Friday, March 23, 2012

UNISEL AKAN MANSUHKAN YURAN PENDIDIKAN DAN DITAJA PENUH OLEH KERAJAAN SELANGOR SEPENUHNYA


Anwar Ibrahim cuba mengaburi mata Belia dan graduan-graduan dengan cuba membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) untuk menghapuskan hutang-hutang lapuk.



PERSOALAN:
1.Bagaimanakah kita ingin mendapatkan dana secara percuma jika hanya petronas sahaja yang dipandang untung?

2.Adakah mahasiswa IPTA hanya boleh ditanggung oleh keuntungan PETRONAS semata-mata?

3.Memang kita dijanjikan pendidikan percuma tetapi dimanakah dana yang dikaut untuk membiayai anak-anak kita?

4. Bagaimanakah Anwar ingin menyusun atur pendidikan percuma jika Pendapatan negara GDP hanya  $414.4 billion sedangkan German memberikan pendidikan percuma dengan Pendapatan GDP $3.577 trillion

5. Cukai Pendapatan negara German tinggi berbanding Malaysia 


CADANGAN/USUL:
 
Kami mencadangkan kita mulakan dengan kerajaan negeri selangor memperuntukkan dana biasiswa kepada semua anak selangor dan bermula dengan UniSEL dengan pendidikan PERCUMA dengan moto "Everyone can study"
 

.....................................................................................................................
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

“Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

“Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

“Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

“Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

“Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.- KD

AZMIN ALI MENGAKUI KERAJAAN NEGERI SELANGOR DIPIMPIN KHALID IBRAHIM GAGAL MENTADBIR

Bagaimana Azmin pula yang bercakap mengenai kelemahan Kerajaan Selangor didalam mentadbir negeri, memang diakui oleh Azmin Ali bahawa Menteri Besar selangor,Abd Khalid Bin Ibrahim GAGAL mentadbir exco-exconya. Azmin Ali menegaskan bahawa bekas Exco Selangor, Hassan Ali menyalahgunakan dana kerajaan negeri Selangor.
Buktinya:-


1. Adun Bukit Antarabangsa itu berkata, Hasan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000 sedangkan Tan Sri Abdul Khalid selaku  Menteri Besar tidak menggunakan satu sen pun untuk ubah suai pejabat.

2. Hasan Ali melaksanakan program Padat yang disifatkan sebagai satu pembaziran di mana program tersebut membabitkan perbelanjaan RM546,920 untuk satu majlis sahaja.

3. Hasan juga didakwa menyuburkan proses pemberian tender secara terus walaupun cuba dikekang Abdul Khalid.

HADI AWANG SELAR PKR HANYA PROVOKASI MURAHAN

Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar “berpengaruh dan layak” untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti.

“Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini,  bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi  Dewan Undangan Negeri  dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13 dan hal tersebut dikatakan telah disepakati PKR peringkat negeri.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Terengganu ini berkata, dalam menghadapi pilihan raya, parti mesti meletakkan calon yang ada pengaruh, bukan setakat menurunkan calon-calon yang dikategorikan sebagai mereka dari ‘Somalia’.

“Mesti hendak calon yang ada berpengaruh, kita tidak boleh ambil calon dari Somalia untuk bertanding di sini, tak boleh.
“Kita ambil ambil calon tempatan yang ada pengaruhnya, yang partinya ada jenteranya, bagi yang tidak ada jenteranya tidak boleh berjalan,” kata beliau.

Pada PRU12, PKR meletakkan beberapa calon dari luar Terengganu. Pas dan PKR merupakan komponen PR. Satu lagi komponen ialah DAP.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa soal meletakkan calon bertanding pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini, akan berdasarkan kepada keperluan kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Pas sudah menentukan calon-calon yang akan bertanding kali ini,  Abdul Hadi berkata, Pas ada menerima beberapa nama bakal calon dari beberapa tempat, dari seluruh negara dan akan memutuskan calon terbaik, yang dapat memberi kemenangan, sekali gus memikul amanah.

Sehingga kini menurutnya, kerusi Pas adalah terbanyak ditentukan dalam Pakatan Rakyat.

“Dalam pilihan raya 2008 pun Pas tumpu negeri. Pas dapat 82 kerusi, Keadilan 40 kerusi menang, DAP 70 kerusi dan Pas memimpin tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Perak, DAP memimpin Pulau Pinang dan Keadilan memimpin Selangor,” katanya.

