@Armand_PJU BERI PENJELASAN MENGENAI KECOHNYA PEMBANGKANG ISU ROYALTI DI #PAU2012

 

        


Penjelasan Armand mengenai tohmah dan fitnah pakatan bahawa orang UMNO telah mengasari dan menggunakan kekerasan serta melemparkan kata-kata kesat kepada kumpulan "Royalti" ini adalah tidak benar sama sekali...

Penjelasan ini rentetan kepada story kumpulan Royalti terjah dalam PWTC semasa ucapan taklimat Presiden UMNO baru-baru ini

SEBELUM PENJELASAN INI YANG BERLAKU:



Sumber:Kulaan Niring

Tuesday, November 27, 2012

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 PEMUDA MAMPU MENANGI PERANG MINDA @KhairyKJ #PAU2012


Perhimpunan Agung UMNO, Landasan Pemuda Perkasa Jentera PRU-13

KUALA LUMPUR : Pergerakan Pemuda UMNO mesti menjadikan Perhimpunan Agung UMNO 2012 sebagai landasan untuk meledakkan semangat perang berjuang habis-habisan bagi memenangi minda dan hati pengundi muda serta pemilih atas pagar dalam pilihan raya umum akan datang.

Bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), yang akan diadakan bila-bila masa saja, anggota perwakilan Pemuda UMNO seharusnya dapat mencambah fikiran untuk merangka dan memperkasa strategi, sekaligus menterjemahkan sokongan generasi muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tegas mengingatkan perwakilan perhimpunan sayap Pemuda UMNO nanti membekalkan diri dengan hujah yang akan disampaikan pemimpin dan mesej kepada rakyat.

"Hujah ini kekuatan kepada kita (Pemuda) dan perlu kita bawa balik ke kawasan masing-masing bagi kita sebarkan kepada rakyat. Ini pentas keramat, saya beri kebebasan (berbahas) jadi mereka perlu beri cadangan yang bernas dan jangan terlalu beretorik.

"Kita (Pemuda) harus menggunakan peluang ini untuk memberitahu dunia luar bahawa Perhimpunan Agung UMNO bukan untuk ahli kita atau perwakilan saja tetapi tujuannya untuk menghantar mesej dan isyarat yang jelas kepada rakyat iaitu UMNO komited untuk berkhidmat demi rakyat," katanya kepada BERNAMA.

Perhimpunan UMNO akan dimulakan dengan Persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri hari ini (Selasa) di Pusat Dagangan Dunia Putra. Setiap sayap akan diwakili 991 anggota, manakala Perhimpunan Agung UMNO Khamis ini akan mengumpulkan 2,759 anggota yang akan bersidang sehingga 1 Disember.

Seperti sayap UMNO lain yang memberi fokus agenda utama perhimpunan agung berbincang mengenai persiapan akhir menghadapi PRU-13, Khairy mahu kira-kira 700,000 anggota Pemuda UMNO memainkan peranan lebih besar menjelang pilihan raya umum dan tidak hanya berada di takuk lama sebagai pemasang bendera, penggantung poster dan juga penjaga keselamatan.

"Pemuda mampu memainkan peranan lebih besar khususnya dalam konteks perang minda yakni menawan minda dan hati rakyat. Bagi saya itu lebih penting daripada melakukan kerja-kerja rutin.

"Selain itu tidak kekok saya katakan Pemuda perlu memainkan peranan sebagai peraih undi bersama sayap Wanita serta Puteri yang pergi rumah ke rumah, ada juga rumah yang mana penghuninya orang muda, jadi lebih sesuai Pemuda berada di sana," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata generasi muda mesti tahu apakah implikasi pilihan mereka pada PRU-13 terhadap masa depan negara dan bahawa senario inilah pilihan yang terpaksa mereka hadapi.

Khairy berkata ada pihak yang berpendapat bahawa pengundi muda adalah faktor penentu kepada PRU-13 disebabkan sifat atas pagar dan sokongan mereka lebih mudah dilentur berbanding penyokong tegar sesebuah parti yang sudah diketahui arah sokongan mereka.

"Sokongan yang mudah dilentur itu juga menjadi faktor mengapa pengundi muda harus diberikan tumpuan daripada meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka yang telah 'buta hati' terhadap jasa dan bakti UMNO.

"Mereka yang buta hati terhadap kebaikan yang dibawa UMNO saya ketepikan kerana tidak ada hujah yang boleh memenangi hati mereka. Majoriti orang muda yang termasuk dalam kelompok atas pagar dan mereka yang boleh diberi keyakinan akan menjadi sasaran," katanya.

Khairy berkata senjata terpenting dalam memenangi hati pengundi ialah hujah yang tepat dan berkesan, bukan retorik semata-mata.

Penggunaan media baharu seperti Twitter, Facebook dan portal berita antara cara terbaik meraih sokongan pengundi muda kerana lebih 80 peratus daripada pengundi di bawah umur 40 tahun itu mendapat maklumat terkini daripada media digital.

"Apa yang menarik mengenai media baharu dan pengundi ini ialah adanya informasi sumber orang ramai dalam satu tempat dan informasi ini bukan informasi jenis satu hala seperti dalam media arus perdana. Inilah yang kita perlu gunakan sepenuhnya bagi menarik sokongan generasi muda yang berada atas pagar sokong kita.

