Thursday, June 12, 2014

@AnwarIbrahim DIPERLEKEHKAN OLEH BBC!! @NajibRazak

   



HM Merasakan pertemuan Obama dan Najib adalah akan signifikan dalam memastikan hubungan antara dua hala menjadi rapat dan saling hormat menghormati untuk kemajuan dan membela rakyat.

TERBUKTI!!
Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacaranya. Antaranya adalah:

1. anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sediaada. 'sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkahmah memang anwar meliwat'.

2. orang melaysia sudah menyampah dengan anwar dan demo jalanan kerana seperti anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. kata anwar menang undi popular. ia tak di layan kerana sistem di sana England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik mh370. pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan malaysia menanganinya dengan baik. tentulah pak liwat membuak marah!

5. kemudian pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti mh370 demi kepentingan politknya.

Maka beberapa hari anwar balik ke malaysia tanpa sambutan "hidup anwar". yang menyambutnya che gu bard, itu pun kena tindakkan displin oleh pkr kerana buat laporan pemilihan pkr penuh rasuah. apa kata macai? apa kata macai kepada macai (pas)?


Wednesday, June 11, 2014

PAS TELUKINTAN PERLU TAMPIL BERI PENJELASAN ISU GOBIND


Dewan Ulama Pas hari ini menyifatkan kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang menuding jari kepada hudud sebagai punca kekalahan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud di Parlimen Teluk Intan sebagai satu penghinaan kepada perjuangan parti itu.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad menegaskan, dakwaan itu adalah tidak adil sama sekali serta tidak menghormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu DAP pada pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Oleh itu, kenyataan Gobind ini adalah tidak adil, tidak hormati dan menghargai sumbangan ahliahli Pas yang bertungkuslumus membantu di Teluk Intan.

"Tindakan ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap ‘setuju untuk tidak setuju’, tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud).

"Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun. Jadi janganlah begini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gobind yang dilaporkan berkata, pendirian Pas yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan menyebabkan berlaku protes secara senyap terhadap pembangkang sehingga membawa kepada kekalahan Dyana Sofya.

Menurut Gobind, kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara sekular.
Mengulas lanjut, Mahfodz yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor memberitahu, kekalahan DAP tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain termasuk imej Dyana Sofya yang muda dan bukan orang tempatan berbanding lawannya, Datuk Mah Siew Keong yang berpengalaman, seorang anak tempatan dan dijanjikan jawatan menteri.

"Selain itu faktor protes senyap, penyusutan pengundi dari 80 peratus kepada lebih 60 peratus dan sebagainya. Namun, saya tidak boleh menerima alasan bahawa kekalahan di Teluk Intan disebabkan hudud," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gobind tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia kelihatan angkuh dan tidak menerima hakikat selain tindakan tersebut turut melukakan perasaan pimpinan dan ahli Pas yang bekerja keras membantu jentera pembangkang yang diwakili oleh DAP di Teluk Intan.

"Pas berusaha membuktikan semangat setia kawan lalu menghantar pimpinan dan petugas parti membantu dengan segala pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri turut turun membantu.

"Kami dari Pahang juga memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar bagi menghantar tenaga secara syif bertugas di Teluk Intan. Saya yakin negeri lain juga memberikan komitmen yang tinggi untuk memenangkan pembangkang yang diwakili DAP di Teluk Intan," jelasnya.

(SUMBER)

Tuesday, June 10, 2014

MANIFESTO TO BUILD UNIVERSITY APPROVED!!! #TelukIntan #BarisanNasional

Land enclosure in Teluk Intan for university

After BN candidate, Gerakan president Datuk Mah Siew Keong won the Teluk Intan by-election, the BN and Gerakan have accelerated the efforts to honour commitments made during the election, including enclosing a 30-acre land for the construction of a university campus.

Reliable sources from the Perak Land and Mines Office stated that the Perak state government has enclosed a piece of 30-acre land to build a university campus.

