guru dan ibu bapa, yang mendapati apa-apa perbuatan yang terang-terangan hina. Ng Cheong letakkan jawatan sebagai pengerusi Lembaga sekolah hua Lian disebabkan Nga berkempen meletakkan banner kempen DAP bersama pada hari kantin sekolah dengan bongkak. Dia mengadu bahawa sekumpulan orang DAP datang dengan sombong tidak menghormati majlis di sekolah

ISU KE 4 -PIJAK GAMBAR

Memijak Gambar orang melayu yang keluar parti disebabkan tidak puas hati dengan sikap orang melayu yang telah sedar bahawa Perak ditabdir oleh Cina haprak DAP yang terlalu bersifat Perkauman dengan menggunakan boneka si Nizar sebagai menteri besar bagi menutup mulut PAS.

Rujukan---> DISINI

ISU KE 5 - GAMBAR RUMAH PAKAI KASUT

Memasuki rumah orang melayu dengan tidak membuka kasut. Nak dikatakan kasut bertali tidak pula dilihat. Alangkah buruk perangai si cina DAP ini mempunyai dasar supremasi kaumnya sahaja, lantas tidak pernah mengambil tahu budaya Melayu.Perkara asas apabila memasuki rumah orang melayu mesti membuka kasut. Melayu ditindas begitu sahaja.


HM: jika kita kalah nanti, baru melayu menyesal mengapa kita berpecah-pecah.

Friday, November 25, 2011

BUKTI:RAZALI BERKATA BENAR PASAL ANWAR BURUKKAN MALAYSIA

Apabila saya terbaca tulisan Double Y . Saya mencari bukti :

Adakah Pakatan Rakyat memburukkan Malaysia?


Dibawah ini bukti Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat memburukkan MALAYSIA:




HM:Wahai Pengikut Pakatan Rakyat yang haram, jangan bersedih apa yang dikatakan oleh Dato Razali Ibrahim, memang telah dibukti. Kesian pemain Bola Malaysia,tidak mengapa nasib menyebelahi kita.Kita Menang.

Go..go..Harimau Malaya


………………………………………………………………………………………………………………………………

Blog Double Y

Pembangkang Atau Razali Ibrahim Yang Bersikap Seperti Anak Kecil?

Bila terbaca artikel tulisan saudara Amin Iskandar sebagaimana dipaparkan di atas, jelas memperlihatkan betapa biasnya laporan penulis tersebut. Beliau menempelak Dato Razali Ibrahim ekoran kenyataan DRI ketika pasukan bola sepak negara menjuarai pingat emas sukan SEA tempoh hari.

Ketika Malaysia menjuarai pingat emas sukan SEA dalam acara bola sepak tempoh hari, Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengeluarkan kenyataan "Pakatan racuni peminat Indonesia Benci Malaysia".

Nampaknya Dato Razali Ibrahim telah membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih, tidak pula diketahui berapa kotak tisu digunakan oleh penyokong Pakatan Rakyat dalam mengenang kesedihan melampau yang dialami mereka gara-gara kenyataan Dato Razali Ibrahim.

Hahaha...

Hoii...penyokong Pakatan Rakyat usahlah bersedih, kerana apa yang dikatakan itu semuanya benar belaka, mari kita tengok apa Anwar Ibrahim telah lakukan setiap kali di hadapan rakyat Indonesia.

Umum mengetahui bagaimana Anwar Ibrahim memburukkan nama Malaysia setiap kali ke luar negara, bukan sahaja Anwar Ibrahim Nurul Izzah pun pernah memburukkan Malaysia di Indonesia secara tidak langsung telah membangkitkan perasaan benci rakyat Indonesia kepada Malaysia.

Jika terlupa mari sini saya ingatkan saudara pembaca :

Ogos 2011 yang lalu Anwar Ibrahim dalam satu forum bertajuk, Akses terhadap keadilan, di Puri Imperium, Jakarta, Anwar kata orang Malaysia haram hukumnya mengambil upah dari Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dengan cara tidak membayar gaji.

Selepas itu anaknya si Nurul Izzah juga bertindak memalukan imej negara ketika ditemubual media Indonesia. Pada waktu Nurul Izzah bukan sahaja mengeluarkan kenyataan palsu tentang kelengkapan pasukan keselamatan negara.

Beliau juga cuba membayangkan bahawa kelengkapan pasukan keselamatan negara kita lemah dengan menyatakan bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh selam walaupun isu ini banyak kali dijelaskan dalam Parlimen.

Dan yang terbaru Anwar Ibrahim memburukkan pula sistem kehakiman dengan dengan pelbagai tuduhan liar,(klik) adakah tindakan ini bukan satu penghinaan kepada negara di mata saudara di mata Amin Iskandar?

