Saturday, May 31, 2014

PAS HILANG KREDIBILITI #PRKTelukIntan @P076Telukintan @Tengkuadnanreal


DAP MENANG DI TELUK INTAN

Dalam pilihanraya kecil di Teluk Intan, pemenangnya ialah DAP.

Pertama, DAP menang dalam persaingannya dengan PAS. Ia berjaya meletakkan lawannya dalam PR dalam keadaan tersepit dan tercalar imej. PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti berprinsip dan bermaruah apabila ia cuba mempertahankan calon DAP yang tidak bertudung dan dikatakan menolak hudud. 

Kedua, DAP menang dalam usaha menjadikan Barisan Nasional kelihatan tidak mampu melakukan transformasi dan gagal meletakkan calon muda (walaupun hakikatnya, Lim Kit Siang adalah dinasour!). 

Ketiga, DAP menang kerana berjaya meletakkan dua orang Cina dalam kabinet, apabila PM mengumumkan ahli parlimen Teluk Intan sebagai seorang lagi menteri, bersama MCA. Walaupun bilangan ahli parlimen Cina sedikit, namun secara proporsi ia mempunyai perwakilan yang tinggi dalam kabinet. 

Keempat, DAP menang kerana berjaya menunjukkan bahawa ia tidak rasis dengan memberikan peluang kepada calon Melayu, malangnya calon Melayu itu tidak mempunyai kredibiliti (bukan salah DAP, tetapi salah Melayu!) Dia bukan peguam seperti Ramkarpal Singh Deo. Dia juga tidak sedar asal usul apabila mencerca UITM yang memberikannya ilmu. Selain rupa, calon Melayu DAP tidak ada apa-apa yang boleh ditawarkan. 

Kelima, DAP berjaya menunjukkan kepada rakyat Sarawak yang akan menghadapi pilihanraya dua tahun lagi bahawa ia adalah sebuah parti yang progresif dan multi-racial. Ramai orang, termasuklah dalam Barisan Nasional, yang tertarik dan "geli-geli" dengan imej muda yang ditampilkan oleh DAP di Teluk Intan, terutama pada peringkat awal kempen. Tak mustahil itu jugalah yang akan dirasai oleh pengundi pilihanraya negeri di Sarawak dua tahun lagi!

@NajibRazak SYUKUR MAH SIEW KEONG MENANG #PRKTelukIntan @P076TelukIntan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melahirkan rasa syukur atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, hari ini.
Najib, selaku Pengerusi BN, berkata berita tersebut merupakan sesuatu yang manis pada malam terakhir program lawatan enam hari beliau ke China.
“Saya amat bersyukur sekali kepada Allah s.w.t…saya rasa gembira yang amat sangat apabila mendapat tahu BN menang. Walaupun majoritinya nipis tetapi dalam sistem demokrasi, satu undi pun dikira menang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatannya ke China sempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.
Berita kemenangan BN itu diterima Najib semasa menghadiri majlis Makan Malam Persahabatan Malaysia-China di sebuah hotel di sini.
Sebaik sahaja menerima khabar itu, beliau terus menelefon Mah untuk mengucapkan tahniah.
Najib juga mengucapkan tahniah kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassan yang mengetuai kempen PRK itu serta seluruh jentera BN yang telah berkerja keras untuk merampas semula kerusi itu daripada DAP.
Dalam pertandingan satu lawan satu, Mah, yang juga Presiden Gerakan, mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Najib berkata kemenangan itu juga bermakna kerana BN tewas dengan majoriti lebih 7,000 pada pilihan raya umum 2013 dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di Teluk Intan yang memilih parti kerajaan BN kali ini.
“Ini bererti faktor peralihan sokongan yang besar sekali pada BN. Kita akan kaji punca-punca positif yang menyebabkan faktor peralihan sokongan kepada BN…terlalu awal untuk buat kesimpulan,” katanya lagi.
Ditanya sama ada Mah akan diberi jawatan dalam Kabinet seperti yang diumumkan beliau di sini dua hari lepas, Najib berkata ia akan ditunaikan kerana BN memegang pada slogan ‘Janji Ditepati’.
Apabila seorang wartawan menyatakan akan ada tambahan dua presiden parti komponen lagi dalam Kabinet nanti sambil merujuk kepada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Najib secara berseloroh berkata: “Mereka tidak boleh melupakan presiden MCA.”
“Tidak boleh lupa Presiden MCA…beliau turut menyumbang atas kemenangan ini. Sekiranya BN bersatu padu dan melakukan kerja-kerja secara bersatu di peringkat akar umbi, anda boleh melihat kesan dan hasil yang lebih kukuh bagi calon BN,”