Meanwhile, sources from Gerakan said that the party is going to build a branch campus for the Wawasan Open University and an administrative centre.


There are currently two public university branch campuses located in Teluk Intan, namely the University of Teknologi Mara and University of Kebangsaan Malaysia.



Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said when answering a question by Sin Chew Daily during his visit to Kampung Baru Batu 12 earlier that the state government will fully cooperate with Gerakan to honour election promises, including providing land to build a university campus.

It was said that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will be visiting the Leaning Tower of Teluk Intan to attend a public gathering on June 14. He is expected to announce a PR1MA homes project in Jalan Sungai Nibong.

Mah has repeatedly expressed his determination to fully implement his election manifesto so that Teluk Intan voters would continue supporting the BN in the next general election.


JEMAAH UMRAH TERKANDAS UCAP #TERIMAKASIH PADA @NajibRazak



Rakaman jemaah umrah mengucapkan terima kasih kepada Najib Razak dan Biro Kebajikan UMNO diatas bantuan yang telah dihulurkan.







Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mencadangkan agar Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggotai majlis kawal selia umrah yang akan ditubuhkan bagi memantau pengendalian umrah di negara ini.

Katanya, pemantauan itu perlu memandangkan peningkatan kes penipuan membabitkan pengendalian umrah yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraikan hitam syarikat pengendali umrah sebaliknya perkara itu perlu dipantau oleh kementerian terbabit bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Thursday, June 5, 2014

PEMBIAYAAN MIKRO-i BAZAR RAMADHAN 2014

Syarat Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Terbuka kepada semua penjaja atau peniaga kecil-kecilan
Warganegara Malaysia
Fakta Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Pinjaman tanpa faedah sehingga 3,000
Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Skim Bazar Ramadan 2014

Tempoh bayaran balik dalam masa 2 bulan
Bayaran balik iaitu 50 peratus perlu dijelaskan sebelum tamat bulan Syawal dan baki 50 peratus lagi sebulan selepas bulan Syawal.
Cara Permohonan Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan 2014

Permohonan boleh dikemukakan di cawangan Bank Rakyat.
Permohonan juga boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil di daerah dan negeri di seluruh negara.

Wednesday, June 4, 2014

TERBARU!! KABINET DIROMBAK @NajibRazak

Nafas baru dalam pentadbiran Kerajaan pada kali ini apabila rombakkan akan dilakukan tidak lama lagi dengan memasukkan Presiden MCA dan GERAKAN.

HM merasakan sudah tiba masanya jika mahukan transformasi disusun atur dengan baik, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong dan Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong layak diberi menteri penuh kerana kedua-keduanya pernah menjadi Timbalan Menteri.

Kemenangan Mah Siew Keong pada PRK Teluk Intan baru-baru ini juga adalah salah satu punca menunjukkan bahawa pengundi cina menyakini Parti cina yang bernaung dibawah kesefahamanan Barisan Nasional. Ini jelas bahawa mereka telah menolak PAKATAN dan rimas dengan cara mereka yang mendabik dada menegakkan kepentingan parti masing-masing dan tiada berubah selama mana pengundi cina dan rakyat berikan untuk berubah.

HM juga dimaklumkan bahawa rombakan kabinet ini akan dilakukan Perdana Menteri sendiri dan akan melibatkan sehingga 3 Menteri yang sedang berkhidmat.

TERKINI!! JAWAPAN DS @idrisjusoh MENGENAI PENEMPATAN GURU ISMP @MuhyiddinYassin

Ramai yang melihat perkara ini menjadi isu hangat kepada semua Graduan ISMP, tambahan pula mengenai isu Penempatan Guru-Guru ISMP bermulanya dengan  berita melalui Laman FB rasmi Beliau menyatakan bahawa 

20 Febuari 2014

Berita terkini buat bakal guru :

PENEMPATAN GURU: 10,275 graduan pendidikan akan ditempatkan di sekolah2 selewat2nya April 2014. Hampir kesemua graduan pendidikan (kecuali 159) yg tamat pengajian sebelum Ogos 2013 telah & akan ditempatkan. Penempatan telah & akan dibuat pada 02 & 20 Jan, 17 Feb dan 01 April. Baki 4,615 sedang ditemuduga. Proses temuduga dilakukan pada Feb & Mar 2014. 

