Tuesday, January 14, 2014

PEGAWAI @NajibRazak #SyokSendiri , @Ibdil #SyokSendiri ; APA KATA @NajibRazak dan @KhairyKJ ; JANGAN BUAT KAMI LENA DARI SOKONG KERAJAAN

Malu apabila isu kangkung digurau senda oleh pembangkang dan saban hari asyik terdengar isu kangkung dari suara anak muda dan sehinggakan semalam menerima persoalan pula daripada sekumpulan Pegawai Tadbir Diplomatik gelak ketawa apabila fenomema kangkung ini dijadikan bahan perbualan.

Apa nak jadi dengan Jentera Kerajaan Barisan Nasional ini, adakah tiada penelitian semula oleh YAB Perdana Menteri kita tentang Jentera maya untuk menjelaskan perkara sebenar?

Kita dapat lihat, Datuk Seri Najib dipetik berkata:

     

KENYATAAN JELAS BAHAWA  DATUK SERI NAJIB MENEGASKAN BAHAWA ADA BARANG YANG SUDAH DITURUNKAN HARGA DAN RAKYAT PERLU ADIL DALAM MENYOKONG KERAJAAN KERANA PELBAGAI INISIATIF UNTUK RINGANKAN BEBAN DAN BANTU RAKYAT 

HM faham apabila Datuk Seri Najib hanya memberikan contoh sayur kangkung turun dan saya juga tidak faham apa yang dibuat oleh pegawai-pegawai media yang bekerja di dalam Pejabat Perdana Menteri adakah memberikan respon yang sebenar kepada YAB Perdana Menteri mengenai apa yang berlaku di Lapangan Media Baru? Adakah mereka tergamak dengan membuat laporan palsu kepada YAB Najib Razak tentang keadaan semasa?

Kita dapat lihat selepas pilihanraya ke 13, UMNO parti Melayu yang mentadbir negara bagaikan layu tak berkesudahan walaupun mereka telah menang pilihanraya umum ke 13. Pihak Pakatan Rakyat yang di dominasi DAP yang tewas semakin garang mengucar kacirkan UMNO terutamanya menjatuhkan kreabiliti Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.

Semakin hari imej YAB Perdana Menteri semakin di perlekehkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang mana beroperasi dengan pelbagai modus operandi antaranya isu kenaikkan harga barang dan juga perbelanjaan tinggi YAB PM. Pekara ini di lihat semakin menjadi jadi apabila YAB PM sendiri tidak mendengar dan mengetahui apa yang berlaku di bawah terutama keluh kesah rakyat dalam peningkatan kos sara hidup.


Imej YAB PM semakin tercalar akibat dari pihak Media Pejabat Perdana Menteri yang di lihat culas ataupun tidak melaporkan pekara yang sebenar tentang laporan yang di perolehi dari rakyat di lapangan dan dalam media sosial. Bertambah parah apabila pegawai PMO yang menjaga Facebook YAB PM telah melakukan satu persatu kesilapan dalam tugas mereka sehinggalah menyebabkan imej YAB PM terus di kecam oleh rakyat terutamanya pelayar Facebook. 

YAB PM perlu melakukan sesuatu didalam memastikan perkara yang diperbetulkan segera agar jentera Maya disusun dengan lebih rapi supaya dapat menyeimbangi kedudukan dan memperjelaskan pelbagai isu yang saban hari menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda Malaysia, Saudara YB Khairy Jamaluddin perlu memanggil Ibdil selaku ketua Biro Media Baru dan memanggil pakar-pakar media baru Pro-Kerajaan supaya duduk bersama agar membuat perancangan yang tersusun rapi.

 HM sebenarnya sudah muak untuk menasihatkan pemimpin ini dan janganlah sehingga HM juga menjadi seperti segelintir Bloggers yang sudah menghentam kerajaan kerana muak dengan sikap sambil lewa daripada Pemimpin atasan dan jika tiada apa-apa yang berlaku, Kerajaan Barisan Nasional mungkin akan ketandusan pada PRU 14 dan hanyalah Syok Sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata-kata Ungku Aziz bahawa "pucuknya angkuh memanjat ke langit tetapi tak sedar akar terendam di dalam parit"




Mari kita dengar tazkirah #SyokSendiri dari Ust. Kazim Elias.

Sunday, January 12, 2014

@hajihusammusa BUAT ONAR BUNUH PAKATAN DI PUTRAJAYA @tengkuadnanreal @NajibRazak

Pelbagai perkara yang disentuhkan oleh Husam Musa didalam jemputan minum petang di Medan selera presint 9.  HM menjangkakan ramai akan menghadiri jemputan beliau yang berada di Putrajaya. Alangkah terkejutnya apabila hanya beberapa kerat yang xsampai mencecah 25orang yang hadir dan itupun  secara luarannya adalah pengundi luar Putrajaya.