KEPUTUSAN PENUH BN MENANG #PRKTelukIntan

Peratusan Keluar Mengundi : 67.4%

BN : 20157 undi
DAP : 19919 undi
Rosak: 543
TDK:
Majoriti : 238
MP/Ahli Dewan Rakyat Teluk Intan: Mah Siew Keong

Sumber: SPR

Keputusan penuh, BN Menang!!

Friday, May 30, 2014

Keputusan Penuh #Prktelukintan

DAP bawa pengundi hantu dari luar termasuk daripada singapore

@Dyanasmd KURANG AJAR KEPADA PENGUNDI #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JomPilihMah


Apa la nak jadi dengan Dyana Sofya ini. Kalau ia pon xperlulah sampai tahap menghina pengundi.



PENGUNDI PAS TOLAK @Dyanasmd SEBAB @ustazharondin #PRKTelukIntan @P076TelukIntan


HM tidak pasti adakah petikan ini berlandaskan kepada hasrat Tuan Guru Haron Din.

Jika benar, Haron Din adalah seorang ulama yang menegaskan bahawa betapa perlunya orang melayu menolak dyana sofya atas kerana bukanlah dia seorang calon melayu Islam yang akan memastikan kejayaan dan matlamat PAS dalam menegakkan Islam.

Itulah Ulama yang sepatutnya menerajui PAS untuk menyusun kembali ke jalan yang benar.

Thursday, May 29, 2014

REMINDER VOTERS!! @Dyanasmd MAY BACKFIRE #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JomPilihMah



Dyana is example of DAP supremo Lim Kit Siang’s usual ploy of singing the underdog’s tune however the clincher will depend on PAS to sway the Malay Voters.PAS will do everything possible to achieve its Islamic aspirations, it can show that it also remains committed to democracy and to upholding the laws that we have; at the same time DAP also take the opportunity from Weakness of PAS.




In this Election, PAS can send the message to Malays that they can be successful without having to abandon their traditional values of good behaviour, moderation in their actions and mildness in their manners and PAS will do its level best to convince the leaders of PAKATAN.




DAP will use Dyana and PAS to attract Malay voters ; With cheating People to achieved their target . After this they will leave Teluk Intan such as Gelang Patah and had to say that "MP Missing"


Winning or losing is in the hands of Teluk Intan voters. They have to think and cast their votes wisely in the best interest of Malaysia. Please vote BN for our young generation and future.



VOTERS!! WHY WE NEED VOTE MAH SIEW KEONG #PRKTelukIntan @P076TelukIntan DAP DESPERATE @Dyanasmd




Mah Siew Keong, a two time MP of Teluk Intan previously. He is the GERAKAN's president and a win will definitely ensure him a seat in the Cabinet as promised by Prime Minister. It will give Gerakan a new breath of life after major setbacks since 2008 general election.

Gerakan within the BN is a voice for moderation and for building a multi-racial society. With the entry of MCA back to the Cabinet which will be announced soon, a win for Mah will surely ensure that the Cabinet has one more non-Malay MP who comes for a party promoting social inclusion, justice and fairness.



This is a very critical battle for Mah Siew Keong and the BN voices need to articulate this appeal especially from the Chinese community to vote strategically to have a few more non-Malay ministers. A win for Mah provides greater balance to the current Cabinet to manage the nation till the next general election.

Dyana fixed  a tool to Lim Kit Siang and will leave Teluk Intan without feeling shame after the election either win or lose. 

If DAP Win, when the toughest challenge , Dyana may be bound with her mother instruction who is member of PERKASA. She have possibilities to leave the DAP 



Winning or losing is in the hands of Teluk Intan voters. They have to think and cast their votes wisely in the best interest of Malaysia. Please vote BN for our young generation and future.

