Monday, December 16, 2013

MENTERI TIDAK PERLU CAKAP GUNA JALAN LAIN KALAU BODOH TIDAK FAHAM RAKYAT @Azwanbro @KhairyKJ @TengkuAdnanReal @NajibRazak


Pergerakan Pemuda UMNO hari ini meminta kerajaan supaya mengemukakan kajian terperinci kepada umum berkenaan kenaikan kadar tol lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam. 

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata kajian merangkumi jumlah trafik, unjuran kenderaan masa hadapan dan keuntungan syarikat konsesi perlu diambil kira sebelum sebarang persetujuan kenaikan dicapai. 

 "Malah ada sesetengah lebuh raya yang kini bukan lagi dianggap sebagai laluan alternatif kepada pengguna malah menjadi kewajipan laluan harian mereka sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. 



"Dengan bahasa kasarnya 'bayar tol untuk masuk dalam traffic jam' dan kalau dinaikkan tambang akan mengundang kemarahan kepada pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita hari ini ketika mengulas isu itu. 

Katanya, berdasarkan beberapa penyelarasan subsidi oleh kerajaan, ia didapati memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat khususnya golongan muda dari kelas pertengahan yang tinggal di kawasan bandar. 

Sabtu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata sudah tiba masanya kadar tol dinaikkan memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

Abdul Wahid berkata kenaikan pada tahun hadapan itu dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba. 
Khairul Azwan turut mencadangkan agar kerajaan memberi pengecualian kadar baharu tarif elektrik kepada sistem pengangkutan awam khususnya LRT agar tiada kenaikan tambang dilaksanakan. 

"Kita perlu lihat dari sudut positif iaitu kekalkan tambang rendah untuk meningkatkan penggunaan seterusnya berjimat dari segi pengurangan kos subsidi minyak kenderaan," katanya. 

- BERNAMA

Thursday, December 12, 2013

WAJIB PERLU TURUN TAMBANG LRT @razlanrafii @hamizijuah @syedhamidalbar @TengkuAdnanReal @Najib Razak



Kenyataan Rasmi Ketua Pemuda Wilayah 
Isu kenaikan tambang LRT :

Kenyataan Syed hamid apabila mengatakan kenaikan tidak membebankan agak janggal, apabila sudah naik . Sudah tentu ianya membebankan.
Rakyat Kuala Lumpur yang terlibat secara langsung akibat kenaikkan ini begitu terasa kerana mereka baru sahaja dikhabarkan untuk menerima kenaikkan cukai pintu dan elektrik.
Oleh yang demikian, saya mendesak agar Kabinet memikirkan secara mendalam bebanan yang dipikul oleh warga Kuala Lumpur apabila ada kenaikan seperti ini.

Saya menyeru agar tidak ada lagi berita buruk kepada warga Kuala Lumpur terhadap apa sahaja yang melibatkan kos hidup mereka.
Kerajaan juga mesti mengalakan warga bandar untuk menggunakan perkhjdmatan awam dengan harga tambang yang murah, keadaan trafik kita begitu teruk sekarang. Seharusnya ada formula lebih baik menggalakan warga Kuala Lumpur untuk menggunakan LRT!
Oleh itu, kami desak untuk tangguh atau lupakan sebentar kenaikkan tambang LRT ini!

Mohd Razlan bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.



Tuesday, December 10, 2013

Pemuda Perak Gerak Misi Bantuan #pray4kuantan @hairul_own @azwanbro @Khairykj

Pemuda perak dan sukarelawan telah berkumpul di Rumah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan ( YBUDR ) pada jam 7.00pagi bagi Misi Bantuan Kemanusiaan #pray4kuantan di kuantan pada hari ini.




Dimulakan bacaan doa daripada YB Ziad bagi memastikan keberkatan dalam perjalanan ke Pahang. Dan selepas itu, ucapan daripada Ketua Pemuda Perak, Saudara Hairul Anwar bagi memastikan bahawa sukarelawan dan pemuda siapsiaga

 Target lokasi sasaran pada hari ini adalah Temerloh sebagai tempat destinasi pertama untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, minuman, pakaian dan barangan harian.

Ketua Pemuda Negeri Perak juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam ucapannya dan ini adalah misi pertamanya selaku Ketua Pemuda bersama pemuda perak dalam menyusun kembali saf pemuda bersama-sama persatuan persatuan serta sukarelawan di Negeri Perak didalan pembangunan belia Negeri Perak.



Pelepasan bagi konvoi misi bantuan kemanusiaan ini juga dirasmikan dan dilepaskan oleh YB Datuk Shahrul Zaman Yahaya, Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia yang juga Adun Rungkup; Kerajaan  Negeri Perak



Monday, December 9, 2013

PEMUDA PERAK TURUN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN BANJIR @Hairul_own @ZambryAbdKadir @NajibRazak #ThisIsIpoh #PrayForPantaiTimur

Pergerakan Pemuda UMNO Perak Lancar OPS Misi Bantuan Kemanusiaan Bantuan Banjir 



Pemuda UMNO Negeri Perak yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak yang baru, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor akan bersama-sama Sukarelawan daripada Yayasan Bina Upaya, Sajak, Mesco, Belia 4B Perak, Waziboys, Ipoh Bikers, Restoran Simpang Tiga dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak. 




Turut serta pada kali ini adalah sukarelawan dari Pemuda Bahagian Ipoh Timor, Pemuda Bahagian Ipoh Barat,  Pemuda Bahagian Gopeng, Pemuda Bahagian Tambun, dan Batu Gajah dengan kekuatan 12buah Kereta 4x4, 4Buah Van dan 2 Buah Lori yang akan bertolak ke Pahang untuk membantu mangsa banjir di sana dengan memebrikan sumbangan dari segi pakaian, makanan dan kelengkapan hidup disamping membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di Pahang. Pejalanan esok akan mengambil selama kira-kira 6jam dan akan bertolak pada jam 7 pagi esok. Skuad akan berkumpul di Ipoh dan akan menyusun semua barangan di Pusat Pengumpulan Rumah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sebelum bertolak ke Pahang bagi Misi Bantuan Kemanusiaan di Negeri Pahang.






















Pada kali ini turut bersama-sama adalah dua Pusat Perubatan yang 
terkenal di Negeri Perak iaitu Pusat Perubatan Universiti Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Ar-Ridzuan yang akan membantu dari segi bantuan pemeriksaan kesihatan dan barangan ubat-ubatan.

Sebarang pertanyaan bagi sesiapa yang ingin melibatkan didalam misi kemanusiaan ini esok tidak kira dari segi fizikal atau apa-apa sumbangan boleh menghubungi saudara Jeffery 0195700066 dan Saudara Salim di talian 0133011030. Sebarang bentuk bantuan kewangan juga boleh disalurkan ke Akaun RHB RHB 20809800035448 di atas nama MESCO. 



Tuesday, December 3, 2013

ASPIRASI PERLU BERBAHAS, BUKAN HANYA KELAB UMNO LUAR NEGARA @Shaharabdlh @Tunfaisal @Razaliibrahim @Shaberyc #MahasiswaNasional #PAU2013



















Saya sudah lama menunggu ingin melihat Mahasiswa IPT dibenarkan berbahas di Persidangan UMNO yang sebelum ini kita nampak lihat liputan luas hanya untuk Mahasiswa dari Luar Negara sahaja dibenarkan berbahas mengenai perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Masakan tidak nampak hasil usaha kita didalam ASPIRASI hanya untuk memastikan bahawa kemenangan pemimpin-pemimpin yang mewakili Mahasiswa tempatan didalam pilihanraya kampus dan sepatutnya pemimpin-pemimpin negara perlu tahu bahawa kemenangan mereka didalam pilihanraya kampus juga adalah produk yang menyokong kita. ASPIRASI juga telah melahirkan ramai tokoh-tokoh negara dan kita perlu tahu ramai juga pemimpin utama adalah hasil produk Universiti tempatan yang setanding dengan Universiti luar negara.