Ucapannya yang melambangkan seperti tiada membaca secara holistik tentang kebajikan orang orang di Putrajaya. Sekali lagi Husam Musa ungkapkan tentang perjumpaanya bersama Tan Sri Aseh tentang isu permasalahan seperti tempat letak kereta dan pengangkutan walhal kita ketahui tiada tindakan lanjut Husam Musa berjumpa utk kali kedua bersama Tan Sri Aseh untuk menanyakan apakah perkara yang dibangkitkan selsai? 

Dan terbukti bahawa Husam Musa 'kaki bohong' kerana lansung tiada dalam ucapannya untuk menjelaskan tentang perkembangan perkara yang disoalkan kepada Perbadanan Putrajaya pada bulan Mei 2013 yang lepas. Yang peliknya, tahukah bahawa sekolah bercirikan Agama Islam sudah ada di presint 9 dan mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dan perkembangan ini memang telah ada di dalam perancangan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini melalui  YB Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya. Husam Musa terlupa angkara ketaksuban untuk menipu rakyat dengan berselindung disebalik Agama dengan mencadangkan Bina Sekolah Agama adalah idea lapuk Calon PAS dan sebab itulah Husam Musa kalah pada PRU13 yang lepas.

Husam Musa sekali lagi memburukan keadaan didalam penjelasan GST dan HM merasakan bahawa Husam Musa memang tidak faham tentang GST kerana merasakan rakyat akan terbeban akibat GST. Adakah Husam Musa faham tentang Cukai Jualan dan Perkhidmatan dihapuskan? Jika tidak faham, mohonlah pergi berjumpa dengan mana-mana pegawai Jabatan di putrajaya itu untuk mendengar penjelasan tentang GST dan sebarkan maklumat tentang GST yang sebenar supaya tidak jatuh fitnah.

Isu tuduhan yang ditaburi yang menyebabkan kekalahan besar majoriti adalah disebabkan oleh jerat yang dipasang oleh Husam Musa memakan diri sendiri apabila membayar rasuah kepada pengundi melalui poskan sepucuk surat mengandungi duit dan cuba membuat idea-idea pelik sehingga menyebabkan bahawa pengundi menyampah untuk mengundi beliau sehinggakan tidak terpilih dalam mengekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Isu Hardrock cafe juga diulas tanpa memahami dalam pernolakkan jelas daripada Rakyat Putrajaya yang dinyatakan oleh YB Menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor sehinggakan betapa kritikan sinis kepada pelabur  Hard Rock Cafe perlu dibuka dengan elemen terapan nasyid serta tanpa alkohol tetapi Husam Musa memutarbelit apa yang dikatakan oleh YB Menteri seperti orang yang mengulas ini gagal memahami bahasa melayu dan keadaan apa yang berlaku di Putrajaya.

Sebagai orang kuat PAS Husam Musa kesilapan sekali lagi bahawa hanya mementingkan kenegerian kelantan sedangkan putrajaya dipenuhi oleh dari seluruh pelusuk negara. Kelantan juga tidak dinafikan diantara paling ramai di Putrajaya tetapi janganlah lupa pengundi yang berasal dari negeri lain dan ini juga kenyataan yang akan merencatkan lagi pengundi Putrajaya mengundi PAS pada PRU14.

Kenyataannya juga tidak senada dengan pemimpin PKR yang mengadakan demonstrasi pada awal tahun ini sedangkan PKR ingin menggulingkan kerajaan.Ini bermakna Husam Musa  bukanlah pemimpin sejati yang perlu diangkat lagi kerana dialah yang paling kuat menipu rakyat dan terbukti sehingga sampai sekarang beliau tidak ingin berjumpa dan menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai di Kelantan tetapi isu diputrajaya pula ingin diselesaikan.

Saturday, January 4, 2014

#HARDROCKCAFE @TanSriAseh MAMPU ROSAKKAN SEJARAH DAN CEMARKAN PUTRAJAYA @tengkuadnanreal @NajibRazak

Lagi sekali Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dikejutkan oleh Presiden Putrajaya Tan Sri Aseh dengan membawa imej barat dengan alasan hanya untuk menarik pembawa motor-motor besar untuk datang ke Putrajaya.