BN: REVEALED OF SECRETS TO WIN THE ELECTION #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JomPilihMah




Location: Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak
Present by:  UMNO Information Chief,Datuk Ahmad Maslan
Date: 29/05/2014


Keynote:

1. During  General Election 2013, percentages of BN voters were as follows:

Malay - 72%
Chinese - 22%
India - 45%

2. If Barisan Nasional want to win,the percentage should be increased as follows:

Malay - 80%
Chinese - 40%
India - 60%

3. General Election 2013 previously,  9,210 BN members not to vote BN and BN was deficit 7,300 voters

4. 31st May 2014, To win BN candidate, we need to be able an additional 3,650voters

5. Mah Siew Keong won in 2004 with a majority of 10,000 over.

Kindly watch the video to get more information:


HOT! CHINESE VOTERS! MAH TO BE MADE MINISTER IF WINS #JomPilihMah @P076TelukIntan


Datuk Mah Siew Keong, BN’s candidate in the Teluk Intan by-election, will be made a cabinet minister if he wins the polls on Saturday, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said today.

“Gerakan has been a founder member of BN and the Gerakan president has always been a minister.

“If Mah wins, then I can announce tonight that he will be made a member of the cabinet,” Najib told the Malaysian media during a working trip to China.

In what is expected to be a close contest, Mah faces DAP’s Dyana Sofya Mohd Daud in a straight fight for the Chinese majority parliamentary seat. Earlier today Mah rates his chances of winning at  49 per cent in what he considers to be an unsavoury by-election.

“This is actually to me is a very dirty election in Teluk Intan, with a lot of slandering and false things,” Mah said.
Mah also claimed he had to stop his younger supporters from retaliating against alleged provocation from PR.

A photograph of Mah was circulated online, showing him standing very close behind a woman, as if he were touching her intimately.

As Gerakan president, Mah said he is under great pressure in the by-election, adding that he expects to get a better result than during the general election last year when he lost to DAP’s Seah.


He said that he is concerned about the party’s future should he lose, but added he was ready to bear the responsibility if that happens.

PENGUNDI #PRKTelukIntan DAPAT MENTERI BARU #JomPilihMah @P076TelukIntan TOLAK @Dyanasmd



HM merasakan pengundi menanti tuah apabila mengundi calon Barisan Nasional, Mah Siew Keong. Sebab kenapa? Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.


Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen dan mempertimbangkan perkara ini.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

HOT! PENGUNDI PERLU TAHU KENAPA TOLAK DAP #PRKTelukIntan @P076Telukintan #JOMPILIHMAH TOLAK @Dyanasmd

Pengundi Teluk Intan perlu yakin terhadap Mah Siew Keong,calon Barisan Nasional adalah rakyat Teluk Intan dan membesar di Teluk Intan. HM merasakan bahawa sudah tiba masanya dengan pelbagai penipuan yang dibuat oleh Dyana Sofya menunjukkan bahawa lansung tidak bertanggungjawab terhadap rakyat jelata Teluk Intan.

Mah Siew Keong banyak menabur bakti di kawasan Parlimen ini dan HM merasakan berbilang kaum yang berada di Teluk Intan menerima Calon ini kerana telah terbukti sebelum ini dalam masa berkhidmat.

Memang tidak dinafikan bahawa ada serba kekurangan dalam Calon Barisan Nasional tetapi itu sudah menjadi sempadan dan tauladan dan HM merasakan calon ini telah bersedia untuk berkhidmat setelah menerima pengajaran yang berguna didalam pilihanraya sebelum ini.

HOT!! PENGUNDI MAHU TAHU PENJELASAN @Dyanasmd MENIPU LAGI #PrkTelukIntan @P076TelukIntan #jomPilihMah


Mampus! Gambar-Gambar terbaru DYANA di Majlis PERKASA lama selepas Majlis Pendaftaran Ahli. DAP harus jelaskan!



Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 May 2014 menyatakan yang dia turut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa. Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya.
 Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.

3. Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada Tahun berikutnya, iaitu tahun 2009.


4. Gambar ini diambil pada 22 Mac 2009, iaitu pada hari Majlis Perhimpunan Pribumi Perkasa Negara. Bukankah itu gadis yang sama? Siap baju nya pun sama. Jika tak percaya, lihat sumber gambarnya di Photopages ini.

 http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1825764



5. Gambar di atas ialah di Hari Majlis tersebut iaitu pada 22 Mac 2009. Itu pun sudah cukup bukti bahawa Dyana menipu lagi.

7. Tetapi apakah komitmen seseorang itu jika dia juga turut hadir RAPTAI atau dalam bahasa Inggerisnya "rehearsal! Bukankah boleh dipanggil Aktivis!