Jangan kita menidakkan ASPIRASI yang banyak berjasa kepada UMNO dan saya merasakan bahawa hasil usaha ini perlu diberi penghargaan kepada ASPIRASI kerana hanya platform ini yang menyebabkan kepercayaan belia tempatan dijamin; yang susah senang didalam negara bersama-sama kerajaan didalam memastikan penjelasan dan tindakan kerajan jelas terus ke akar umbi dan bukan seperti kelab UMNO Luar Negara.




Tanpa Platform Persidangan Mahasiswa Nasional pada kali ini, Kelab Umno Luar Negara tidak dapat digabung di satu dalam acuan bersama-sama ASPIRASI. Dan jelas dan pandangan mereka berbeda antara satu sama lain. HM berterima kasih kepada Biro Pengajian Tinggi yang diketuai oleh Datuk Razali Ibrahim kerana bertungkus lumus memastikan Mahasiswa tempatan mampu berbahas didalam Persidangan UMNO kali ini. Tanpa bantuan dan desakan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengatakan saban tahun Mahasiswa Tempatan dipinggirkan dan pada kali ini, mimbar terbuka luas untuk mahasiswa tempatan.

Sejarah ini tercipta dengan hanya diberi laluan menjadi jurucakap dalam persidangan sayap adalah amat penting bagi suara anak muda tempatan didengari. Dan saya mengharapkan bahawa Platform ASPIRASI yang juga perlu dijadikan sub-chapter seperti Kelab UMNO Luar negara dan perlu digunakan sebaik mungkin oleh Datuk Razali Ibrahim bagi memastikan bahawa tiada 'double standard' diantara mahasiswa tempatan dan mahasiswa luar Negara.

Sumber:
              http://www.1peluru.com/2013/12/siapa-kata-mahasiswa-ipt-tempatan.html
              http://tunfaisal.blogspot.com/2013/12/akhirnya-mahasiswa-tempatan-dapat.html
              http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013_12_01_archive.html
             

Monday, December 2, 2013

BUKTI KENAPA PAS TAKUT USTAZ KAZIM ELIAS JADI MT UMNO @ustazkazimElias @TengkuAdnanReal @NajibRazak

     

PAS tidak seharusnya merosakkan nama baik seorang Ahli PAS Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Malah sepatutnya menggunakan saluran yang ada untuk menambahbaikkan UMNO serta Kesatuan dan perpaduan sukar dibina di antara UMNO dan PAS . 

Ustaz Kazim Elias yang sinonim dengan Penceramah Bebas yang juga Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi Ipoh telah diisytiharkan oleh Setiausaha Agung UMNO, YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor pada jumaat yang lepas sebagai Ahli MT yang dilantik dalam UMNO

HM melihat bahawa Kegusaran PAS kelihatan apabila Kazim Elias menjadi MT:

PENGARUH PENGUNDI BELIA 

Pengaruh pengundi Islam Ceramah bersiri di ASTRO OASIS "Kalau dah Jodoh" menjadi perbualan di bibir-bibir belia yang saban hari banyak persoalan mengenai Munakahat terungkai apabila ASTRO memberikan ruang kepada Ustaz kazim Elias sehingga mencapai Rank tertinggi dikalangan episod bersiri ASTRO. PAS risau apabila Ustaz Kazim Elias mampu menarik golongan muda ke arah Islam yang cara yang mudah dengan cara pendakwah yang baik, ringkas dan mudah difahami mampu menarik golongan Belia terhadap UMNO pada masa hadapan.

PERPADUAN SAF PIMPINAN UMNO

Idea dan konsep YAB Datuk Seri Najib Tun Razak didalam memasukkan elemen-elemen Islam didalam UMNO akan membantu memperhebatkan lagi daya keimanan terutamanya di dalam jiwa pemimpin -pemimpin Utama UMNO. Dengan kemasukan Ustaz Kazim Elias akan membantu UMNO bergerak dengan baik dan saf kesatuan yang jitu mengalahkan puak-puak pembangkang seperti PAS dan Keadilan yang banyak memfitnah UMNO dan menambahbaikkan bukan sahaja kepada  Presiden Parti malah keseluruhan pimpinan parti. 

FITNAH UMNO 

PAS banyak mengaburi kepada pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong tegarnya didalam memfitnah secara terbuka dengan apa sahaja tohmahan. PAS terasa tercabar apabila seorang tokoh Al-Hafiz yang mampu memberikan kebenaran menerusi kajian yang rapi mampu mengalahkan segala tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh PAS sebelum ini terhadap UMNO. PAS Yakin bahawa dengan adanya jentera baru seperti Ustaz Kazim Elias ini mampu mengagalkan segala rancangan mereka mengaburi Pengundi -pengundi Islam di Malaysia dan mampu menjadikan Parti Islam PAS tidak relevan sebagai Alternatif kepada UMNO

AHLI PAS

PAS khususnya PAS PERAK dikhabarkan membawa usul memecat Ustaz Kazim Elias daripada PAS walaupun diketahui bahawa Ustaz Kazim Elias belum memberikan kata putus untuk menerima Jawatan lantikan Majlis Tertinggi ini adalah satu perkara yang menjengkelkan dan perkara ini akan membuatkan pengundi dan beberapa penyokong PAS tidak mengemari cara ini tanpa mengusul periksa terlebih dahulu. Sepatutnya PAS Perak perlu memanggil Ustaz Kazim Elias ke Jawatankuasa tertentu untuk memberikan sebab dan kata putus mengenai perkara ini dan barulah mengusulkan pemecatan tersebut. PAS Perak gusar dan menghentam bertubi-tubi mengakibatkan cara ini akan membantu lagi Ustaz Kazim Elias menerima lantikan tersebut dan keluar seraca rasmi daripada PAS. Tindak-tanduk beberapa pemimpin PAS dan penyokongnya mengherdik dan menghina Ustaz Kazim Elias telah tersebar melalui media massa ini akan menambahkan imej PAS semakin teruk dan tidak melambangkan Entiti dan Imej Parti Siasah Islam yang terbaik didalam negara. Akibat dan dorongan tindak-tanduk segelintir Pemimpin dan Penyokong PAS akan meningkatkan lagi semangat Ustaz Kazim Elias menerima lantikan Majlis Tertinggi yang akan disambut dengan kemeriahan di dalam PAU 2013 kali ini dan mampu meningkatkan lagi Azam Ustaz Kazim Elias untuk menyerang PAS secara terbuka sebagai jentera baru UMNO selepas ini.


Apa-apa hal pun HM percaya bahawa Ustaz kazim Elias mampu menasihati UMNO agar bergerak mengikut cara Islam dan memperhebatkan lagi UMNO membantu memperjuangkan hak orang Islam Di negara ini. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menasihatkan dengan "kisah Nabi Musa dan Nabi Harun menasihati Firaun yang zalim dan janganlah kamu pergi dengan hanya ingin mengambil harta dan dunia tetapi pergi untuk memberi pesanan dan ingatan kepada mereka tentang akhirat dan hukumnya adalah harus."



Thursday, November 28, 2013

JIKA GAJI ADUN SELANGOR PERLU NAIKKAN GAJI PEKERJA BAWAHAN JUGA @Khalid_Ibrahim @KhalidSamad @NajibRazak


Ramai yang tidak bersetuju dengan Khalid Ibrahim yang mencadangkan serta telah diluluskan DUN Selangor menimbulkan pelbagai pertanyaan dan kritikan pelbagai pihak termasuk mantan Menteri besar Tan Sri ABu Hassan Omar.

HM dapat melihat bahawa Khalid Ibrahim cuba membuat sesuatu untuk mengelakkan ADUN-ADUN terlibat didalam rasuah atau mencari dana pendapatan lain tetapi tidak sepatutnya naik sehingga 300%.