Dan sudah tentulah tempat ini juga akan menjadi satu tarikan golongan berada atasan serta golongan istana untuk berada di putrajaya dan itulah hiburan yang semata-mata dibangga-bangga oleh golongan atasan sedangkan merobek hati-hati golongan marhaen yang kebanyakkan hanya golongan bawahan seperti HM menduduki di Kuarters Kerajaan.

Adakah perkara ini turut akan terkena tempias kepada komuniti Putrajaya yang ramainya adalah golongan pekerja kerajaan yang berkeluarga yang juga mempunyai anak-anak kecil yang baru meningkat naik? Adakah komuniti bersetuju dengan Cadangan ini bagi memperkemaskan lagi Putrajaya sedangkan kita tahu bahawa Putrajaya yang mencerminkan lambang keislaman yang juga dibawa oleh oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad? Adakah Presiden Putrajaya lupa tentang ketamadunan Keislaman Putrajaya dibina dengan bermula dengan Masjid Putra?

HM berasa amat hairan dengan sikap Presiden Putrajaya yang tidak menghiraukan perasaan komuniti sehinggakan cadangan ini diwarwarkan di Facebook dengan membuat sesi lawatan tapak di presint 3 di Menara Ikhlas tanpa dibawa berbincang dengan komuniti setempat dahulu tentang implikasi terhadap pembangunan belia dan anak -anak muda di Putrajaya.

Dengan bangganya pengumuman dibuat berhadapan dengan media oleh Presiden Perbadanan sendiri tentang pembukaan Hard Rock Cafe yang tidak sampai 3bulan juga jelas mampu menarik golongan-golongan yang meminum arak dan mampu menarik ke lembah maksiat di Putrajaya dan akhirnya Putrajaya jatuh sebagai lembah maksiat.

Ini juga akan merosakkan nama baik Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang banyak menekankan tentang Tamadunan Keislaman perlu dibentuk di Putrajaya tetapi akibat Hard Rock Café ini mampu menjejaskan segala perjuangan keIslaman yang kita bawa sebelum ini.

HM tidak menyangka Presiden Putrajaya tidak faham tentang sejarah Putrajaya adalah ini pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua. Atau dengan menukarkan logo Perbadanan sebelum ini Adakah Presiden Putrajaya ingin membuat sejarah baru dengan mengepikan Matlamat Tun Dr.Mahathir Mohammad didalam membina Tamadunan Islam di Putrajaya?

Putrajaya juga mempunyai komposisi penduduk hampir 95% diduduki oleh orang melayu, dahulu dizaman penjajah orang british tidak menghormati adat dan istiadat orang melayu Islam dan pada kali ini orang melayu sendiri dilihat menderhaka terhadap adat dan budaya orang Melayu Islam . Apakah Presiden Putrajaya tahu tentang ketamadunan yang diimpikan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang meningkatkan darjat orang melayu dengan pembinaan Putrajaya dengan penuh dengan ciri-ciri imej dan adat-adat melayu dan kesenian Islam tanpa dicemari dengan budaya-budaya barat? Mohon fikirkan bersama.

HM bersama-sama dengan seluruh pemimpin komuniti menolak dengan cadangan untuk Hard Rock Cafe ini di Putrajaya.  HM akan membuatkan sehingga perkara ini dibatalkan secepat yang mungkin. HM tiada masalah jika Hard Rock Cafe dibuka di Cyberjaya kerana penghuninya ramai orang asing dan bukan ditempat orang Melayu dan penganut Islam. Budaya hiburan Muzik tanpa batas dan terkinja -kinja dalam cafe dan dipenuhi minuman keras serta disajikan dengan artis yang terpekik terlolong itu bukanlah adat melayu dan mampu menambah gejala kemaksiatan di Putrajaya.

HM menyatakan bahawa jika benar Presiden Putrajaya ingin menarik lebih ramai pelancong lebih banyak; gunakanlah pegawai-pegawai bijak pandai didalam perbadanan dan pastikan sentiasa berbincang bersama komuniti bagi mewujudkan pelbagai aktiviti mampu dibuat supaya pelancong bertambah ke Putrajaya dan bukan hanya Hard Rock Cafe sebagai pilihan utama.

HM yakin bahawa Tan Sri Aseh mampu membuat keputusan yang bijak dan janganlah disebabkan ingin menarik kekayaan Perbadanan dan menarik golongan-golongan berada dan atasan ke putrajaya, Tan Sri Aseh merosakkan ketamadunan Melayu Islam yang dicipta oleh pemimpin sebelum ini.

Thursday, January 2, 2014

TUN M : MELAYU SUDAH BENAR-BENAR LUPA ASAL USUL




SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.


Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.





Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.



SUMBER: © Utusan Melayu (M) Bhd