8. Lihat gambar-gambar in di hari Raptai pada 20 Mac 2009.




9. Imej di atas ialah tajuk artikel di http://pribumiperkasa.blogspot.com/2009/03/persediaan-perhimpunan-perkasa-berjalan.html pada 20 Mac 2009.

10 Jika scroll ke bawah sedikit dalam artikel yang sama, kita akan nampak imej ini.


11. Hmm, fokus kepada gadis baju hijau.

12. Jom besarkan gambar.


13. Eh, bukankah itu Dyana lagi?

14. Lagi satu.




15. Gadis yang sama, bukan di majlis seperti yang dijelaskan dalam Kenyataan Akhbar Dyana Sofya dan DAP pada 27 May 2014. Tidak, ini RAPTAI Majlis PERKASA lama selepas itu.

16. Ini Aturcara Majlis.



17. Adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP lain tahu tentang Majlis yang ini?

18. Kenapa Dyana hadir RAPTAI? Bukankah ini bermakna dia betul-betul aktif dalam Perkasa, dan bukan sekadar "ibunya minta datang untuk tolong daftarkan ahli".

19. Ini bukan Majlis daftar ahli!

20. Lihat Dyana. Dia memakai tag kuning. Ini kelihatan seperti tag rasmi penganjur. Maknanya dia aktif dalam Perkasa.

21. Adakah Dyana menipu lagi? Mengapa dia hanya mendiamkan saja perkara ini, dan hanya menjawab seolah-olah penyertaannya dengan Perkasa hanya setakat satu Majlis Pendaftaran Ahli itu saja?

22. Adakah Dyana sebenarnya Aktivis PERKASA?

23. Mohon sahabat-sahabat press yang sempat ber'press conference' dengan Dyana tolong tanyakan ini.

24. Anda boleh buat research sendiri di link yang saya berikan. Cepat sebelum macai Pakatan buat aduan pada blogspot untuk padamkan blogsopt perkasa itu.

[gambar-gambar ini kita kenal siapa jurukameranya. Malahan Minaq Jinggo mungkin ada di Teluk Intan! Jika ada jurukameranya, maka gambar ini malah boleh jadi bahan bukti di mahkamah. Jadi INI BUKAN GAMBAR PALSU ATAU FITNAH]

Sila jawab Dyana.

Sumber: KLIK DISINI

DYMM RAJA DR. NAZRIN DITABAL SULTAN PERAK

Duli Yang Teramat Mulia Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atau Raja Nazrin Shah (Diputerakan 27 November 1956) merupakan Sultan Perak yang terkini. Baginda merupakan putera sulung Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.
Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.
Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.

Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah

Wednesday, May 28, 2014

HOT!PENGUNDI PERLU TAHU!!PAS SENTIASA HALALKAN CARA UNTUK MENANG @P076TelukIntan #PRKTelukIntan TOLAK @Dyanasmd #JomPilihMah

Klik gambar dibawah:
Mak Jemah Junior telah menebual Muslimah PAS yang menjadi jentera kuat PAS dalam pilihanraya kecil Teluk Intan kali ini.

Benarlah kata Mak Jemah Junior bahawasanya Hudud PAS hanyalah Talian Hayat untuk menarik undi,pabila tiasa pemilihan,Hudud Pas Sunyi sepi sehinggalah pilihanraya seterusnya.

HM tidaklah menyangkal bahawa setiao umat Islam perlu menerima Hudud kerana itulah undang-undang Islam; Muslimah PAS menyatakan bahawa dyana perlu disokong kerana dia hanya tidak bersetuju perlaksanaan hudud dan bukannya hudud. Adakah Muslimah perfikiran cetek melihat perkara ini,sudah tentuk kalau perlaksanaan tidak dilakukan matlamat tidak akan berjaya dicapai. Jangan dengan hanya meĺihat di Facebook dyana sahaja anda tertipu seperti muslimah PAS ini. Mana mungkin tidak sokong perlaksaaan dapat kita jalankan hukum Hudud? Dan dyana juga secara terangan telah menyatakan walaupun menang sekalipun dia tidak akan sekali-sekali menyokong perlaksaan hudud untuk mencapai matlamat hukum hudud tersebut.