Adakah mereka sewenang-wenangnya menaikkan Gaji tanpa menghiraukan pembangunan yang diperlukan di ulu langat?meringankan kesesakan lalulintas di Petaling jaya dan Shah Alam?Cukai Pintu yang membebankan?Rumah untuk pengundi muda perlu diperbanyakkan di Bandar-bandar Utama? Bagaimana?adakah sudah selesai??Kes Jenayah dan rompakan yang banyak membuatkan tiada rasa selamat duduki di Petaling Jaya?

Persoalan ini perlu diberikan pada mereka dan Khalid Ibrahim memikirkan sesuatu bagi memastikan selangor selesa diduduki dan mereka perlu memandang segala rintihan rakyat.

Dalam laporan juga Hm dapat melihat bukan sahaja Datuk Omar Osman,Pengerusi CUEPACS mengkritik kenaikan yang melampau untuk pemimpin politik bahkan Ketua umum Pembangkang, Anwar Ibrahim juga mengkritik dan mengatakan perlu diberi penjelasan semula kepada rakyat mengenai kenaikan gaji yang tidak wajar ini

Sepatutnya Menteri Besar perlu memikirkan pekerja bawahan yang lebih memerlukan duit tersebut dengan kos kehidupan di Selangor yang tinggi dan bukannya Gaji Ahli politik yang naik secara melampau

Monday, September 30, 2013

TUN M: SUNGAI LIMAU MAMPU JADI MILIK BARISAN NASIONAL

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang yang baik untuk memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) nanti walaupun kerusi itu dikuasai PAS sejak lima pilihan raya umum (PRU).

Katanya PAS menang di kawasan itu sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak disebabkan daya tarikan peribadi Azizan dalam kalangan pengundi.

" Dulu Tan Sri Azizan dia tak kempen pun tapi dia menang, kerana personaliti. Orang sokong dia kerana personaliti dia, bukan parti. Sekarang mungkin orang nak tukar selera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan hotel terbaharu syarikat MK Land Holdings Berhad, 'Ombak Villa' di sini malam tadi.

Dr Mahathir berkata BN boleh memajukan kawasan itu dengan lebih pesat jika berjaya memenangi kerusi DUN Sungai Limau.

Katanya apa yang penting, BN mesti mendekatkan diri dengan rakyat, mengambil tahu masalah rakyat dan cuba membantu menyelesaikan masalah itu.

PRK DUN Sungai Limau akan diadakan berikutan kematian Azizan Khamis lepas setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Azizan mempertahan kerusi itu bagi penggal kelima pada PRU13 yang lepas dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.


AstroAwani

Sunday, September 29, 2013

#PemilihanUMNO - UNTUK APA KITA PILIH DAN SIAPA YANG KITA HARAPKAN? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @HishammuddinH2O @Tunfaisal


Dalam satu ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron menyifatkan keadaan kerajaan sebelum PRU13 adalah ibarat menjaga ibu yang mengandung, banyak pantang larangnya, banyak tak boleh dari yang boleh, banyak berhati-hati dan tidak boleh cuai. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diamanahkan menjaga negara dalam keadaan yang banyak pantang larang. Tidak sama keadaannya bila selepas PRU13, keadaannya ibarat ibu yang dah habis tempoh berpantang. Walaupun menjadi mangsa kritikan dan serangan, namun Datuk Seri Hishammuddin tidak pernah memberi alasan dan menyalahkan rakan-rakan di dalam Jemaah Menteri. Sebaliknya, beliau menerima serangan-serangan ini dengan redha dan terus mempertahankan agenda Transformasi Politik Presiden UMNO dan Perdana Menteri.




Kebalkan kuasa politik Pribumi
(K) TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Oleh: Tan Sri Abdullah Ahmad
Tarikh: September 29, 2013

Dalam politik, satu minggu pun lama maka meramalkan perkembangan politik, landskap siasah Melayu Islam jangka panjang, berpintal-pintal (tortuous), berbahaya; tidak bijak. Meski pun begitu saya cuba jadi seorang penilik Pakatan Baru dalam politik negara.


Lima puluh enam tahun semenjak merdeka, berbagai transformasi telah berlangsung. Ada yang baik seperti pendidikan tinggi bagi Melayu Islam dan Peribumi dan pembentukan Kelas Menengah dan Profesional Melayu Islam dan Peribumi.

Keburukannya pula pembasmian tulisan jawi, politik pakatan yang merugikan Melayu Islam; keruntuhan akhlak dan moral serta rasuah.

Apa pun tiada boleh dinafikan tegas Speaking: “the Malays and Peribumi have changed beyond recognition. Their earnings shot up after the New Economic Policy (NEP) was implemented, both in absolute terms, and relative to the non-Malays.”

Satu hakikat Melayu Islam dan Peribumi telah mencapai kemajuan walaupun masih banyak lagi isu menanti penyelesaian bagi menjamin kuasa mereka berterusan tanpa diungkit dan dicabar lagi. Mampukah kepimpinan Melayu Islam pasca Najib Tun Razak mempertahan dan melambungkan terlebih tinggi lagi serta ‘mengentrenchkan’ kuasa ini yakni memperkukuhkannya lagi?

Zaman gelap rakyat kulit hitam Amerika Syarikat beransur hilang mulai perjuangan Martin Luther King dan dengan kehadiran Barack Obama sebagai Presiden AS tetapi perjalanan mereka mengejar dan mencapai ‘life, liberty and the pursuit of happiness’ sebenar masih jauh, bukan senang dan tidak akan tamat. Begitulah juga dengan perjuangan Melayu Islam dan Peribumi dalam negara mereka yang tunggal ini.

Saya yakin kemajuan Melayu Islam dan Peribumi lebih deras kalau mereka pintar memilih pemimpin yang berwibawa, bermoral, amanah, berpengetahuan, bervisi, mempunyai potensi serta credentials mereka sebagai Melayu Islam dan Peribumi  diperakui. Paling ramai mereka yang mempunyai tauliah ini berada dalam Umno, ada juga dalam Pas dan PKR.

Pas mahu hanya ulama memegang jawatan tinggi kerana selayang pandang Pas rugi dalam Pakatan. Ini boleh dipertikaikan, adakah ini fact atau fiction? Apa pun PKR dan DAP terutamanya, meraih lebih keuntungan dalam PRU13. Saya setuju dengan keputusan multaqa Pas. Mana bisa parti Islam ‘diko-pimpin’ oleh ulama dan ‘sekularis’.  ‘Sekularis Pas’ harus berhijrah ke PKR dan DAP!

Umno sibuk berkempen memilih bakal pengganti Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.  Sungguh seronok mereka, tiada bosan berpesta; kenyanglah mereka yang bernasib baik jadi perwakilan. Yang tidak dipilih perwakilan dapat kuah, majoriti menghidu bau masakan saja.


Enam pemimpin Umno berhasrat menjadi bakal perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan (kalau Umno menang PRU14) atau jika Najib merombak Kabinetnya awal tahun depan. Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal, Mohd Isa Samad, Mohd Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir.

Perwakilan yang bestari akan memilih kombinasi orang muda (Hishammuddin, Mukhriz) dengan orang tua, (Zahid, Shafie, Isa dan Ali); yang adil dan bervisi mengambil kira geografi dan negeri kubu Umno. Saya kenal semua calon naib presiden ini. Kalau saya wakil saya akan ambil kira umur, peluang dan potensi mereka pasca Najib dan Muhyiddin.

Keenam-enam pemimpin Umno sudah teruji tetapi terpenting siapa antara mereka yang biasa menjadi bakal pengganti Najib dan Muhyiddin, berwibawa menghadapi kepimpinan muda Pas dan PKR pasca Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim?

Siapa selain daripada enam orang ini yang Melayu Islam dan Peribumi boleh harap memperjuangkan tanpa takut, segan dan malu agenda Melayu Islam dan Peribumi? Yakni memperkasakan kuasa politik mereka tanpa luntur dan Melayu Islam dan Peribumi tidak akan lenyap di muka bumi tertunggal ini?