Beliau kemudiannya menegaskan, apa yang paling penting dalam PR adalah dapat melaksanakan mesej diperjuangkan dan tidak menjadi masalah bagi Pas jika calon PKR Terengganu bertanding di negeri itu sekiranya calon terbabit didapati layak.

Monday, March 12, 2012

EKSKLUSIF: RAMAI BERSAMA ADAMADLI DARI AMANKAMPUS?TIDAK PERCAYA!!



Hak Malaysia ingin membuktikan secara EKSKLUSIF bahawa lebih ramai bilangan kerusi bersama Adam Adli, ceramah ini saja Hak Malaysia tangkap sambil mendengar Adam Adli diatas bercakap tentang penentangan kerajaan Malaysia selepas digantung daripada belajar di UPSI selama 3 Semester. Hak Malaysia cadangkan balik ke rumah, cari kerja cuci pinggan kat restoran lebih baik laa...tidak percaya Adam Adli bercakap dengan kerusi, sila ke KULAAN NIRING


Tetapi berbalik kepada AMAN KAMPUS Pula, lain Pula jadinya..Tidak percaya, mari kita lihat:

3 Panel yang sakan bergelak ketawa sambil membincangkan tentang keamanan kampus!

Mari kita lihat pula berapa ramai orang yang bersama AMAN KAMPUS di Johor baru-baru ini:-

tidak ada kerusi-kerusi kosong, malah ramai orang nak dengar pulak....

Lagi - lagi??apa lagi AMAN KAMPUS buat?

Siap bersukaneka bersama rakyat?Rakyat Terima AMAN KAMPUS Rupanya!!haha


Generasi Muda perlu menyokong AMAN KAMPUS sebab mereka adalah generasi pewaris akan datang..

Dulu saya pun sebahagian daripada mereka.

HM: Sudah-sudahlah Adam Adli, lebih baik cari kerja, dapat jugak duit, tidak gunanya nak burukkan kerajaan, Kerajaan tetap baik jaga kebajikan untuk Rakyat.Bukan kerja ko nak bercakap soal kerajaan, belajar pun kena gantung.

KEPUTUSAN LETAK JAWATAN PATUT SUDAH LAMA, AKHIRNYA BAGUS UNTUK MENGELAKKAN LIABILITI PADA PARTI





Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hari ini menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah “terlambat.”

“Saya lihat ini keputusan yang baik walaupun lewat diambil, diumumkan oleh beliau hari ini. Bagi saya, ia sepatutnya sudah lama diputuskan,” kata beliau sambil bertanya “mengapa harus mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini?” “Jangan tunggu lama-lama. Buat apa hendak tunggu lama-lama,” kata beliau merujuk kepada pengumuman Shahizat akan berundur pada 8 April ini. 


Bung Moktar berkata, sepatutnya Shahrizat mengumumkan keputusan ini dengan segera supaya tidak membebankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan. Ketika diminta menjelaskan beban di pihak Najib membuat keputusan, Bung Moktar berkata, sekiranya Shahrizat tidak berundur, sudah pasti Perdana Menteri terpaksa mengambil tindakan meminta menteri itu meletakkan jawatan.

“Ini yang saya maksudkan beban di pihak Perdana Menteri membuat keputusan,” kata beliau lagi. Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) ini berkata, beliau yakin keputusan perletakan jawatan Shahrizat ini akan membantu meningkatkan keyakinan ke atas kerajaan. Disember lalu, Bung Moktar mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan atas alasan isu NFC menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita awal Disember lalu. 

Bung Moktar berkata, menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu. Pada pengumuman petang tadi, Shahrizat mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita BN selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.mKatanya, surat berhubung perkara itu yang berkuat kuasa pada 8 April telah disiapkan untuk diserahkan kepada Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.  

Ekoran perkembangan hari ini, Bung Moktar berkata, beliau berharap pembangkang tidak lagi menggunakan isu NFC dan Shahrizat sebagai modal politik. “Selepas Shahrizat memutuskan untuk berundur, saya anggap kes ini sudah selesai. Jadi, jangan jadikan ini sebagai isu, tak perlu bangkitkan lagi,” katanya lagi.

PAS KEDAH HILANG TARING BILA SIFAT MUSYAWARAH DALAM PAS HILANG


Dewan Ulama Pas Kedah meminta semua pihak menghormati pandangan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar walaupun beliau tidak lagi mempunyai kuasa mutlak bagi mentadbir Kedah.

