Thursday, May 23, 2013

HOT! @n_izzah DITANGKAP POLIS! BLOG PEMBANGKANG TABUR FITNAH? @AnwarIbrahim

Blog pro-pembangkang sudah ada senarai baru ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang yang 'menarik perhatian pihak polis'!

Kita tahu, Tian Chua yang sebelum ini dikutuk hebat kerana keceluparan mulut isu Lahad Datu, Adam Adli, seorang lain budak hingusan mulut celupar dan 2 orang ahli politik yang lain telah ditahan pihak polis.

Di antara laporan blog tersebut :
Menurut satu sumber antara yang menjadi buruan polis kerna merencanakan Perhimpunan "SuaraRakyat505" yang dijadualkan pada 26hb Mei 2013 ini ialah pengasas Solidiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenal sebagai CheguBard. Sumber yang sama mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 5 individu lain yang turut menarik perhatian pihak polis.
 
1. Badrul Hisham Shaharin, SAMM
2. Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
3. Hishamuddin Rais, blogger Tukar Tuib
4. Dr. Dzulkefly Ahmad, mantan ahli parlimen Kuala Selangor
5. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS   

'Hebat' blog pembangkang ini, lebih tahu daripada pihak polis itu sendiri! Kita tunggu dan lihat.

Apa pun, rakyat Malaysia sudah bosan dengan politiking tidak habis-habis Pakatan Pembangkang dan juga anasir-anasir yang sengaja mahu memporak-perandakan kesejahteraan kita semua.

Sumber:Mim




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, May 22, 2013

DAP MULA BERSIKAP ANGKUH DENGAN @AnwarIbrahim , TERBUKTI DAP ADA PERANCANGAN SENDIRI TOLAK PKR DAN PAS




SEGAMAT – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa parti itu berniat mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menolak tuduhan itu yang disifatkan demonstrasi bukan cara DAP.

“Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara.

“Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya,” katanya yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam.

Tegasnya, tuduhan yang mengatakan DAP menggunakan kekerasan juga tidak berasas dan  parti itu nekad mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan PRU13.

Mengulas mengenai lawatannya ke Segamat, Kit Siang berkata ia adalah  bertujuan meninjau perkembangan Adun Jementah, Tan Chen Choon dan seterusnya ke Muar, Bentayan dan Bakri.

“Saya akan berbincang dengan mereka (wakil rakyat DAP) mengenai persediaan yang harus dibuat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat,” katanya.

Wednesday, May 15, 2013

KENYATAAN PENUH SENARAI KABINET MALAYSIA 2013

KENYATAAN AKHBAR
By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PEJABAT PERDANA MENTERI
Date : 15/05/2013
Title : BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

PERDANA MENTERI:
YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)

TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

RINGKASAN:

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN
JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)
JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 10, 2013

@MahasiswaMsia DIBAYAR @AnwarIbrahim BUAT LAWAK BANTAH PILIHAN RAKYAT @TengkuAdnanReal








Seperti dijangka, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bingkas menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekalahan Pakatan Rakyat pada piihan raya umum kelmarin.

Beliau turut menyifatkan pilihan raya yang berlangsung diseluruh negara itu sebagai pilihan raya yag paling teruk dalam sejarah.

Sudahlah itu cuba menyusun jentera pelajar-pelajar yang diupah untuk membuat mogok di hadapan SPR dengan mengatakan mahu menghantar memorandum supaya kelihatan Mahasiswa-Mahasiswa yang seperti tiada kerja menghantar memorandum kosong tanpa menilai apakah pilihanraya perlu menunggu sehingga Anwar Ibrahim dan Pembangkang menang sebagai barisan Menteri-menteri Kabinet?

5 Mei lalu, Barisan Nasional berjaya mengekalkan pentadbirannya di Putrajaya sekaligus menafikan kemaraan Pakatan Rakyat selepas mengadakan beberapa siri himpunan jalanan di ibu kota.