#graduan# #ipta# #universiti# #guru#

22 Febuari 2014

Untuk makluman saudara-saudari berkenaan soalan-soalan yang di bangkitkan:

Graduate KPLI PPC yang telah tamat pada Ogos 2013 yang diperaku SPP (73 org) dijangka akan ditemptkan pada 1 April 2014.

TESL luar negara yang tamat Jun 2013 yang diperaku SPP (183 org) juga dijangka akan ditempatkan pada 1 April 2014.

Penempatan dilewatkan sehingga April bagi membolehkan guru-guru melapor diri selepas cuti persekolahan yang akan bermula 22 Mac hingga 30 Mac 2014.




Tetapi malangnya, Persoalan baru diterima daripada Suara Mahasiswa UPSI menyatakan bahawa bertarikh:



 YB Dato' Seri Idris Jusoh..

Sebelum ini kami dah banyak kali 'tertipu' dengan kenyataan beberapa menteri tentang teka-teki tarikh temuduga ISMP dan keputusan posting. Tapi kami tak salahkan anda kerana ada menteri sendiri yang tak tahu beza antara ISMP, IPG, GSTT, KPLI, DPLI. Sebab tu juga kami tak salahkan guru2 di sekolah atau makcik2 sebelah rumah yang selalu tanya tentang ini. Kami terangkan baik2 pada mereka bahawa yang dah posting adalah IPG dan DPLI. Ini bukan isunya, sudah rezeki mereka..
Isunya sekarang adalah YB ingt tak? YB pernah keluarkan status cakap 4000 lebih graduan pendidikan akan posting bulan 4. Yb ingat tak? Saya dan kawan2 begitu gembira dan yakin sekali itu untuk kami kerana YB ada buat hashtag ‪#‎graduan‬ ‪#‎ipta‬. YB ingat lagi tak ni? Ada ibu bapa kami menangis gembira bila kami tunjukkan status tu. Terima kasih YB untuk kebahagiaan sementara itu.

Tapi YB.. hari ini dah masuk 5.5.14. Kawan kami yang temuduga bulan 1 tempoh hari pun belum dapat apa2 lagi keputusan. Begitu juga kami yang temuduga pada bulan 3. Dah tunggu hampir setahun setengah dah ni YB. Adakah kenyataan itu hanya untuk diamkan kami untuk sementara waktu saja? Luluh hati kami apabila dengar meeting pun SPP dan KPM belum buat. Kami tanya elok2.. Kami tak kisah bila posting, kami cuma perlukan tarikhnya.. Bersabar? Setahun setengah cukup tak bersabar? Guane YB?

Jawapan yang tiada daripada pihak KPM, sehinggakan ada gerakan Suara Mahasiswa UPSI ini bertarikh 31 Mei 2014 yang mewakili Suara- Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) ingin membuat perjumpaan khas bagi mengumpulkan nama calon simpanan bagi disampaikan hasrat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga akan berjumpa dengan YB kawasan masing-masing untuk dipanjangkan kepada pihak Kementerian yang terbabit.



AKIBAT :

HM dapat menganggap bahawa perkara akan menjadi lebih besar dan parah apabila berlakunya tiada jawapan khas daripada pihak Kementerian Pelajaran dan mampu menggugat YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran.


JAWAPAN:

Dan HM mencari jawapan dan dimaklumkan daripada salah sebuah Badan/Persatuan Bekas Pemimpin Universiti Malaysia, bagi mendapat maklum balas dan ini adalah kenyataan sms yang diberikan daripada pegawai YB Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh pada hari ini:




"Kenyataan dari YB Menteri Pendidikan II. Dato' Seri Idris Jusoh.