"Buat permulaan jangan sama sekali kita tapis media baru ini. Bila satu isu mengenai kita muncul pada media itu, kita perlu balas kembali dengan fakta yang relevan dan berhujahlah pertahankan kes kita dan kita perlu lakukan ini dengan pantas kerana pusingan media ini kurang lima minit berbanding arus perdana kira-kira 24 jam," katanya.

Selain menggunakan media baharu, Khairy berkata kerajaan dan Pemuda UMNO mengambil langkah turun padang dan mendengar secara langsung apa yang ingin diperkatakan pengundi muda, kerana era kerajaan tahu apa yang terbaik untuk rakyat, sudah berakhir.

"Bukan lagi masanya untuk berteka-teki. Kita mesti tahu apa yang diperlukan oleh generasi ini dengan pembabitan bersama generasi ini. Kita dengar apa mereka kata dan mahu kemudian laksanakan, kita tidak sesekali dengar saja," katanya.

Hasilnya, kata Khairy, berlakulah transformasi berlandaskan 'politik khidmat bakti' Pemuda UMNO bangkit membantu generasi muda menerusi pelbagai program seperti Pameran Kerjaya Pemuda BN yang disasarkan untuk mengatasi isu kebolehpasaran pekerjaan rakyat bagi membolehkan mereka memperoleh pendapatan tinggi. - BERNAMA

Sumber: Tunfaisal

KEYPOINT ULASAN UCAPAN TIMBALAN PRESIDEN DARI NAIB-NAIB PRESIDEN UMNO @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O & Shafie Afdal #PAU2012



1. Sidang media untuk mengupas ucapan Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin Yassin telah diamanahkan kepada 3 Naib Presiden UMNO iaitu DS Zahid Hamidi, DS Hishammuddin Hussein dan DS Shafie Afdal.

2. DS Zahid telah menyentuh mengenai 3 perkara pokok yang disebut di dalam ucapan tersebut.

3. Pertama beliau mengupas tentang kelayakan PAS untuk membentuk kerajaan.

4. PAS tidak layak untuk membentuk kerajaan berdasarkan 'score card' prestasi PAS pada pilihanraya yang lepas.

5. PAS dilihat telah bertanding hanya 66 kerusi sahaja dan menang pula sekadar 23 kerusi pula. Untuk membentuk kerajaan, diperlukan sekurang-kurang 112 kerusi. Maka niat PAS untuk membentuk kerajaan dianggap tidak berpijak di atas bumi yang nyata.

6. Kedua adalah mengenai keupayan pakatan pembangkang untuk mentadbir negara.

7. DS Zahid berkata bahawa kita tidak perlu lihat jauh kepada keupayaan pembangkang. Cukup sekadar kita menilai keupayaan mereka mentadbir dan menguruskan 4 negeri yang mereka menang. Jikalau keupayaan mentadbir negeri pun tidak cekap inikan pula untuk mentadbir negara.

8. Yang ketiga pula adalah mengenai perjuangan ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri adalah berterusan sepanjang masa. Ini juga adalah platform bagi mereka untuk menunjukkan kebolehan sebelum diberikan tanggung jawab yang lebih besar.

9. Apabila ditanyakan tentang permuafakatan Pakatan, Shafie dan Hishammuddin menjelaskan bahawa pakatan mereka adalah tidak seutuh mana. Di Pulau Pinang contohnya, PAS yang dilihat sebagai pakar dalam agama dan boleh menasihati tentang hal-hal agama tidak diberi tempat sebagai Exco Agama.

10. Apabila Nurul Izzah mengeluarkan kenyataannya yang jelas bertentangan dengan Islam juga tidak disentuh oleh PAS. Malah Ketua Dewan Ulama PAS turut menyatakan bahawa itu (su Nurul Izzah) adalah hal kecil dan tidak perlu dibincangkan.

SUMBER: KULAAN NIRING 

Monday, November 12, 2012

TUN M:TINDAKAN BODOH DAN MELAMPAU IZZAH MENCEMARKAN NAMA BAIK AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.
   
Beliau berkata, orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
   
"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.
   
"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya.

Tun M berkata, walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.
   
Laporan media pada 3 November memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
   
"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.
   
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November.

SUMBER:KULAAN NIRING

Wednesday, November 7, 2012

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN IZZAH MENGHINA ISLAM


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'facebook'nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.

Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.

"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam.

Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.

Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.

"Mais bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Walau apapun, Mais mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya.

SUMBER:SEMUT HITAM

PAKATAN GUSAR BARAK KEMENANGAN BARAK OBAMA AKAN MENGEKALKAN NAJIB RAZAK DI PRU 13




NEW YORK – Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih – lebih 11 undi minimum yang diperlukan.
Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon – Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa – yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih

Friday, November 2, 2012

APLIKASI PENGESAN KAMERA AES UNTUK PENGGUNA ANDROID




Berita baik bagi pengguna Android. Satu aplikasi telah pun dicipta oleh seorang warga Malaysia bagi membolehkan anda mengesan lokasi kamera AES berada.

Aplikasi ini akan mengesan lokasi AES yang berada 1000 meter dari posisi kereta anda berada sewaktu memandu di lebuhraya.

Aplikasi ini juga akan membunyikan signal amaran sebaik sahaja kereta anda memasuki jarak 1000 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut.

Apa yang anda perlukan ialah cuma pasang ON GPS di peranti Android anda dan install juga Adobe AIR supaya ianya dapat berfungsi dengan baik.