Pakatan Rakyat menuduh pilihan raya berlaku secara tidak adil apabila BN didakwa membawa pengundi berbangsa Bangladesh untuk mengundi parti itu.

Bagaimanapun, SPR menafikan dakwaan itu dan berkata mereka adalah pemegang kad pengenalan yang sah. Apalagi mereka mahukan?sudahlah sewaktu pilihanraya dicanang segala fitnah dan "BlackOps" yang mengaburi mata rakyat. Perkara ini perlu diambil tegas dari kerajaan supaya segala tohmahan dan lakonan Anwar Ibrahim dan pembangkang perlu dihapuskan segera.

Thursday, May 9, 2013

OBAMA NASIHAT ANWAR IBRAHIM TENTANG ELECTORAL



The US Presidential Election year 2000 saw Bush contesting against Al Gore. Bush WON, with 271 electoral votes to Al Gore's 266 electoral votes but Bush's POPULAR VOTES was lower. Bush's popular votes was 50,456,002 vs Al Gore's 50,999,897. Is Malaysia any different ? Don't be fooled by Anwar Ibrahim !




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 7, 2013

MARI HAYATI APA KATA TUN M DISAAT MELAYU MAKIN TERHINA


MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?


SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. 

Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. 

Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Artikel dr Utusan

Sunday, May 5, 2013

RUMUSAN PILIHANRAYA KE-13

Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

HAK MALAYSIA: Rumusan



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

RAKYAT PILIH @TengkuAdnanReal ,PENJAWAT AWAM PILIH BN!

Keputusan terkini selepas jam 9.25 pm di Pusat Suruhanjaya Pilihanraya bahagian Putrajaya menunjukkan bahawa YBM Datuk Seri Tengku Adnan sekali lagi dipilih oleh Rakyat Putrajaya.

Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga Putrajaya khususnya warga pekerja kerajaan memilih Kerajaan barisan Nasional.Hal ini membuktikan bahawa warga penjawat awam masih memilih Barisan Nasional untuk mentadbir Kerajaan. Kerusi Panas ini daripada dahulu digusarkan oleh seluruh warga Malaysia dan akhirnya Barisan Nasional sekali lagi diberi mandat oleh rakyat.

Tahniah juga YBM Penjawat Awam Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menang dengan bergaya.

Setinggi ucapan terima kasih kepada semua pemilih kerana memberi mandat kepada Barisan Nasional buat kali ke 3 berturut-turut.

LAIN KALI LAH


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 3, 2013

@hajihusammusa TERKEJUT @TengkuAdnanReal BERSAMA PENJAWAT AWAM!!

YB Penjawat Awam bersantai di Pasar Tani
Penulis tak sangka dengan sambutan pengundi di Putrajaya hari ini bila YB Penjawat Awam kita DS Tengku Adnan Tengku Mansor hadir bersama Isteri ke Pasar Tani Putrajaya.

Ramai juga yang terkejut dengan kehadiran DS Ku Nan yang dengan spontan menyapa pengunjung & para peniaga.

Tidak cukup dengan itu, orang ramai yang sempat bersalam sambil melaungkan 'Hidup Ku Nan!' juga menjadi perhatian disambut dengan tepukan gemuruh orang ramai di pasar tani tadi. Penulis juga berasa sangat terharu dengan pengundi Putrajaya yang begitu sayangkan DS Ku Nan.

Dengan nada yang sama, rata-rata pengunjung mengakui tentang jasa & keprihatinan DS Tengku Adnan dalam menjalankan amanah yang diberikan. Tanpa segan silu ramai yang menyatakan sokongan penuh kepada DS Ku Nan sekaligus mahu beliau mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya supaya ia kekal milik Barisan Nasional.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT 

Sumber:P125
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERBONGKAR!! @hajihusammusa KANTOI BAYAR RASUAH UNDI ROSAK @TengkuAdnanReal

BONGKAR!! Husam bayar seribu untuk UNDI ROSAK!

