Thursday, November 13, 2014

KPM PERLU BANTU 330 PELAJAR PERUBATAN TERKANDAS @ammir50 @afk910 @razlanrafii @khairykj @Tengkuadnanreal @MuhyiddinYassin @MuhyiddinYassin @NajibRazak

Ada beberapa faktor yang boleh disimpulkan mengenai pelajar yang terkandas ini:

1. Selepas ini, pelajar perlu belajar mengetahui kekukuhan sesebuah kolej sebelum memasuki pengajiannya

2.MMC perlu benarkan kolej2 yang kukuh dan masih lagi mempunyai kekosongan sebagai contoh seperti UniKL RCMP dibawah MARA masih lagi dalam ratio MMC yang nisbah pelajar:pensyarah 1:8, UNIKL RCMP masih ratio 1:6 ,perlu kerajaan arahkanMMC benarkan selebih pelajar ini memasuki UNIKL RCMP 

3.Kerajaan dan MMC patut ambil tindakan sewajarnya pada mereka yang ingin buat kolej berasaskan keuntungan tetapi meninggalkan student2 ini bagaikan buat pinjaman perumahan tetapi rumah terbengkalai

4.IPTS ptt diperketatkan dan jangan bagi tumbuh bagaikan cendawan dan sewajarnya kerajaan melihat dari sudut pandang yang ketat walaupun menggunakan laluan-laluan wahyu kerana ini melibatkan kos dan penginayaan.

5.Sewajarnya kerajaan mengarahkan perpindahan mereka dan mengikut peraturan serta kos pengajian mengikut kolej swasta yang mereka inginkan melapor diri supaya kos bebanan kpd kolej yang menerima mereka yang terinaya ini.

.......................................................................................................................................




Kira-kira 330 pelajar perubatan Allianze College of Medical Sciences  (AUCMS) terkandas dan tidak dapat meneruskan kuliah kerana kelewatan Kementerian Pendidikan menguruskan proses pemindahan susulan penutupan universiti swasta itu akibat masalah kewangan, kata PKR hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani (PKR) Datuk Johari Abdul berkata, AUCMS yang ditutup sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pendidikan pelajar ini terjejas dan terpaksa memohon menyambung pengajian ke kolej lain.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan yang sepatutnya membantu pelajar tersebut masih tidak meluluskan proses perpindahan pelajar AUCMS.



"Kita mahu Kementerian Pendidikan meluluskan segera pemindahan kolej pelajar terbabit.
"Kita harap segalanya dapat diputuskan pada Disember ini dan mereka boleh meneruskan pembelajaran pada Januari depan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

AUSCM yang ditubuhkan pada 2002 dilaporkan‎ berdepan masalah kewangan bermula April hingga gagal membayar gaji kakitangan dan tenaga pengajar.

Bagaimanapun, pihak pengurusan universiti menafikan mengabaikan kebajikan kakitangan mereka sehinggalah ia ditutup bulan lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Kedah ‎Azman Ismail berkata Kementerian Kesihatan sudah meluluskan pemindahan 210 pelajar ke Universiti Kolej Perubatan Sains Cybercaya (CUCMS) dan 120 yang lain diletakkan di Universiti AIMST  di Kedah.

"Sekarang ini yang lambat bertindak adalah Kementerian Pendidikan kerana semua pihak sudah memberi lampu hijau, malah mendapat kelulusan perakuan akredatasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pemindahan tersebut mengganggu ratio pelajar," katanya.

Johari juga pada masa sama menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas dan mengetatkan syarat pembukaan universiti swasta memandangkan ini bukan kali pertama berlaku penutupan akibat masalah kewangan.

"‎Kerajaan perlu mengawal masalah ini. Jangan hanya luluskan lesen permit universiti tetapi kemudiannya berdepan masalah kewangan akibat pengurusan," katanya. – 13 November, 2014.