Diingatkan disini, UMNO dan Barisan Nasional hanya tidak menyokong draf olahan yang diberikan oleh PAS kerana jauh menyimpang dan memerlukan Jawatankuasa Teknikal dan itupun telah dipersetujui oleh Presiden PAS , Tuan Guru Hadi Awang. Adakah mereka masih tidak bersama pandangan dan keputusan presiden mereka sehinggakan undang-undang "Lord Red"  dipertikaikan? Apa kena mengena dengan undang-undang Lord Red?adakah mereka faham sejarah dan sistem pengubalan undang-undang?

Apakah mereka ini tiada pengangan sebenar?mereka mengatakan DAP berpengang kepada undang-undang dan mereka buta-buta menyokong DAP tanpa memikirkan apa yang akan dibuat oleh DAP.

Isu pakai tudung pula, mereka mengatakan bahawa isteri pimpinan adalah ikon kepada orang muda,tetapi berlainan kisah Dyana pula dikatakan dia masih baru dan panjang masa untuk dididik? Apakah mereka buta bahawa mana mungkin orang muda ikut orang,mestilah ikutannya adalah orang muda juga tambahan pula jadi calon. Alahai, janganlah berat sebelah dalam menerapkan hukum haram.

ALAHAI....Apabila PAS menghalalkan perkara Hukum Hakam Islam demi kepentingan politik,dan sebab itulah PAS banyak membuat keputusan meyimpang atas kepentingan survivor politik mereka.

DAP DAN PKR GELAK SAJA TENGOK PAS..

MAKA,TOLAKLAH PAKATAN,SOKONGILAH BN!!









AL FATIHAH, YMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDIN SHAH MANGKAT





Alfatihah. Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah , Sultan Perak yang ke-34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Semoga Allah merahmati Roh Baginda Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Amin. - sumber


Lafaz Takziah

Sunat ke atas orang Islam mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah.

Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut : Ertinya: "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."

Ucapan Takziah Bagi Orang Bukan Islam

Harus bagi orang Islam memberi ucapan takziah kepada orang bukan Islam bahkan sunat hukumnya jika mengharapkan Islamnya.

Apabila si mati orang bukan Islam dan ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarganya yang Islam, lafaznya ialah seperti berikut : Ertinya: "Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya."

Akan tetapi haram didoakan bagi mayat orang bukan Islam itu dengan memohon keampunan baginya, walaupun ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarga si mati yang Islam. Contoh lafaz mendoakan keampunan yang diharamkan bagi mayat orang bukan Islam itu seperti berikut : Ertinya :"Semoga Allah mengampuni si matimu."

Tidak boleh diucapkan takziah kepada keluarga yang bukan Islam bagi si mati yang Islam itu dengan mendoakannya supaya Allah membesarkan pahala keluarga yang bukan Islam itu. Kerana tiada pahala bagi orang-orang bukan Islam. Tetapi harus diucapkan takziah kepada keluarga bukan Islam itu jika si mati orang Islam dengan lafaz seperti berikut : Ertinya : "Semoga Allah mengampuni si matimu dan membaikkan kesabaranmu." (Mughni Al-Muhtaj: 1/481-482)

Manakala ucapan takziah bagi ahli keluarga bukan Islam dan si mati yang bukan Islam adalah lebih baik ditinggalkan kerana ianya mendoakan orang bukan Islam dengan berkekalan dan sentiasa dalam kekufurannya.

Sebagaimana penjelasan di atas adalah haram bagi umat Islam mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang bukan Islam dengan mendoakan semoga Allah membesarkan pahala mereka. Begitu juga mengucapkan bagi si mati yang bukan Islam dengan mendoakan keampunan. Kerana mendoakan orang-orang bukan Islam itu ada batasnya.

Tuesday, May 27, 2014

VIDEO: #PRKTelukIntan : DAP Tarak Bikin Apa-Apa ?? @P076TelukIntan #JomPilihMah


DAP tinggalkan Rakyat apabila sudah memenangi Parlimen,

BUKTINYA:





UNDILAH BARISAN NASIONAL UNTUK KEBAJIKAN ANDA

HOT!! PENGUNDI #PRKTelukIntan @P076TelukIntan @UstazKazimElias JAWAB ISU RASUAH BLOG PEMBANGKANG Tolak @Dyanasmd #JomundiMah

EKeleh.COM dikenalpasti menyatakan penipuan berkenaan isu bantuan Barisan Nasional dikatakan rasuah;



Inilah jawapan Ustaz Kazim Elias berkenaan dengan Bantuan yang diberikan:

KANTOI !! #OmakKau @Nomy69 BOHONG KABURI MATA PENGUNDI PAKATAN TOLAK @Dyanasmd PENIPU #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #JompilihMah




Blog Omakkau cuba mengaburi mata rakyat yang membaca blognya dengan kononnya ingin menegakkan benang yang basah akibat Dyana Sofya membohongi rakyat tentang perakuan seorang Peguam. HM faham bahawasanya mungkin Omakkau tidak faham atas kenapa dia ini tidak boleh membezakan Pengamal Undang-undang dan Peguam kerana mungkin tahap pendidikannya yang rendah.