Mesej ini diterima ketika penulis sedang asyik melayan ceramah Ustaz Rujhan di PDM Presint 16. Terkejut bila tiba-tiba rakan penulis menunjukkan mesej yang dihantar daripada no yang tidak dikenali yang biasanya menghantar ucapan-ucapan Calon PAS diputrajaya.

Sampai entri ini ditulis, penulis masih lagi berfikir apa motif yang sebenar Pas Putrajaya ingin lakukan. Adakah ini cara demokrasi yang mereka mahukan. Apa yang akan berlaku jika mereka gagal menawan Putrajaya!? Adakah benar huru-hara yang dicanang akan dilakukan bakal berlaku?

Betul apa kata Ustaz Rujhan, PAS adalah parti yang sesat & menggunakan Islam semata-mata untuk kepentingan politik. Ulamak habis dihalau keluar, bak kata Ustaz Rujhan Parti Artis Semalaysia.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN UMMAT!

TOLAK HUSAM, TOLAK BAPAK RASUAH!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENJAWAT AWAM WAJIB TENGOK VIDEO TERBUKTI @hajihusammusa GAGAL BANTU RAKYAT DI SALOR

     
 Terbukti gagal apabila kita dapat lihat video dibawah warga Emas tidak dibela di DUN Salor.Ujian poligraf dipandang remeh tetapi ada hati berdebat dengan Datuk Seri Tengku Adnan


 Sidang Media Ujian Poligraf Beranikah Husam bercakap Benar?

Masihkah kau ingat? 
Suatu waktu dulu, di dada akhbar ini, engkau mencabar Eskay



      
Kesian pulak tengok pak cik yang tinggal di DUN Salor ni.... Tajuk kat atas tu tiada kait mengait sangat dengan video di atas, tapi sekadar untuk menarik perhatian pembaca untuk melihat aspek kebajikan pengundi di DUN Salor, yang mana Husam Musa merupakan wakil rakyatnya.



Bagi warga Kelantan di luar Kelantan, janganlah anda siksa orang-orang kampung anda terutama warga emas seperti pak cik ini untuk terus hidup dalam kesusahan di bawah pemerintahan Pas. Yang menanggung nanti adalah mereka, sedangkan anda boleh duduk dengan selesa di luar Kelantan, minum air yang lebih bersih dan tinggal di rumah yang lebih selesa.

Samalah juga dengan pengundi Putrajaya yang tidak tinggal di dalam Putrajaya. Janganlah anda mengundi Pas sehingga menyebabkan kami yang tinggal di Putrajaya terpaksa menjadi mangsa (na'uzubillah). 

Anda mungkin tidak kenal Datuk Seri Tengku Adnan, tetapi sehingga kini jasa beliau terhadap penduduk Putrajaya (bukan sekadar pengundi sahaja) selama dua penggal ini begitu banyak.

Semaklah track record calon Pas di Putrajaya Husam Musa di Parlimen Kubang Krian, DUN Kijang dan DUN Salor terlebih dulu sebelum anda mengundi.

Yang pastinya, Husam tidak menyahut cabaran blogger Kickdafella dan bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT) Nik Mahani Abdullah untuk melakukan Ujian Poligraf semalam.






Husam tidak hadir ujian poligraf bersama Kickdefella

PUTRAJAYA 2 Mei - Hasrat sekumpulan wartawan dan orang ramai untuk menyaksikan calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa menyahut cabaran bekas pegawai khasnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz membuat ujian poligraf di sini tidak kesampaian.

Syed Azidi yang juga penulis blog Kickdefella sebelum ini mencabar Husam menjalani ujian poligraf untuk membuktikan apa yang didedahkan dalam buku Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme tidak benar.

Menurut Syed Azidi, beliau kecewa dengan kegagalan pemimpin kanan Pas itu untuk menjalani ujian tersebut bersamanya bagi membuktikan siapa yang bercakap benar.

Katanya, Husam wajar menyahut cabaran itu kerana beliau merupakan pemimpin yang penuh kontroversi dan diselubungi kecurigaan.