Bolehkah mereka (Melayu, Peribumi) bergantung kepada pemimpin pelapis Umno – Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Sharifuddin Abdullah, Dr Abdul Latiff Ahmad, Razali Ibrahim, Jazlan Mohamed antaranya? Adakah mereka ini mempunyai sifat ‘keperibadian jati Melayu Islam’ yang ahli Umno dan Melayu Islam boleh bergantung dalam Politik Baru yang akan mendominasi landskap politik negara antara sekarang dan PRU14 dan melewati PRU14?


Suasana politik dalaman Umno kini, suka-duka, tidak menggalakkan muda-mudi mendekatinya. Umno harus bina suasana baru; yang dapat memujuk atau menarik generasi baru Melayu Islam dan Peribumi yang mahu menyertainya. Belajarlah daripada Tun Razak yang mengundang muda-mudi Melayu Islam berbakat menyertai Umno dan memberi mereka pula kepercayaan.

Ramai antara mereka menjadi pemimpin yang berkaliber dan tahan diuji. Umno tetap berubah siapa pun memimpinnya. Persoalan terbesar adakah kepimpinan itu akan membawa Umno ke tahap yang lebih tinggi lagi atau salah hitung kecundang dalam PRU14.

Itu tidak harus berlaku (tewas PRU14) kerana jumlah bilangan pengundi Melayu Islam dan Peribumi makin meningkat. Dijangka populasi Melayu, Peribumi mencecah 75% dalam masa dua dekad lagi. Masa depan Umno bergantung pada Melayu Islam seperti semenjak parti itu ditubuh pada tahun 1946.

Kalau Umno terus menghargai dan berbudi pada mereka – Melayu Islam dan Peribumi sekurang-kurangnya tidak akan lari dari Umno up to PRU14. Dalam PRU13, Umno memenangi 88 kerusi Parlimen (bertambah) dari jumlah kerusi BN sebanyak 133 itu. Pas 21, DAP 38 dan PKR 30. Hanya 16% pengundi Cina menyokong BN. “Hear, hear, hear – dengar, dengar, dengar”.

Tak payahlah suluh lagi apa yang amat terang. Saya teka sokongan Cina akan terus merosot kecuali orang Melayu Islam dan Peribumi menyerah kuasa mereka kepada mereka (Cina).

Melayu Islam dan Peribumi hanya akan hilang kuasa kalau muda-mudi Melayu Islam dan Peribumi terus menjauhi dari Umno. Terpulanglah bagi Umno meyakini mereka bahawa integriti dan kredibiliti Umno dan pemimpinnya di semua peringkat sedang berubah.


Tabie menyalah guna kuasa, sifat bongkak, sombong dan sukar dijumpai dan mempunyai gaya hidup yang gemar dan gembira menunjuk-nunjuk serta kemerosotan moral (decadence) juga makin berkurangan. Hanya Melayu Islam dan Peribumi boleh meruntuhkan kerajaan yang ada.

Sumber:TunFaisal

PEMILIHAN UMNO BUKAN PESTA MEREBUT JAWATAN! @TengkuAdnanreal @NajibRazak

   


 Sekiranya tiada aral melintang, tinggal 20 hari saja lagi pemilihan UMNO bagi peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan bahagian akan diadakan atau lebih tepat lagi pada 19 Oktober. Pemilihan di peringkat sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan lebih awal iaitu pada 12 Oktober. Setakat ini, tiada sebarang kekecohan atau bantahan ketara disuarakan calon kecuali ada suara yang mendesak supaya syarat kempen dilonggarkan atau dikaji semula bagi membolehkan calon turun berkempen bertemu perwakilan.

Wartawan BH, Mohd Anwar Patho Rohman menemubual Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berhubung masalah itu di samping mendapat gambaran perjalanan pemilihan UMNO setakat ini yang julung kali mengguna pakai format baru selepas pindaan Perlembagaan parti pada 2009.
Wartawan: Pemilihan UMNO sudah semakin hampir dan senarai calon yang bakal bertanding juga sudah diketahui serta akan dimuktamadkan pada 7 Oktober ini. Setakat ini, bagaimanakah perjalanan proses pemilihan yang menggunakan format baru kali ini?


Tengku Adnan: Secara keseluruhannya, perjalanan proses pemilihan parti berjalan lancar seperti yang dijangkakan. Kita juga sudah mengenal pasti beberapa masalah yang timbul terutama pada proses penamaan calon. Kita akan memperbaikinya terutama membabitkan kes nombor calon dan langkah pengagihan kuasa menerima pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO ke UMNO negeri. Ada suara meminta supaya ia patut dilakukan secara bersepadu dan kita cuba tetapi Jawatankuasa Pemilihan tidak membenarkannya, maka calon terpaksa pergi pejabat Perhubungan UMNO negeri untuk menyerahkan borang pencalonan.

Selain itu, kita juga melihat ada ahli yang cuba mengambil kesempatan terutama di cawangan dan bahagian yang menjadikan pemilihan kali sebagai pesta. Ini bukan pesta. Pemilihan UMNO bukan satu pesta merebut jawatan. Ia satu komitmen. Ahli perlu tahu apa perjuangan UMNO, apa Perlembagaannya. Jika hendak jadi pemimpin parti, perlu tahu kita tidak boleh fikir diri sendiri tetapi fikir untuk rakyat. Ini kerana UMNO adalah parti memayungi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ini yang harus diketahui kerana UMNO adalah tulang belakang kepada kerajaan memerintah. Sebab itu ahli harus sedar kehendak Presiden parti yang mahu UMNO menjadi parti inklusif kerana parti ini ditohmah sebagai parti elitis, mengamalkan nepotisme dan menyekat, pada hal kita tidak pernah menyekat peluang ahli lain.

Dalam pemilihan kali ini, kita membuka ruang untuk ahli bertanding. Apabila ini berlaku, ada baik dan buruknya. Yang buruknya, ada ahli yang mengambil kesempatan mencalonkan diri untuk merebut jawatan tertentu. Apabila ditanya mengapa hendak bertanding, alasannya kerana dendam. Kemudian mengugut. Ini yang berlaku. Justeru, saya sedang meneliti dan mengkaji serta sudah melaporkan kepada Timbalan Presiden selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan masalah ini. Jawatankuasa Pemilihan juga akan mengumpul masalah yang berlaku ketika proses penamaan calon. Selepas ini kita akan melihat pula perjalanan persidangan bahagian dan kita akan melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan serta Majlis Tertinggi (MT) untuk perbaiki kelemahan yang berlaku.
S: Jawatankuasa Pemilihan pada Rabu lalu mengesahkan seramai 33,942 calon akan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan parti bulan depan. Kita juga menyaksikan seramai 269 calon menarik diri. Dalam pada itu, seramai 260 calon menawarkan diri merebut jawatan di peringkat MT dan tiga sayap parti. Apa yang dapat Datuk Seri rumuskan berdasarkan angka yang ditunjukkan ini?

J: Ini menunjukkan UMNO bukan seperti apa yang dituduh yang dikatakan mengekang dan menyekat ahlinya untuk bertanding. Padahal dari dulu sampai sekarang pun masih begitu juga sifatnya UMNO ini. Kalau ada perbezaan pun mungkin dari segi jumlah calon yang hendak bertanding. Dulu orang hendak bertanding perlu memenuhi syarat pencalonan tetapi kali ini kita benarkan semua bertanding kerana kita tidak ada sekatan pencalonan. Ada baik dan buruknya sekatan dan ada juga buruk serta baiknya apabila tiada sekatan. Ini masalah yang kita akan lihat semula untuk memastikan parti dapat meneruskan perjuangannya.

S: Apa maksud ‘lihat’ itu Datuk Seri?

J: Kita akan lihat, membuat kajian terhadap format dan peraturan pemilihan kali ini. Kita akan analisis barangkali ada kecacatan pada formatnya perlu perbaiki. Ini kali pertama dalam sejarah apabila satu parti mempunyai cara memilih pimpinan parti membabitkan lebih 140,000 perwakilan akan memilih calon yang bertanding pada 12 dan 19 Oktober ini.