Ketuanya, Syeikh Mohamad Abdullah berkata, semua pihak perlu mengamalkan pendekatan bermusyawarah dalam membuat sesuatu keputusan terutama yang melibatkan kemaslahatan umum.

"Dewan Pas Kedah berpendirian kemelut yang berlaku telah dianggap selesai dan dua Exco terlibat sudah pun bersetuju untuk menerima semula jawatan itu.

"Kedua-dua belah pihak menganggapnya selesai maka kini yang penting ialah semua ahli perlu mengutamakan perjuangan parti," katanya

Beliau mengulas keputusan Pas pusat semalam yang mengekalkan Azizan sebagai Menteri Besar, dua Exco menerima semula jawatan mereka dan sebuah Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat ditubuhkan bagi memantau kerajaan negeri.

Sumber:utusan

Sunday, March 11, 2012

RAFIZI MALU NYATAKAN APABILA BIL MAJLIS TUNANG ANAK PM DIBAYAR OLEH PM SENDIRI

  "PKR's strategic director Rafizi Ramli should apologise for his allegations, which are false, defamatory and a deliberate smear on the Prime Minister's reputation. No public funds were used to meet the costs of his daughter's engagement reception, which was paid for personally by the Prime Minister and his family." 


Datuk Tengku Sariffuddin bin Tengku Ahmad (Press Secretary to the Prime Minister of Malaysia)


Rafizi ini sememangnya ingin mencari publisiti murahan dengan membuat fitnah. Kali ini dia telah menfitnah YAB Perdana Menteri dengan menuduh segala perbelanjaan pertunangan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev menggunakan wang PMO.



Kononnya dia ada bukti berkenaan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La, yang menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Perdana Menteri yang melibatkan kos berjumlah RM409,767 dibilkan ke atas Pejabat Perdana Menteri,Dimanakah bukti yang mengatakan bil itu dihantar ke pejabat Perdana Menteri?

Ternyata isu ini sengaja ditimbulkan bagi menerbitkan rasa benci rakyat terhadap kepimpinan kerajaan dengan cuba memberi persepsi buruk kepada YAB Perdana Menteri. Sebenarnya mereka telah berada didalam keadaan yang 'goyah' dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang setelah YAB Perdana Menteri kini sangat popular dan disayangi rakyat.

Adalah dinasihatkan bahawa SAMAN sahaja orang sebegini bagi memberitahu kepada rakyat bahawa tanggungjawab menyatakan kenyataan di khayalak ramai.




Terang-terang Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

“Majlis pertunangan tersebut tidak langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.



Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu.

AKHIRNYA RAFIZI NYATAKAN:


HM: Lain kali, tanyalah dulu, jangan main sebat jaa...tengok?apa sudah jadi?sapa yang tanggung malu?


PAKATAN RAKYAT MAMPU TAWAN SELATAN KUBU BN GUNA LIM KIT SIANG DAN SALAHUDDIN??

Negeri-negeri yang menjadi sasaran mereka ialah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. PR mahu menawan kubu-kubu kuat BN di selatan!!!


Lim Kit Siang Jadi Calon Parlimen PAGOH??? RAKYAT JOHOR AKAN MENERIMA CALON INI???



Antara yang telah di bawa ke selatan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang selama ini diberikan kerusi selesa di Kubang Kerian. Mazlan Aliman baru-baru ini pula yakin bahawa PAS mampu menawan 17 kerusi di Johor.

Apa mereka fikir BN di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan itu “tunggul kayu” atau “batang pisang” yang kaku dan beku? Tak tahu melawan atau mempertahankan negeri-negeri mereka apabila diserang agen Yahudi dan kafir harbi???!!!!

Dengan senario ‘strategi menyerang negeri-negeri selatan’ dan keadaan terkini di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, apakah yang kita boleh jangkakan pada PRU ke-13 nanti? Silap-silap, Kelantan pun melayang dari tangan PAS…! 

PAS TAK SEDAR DIRI BETUL!! DI KEDAH AKAN BERKUBUR, DI PERAK DAH DITELANJANGKAN, DI KELANTAN DAH SEMAKIN TERHAKIS!! MASIH LAGI NAK MENAWAN KUBU KUAT BN DI SELATAN??? BN BANGKIT MENAWAN SELURUH NEGERI PRU-13!! NAIK AJIS SEMAKIN NAIK GILA!!