Kenapa kita kata Dyana bukan seorang peguam?
Kita memang faham bahawasanya dia adalah seorang pengamal Undang undang tetapi jelas ditunjukkan bahawa Dyana adalah bukan Peguam adalah berdasarkan perakuan yang ditunjukkan dalam blog Omakkau ini yang telah tamat tempoh menyebabkan dia tidak boleh dipanggil peguam. boleh dilihat secara mata kasar dibawah:-


Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengetahui seseorang itu peguam atau tidak?
HM juga menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui bahawasanya dalam mengesahkan sama ada seorang itu peguam bela dan peguam cara dengan melayari laman sesawang Majlis Peguam Malaysia di www.malaysianbar.org.my dan klik pada “Directories” atau membuat panggilan telefon kepada Sekretariat Majlis Peguam di talian 03–2050 2050.


Penjelasan Tamat Tempoh Diakui Dyana?
Penjelasan Dyana telah dibuat oleh dia sendiri mengatakan bahawa Sijil Perakuan telah tamat Tempoh. Dari segi undang-undang juga telah dinyatakan sendiri didalam perakuan seorang peguam adalah berlandaskan kepada perakuan yang disahkan serta ditandatangani oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi dan mempunyai tempoh yang ditetapkan mengikut sijil perakuan. Jika telah tamat tempoh, makanya Dyana tidak layak dipanggil Peguam dan hanya pengamal Undang Undang.

IBU JADI MANGSA KELUAR PERKASA AKIBAT @Dyanasmd BERBOHONG PADA MEDIA #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #jompilihmah


                         

Sebelum ini Dyana Sofya mengumumkan bahawa Ibunya, Yammy Samad bukan lagi ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan menyebabkan Yammy samad menyangkal ketidakjujuran anaknya dengan menengaskan bahawa beliau masih lagi merupakan salah seorang ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Beliau turut mengakui Dyana dijemput pada Majlis pelancaran laman web  Perkasa oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2008.

"Saya memang ahli Perkasa yang memegang sebagai Jawatankuasa Penaja Penubuhan itu saja, yang ahli saya, bukan Dyana dan sampai sekarang anak saya bukan ahli.

Pada 21 Mei Dyana telah membuat penafian mengenai pembabitan ibu beliau dalam Perkasa malah mendakwa ibunya tidak pernah hadir pada Mesyuarat Agong Perkasa sekaligus tidak pernah mendaftar sebagai ahli NGO Melayu itu. 

Dalam pada itu, Yammy turut menjelaskan, beliau tidak pernah sama sekali keluar dari Perkasa akan tetapi tidak lagi aktif apabila berpandangan NGO Melayu itu bertindak seolah-olah menjadi orang suruhan UMNO.






Mengikut kepada sejarahnya Yammy Samat kecewa apabila kalah bertanding 2 kali kalah bertanding Bahagian Ipoh Barat bagi pemilihan Ketua Wanita dan sebab itulah mengambil haluan untuk menyertai PERKASA dan Kenyataan itu boleh disangkal kerana terbukti ibunya pernah kalah 2 kali dalam sejarah pemilihan di Ipoh Barat dan sebab itulah beliau dilantik menjadi Ketua wiranita Penaja PERKASA.

Dan atas disebabkan oleh Dyana Sofya jugalah beliau terpaksa mengorbankan dirinya menjadi Ahli Perkasa yang setia pada perjuangan melayu. Alangkah gembiranya hati Lim Kit Siang apabila dapat merosakkan dua beranak ini demi mencapai kepentingannya demi merosakkan orang Melayu.

HM telah berikan contoh dan inilah pengajaran kepada orang melayu apabila diperalatkan orang Lim Kit Siang tanpa disedari. Kita tahu bahawa Lim Kit siang memang sangat rasis dalam DAP tanpa mengira apa juga keamanan negara yang berlandaskan Perlembagaan Negara.