S: Ada calon mengeluh dengan peraturan berkempen yang ditetapkan parti yang mereka anggap tidak demokratik dan menyekat calon untuk bersemuka dengan perwakilan seperti tidak boleh mengadakan majlis jamuan. Boleh Datuk Seri jelaskan?

J: Kita ada tata etika pemilihan seperti ditetapkan Lembaga Disiplin. Kita tidak menyekat malahan semua calon boleh berkempen, boleh jumpa orang dan perwakilan tetapi mesti mengikut etika. Sekarang, kita membenarkan calon mencetak kad dan nombor calon. Soalnya kini, mereka yang mengeluh ini saya hendak tanya, kalau hendak bertanding, sudah tentu mereka sedar mereka dikenali. Kalau hendak bertanding di peringkat bahagian, negeri atau Pusat, adakah mereka dikenali. Kalau tidak dikenali, buat apa bertanding.

Kita juga akan mengadakan program Jelajah Calon di seluruh negara untuk memperkenalkan calon. Akan tetapi pada saya, tidak perlu pun program seperti itu kerana kalau calon itu betul-betul hendak bertanding, sudah tentu mereka tahu adakah mereka popular atau tidak di bahagian atau peringkat tertinggi. Mereka yang tidak begitu dikenali ini saya hendak tanya adakah bertanding hanya untuk ‘syok-syok’ mahu merosakkan parti? Kita juga sebenarnya sedang membuat analisis kerana mengesan anasir luar bersama pembangkang yang ingin melihat pemilihan parti ini gagal dengan memperguna ahli UMNO yang tidak sedar diri mereka dipergunakan anasir luar ini.
Apa yang berlaku ini menunjukkan mereka mahu mensabotaj pemilihan UMNO. Sebab itu saya bersyukur kerana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden kekal tiada pertandingan, begitu juga beberapa jawatan Ketua Bahagian menang tanpa bertanding. Masalahnya sekarang, mereka yang saja suka-suka hendak bertanding. Anasir luar seperti ‘anai-anai’ ini jangan menyangka saya tidak tahu siapa anai-anai yang hendak merosakkan UMNO di peringkat bahagian dan Pusat.

S: Akan tetapi Datuk Seri, ramai calon mendakwa peraturan kempen itu hanya menguntungkan calon sudah dikenali dan menyekat peluang muka baru atau orang muda untuk merebut jawatan dalam parti. Rata-rata calon bertanding mahu mencuba nasib bagi merebut jawatan tertentu. Malah ada yang bimbang peraturan itu akan menyekat peluang mereka.

J: Mana ada ‘mencuba nasib’ dalam politik. Ini bukan nasib. Politik bukan satu kerjaya. Mereka mesti sedar dalam politik, jika hendak bertanding, tidak boleh anggap jawatan direbut itu sebagai kerjaya. Kita perlu sedar, bertanding adalah untuk menawarkan khidmat kepada masyarakat, agama dan negara. Kedua, calon mesti ikhlas dan amanah. Ini yang menjadi masalah segelintir ahli UMNO. Mereka sangka dengan masuk UMNO akan dapat duit, akan dapat kontrak atau masuk UMNO tiket menjadi menteri. Saya pun hairan mengapa calon hendak bimbang. Kalau dia tahu dirinya tidak popular, jangan jadi calon. Kalau ada calon bimbang, pasti ada sesuatu tidak kena pada dirinya. Takut kepada bayang-bayang sendiri.
Namun, untuk mengatasi kekeliruan kepada perkara ini, calon dan perwakilan tidak perlu bimbang. UMNO akan mencetak buku mengandungi maklumat calon berserta gambar mereka untuk diedarkan kepada seluruh perwakilan yang bersidang nanti. Buku itu akan dicetak selepas senarai nama calon dimuktamadkan. Bermakna calon tidak perlu bimbang perwakilan tidak mengenali mereka dan perwakilan pula boleh mengenal pasti calon mana yang mereka akan pilih pada hari persidangan bahagian atau sayap, nanti. Dalam aspek ini saja, berapa banyak kos yang UMNO perlu tanggung untuk memastikan pemilihan berjalan lancar.

S: Bermakna, soal persepsi seperti yang Datuk Seri sebutkan itu menjadi penyebab rakyat berpandangan negatif kepada UMNO?

J: Ya. Ini yang menyebabkan orang menyampah kepada UMNO. Kita ada tata etika, ikut saja. Malangnya, ada ahli yang bertanding menjadi taksub. Jika kalah, mereka salahkan UMNO. Yang muda pula, kalau tidak terpilih, menganggap UMNO menyekat. UMNO tidak pernah menyekat sesiapa dalam sejarahnya. Cuba lihat Datuk Seri Najib Razak dulu berapa umurnya menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Besar Pahang. Begitu juga Tan Sri Rahim Tamby Chik, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cuba fikirkan semula contoh ini. Kita tidak pernah menyekat orang muda atau calon baru untuk naik. Akan tetapi cuba tengok apabila kita buka pertandingan kepada semua, berapa ramai hendak merebut jawatan Ketua Pemuda? Adakah mereka sudah cermin diri mereka sendiri sebelum mengumumkan hendak merebut jawatan? Saya bukan campur tangan, tetapi kalau hendak bertanding, ukurlah baju di badan sendiri.

S: Seperkara yang dapat dilihat, majoriti calon bertanding terutama di peringkat sayap menjelaskan tujuan mereka bertanding adalah untuk menawarkan diri berkhidmat kepada parti. Boleh Datuk Seri ulas?

J: Ada pelbagai cara yang orang UMNO boleh lakukan untuk berkhidmat kepada parti. Adakah perlukan jawatan untuk berkhidmat kepada parti? UMNO adalah wadah perjuangan yang mempunyai matlamat di mana kita mahu berada. UMNO sentiasa memperbaharui semangat perjuangannya, melalui proses evolusi mengikut peredaran masa. Sebab itu UMNO berjaya mendapat lebih kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu berbanding parti lain. Ini menunjukkan rakyat faham perjuangan UMNO. Apa yang saya bimbang ahli mungkin tidak faham perjuangan UMNO. Dalam konteks hari ini, kita hendakkan rakyat dan undi. Ahli saja tidak mencukupi.

S: Senarai calon yang agak ramai kali ini dikatakan boleh menyebabkan perwakilan sukar untuk memilih calon yang mereka fikir layak untuk diangkat menjadi pemimpin UMNO. Bagaimana UMNO hendak memastikan perwakilan akan memilih calon yang betul-betul layak untuk menjadi pemimpin tertinggi parti seperti dalam jawatan MT dan sayap parti?

J: Itulah sebabnya, pemilihan ini dapat menilai sejauh mana kematangan perwakilan. Jika ada perwakilan yang memilih secara tangkap muat saja, itu bermakna mereka tidak matang dan jujur. Perwakilan perlu sedar, siapa yang akan dipilih itu menjadi faktor penentu masa depan bangsa, agama dan negara. Jangan hanya gembira menjadi perwakilan tetapi tidak amanah dalam memilih.

S: Adakah UMNO sudah menjangkakan akan berlaku perkara tidak diingini pada hari pemilihan nanti seperti protes dan demonstrasi ahli yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan?

J: Tidak mustahil akan berlaku perkara tidak diingini kerana kita tidak boleh meneka apa yang dirasakan calon dan ahli. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Cuma kita berharap calon dan perwakilan dapat mengawal emosi masing-masing. Cuma, kita minta dan harap calon bertanding secara berhemah dan dalam suasana kekeluargaan.


Calon terima baik format baru pemilihan

Wartawan: Boleh Datuk ulas mengenai perjalanan pemilihan UMNO setakat ini terutama selepas berakhir proses penamaan calon minggu lalu?