"Saya hadir hari ini untuk menjalani ujian poligraf dan menemani Husam untuk menentukan siapa berbohong dalam isu yang saya timbulkan Ahad lepas mengenai sebuah buku di mana beliau telah membuat laporan polis tentang buku yang tiada nama penulis itu.

"Jadi saya hadir ke sini untuk membuat ujian poligraf mengenai isi kandungan buku itu dan pada waktu sama mencabar beliau membuat laporan polis terhadap isi kandungan buku itu supaya dapat disiasat betul atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Ujian Poligraf Beranikah Husam Bercakap Benar di Kelab Tasik di sini hari ini.

Hadir sama, bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade (KGT), Nik Mahani Nik Mohamad dan Pengerusi Media Siber 1Malaysia, (Cyber1M), Tun Faisal Ismail Aziz.

Ahad lalu, Syed Azidi mencabar Husam untuk membuat ujian poligraf bagi memberi ruang kepada calon 'import' itu membuktikan dirinya bukan pembohong dan bukan sekadar menafikan isi kandungan dalam buku tersebut.

Menurut Syed Azidi, sebagai calon di kerusi Parlimen di sini, Husam sepatutnya berani menyahut cabaran tersebut bagi membersihkan skandal yang menyelubungi dirinya dan bukan menafikan di hadapan kanak-kanak.

"Segala maklumat sepanjang berkhidmat dengan beliau yang saya boleh akses, maklumat dalam buku itu adalah betul. Pada hari Ahad lepas juga saya mendapat laporan beliau bersumpah di sebuah karnival kanak-kanak.

"Saya rasa ini pentas lebih sesuai dan ini satu ujian saintifik yang diguna pakai di peringkat antarabangsa dan banyak kes diselesaikan dan dibuktikan di mahkamah.

"Malah mengikut rekod Husam pernah mencabar Eskay (Salah seorang daripada 'Trio Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah) untuk membuat ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran tetapi sekarang beliau sendiri gagal untuk hadir," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Husam yang hanya berani menutup mulutnya dengan saman di mahkamah tetapi apabila tiba tarikh perbicaraan pelbagai alasan diberikan untuk penangguhan.

"Respons Husam hanya satu daripada semua cabaran saya timbulkan. Beliau minta saya jawab kes itu di mahkamah namun, saya ingin jelaskan kes ini sedang dalam perbicaraan dan sudah empat kali diberi tarikh dan empat kali juga ditangguhkan termasuk hari ini atas sebab-sebab yang hanya Husam tahu," katanya.

Mengulas lanjut, Syed Azidi berkata, antara kecurigaan yang menyelubungi dirinya sewaktu berkhidmat dengan Husam apabila ditanya sumber kewangan yang banyak dimilikinya, pemimpin itu hanya diam dan tersenyum.

Malah, katanya, Naib Presiden Pas itu juga mengamalkan politik pengecut atau politik kura-kura yang akan menyembunyikan kepala apabila menghadapi masalah.

"Beliau dilihat seperti mengamalkan politik kura-kura di mana apabila wujud krisis atau tekanan beliau akan menyembunyikan kepala kemudian apabila semua selesai beliau akan keluar sebagai hero," katanya.


Sumber:TunFaisal

Thursday, May 2, 2013

@hajihusammusa GAGAL UJIAN POLIGRAF, TERBUKTI GAGAL JADI WAKIL RAKYAT!! @TengkuAdnanReal




Pada hari ini, nampak hampir terjelas apabila Husam Musa gagal  menghadiri Majlis Ujian Poligraf yang sepatutnya Husam Musa Hadir bagi menjelaskan kegagalan didalam melaksanakan Janji-janji dan Manifesto terhadap projek-projek di Kelantan seperti Projek Petrokimia di Bachok berharga RM2 Billion, Pusat Peranginan Tasik Kwong di Rantau Panjang bernilai RM1.5 Billion, Projek Bandar Peranginan Danau Tok Uban berharga RM885 Juta, Projek Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Jerian bernilai RM328juta, Projek Agro Tousim Pergau di Jeli, Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai, Projek Jihad Ternak, Projek Tanaman Depu di Gua Musang.