Apa yang tidak betul dengan kenyataan Dato Razali Ibahim tempoh hari? Anwar Ibrahim tahu bahawa media Indonesia cukup minat jika ada pemimpin Malaysia sendiri yang 'ganyang Malaysia' sebab itu beliau selalu buat kerja bengong burukkan negara sendiri. Secara tak langsung imejnya popular di media Indonesia.

Sekarang saudara pembaca lihat dan buatlah penilaian sendiri, adakah salah kenyataan Dato Razali Ibrahim, adakah kenyataan itu merupakan kenyataan kebudak-budakkan? Akhir kata tahniah Dato Razali Ibrahim sebab berjaya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat bersedih.

Hahaha....

YY : Kehkehkeh... DRI teruskan sessi balun PR!!!

Pindaan AUKU Langkah Tersusun Kerajaan & Iktiraf Mahasiswa


Semasa mendengar ucapan Datuk Razali mengenai AUKU, HM kembali teringat menjadi ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan juga pada satu masa dahulu satu batch menjadi perwakilan pelajar bersama Saiful Bukhari, memang dari dulu lagi isu AUKU perlu dipinda telah dimainkan dan mahasiswa perlu tahu pindaan AUKU telah dibuat pada Pindaan pada tahun 2008. Kita tidak hendak melihat kualiti mahasiswa merundum jatuh atas disebabkan ketidakseimbangan diantara politik dan pengajian yang diambil oleh mahasiswa itu sendiri.

Kenapa perkara itu terjadi?

Jelas apabila seseorang mahasiswa yang amat fanatik perjuangan sesuatu parti akan menyebabkan pengurusan masa terganggu atas disebabkan minat terhadap politik melangkaui tahap kecerdasan minda didalam penumpuan pembelajaran. Apabila kerosakkan keseimbangan mental dan fizikal untuk memfokuskan kepada pembelajaran lalu punggutan mata (CGPA) pengajian menurun dan akhirnya mahasiswa itu digugurkan daripada Universiti. Digugurkan atas fanatik terhadap sesuatu parti tidak boleh dimaafkan untuk menyambung pengajian kerana hilang fokus.

Dari persepsi Jentera Parti memang tidak dinafikan bahawa apabila jentera parti lemah lalu Parti sanggup mengambil apa sahaja peluang yang ada seperti memanipulasikan mahasiswa sebagai alat atau medium yang paling sesuai untuk menyuarakan hasrat Parti dengan satu objektif memenangi hati rakyat. Itu memang sudah sedia maklum dan kita dapat lihat bahawa tiada apa-apa kelebihan yang diberikan kepada mahasiswa yang sudah menabur bakti terhadap parti. Adakah parti akan menjamin kehidupan selepas keluar daripada Universiti?adakah parti akan mengambil mahasiswa sebagai pekerja tetap dengan gaji minimum RM1500 seperti yang ditaburkan Khalid MB Selangor?saya jamin seratus peratus tidak pernah mahasiswa yang telah menjualkan fokus belajar lalu diambil berkerja dengan parti dengan gaji yang lumayan. Percayalah.

Dan sebab itulah dengan adanya AUKU menyebabkan Mahasiswa terjamin. Kita perlu faham mengapa kerajaan buat ini semua. Adalah untuk menjamin kesejahteraan golongan muda supaya menjadi graduan yang berkualiti untuk memimpin Negara kelak.

HM: tidak ada masalah untuk menyertai tetapi biarlah habis belajar.

Keterangan lanjut:Blog TUN FAISAL



Pindaan AUKU Langkah Tersusun Kerajaan Iktiraf Mahasiswa

Langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sahaja satu pengiktirafan kepada mahasiswa tetapi juga menunjukkan langkah tersusun kerajaan ke arah mengasah bakat kepimpinan mahasiswa di negara ini.

Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata jika sebelum ini pindaan akta itu membolehkan mahasiswa terlibat di dalam pertubuhan belia, namun komitmen kerajaan hari ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada golongan berkenaan.

Menurut beliau mahasiswa perlu mengambil kesempatan berkenaan dengan memiliki serta mengambil ilmu pengetahuan yang cukup dalam usaha menonjolkan kepimpinan serta idea mereka.

“Kita buat ini sebab kita iktiraf kepimpinan mereka dalam usaha untuk mematangkan mereka dalam persatuan di luar kampus. Peringkat seterusnya sudah tentu untuk mereka dedahkan kepada politik sebenar.