Ab Rauf: Semua orang sedia maklum bahawa ini kali pertama format baru pertandingan dilaksanakan selepas pindaan Perlembagaan parti dibuat dilakukan selepas 2009. Semua orang yang terbabit dalam Jawatankuasa Pemilihan UMNO termasuk Urus Setia Pemilihan di ibu pejabat UMNO menyahut cabaran ini bagi memastikan pelaksanaannya tidak memberi kesan negatif kepada parti. Sepanjang tempoh penamaan calon dan penyediaan logistik penamaan calon, semuanya berjalan baik di semua peringkat. Kita juga melihat semua calon dapat menerima kaedah baru pertandingan manakala penyediaan dilakukan urus setia juga mencapai tahap baik. Sepanjang tempoh pengambilan borang yang diambil calon di semua peringkat sama ada negeri atau Pusat tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Jika berlaku kekecohan pun hanya berlaku di peringkat awal saja dan selepas itu semuanya terkawal.

S: Senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan kali ini sudah diumumkan dan menunggu masa untuk dimuktamadkan Rabu ini. Berdasarkan senarai terbabit, apa yang boleh Datuk rumuskan?

J: Saya lihat dalam senarai calon yang menawarkan diri bertanding kali ini, penghargaan harus diberikan kepada orang muda terutama dari Pemuda UMNO. Mereka menunjukkan kematangan apabila ramai tokoh Pemuda tampil dan menawarkan diri untuk bertanding termasuk di peringkat Majlis Tertinggi (MT) atau peringkat arus perdana. Antara sayap UMNO yang mempunyai calon paling ramai bertanding ialah daripada Pemuda. Saya beranggapan Pemuda UMNO menunjukkan satu semangat daya juang yang tinggi untuk melahirkan pewaris yang akan meneruskan perjuangan parti demi kelangsungan dan survival UMNO serta orang Melayu. Semangat ini menunjukkan Pemuda dalam keadaan bersedia memikul cabaran memajukan parti dengan menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi.

S: Bagaimana pula dengan sayap UMNO yang lain seperti Wanita dan Puteri?

J: Wanita seperti yang kita tahu mereka sudah matang. Mereka faham dan sedar perjuangan parti ini bagaimana. Akan tetapi, ada sesuatu yang agak aneh berlaku kepada Puteri. Mungkin kerana mereka sayap baru UMNO, maka ahlinya tidak begitu merasai kehangatan pertandingan kali ini. Saya pun musykil mengapa hanya ada 36 calon saja dari Puteri yang akan bertanding berbanding 77 orang di Pemuda. Kita akan membuat kajian mengenai perkara ini mengapa calon Puteri amat kurang. Apakah faktornya seperti kurang galakan daripada pucuk pimpinan mereka, atau mungkin tidak berani untuk bertanding. Itu semua perlu dikaji. Jangan ambil kira sebab mereka sudah matang. Puteri mungkin kerana ia sayap baru maka kehangatan pemilihan ini mungkin mereka tidak rasa lagi. Hanya 36 orang calon saja dari Puteri, Pemuda 77 orang. Kita akan buat kajian mengapa calon Puteri berkurangan. Mungkin tidak berani, tiada galakan.

S: Bagaimana dengan persiapan Jawatankuasa Pemilihan dan Urusetia Pemilihan. Adakah sudah bersedia sepenuhnya atau masih perlu melakukan sesuatu untuk melancarkan pemilihan kali ini?

J: Semua sudah siap. Logistik dan kertas pemilihan serta pegawai pengurus pemilihan juga bersedia. Kita juga menyampaikan taklimat serta mengadakan simulasi pemilihan di Pusat Latihan UMNO di Janda Baik dan wakil dari seluruh negara akan dipanggil untuk berkampung bagi merasai simulasi pemilihan berkenaan.

S: Apa pendapat Datuk apabila ada suara akar umbi UMNO dan calon yang kurang senang kemunculan calon veteran merebut jawatan MT atas alasan tidak mencerminkan proses transformasi dan meremajakan parti?

J: Itu tidak mengapa. Ahli parti tidak mencerminkan usia. Semua ahli UMNO berhak menggunakan haknya untuk bertanding. Apa yang perlu diketahui, perwakilan yang akan memilih siapa yang akan menjadi pemimpin UMNO. Terserah kepada perwakilan dan pucuk pimpinan di peringkat akar umbi untuk membuat keputusan.

EHSAN: BHARIAN

Thursday, September 5, 2013

PUTRAJAYA KEMUKAKAN MUKA BARU UNTUK MT UMNO @Najibrazak @TengkuAdnanReal @tunfaisal #TF4MT




Putrajaya adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Dari Pucuk pimpinan UMNO Bahagian Putrajaya sehinggalah sayap dibarisi pemimpin-pemimpin terkemuka di masa kini dan pemimpin masa hadapan. Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kuat dari segala aspek termasuk pengalaman sekian lama dalam politik YB Tengku Adnan tidak lokek berkongsi pengalaman yang ada kepada pemimpin muda sehingga melahirkan 4Exco Pemuda Pusat yang hebat di dalam Jawatankuasa Tertinggi UMNO sebelum ini.

Pada pertandingan UMNO kali ini, HM yakin kepada calon yang diketengahkan oleh Putrajaya untuk bertanding di dalam Majlis Tertinggi UMNO yakni Saudara Tun Faisal Ismail Aziz mampu membawa perubahan kepada UMNO pada masa hadapan.


Pemimpin ini secara keseluruhannya telah masak dari segala aspek dan boleh diketengahkan untuk mewakili UMNO. Beliau juga sebenarnya mempunyai karisma yang tinggi sebagai pemimpin yang UMNO yang tulen dan HM yakin bahawa UMNO memerlukan pemimpin seperti beliau bagi mentransfomasikan UMNO supaya tampak lebih hebat, gah dan mampu memayungi Barisan Nasional dan memperkasakan pergerakkan parti komponen yang lain.


             


HM juga berpendapat, apabila beliau di dalam Majlis tertinggi UMNO dan pengalaman yang beliau ada boleh memastikan bahawa Jentera - jentera Barisan Nasional lebih tersusun khususnya jentera jentera maya UMNO dan Pro-Kerajaan. Jentera- jentera maya di dalam alam siber memang memerlukan pemimpin yang kuat dan mempunyai intelektual yang tinggi bagi mematahkan persepsi pembangkang yang saban hari cuba memfinah kerajaan Barisan Nasional.

Mungkin di kalangan perwakilan peringkat bahagian ada yang masih belum mengenali Tun Faisal secara peribadi atau lebih dalam,  tetapi apa yang penting ialah, Tun Faisal telah memberikan khidmat saban tahun dibelakang tadbir alam maya supaya PRU13 menyebelahi kepada Barisan Nasional. jika ingin mendalami siapakah beliau sila ke link yang diberikan >KLIK SINI

HM berpendapat bahawa Saudara Tun Faisal mampu memberikan nafas yang baru kepada UMNO untuk mengharungi landskap baru yang trend masa kini melihat bahawa majoriti pengundi muda menguasai kehendak rakyat dan HM yakin dengan pengalaman beliau ada mampu menambat hati pengundi dan rakyat.

UMNO perlu melakukan perunahan yang drastik jika mahu berubah dan mahu ditransfomasikan menjadi Parti siasah yang kuat dan kemenangan besar Barisan Nasional pada PRU14.





Sudah tiba masanya kesemua sayap perlu mengundi pemimpin ini dan kita perlu fahami bahawa pengamal media sosial dalam media baru perlu diletakkan sebaris dengan Ahli Majlis Tertinggi supaya permasalahan rakyat khususnya dapat disampaikan secara terus kepada UMNO disamping menjaga kedaulatan maruah UMNO daripada tohmahan pembangkang dan perlu dijawab dengan segera bagi menambat hati rakyat.