WAJIB TOLAK DAP!!


CUBA TARIK HATI PENGUNDI CINA; @LimKitSiang SALAHKAN UMNO GAGAL KAITKAN ORANG MUDA DAN UITM #PRKTelukIntan @P076TelukIntan TOLAK @dyanasmd #jompilihmah



DAP cuba salahkan UMNO dan sekali lagi.memperalatkan UITM sebagai modus operandi dengan menyatakan UITM gagal melahirkan perjuangan anak muda yang menghargai UMNO dalam merealisasikan sebuah Universiti yang dibentuk untuk membantu orang melayu yang tidak mendapat belajar di pusat pengajian tinggi.

DAP merasakan bahawa mereka telah berjaya meracuni fikiran anak melayu dengan fahaman DAP yang komunis dalam usaha menindaskan orang melayu tambahan pula Lim Kit Siang berjaya memujuk pembantunya Dyana Sofea menjadi calon Pilihanraya kecil Teluk Intan dalam meraih sokongan orang melayu.

Lim Kit Siang dengan bongkak mengistiharkan bahawa Naib Canselor UITM, Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah telah gagal dalam mencorakkan anak-anak muda di UITM dalam menyusun kembali agenda melayu di dalam idealisme anak - anak melayu sewaktu di UITM

HM merasakan bahawa Lim Kit Siang amat marah dan geram di atas UMNO membantu anak melayu dan bumiputera dengan memastikan mereka ke menara gading. Dan Lim Kit Siang berazam dengan kejayaan 2 orang alumni UITM memasuki DAP berteraskan fahaman komunis, dia akan pastikan DAP akan meneruskan kejayaan dalam meruntuhkan Ketuanan melayu dalam Perlembagaan Malayasia.


HM cuba menyalahkan UMNO dalam situasi ini sedangkan beliau tidak tahu kemasukan UITM adalah berdasarkan merit dan bukannya Fahamn Politik. Lim Kit Siang cuba mengaburi mata rakyat dan hanya mementingkan politik semata mata agar dia mendapat sokongan yang penuh dari rakyat cina.

Lucu apabila Lim Kit Siang bercakap tentang politik baru DAP yang kononnya berasaskan keadilan, kebebasan dan ketelusan serta urus tadbir yang baik akan menggantikan politik lama dengan melangkaui batasan kaum. Pemilihan CEC yang lepas menyaksikan ketidaktelusan dan ketidakadilan dimana mereka telah memanipulasikan undi sehingga menyebabkan DAP sekarang sebenar bertanding atas tiket yang tidak berapa nak sah memandangkan kes mereka dengan ROS masih lagi belum selesai sehingga ke hari ini.
Lim Kit Siang ini tidak habis-habis dengan perangai bongkak sombong chauvinist melampau. Sikap ini telah beliau terapkan ke dalam diri anak cucu beliau dan juga para penyokong tegar DAP. Mereka inilah bakal menjadi musuh utama negara yang akan tidak berhenti-henti memainkan isu perkauman untuk memusnahkan ketuanan Melayu bagi menganiaya Tuan Tanah Melayu secara berterusan.


HOT!! @Dyanasmd MOHON MAAF SECARA TERBUKA KEPADA PENGUNDI SEBAB MENIPU?? #PRKTelukIntan @P076TelukIntan #Jompilihmah


Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud wajib membuka permohonan maaf kepada seluruh pengundi Teluk Intan di atas ketidaktanggungjawabannya sebagai seorang yang profesional dan juga calon berbohong dan tidak menjelaskan perkara yang sebenar mengenai seorang peguam yang sah sebelum ini.

Tamparan hebat kepada Dyana selaku Calon DAP yang ditimpa pelbagai persoalan daripada wartawan yang tidak konsisten didalam memberikan jawapan  ekoran  Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Haezreena Begum Abdul Hamid tampil membuat kenyataan mengecam pembohongan Dyana itu.

“Dia tidak harus mempromosikan dirinya sebagai seorang peguam, (tambahan pula) dia tidak mempunyai Sijil Annual dan Sijil Amalam Peguam” kata Haesreena yang dipetik portal televisyen web (web tv), Suara.TV.