“Ianya adalah satu galakan dan pengiktirafan kepada mahasiwa untuk terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara dan saya menaruh harapan tinggi agar ianya tidak digunakan kesempatan untuk sebaliknya.

“Inilah peluang yang diberikan kepada mahasiswa untuk menunjukkan kematangan tanpa membiarkan diri mereka dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung merupakan bukti transformasi yang cuba dilaksnakan oleh Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan benar-benar serius menjelang negara maju 2020,” katanya.

Razali yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah langkah berkenaan juga seiring dengan pendirian pergerakan itu yang mahu perkara tersebut diteliti dan dinilai semula demi kepentingan mahasiswa.

“Isu pindaan terhadap AUKU ini telah dibuat sejak daripada dulu lagi…..Rakyat kena mengimbau perkara ini bukan perkara yang disebut semalam.

“Tambahan pula Pemuda BN berulang kali menyatakan pandangan bahawa sudah sampai masa untuk kita melihat semula AUKU ini dan akhirnya dilaksanakan dan rakyat kena ambil kira bahawa bukan hanya kenyataan politik tetapi kesungguhan itu telah ditunjukkan oleh kerajaan selepas ianya diperkatakan bertahun lamanya… pada kita dia hanya bercakap,” katanya.

Beliau seterusnya berkata ianya adalah waktu terbaik untuk mahasiswa mengambil terhadap pengiktirafan tersebut.

“Ini adalah kesempatan yang cukup baik untuk digunakan dan saya harap sekali lagi tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan perkara ini apabila mahkamah membuat keputusan di mana kerajaan memutuskan untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya sebagai satu proses perundangan.

“Saya rasa tidak ada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung kerana selepas satu persatu pengiktirafan kepada hak bersuara di kalangan rakyat dilakukan di bawah transformasi politik Perdana Menteri,” katanya. -MediaUMNO


Thursday, November 24, 2011

TERBUKTI TONY DAN IZZAH PENIPU RAKYAT PASAL K1M

Persepsi bodoh di (klik di sini) terbukti Izzah dan Tony terjerat dengan mainan mereka terhadap Kedai 1Malaysia yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Apa sangat la sumbangan kerajaan,tetapi alasan tetap sama, apa yang dibuat semua tidak baik untuk rakyat, walhal mereka lansung tidak memikirkan pasal kebajikan rakyat.

baca seterusnya di bawah (YY) dan sini (Tun Faisal)

@TonyPua dan @n_izzah tipu harga barang Kedai Rakyat 1Malaysia?

First customer: Najib paying at the check-out counter after shopping at Kedai Rakyat 1Malaysia at the Kelana Jaya LRT station in Petaling Jaya. The shop sells 250 types of groceries under the brand name “Kedai Rakyat 1Malaysia”. — AZHAR MAHFOF/The Star

Dipetik dari blog Double-Y. Ikhlas daripada beliau untuk Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


23 Barang KR1M Dibandingkan Dengan Pasaraya Besar - Siapa Bengong Antara Nurul Izzah & Tony Pua?

Nurul Izzah & Tony Pua sebelum ini bertindak membandingkan 23 harga barangan dari Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) dengan harga barangan yang dijual oleh pasaraya besar seperti Careffour.

Dengan membandingkan antara barangan K1RM dengan pasaraya besar seperti Careffour jelas menunjukkan bahawa dalam PKR ini bukan sahaja bapanya bersifat penipu anaknya si Nurul Izzah juga layak dipanggil penipu tidak keterlaluan juga saya katakan bodoh, dangkal dan dungu.

KR1M berkonsepkan pasar mini wajarkah ianya dibandingkan dengan sebuah pasaraya besar seperti Careffour? Ini pun sudah nampak bodoh dan bangangnya wakil rakyat Lembah Pantai dah Ketua Publisiti DAP si Tony Pua ini.

KR1M yang diwujudkan oleh kerajaan hasil ilham Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sendiri adalah untuk dijadikan kayu pengukur bagi kerajaan dalam mengawal harga barang dan mengurangkan kesan monopoli produk yang telah lama wujud dan dikuasai oleh syarikat antarabangsa.

Dengan cara mengurangkan kesan monopoli mereka, secara tidak langsung harga barangan tidak mudah dinaikkan sewenang-wenangnya oleh para tauke yang selalu monopoli barang keperluan ini.

Setakat ini sudah 6 buah KR1M telah dibuka dan menjalankan urusan perniagaan mereka, manakala 21 buah lagi sedang diiubahsuai dan dijangka siap dan dibuka pada 18 December 2011. Sasaran kerajaan BN adalah mewujudkan sebanyak 85 buah KR1M meliputi seluruh negeri di Malaysia menjelang akhir 2012.