Pemuda UMNO juga meletakkan Tun Faisal sebagai salah seorang 4 calon baru Pemuda didalam Majlis Tertinggi UMNO dan menjadi tanggungjawab seluruh ahli-ahli UMNO khususnya pemuda UMNO memilih pemimpin baru supaya harapan meremajakan UMNO menjadi kenyataan.

Wednesday, September 4, 2013

PEMUDA KETENGAHKAN 4CALON KE MT UMNO @KhairyKj @Razaliibrahim @Tunfaisal @Najibrazak

4 CALON JAWATAN MT UMNO MALAYSIA



Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka

        

KRITERIA SEBAGAI CALON PEMUDA KE MT

1. Kematangan dan boleh diterima oleh orang-orang lama
2. Yang membawa imej Pemuda UMNO Malaysia






PENDIRIAN PEMUDA ISU TUMPUAN GOL.PERTENGAHAN DAN RENDAH, KENAIKAN HARGA PETROL DIESEL DAN TPPD @Khairykj @tunfaisal @NajibRazak

       

       Pendirian Pemuda tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel, TPPA


Pemuda Mahu Kerajaan Tumpu Golongan Pertengahan Dan Rendah Dalam Bajet 2014

1. Pemuda UMNO hari ini mahu kerajaan memberikan tumpuan terhadap golongan pertengahan dan sederhana dalam pembentangan bajet 2014 akan datang.

2. Pemuda UMNO mahu kerajaan mengambil berat keluhan rakyat ekoran langkah pengurangan subsidi minyak dan pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada golongan tersebut.

“Kami melihat bahawa peluang untuk diperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi golongan ini seperti BR1M dan potongan cukai wajar diperkenalkan supaya dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan ini dengan cara yang lebih ‘targetted’ atau khusus." 

“Kita harap bahawa kerajaan juga akan mengambil serius tentang isu kenaikan harga barang dan kita gesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan yang cepat dan tegas kepada mana-mana syarikat atau pengusaha yang didapati menaikkan harga perkhidmatan dan juga barangan mereka secara tidak munasabah

“Kita juga menggesa agar kerajaan mempercepatkan usaha yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu untuk kita membuka dan memecah monopoli yang diberi kepada beberapa syarikat. Contohnya AP dan sebagianya yang menyebabkan harga barangan seperti makanan dan sebagainya berada di paras yang tinggi,” 

                                                                              Khairy Jamaluddin,Ketua Pemuda UMNO Malaysia


3. Pemecahan monopoli tersebut ianya diyakini akan dapat membantu dari segi pengurangan harga barang dan juga memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup rakyat.

4.Pemuda meminta kerajaan sama-sama berkongsi beban untuk mengurangkan defisit fiskal kerajaan.

“Di samping kita minta rakyat menanggung subsidi, kerajaan juga mestilah buktikan melalui penjimatan dan juga melalui usaha untuk mengelak daripada ketirisan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.
                                                                      
“Ini akan memberi gambaran yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan juga serius dan secara langsung memikul tanggungjawab untuk mengurangkan defisit.

“Kita juga minta kerajaan kaji subsidi yang diberikan kepada syarikat –syarikat besar, contohnya subsidi gas yang diberi kepada kilang-kilang dan samaada subsidi tersebut juga dapat dikurangkan sekiranya kita nak kurangkan subsidi kepada rakyat.

“Sebab kita dapati bahawa program rasionalisasi subsidi ini mestilah ditanggung oleh semua pihak dan bukannya subsidi am kepada rakyat sahaja yang dikenakan oleh kerajaan,”

                                                                               Khairy Jamaluddin,Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Dalam perkembangan sama Khairy turut memberitahu pergerakan itu juga mahu beberapa isu yang ‘non negotionable’ berhubung TPPA.

“Hari ini kita juga setuju dan buat ketetapan bahawa ada beberapa isu bagi Pemuda UMNO yang ‘non negotionable’ iaitu yang berkenaan dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Kita nak pastikan bahawa tidak ada apa-apa peruntukan dalam TPPA yang dipersetujui yang boleh mendedahkan syrikat-syarikat milik kerajaan ini kepada gelanggang yang kita rasa tidak sama rata.

“Kita juga tidak akan kompromi dari segi agenda ekonomi Bumiputera bahawa tidak boleh ada apa-apa peruntukan yang boleh menidakkan apa sahaja dasar yang boleh membantu usahawan bumiputera.

“Kita tegas bahawa soal perolehan kerajaan juga tidak dimasukkan dalam TPP dan keempat tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat swasta daripada luar negara seperti mana ada peruntukan ISDS pun adalah perkara yang tidak boleh kita terima,” 

                                                                               Khairy Jamaluddin,Ketua Pemuda UMNO Malaysia


Sumber:UMNO Online

Monday, September 2, 2013

@TengkuAdnanReal ROBOH KUIL INDIA? SURAT MAHKAMAH TERBATAL? @TMohan18 @Najibrazak

HM mendapat liputan khas daripada sahabat blogger Putrajaya BTMW membuktikan bahawa sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuat aktiviti demontrasi yang merepek-repek di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Terbukti inilah gambar sebenar Kuil yang masih tidak dirobohkan:


KENAPA KEKECOHAN BERLAKU PAGI TADI?

Dikhabarkan bahawa tengahari tadi segolongan aktivis jalanan membuat demontrasi di hadapan Kuil Sri Munewarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee dan bertujuan hanya menunjukkan bantahan yang keras terhadap pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL yang kononnya bahawa PBT akan merobohkan kuil yang berusia lebih 101 tahun itu. Antara yang terlibat adalah aktivitis jalanan kusut masai yang diketuai oleh Fahmi Reza yang dikenali sebagai orang kanan Adam Adli yang juga kontroversi tidur bersama bukan muhrim di dalam satu khemah ketika Demontrasi #OccupyDataran sewaktu membuat bantahan PTPTN yang juga lansung membuang masa dengan objektif merosakkan pemikiran mahasiswa pada waktu ketika itu KLIK DISINI.


KENYATAAN SEBENAR YANG BERLAKU:

1. Kawasan Tapak Kuil ini adalah kawasan tapak hak milik Hap Seng yang akan dibangunkan untuk projek pembangunan dan mencatikkan semula bagi kawasan tersebut.

2. Mahkamah juga telah mengeluarkan surat arahan bagi merobohkan kuil tersebut akibat permohonan Hup Seng Sdn Bhd dan surat arahan itu diserahkan kepada pengerusi kuil tersebut pada 26 September 2012.

3. Pada 25 September lalu, DBKL mengeluarkan notis mengikut Seksyen 72(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 supaya mengosong dan merobohkan kuil tersebut dalam masa 30 hari.

4. Pada 20 Oktober 2012, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md Ikshan, berkata DBKL sudah menarik balik notis mengosongkan dan meroboh kuil itu.

5. Pada 1 September 2013 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu DBKL mahu mengalihkan patung di kuil tersebut ke satu tempat yang selamat untuk kerja-kerja penyelenggaraan struktur jalan di hadapan kuil tersebut dan telah berlaku kekecohan sehingga Polis bertindak menahan lapan orang yang terdiri dari ahli politik dan aktivis kerana cuba menghalang petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa cuba merobohkan Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee pada waktu paginya. Kesemua yang ditahan kini telah dilepaskan setelah percakapan mereka direkodkan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dari melakukan tugas.


 6. Hari ini, 2 September 2013 Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terpaksa memberikan penjelasan dan bukti pembatalan surat Mahkamah serta maklumat sepanjang perbincangan pihak DBKL dan pihak kuil telah ditunjukkan dan perkara sebenar berkenaan merobohkan tapak kuil tidak pernah timbul. Isu itu sengaja dimainkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Beliau juga memberitahu bahawa kuil ini digunakan untuk tempat yang salah seperti perlindungan kepada pelbagai aktiviti yang salah seperti kegiatan dadah, samseng dan tapak restoran tersebut juga diambil sewa tapak tanpa pengetahuan DBKL.