Utk makluman, posting bg graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dijangka dibuat pd 1 julai 2014 kerana mengambilkira pengisian kekosongan guru bersara dan yg akan bertukar pada bln Jun 2014.

Walaubagaimanapun penempatan kali ini akan dibuat berperingkat2 mengikut jumlah kekosongan dan keperluan opsyen.

Penempatan guru tertunggak kerana peningkatan umur persaraan dan pengambilan guru sandaran terdahulu.

Ia menggangu perancangan asal pengambilan guru2 ke IPTA. Pohon maaf atas kesulitan"


Adalah diharapkan jawapan ini akan memberikan sedikit kelegaan kepada semua graduan ISMP yang merasakan dirinya tertindas. Memang HM merasakan bahawa perkara ini menyebabkan rasa diri tertindas atau ditipu tetapi jawapan ini menjelaskan kepada semua yang memberi penekanan kepada :

1. Isu peningkatan umur Persaraan 
2. Isu pengambilan Guru Sandaran terdahulu

2 isu inilah yang menjadi punca bahawa perancangan asal pengambilan guru-guru ke IPTA terganggu.

Dan diingatkan kepada semua bahawa penempatan akan dijangka dibuat pada 1Julai 2014 atas sebab pengisian guru bersara dan guru bertukar pada bulan jun 2014 . Dan juga diingatkan bahawa penempatan itu juga akan berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut jumlah kekosongan dan keperluan.

NASIHAT HM : SEMUA GRADUAN MENERIMA RISIKO YANG SAMA APABILA SELEPAS BERGELAR GRADUAN, BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIHLAH KEPADA KERAJAAN MEMBERIKAN RUANG UNTUK MENJADI "CALON SIMPANAN" ; ORANG LAIN MASIH LAGI BERGELUMANG DENGAN KESUSAHAN MENCARI PEKERJAAN YANG SAMA BIDANG WAKTU BELAJAR. WAHAI GURU-GURU SEKALIAN, Belajar lah Bersyukur!!



  


Tuesday, June 3, 2014

EXCO PEMUDA PUTRA JEMPUT @Dyanasmd MASUK UMNO? @cmlimguaneng @limkitsiang

Ramai yang tidak memahami erti perjuangan melayu dan masing-masing ingin menegakkan pendapat dan prinsip sendiri

Pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan kepada EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara Syamsul Baharin Putra yang mempelawa bekas calon DAP dalam pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan baru baru ini.



HM melihat dari blog sahabat HM penjelasan beliau dalam pelawaan ke atas Dyana Sofea ke dalam UMNO adalah tidak menjadi kesalahan dan yakini bahawa pelawaannya itu sama sekali akan dyana tolak mentah-mentah kerana pelbagai cemuhan daripada ahli UMNO sedia ada nanti akibat acap kali dyana menyebut dalam ceramahnya bahawa UMNO parti siasah yang rasis dan prinsipnya yang menentang isu perkauman.

"Abang ajak dia masuk UMNO, tapi takkan mau dia turut serta dalam UMNO lepas apa yang dah jadi di Teluk Intan baru baru ni".

Itu adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara Putra apabila sahabat HM menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara tersebut.
Ezam dan Lokman Adam keluar daripada PKR dan menyertau serta masuk UMNO juga kita terima dan pemimpin atasan memberikan kepercayaan kepada mereka dengan memberikan platform yang baik.

Apakah yang ahli-ahli UMNO dapat daripada mengkritik? Tiada gunanya mengkritik kerana HM rasakan biarlah kita teruskan perjuangan kita dengan istiqamah. Mungkin akhirnya dengan isitiqamah kita dalam perjuangan akan menginsafkan mereka.