Berbalik kepada perbandingan 23 barangan yang dibuat oleh Nurul Izzah bersama 'bugs bunny' beliau si Tony Pua tempoh hari hasilnya jelas menunjukkan bahawa perbandingan yang dilakukan oleh mereka sama sekali tidak berasas malah satu perbandingan yang bodoh.

Antara perbandingan bodoh oleh kedua ekor badut ini adalah :

Serbuk/Pencair Pencuci

Sardin

Teh Ceylon dibandingkan dengan Teh Hitam


Pencuci Pinggan
Fruit Cocktail
Susu & Krimer
Jus


KR1M bukan sahaja akan dibuka di kawasan bandar sahaja, malah menjelang 2012 konsep KR1M ini akan diperluaskan ke setiap pelusuk daerah dengan harapan setiap rakyat Malaysia dapat membeli barangan keperluan pada harga sewajarnya di KR1M.

Nurul Izzah & Tony Pua melihat kemunculan KR1M ini sebagai ancaman terhadap pembangkang, memandangkan jika harga barang dapat di kawal oleh kerajaan melalui konsep KR1M ini, kerana selepas ini jika konsep KR1M ini berjaya tauke besar tidak lagi boleh menaikkan harga barang secara sewenangnya yang mana sebelum ini kerajaan selalu dipersalahkan oleh pembangkang setiap kali berlakunya kenaikkan harga barang.

Melihat tindakan mereka yang menyerang usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat muncul satu soalan di benak fikiran saya.

Antara Nurul Izzah dari PKR dan Tony Pua dari DAP siapa yang bengong di antara mereka? Bagi saya dua-dua ini bengong, sebab itulah mereka'tagteam' menyerang usaha murni kerajaan. Lihatlah pembangkang di Malaysia semua tindakan mereka tidak pernah memikirkan nasib dan masa depan kita sebagai rakyat.

Orang bengong begini kita hendak berikan kuasa untuk mengurus tadbir negara?


YY : Yang sorang nak betulkan tabiat bapa sendiri pun tak mampu, yang sorang urus syarikat di Singapore sebelum ini bangkrap dibuatnya. kenapalah pembangkang di Malaysia ni bengong sangat!

Tuesday, November 22, 2011

PEPECAHAN MELAYU ADALAH DISEBABKAN ULAMA-ULAMA YANG TIDAK INGIN BERSATU MENEGAKKAN SYIAR ISLAM SECARA BERSAMA


Satu ketika dahulu Ustaz ini adalah salah seorang yang dikagumi oleh HM apabila menyampaikan hujah-hujah bernas dalam hukum hakam Islam...

Tetapi terkejut apabila melihat sesi kafir mengkafir dari Ustaz Azhar Idrus menyebabkan rasa kesangsian dengan Ust Azhar. Adalah diharapkan supaya mudah-mudahan dibukakanlah pintu-pintu hati orang -orang yang soleh supaya bersatu hati didalam menegakkan syiar Islam bersama.

HM: tidak hendak melihat lagi melayu mengkafirkan melayu, manusia tidak sempurna dan saling memerlukan bantuan antara satu sama lain.



LAGI PKR KHIANAT UMAT ISLAM DI SELANGOR


Khalid gagap “ponteng sekolah” kecoh di Parlimen, lagi sekali Khalid tergagap-gagap tidak mampu menolong penduduk pangsa kos rendah Indah Court. Apa sudah jadi dengan MB gagap ini yang tidak mampu berbuat apa-apa apabila pemaju ingin merobohkan surau berhampiran dengan pangsa ini.


Sudahlah duit pembinaan sebanyak RM93,000 duit penduduk,dengan tidak hormat pemaju ingin merobohkannya dengan alasan menaik taraf Indah Court semata-mata dengan merobohkan surau.

Difahamkan bahawa surau itu dibina atas kelulusan Majlis Perbadaran Subang jaya.

HM: Kerajaan PKR Hanya boneka…?UMat Islam terpinggir..fikir-fikirkanlah.


Ingin ulasan lanjut sila klik disini:


Lagi Surau DiRoboh Di Selangor...



Penduduk rumah pangsa kos rendah Indah Court di Jalan PJS 11/7a di sini, membantah cadangan pemaju merobohkan surau yang dibina mereka berhampiran rumah pangsa berkenaan sejak lebih sedekad lalu.

Bantahan itu dibuat kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan pemaju membina surau ganti di tingkat empat, bangunan tempat letak kereta yang akan dibina di bekas tapak surau terbabit.