Jika ingin keterangan lanjut:
http://bethemostwanted.blogspot.com/2013/09/video-panas-menteri-wilayah-persekutuan.html



Sunday, September 1, 2013

SETPOL PM KHAIRUN TIPU AKHBAR @Najibrazak @bharianmy @Bernamadotcom @UMOnline @NST_Online @TengkuAdnanReal


HM agak terkejut apabila ramai sahabat-sahabat di putrajaya membuka pekung Datuk Muhammad Khairun Aseh yang berjawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri menyatakan hasrat tidak bertanding walaupun mendapat banyak sokongan dan dorongan daripada peringkat akar umbi untuk merebut jawatan terutamanya sayap Pemuda?

Nama Datuk Muhammad Khairun Aseh Terpadam di Senarai Cawangan? 
Mustahil kerana Pemuda Putrajaya menolak secara terus menerus Datuk Muhammad Khairun Aseh ini sehinggakan dikhabarkan namanya juga telah terpadam di dalam senarai pemuda cawangan bunga Matahari Bahagian Putrajaya yang juga adalah cawangan YB Menteri Wilayah Persekutuan mesyuarat cawangan baru-baru ini dan Datuk Muhammad Khairun Aseh nampak sudah mengetahui bahawasanya namanya sudah dipindahkan ke cawangan lain.

Blogger Dok Pusing Cerita?
Ramai yang mengetahui bahawa Media Baru tidak asing lagi dengan Pemuda Putrajaya dan sebahagian besarnya adalah blogger-blogger yang ternama memaparkan sikap dan tindakan Datuk Muhammad Khairun Aseh yang selalu memboikot mesyuarat AJK Bahagian Putrajaya dan lansung tidak membantu dan turun padang semasa PRU 13. Maka, point ini digunakan sebaik mungkin bagi memberikan respon yang jelas terhadap Perdana Menteri bahawa Setiausaha Politik Kanannya ini adalah orang yang kurang menyerlah dan tindak tanduknya hanya membawa jalan yang semakin menyimpul.

Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak
Ramai yang bersependapat bahawa mungkin akibat Pejabat Perdana Menteri telah menerima respon yang jelas bahawa Putrajaya terutamanya Pemuda menolak penglibatan Datuk Muhammad  Khairun Aseh di Putrajaya didalam memastikan kejayaan UMNO dan Barisan Nasional tetap kukuh di Putrajaya. Dan berkemungkinan juga Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak memberikan kata dua kepada Datuk Muhammad Khairun Aseh bahawa ingin kekal di Pejabat Perdana Menteri atau ingin bertanding dalam Sayap Pemuda dan jelas bahawa reaksi Datuk Muhammad Khairun Aseh memilih jawatan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri apabila melihat sokongan Putrajaya semakin merosot.


Pemuda Putrajaya
Dikhabarkan juga Pemuda Akar Umbi yang menghadiri mesyuarat cawangan Matahari baru-baru ini bersyukur bahawa Datuk Muhammad Khairun Aseh tidak bertanding lansung didalam pemilihan pada kali ini. ada juga berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran beramai-ramai agar kesatuan yang kukuh di belakang pucuk pimpinan Bahagian Putrajaya terutamanya sayap Pemuda ingin memilih Saudara Ahmad Faisal mengetuai Sayap Pemuda Bahagian Putrajaya juga telah direstui oleh YB. Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ketua Bahagian, YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.



Malu
Perasaan malu Datuk Muhammad Khairun Aseh membelengu dirinya sehinggakan lansung tidak menghadiri mesyuarat cawangannya matahari. kalau iapun tiada didalam senarai nama, namun dia tetap AJK Cawangan yang dimenangi didalam penggal yang lepas. Disebabkan lansung tidak menghadiri lansung mesyuarat Bahagian dan berkempen semasa PRU13 juga adalah satu faktor menyebabkan beliau malu untuk bersemuka dengan pemimpin-pemimpin dan orang -orang berpengaruh di kawasan Putrajaya. maka, hanya mampu menghadiri cawangan jenteranya sebelum ini.


Khairun perlu sedar bahawa politiknya hampir terpadam di putrajaya


Friday, August 23, 2013

TUNTUTAN PENGANUT KRISTIAN TERAHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH


KETERANGAN MUZAKARAH MENGENAI TUNTUTAN PENGANUT KRISTIAN TERAHADAP PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH SEBELUM INI:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah:

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Sumber: E-FATWA

Monday, July 29, 2013

LAGI BUKTI PENERBIT THE NEW VILLAGE BUTA SEJARAH HINA LOGO ASKAR MELAYU DIRAJA @NajibRazak @Zahid_hamidi @HishammuddinH2O


Wasiat Raja-Raja Melayu yang ke 3:

'Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;'

Dalam filem New Village, admin keliru sama ada pengarah ini betul2 tahu tentang sejarah atau tidak. Cap badge yang dipakai di beret adalah cap badge Askar Melayu, mana ada bangsa selain Melayu yang boleh masuk Askar Melayu!!!! Ini satu penghinaan! 

Satu lagi, waktu dulu askar melayu tak pakai beret, dia pakai songkok! yang pakai beret cuma Special Constables. Nak kata dalam ni Special Constable pon tak boleh sebab tali pinggang SC warna hijau bukan biru!

Adakah pengarah Wong Kew Lit cuba memutar belitkan sejarah??? Atau memang xtau tentang sejarah?? Kalau prop seperti baju/pakaian pon tak betul,ada hati nak buat filem tentang sejarah!!! Kepala hotak dia lah!

KDN dan MENHAN Please take Note!!!!

sumber: Askar Kacang Merah

THE NEW VILLAGE JADI TARUHAN CINA HAPUSKAN SEJARAH MALAYSIA @NajibRazak @TengkuAdnanreal @shaberyc

Taruhan sesetengah rakyat cina di Malaysia pada kali ini membalas dendam secara terang-terangan apabila mempertaruhkan "The New Village" sebagai serangan balas menukar persepsi terhadap komunis yang ditunjukkan dalam filem "Tanda Putera" yang diilhamkan oleh Suhaimi Baba berdasarkan sejarah sebenar Negara ini.

HM dapat melihat walaupun dari segi visual keseluruhannya masih pudar kerana pemerhatian sekadar melalui 'trailer' The New Village membayangkan bahawa didalam cerita ini mengagungkan komunis sebagai penyelamat rakyat cina di Malaysia. Ini jelas bahawa penerbit filem ini tidak mengenal erti kemerdekaan dan dijangka filem ini akan ditayangkan pada bulan kemerdekaan tahun ini dengan mudah tanpa di tapis secara wajarnya berbanding filem Tanda putera yang mengambil hampir setahun untuk ditayangkan.

Pihak kerajaan perlu melihat apa sebenarnya impak dan kesan terhadap rakyat dari segi keagamaan, patriotisme, sentiviti dan kebangsaan sesebuah filem ditayangkan di Malaysia khususnya filem-filem yang meniti diatas sempadan sejarah yang lalu. kita tidak hendak melihat negara ini dikucar-kacirkan akibat tidak persefahaman yang jelas berlaku di dalam PRU 13.

Persoalan demi persoalan yang timbul seperti berikut:

1. Adakah Penerbit Filem ini ingin Mencabar Kedaulatan Negara?

2.Adakah penerbit filem ini tiada lansung sikap ketanggungjawaban didalam menerbit sebuah filem sejarah yang tidak mencerminkan sejarah Malaysia yang sebenar?

3. Adakah filem mengagungkan Komunis ini membawa imej Malaysia sehinggakan mudah ditayangkan pada bulan kemerdekaan?

4. Apakah ini melihat bahawa Kerajaan Malaysia lemah jika tidak mengambil tindakan apabila filem ini dikritik?

5. Apakah Rakyat Cina mahu sesuatu daripada Malaysia dengan menidakkan Perlembagaan Negara?

6. Apakah Rakyat kita yang bersusah payah,kelaparan, kehilangan keluarga akibat komunis dan masih hidup boleh menerima filem ini?