Seorang  yang hanya memperolehi ijazah sarjana muda undang-undang tetapi tidak melaksanakan tugas harian sebagai peguam, atau dalam bahasa mudah tidak berdaftar dengan Majlis Peguam bukanlah peguam, malah tidak boleh dikategorikan sebagai Peguam. Haesreena yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang berdaftar dengan Majlis Peguam menyifatkan tindakan Dyana itu sebagai alpa dan bodoh.

“Pada saya sekiranya calon tidak berterus terang berkenaan dengan profesyen beliau secara jelas menunjukkan kealpaan dan kebodohannnya dan tidak boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya.

“Dia hanyalah seorang graduan undang-undang dan bukannya menjalankan amalan sebagai seorang yang berprofesion guaman maka dia harus membetulkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang peguam” tegas Haezreena lagi.


Turut mempertikaikan kelayakan yang mengaku peguam Dyana ialah Penasihat undang-undang Persatuan Kebajikan Shah Alam, Ahmad Soffian Mohd Shariff .

Adakala Setiausaha Agong (SUA) DAP kelihatan terpaksa menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) Dyana bagi menjawap soalan media. Soffian, 27, berkata, seorang peguam wajib berdaftar dengan Bar Council (Majlis Peguam Malaysia) sebelum diberikan hak untuk beramal dalam profesyen itu dan mewakili mana-mana pihak atau individu.

“Saya ada membaca kenyataan Dyana yang mendakwa dia seorang peguam atau dalam bahasa mudah dikenali sebagai ‘non-practising lawyer’.

“Untuk makluman ‘non-practising lawyer’ bukan pengamal undang-undang atau dalam erti kata lain bukan seorang peguam dan dia mungkin hanya bekerja sebagai pengamal undang-undang sahaja. Macama mana nak kata dia peguam, sedangka dia tidak mengamalkan undang-undang? ” katanya yang juga dilaporkan portal tv web Suara.TV.


Soffian yang juga graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan, secara dasarnya mana-mana firman guaman hanya akan mengambil mereka yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sahaja.

“Sangat tidak masuk akal mereka yang baru sahaja tamat pengajian dan melakukan chambering boleh menjadi seorang rakan kongsi. “Isu dia mudah, mereka yang tidak berdaftar dengan Bar Council, adalah bukan seorang peguam.Sebagai contoh, pensyarah yang mempunyai kelayakan LLB (sarjana muda perundangan) pun tidak dipanggil sebagai seorang peguam."


“Tambahan pula dia (Dyana) hanya bekerja sebagai PA (pembantu peribadi) sahaja dan sejak bila seorang PA dikenali sebagai seorang peguam,” tegas Soffian.



HM merasakan bahawa apabila penjelasan demi penjelasan dibuat, seharusnya meminta maaf secara terbuka kerana ini melihatkan etika sebagai seorang pemimpin rakyat, jika Dyana tidak memohon maaf kepada pengundi, Lupakan sahaja keinginan menjadi Wakil Rakyat sebab Teluk Intan memerlukan pemimpin yang bertanggungjawab keatas apa tindakan yang diambil.

TOLAK DAP, UNDILAH BN

Monday, May 26, 2014

PENGUNDI WAJIB TAHU #PEMBOHONGAN @Dyanasmd #jompilihmah

Pengundi perlu tahu dan memilih calon yang sesuai mengenai perbezaan di bawah.

TERKINI! PENGUNDI #PRKTELUKINTAN @P076Telukintan WAJIB TENGOK #jompilihmah Tolak @dyanasmd

Pengundi Teluk Intan wajib untuk mendengar manifesto yang ingin disampaikan oleh Datuk mah Siew Keong dibawah kerana inilah Manifesto yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Teluk Intan daripada Wakil Rakyat Teluk Intan. 

Sila Klik Pada Gambar dibawah:


UNDILAH BARISAN NASIONAL !!

Sunday, May 25, 2014

TERBARU!! #PRKTelukIntan MANIFESTO #JompilihMah

BERDEDIKASI, BERPENGALAMAN, KOMITED
RANCANGAN PEMBANGUNAN TELUK INTAN OLEH MAH SIEW KEONG

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN
1.Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda
2.Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak
3.Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.

 PELANCONGAN
1.Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO
2.Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak
3.Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)

KOMUNITI
1.Pusat komuniti di setiap taman dan kampung
2.Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar
3.Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia
4.Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas
5.Sebuah Universiti untuk Teluk Intan
6.Rumah mampu milik melalui PR1MA
7.Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap

✅BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN
✅ UNDILAH BN