Surau yang dibina penduduk dengan kos RM93,000 itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan tiga blok kondominium 30 tingkat dan 10 unit rumah kedai serta pejabat di kawasan berhampiran.


Penaung surau, Datuk Shaiful Nizam Abdullah, berkata tindakan itu tidak wajar kerana ia dibina hasil wang yang dikeluarkan oleh penduduk sendiri selain sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar 1997.

“Saya tidak faham mengapa pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) begitu mudah hendak merobohkan surau yang kami bina dengan duit sendiri.

“Lebih menghairankan, jika hendak menaik taraf Indah Court, mengapa pula surau ini dirobohkan?

“Kami bina surau ini bukan secara haram tetapi selepas kelulusan MPPJ. Lagipun, tidak sesuai jika surau dibina di atas lot parkir kerana ia menyusahkan penduduk untuk beribadah dan membuat kenduri. sumber: berita harian.


BANDAR SUCI SERAMBI MEKAH DICEMAR KELAB DANGDUT, NIK AZIZ TERIMA MUSIBAH


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4


Sudah tiba masanya rakyat Kelantan menilai sejauh mana kemungkaran yang berlaku di Kelantan yang dikenali sebagai negeri yang mempunyai Bandar Serambi Mekah. Bandar yang bersih sudah dicemari setelah Nik Aziz memperjauhkan Perjuangan PAS didalam membina empayar Negara Islam. Apabila dijatuhkan misi menubuhkan Negara Islam disebabkan Pakatan Haram, PAS ditimpa musibah.

Ikut selanjutnya kisah dibawah:-

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Nota Dari Blog TUNFAISAL:

#SaveKelantan Disko Di Serambi Mekah: Nik Aziz memang masalah! Masa untuk gulingkan...

[Nota: Nik Aziz sememangnya gagal dan hanya beretorik tentang Pas dan negeri Kelantan. Tidak cukup dengan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dan ADUN Selising yang bermasalah; sekarang kisah masalah sosial pula. Apa nak jadi Nik Aziz. Dah sampai masa untuk gulingkan Nik Aziz di Kelantan.]


Dari Blog DOUBLE YY

Ini bukan wajah sebenar Agent Johnson Ok!
Agent yang dilatih khas oleh kickdefella nampaknya bakal mengegarkan lagi pejabat Menteri Besar Kelantan dengan siri pendedahan berikutnya.

Menurut blog Kickdefella - Agent Johnson baru-baru ini selesai dengan misinya menjelajah disko-dut yang terletak di Kelantan sebuah negeri yang dikenali dengan nama 'Serambi Mekah'.

Disko-dut ini juga dikhabarkan ada menghidangkan minuman keras tidak ubah seperti negeri yang diperintah oleh 'kafir' UMNO.

Dari blog Kickdefella :

Siapa kata di Kota Bharu Bandar Raya Islam tiada disko? Siapa kata Kerajaan PAS Kelantan berjaya menyelamatkan adik-adik kita dari terbiak di dalam budaya kuning? Agen Johnson tak kata.
Baru-baru ini Agen Johnson baru selesai operasi Disko-Dut di Kota Bharu Bandar Raya Islam. Agen Johnson meredah 3 pusat hiburan, dua darinya menghidangkan minuman keras dan satu darinya beroperasi sehingga subuh.
Semuanya di Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Semuanya dirakamkan dengan bukti, tarikh dan waktunya sekali.
Bagaimanapun bagi tujuan keselamatan, tarikh ini hanya akan diberikan kepada pihak berkuasa di atas permintaan rasmi.
Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan lesen menjual arak atas alasan arak tidak diharamkan oleh agama lain sebagaimana judi? Tetapi bagaimana dengan lesen atau permit operasi pusat hiburan sehingga lewat malam?
Adakah dikeluarkan oleh MPKB Bandar Raya Islam dan lain-lain PBT. Adakah agama lain membenarkan berpoya-poya sehingga lewat malam? Atau alasannya sebab di Mekah pun ada juga tempat berpoya-poya sampai lewat malam?
Nantikan siaran penuh video tersebut yang menunjukkan apa sebenarnya yang terjadi di Bandar Raya Islam sewaktu pemimpin-pemimpin PAS sedang sibuk berceramah mahu mengambil alih negeri-negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional atas dasar mahu membersihkan segala maksiat dan budaya tidak sihat.
Sabar menanti..
YY : Kita samo-samo tunggu deh...hahaha!


HM: PAS PERLU KEMBALI,JIKA TIDAK KITA KENA SEDAR BAHAWA PAS TIDAK MAMPU LAGI PEMBAWA SYIAR ISLAM DI NEGARA INI.