Selain itu juga, Janji -janji yang belum ditunai oleh Husam Musa adalah Pembayaran bantuan RM100 sebulan kepada warga Emas sejak 1990, Projek Penyediaan Rumah Mampu Milik di Kelanta, Saguhati kesedihan sekurang-kurangnnya RM10,000.00 kepada keluarga mangsa kes bunuh oleh orang siuman, Tanah 0.8 hektar atau 2 ekar untuk pesara tentera di kelantan yang akhirnya tinggal janji.

Husam Musa sepatutnya menghadiri Perlawaan Bekas Pegawai Khasnya yang ingin membuktikan ketelusan Husam sebelum menjadi Ahli Parlimen Putrajaya. Husam Musa apabila gagal menghadiri pada petang tadi pukul 5.00 petang di kelab Tasek Putrajaya MEMBUKTIKAN BAHAWA HUSAM MUSA GAGAL MEMBUKTIKAN DIRINYA SEBAGAI CALON YANG TERBAIK UNTUK PUTRAJAYA.

Rakyat melihat dan memang patut Datuk Seri Tengku Adnan berjumpa Rakyat dari membuang masa berdebat dengan Husam Musa yang suka menabur janji. Rakyat Putrajaya yang lebih dominan bersama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan sikap Keikhlasan dan Ketelusan membela hak rakyat seperti yang terkandung didalam buku laporan yang disebarkan kepada seluruh pengundi Putrajaya.


Wednesday, May 1, 2013

[VIDEO PENUH] BUKTI @hajihusammusa MERASUAH PENGUNDI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal @TansriAseh @PDRMsia

       Husam Musa telah mengerakkan jentera untuk berjumpa pengundi, tetapi paling menyedihkan apabila Husam Musa terdesak memberikan wang untuk merasuah Pengundi Putrajaya apabila dia pernah menyatakan bahawa walaupun sukar untuk berlawan dengan Datuk Seri Tengku Adnan tetapi dia akan lakukan yang terbaik untuk memenangi mendapatkan Putrajaya.

Pada kali ini, terbongkar apabila seorang pengundi Putrajaya telah membongkar dan membuat laporan polis apabila wakil raih undi PAS Putrajaya telah membawa wang sebanyak RM250.00,beberapa kad Husam Musa dan bendera PAS untuk diberikan saguhati kepada pengundi yang dijumpai. Husam memang tedesak apabila Pengundi pengundi Putrajaya dijangka akan tetap memilih Datuk Seri Tengku Adnan sebagai wakil Parlimen Putrajaya berbanding Husam calon baru yang lansung tidak faham tentang permasalahan Penduduk di sini yang juga telah banyak dirungkaikan oleh Datuk Seri Tengku Adnan. Husam perlu mempelajari bahawa Putrajaya mempunyai Penduduk yang berpendidikan dan berpengetahuan serta mampu berfikir dengan waras disamping menolak Rasuah.

Pemimpin seperti Husam musa perlu ditolak habis-habisan kerana belum mampu menjadi Wakil Rakyat Parlimen sudah cuba merasuah Pengundi.

HUSAM RASUAH PENGUNDI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal




































PANAS!! HUSAM terdesak bayar pengundi?
Woooooo!!! Gempar bila penulis dapat email pasal laporan polis yang dibuat oleh pengundi Putrajaya hari ini.

Tak payah nak membebel panjang, biar gambar menjadi saksi. Tapi penulis dah tau apa yang macai akan jawab. Video pun dikatakan besi, apatah lagi gambar ni.

Psstt; Husam semakin terdesak. Kihkihkih.

Satu UNDI untuk pakatan
Satu UNDI kepada BAPAK RASUAH!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.