Memang telah dijangkakan bahawa Lim Guan Eng akan menyalah Dyana berbangsa melayu menyebabkan BN mampu rampas Kerusi parlimen mereka. DAP sejak dahulu lagi adalah parti rasis yang dyana buat-buat tidak faham dan menyalahkan UMNO adalah parti rasis. Akibatnya,biarlah dyana memikirkan balik masa depannya yang hampir gelap didalam DAP.

HM tidak menafikan bahawa keinsafan Dyana mampu menarik balik semua golongan muda yang menyertai pembangkang akan menyertai UMNO. kelebihan ini perlu kerana kenyakinan orang muda sahaja yang mampu mentransformasikan meremajakan UMNO.

Jadi tindakan yang dilakukan oleh saudara Putra janganlah disalah erti atau disalah anggap, tujuan beliau melakukan perkara tersebut adalah untuk memberitahu kepada seluruh golongan muda bahawa nereka masih mempunyai tempat didalam UMNO dan istilah tiada tempat itu hanyalah mainan politik pembangkang untuk mewujudkan perasaan benci golongan muda terhadap UMNO. 

Klik sini untuk berita selanjutnya: SINI

UMNO DAN BARISAN NASIONAL PERLUKAN PEMIMPIN MUDA UNTUK MASA DEPAN NEGARA.

Sunday, June 1, 2014

HM DESAK #UMNO PECAT IBU @Dyanasmd @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.
Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.


Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.


Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .
Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Hak Malaysia

Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.


Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat.

HM juga menyokong Yammy diambil tindakan segera untuk tindakan disiplin melanggar arahan Parti mengikut perlembagaan Parti.

Melalui Fasal 6 menunjukkan bahawa Yammy telah melanggar tanggungjawab sebagai ahli dan Lembaga Disiplin perlu mengambil tindakan tegas demi menjaga maruah dan daulat parti keramat ini


Terbukti dengan bukti perlembagaan ini, kami sokong yammy dipecat keahliannya demi menjaga maruah parti. Kempimpinan perlu bersikap adil kepada ahli yang lain kerana kami separuh nyawa memperjuangkan dalam memastikan kejayaan Barisan Nasional.

Kita tidak perlu ada duri dalam daging seperti Yammy ini perlu diambil tindakan tegas. Jika Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor  dan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak mengambil tindakan tegas, ini akan memberikan peluang kepada ahli lain untuk menturuti sikap yammy atas kecewannya dalam kekalahan 2 kali dalam Bahagian Ipoh Barat merebut Ketua Wanita. Tiada ruang untuk orang kecewa membalas dendam dalam parti. Kita perlukan orang yang setia sahaja walaupun kalah kerana inilah orang yang setia dan ada kematangan dalam politik.

Analisis #PRKTelukIntan KENAPA Tolak @Dyanasmd

Sudah terbukti bahawa dyana bukanlah calon pilihan dalam pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan pada kali ini apabila gagal mengekalkan majoriti melebihi 7,00p undi yang diperolehi daripada Piliharaya Umum yang lepas.
Kenapa?
1. Cina tidak menerima calon luar yang kurang berpendirian dan DAP pusat gagal mendengar cadangan DAP Negeri Perak yang ingin orang tempatan. Maka,sabotaj hilang lebih 7,000 undi dikawasan majoriti terdiri dari kaum cina.
2. Eksperimen DAP Pusat ternyata gagal dalam meraih sokongan pengundi melayu dan cina kerana meletakkan Dyana Sofya dengan menggunakan strategi kempen bandar di kawasan luar bandar seperti Teluk Intan ternyata lemah dan tidak sesuai
3.Peningkatan tambahan undi 3peratus bantuan dari PAS tidak bermakna apabila kempen DAP kehilangan kira-kira 15Peratus undi daripada Masyarakat cina berbanding PRU13 tahun lepas. Ini membuktikan bahawa DAP tempatan tidak memperdulikan kempen PRK ini sebagai tanda sabotaj kepada keputusan DAP pusat meletakkan calon luar.