Tuesday, December 1, 2015

WAJARKAH PROGRAM SOLAT SUBUH BERJEMAAH DIPOLITIKKAN? @TengkuadnanReal @mobtv_ @azizanjang @afk910




Program solat subuh berjemaah di masjid yang akan mula dilaksanakan kepada sebilangan murid di Putrajaya tahun depan yang telah di umumkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan bukanlah satu acara wajib.

Namun begitu, beliau berkata program awal pagi tersebut adalah untuk melatih murid-murid membiasakan diri dengan aktiviti jemaah sejak dari kecil untuk “menunjukkan kekuatan umat Islam”.

Let’s Talk! Hari ini bersama saudara Muzammil Arif Kamaruddin Ahli Parlimen Belia Putrajaya selaku Pengerusi Biro Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Luar Negara Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya bagi mengupas isu ini dengan lebih lanjut.

Thursday, August 20, 2015

@tonypua SENYAP ISU SKANDAL RM30BILLION @azminali

Ringkasan Fakta Skandal RM 30 Billion Wang Rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor


1. Menteri Besar Selangor Azmin Ali menubuhkan sebuah syarikat bernilai RM 2 baharu iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) Sdn Bhd ( DEIG )

2. Terdapat sebanyak 74 GLC kerajaan negeri Selangor yang sebelum ini dibawah MBI kini akan BERADA dibawah pengurusan DEIG. ( menurut ADUN DAP ).

3. Syarikat ini ditubuhkan dengan memiliki niat untuk mengendalikan aset dan kewagan kerajaan negeri Selangor tanpa pengetahuan Dewan Undangan Negeri sebelum ini ( menurut ADUN DAP ) .

4. Disebabkan syarikat ini ditubuhkan atas Company Act maka segala aktiviti dan operasi serta kewangan dan pengurusan status kewangan dan pelaburan ini tidak perlu dilaporkan kepada Dewan Undangan Negeri. Secara tidak langsung akan menandakan syarikat ini bebas membuat apa - apa sahaja dengan wang rakyat dan kerajaan negeri Selangor tanpa perlu melaporkan kepada sesiapa. ( hanya kepada board of director syarikat ).

5. Keadaan ini juga bermakna segala aktiviti kewangan syarikat ini tiada undang - undang atau akta untuk audit atau bagi mereka melaporkan kepada DUN atau kerajaan Negeri.

6. Wang dan aset kerajaan negeri kini terletak dibawah pengurusan syarikat bernilai RM 2 yang ditubuhkan oleh Azmin Ali tanpa pengetahuan rakan - rakan parti komponennya sebelum ini.

7. Apakah nasib aset wang dan rakyat negeri Selangor kini hendak diletakkan atas sebuah syarikat bernilai RM 2 yang diketuai oleh 2 individu dalam syarikat tersebut?

8. Jangan lupa setelah PKR/DAP memerintah negeri Selangor maka sudah terdapat kenaikan cukai PBT sehingga 400%.
Kadar baru lesen perniagaan di negeri Selangor meningkat sehingga 300%.
Sebagai contohnya , perniagaan bagi premis yang menjual kenderaan terpakai mengalami kenaikan sebanyak 282 peratus iaitu dari RM390 sebelum ini kepada RM 1,490.
Pakatan pembangkang menaikkan bayaran 90 jenis lesen perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Malahan kenaikkan cukai pintu ini turut melibatkan rumah kebajikan orang tua, rumah orang kurang upaya, pusat penjagaan kanak-kanak.
Pihak berkuasa tempatan turut mengenakan bayaran ke atas 32 jenis premis yang sebelum ini dikecualikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menaikkan cukai pintu 10 kali ganda bagi penduduk di kawasan Kampung Baru, Sungai Buloh, dan Kampung Baru Subang. Ini bakal membebankan rakyat. Kenaikan cukai ini berlaku hampir setiap tahun apabila ianya meningkat dari tahun 2011 dan 2012. 

Senario yang cukup membebankan apabila penduduk yang membayar cukai pintu sebanyak RM1,470 pada tahun 2011 telah menerima notis bayaran sehingga RM23,040 pada 2013.
Apakah kenaikan - kenaikan ini kesemuanya digunakan dan diperjudikan dibawah syarikat RM 2 ? 

Apakah wang rakyat jelata negeri Selangor kini dibawah pengurusan 2 individu dibawah syarikat bernilai RM 2 ?

 Mengapa wang kerajaan negeri dan rakyat jelata memerlukan sebuah syarikat untuk menguruskannya ?

9. Bayangkan situasi sebegini berlaku pada pihak Barisan Nasional pada hari ini? Bayangkan sekirannya kerajaan negeri Johor dibawah BN meletakkan kesemua aset dan kewangan negeri dibawah sebuah syarikat baharu yang hanya akan dikendalikan oleh 2 orang individu ?

10. Mengapa Ambiga , Anwar , Rafizi Ramli , Red Bean Army , Malaysiakini , BERSIH dan Tony Pua belum lagi bersuara ? Mengapa kini diam tidak berkata ?


Wednesday, August 12, 2015

MATA WANG MEROSOT ADALAH ISU GLOBAL

Krisis Ringgit: Serangan Mahathir dan Kejumudan Sebahagian Rakyat


Sebilangan rakyat negara ini mula keluh kesah kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat (US Dollar) pada masa sekarang pada tukaran RM 3.99 = USD 1.

Sebahagian mereka bukan pengimport, mempunyai hutang dalam USD mahu pun selalu melakukan perjalanan ke luar negara, namun mereka mencipta riuh rendah isu ini untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Kononnya kerana masalah 1MDB dan isu wang dana politik RM 2.6 Bilion maka matawang negara jatuh teruk.

Faktanya, Ringgit bukanlah satu-satunya mawatang dunia yang mengalami kejatuhan teruk. Malah, keghairan rakyat negara ini memburukkan kelemahan ringgit sangat memalukan dan menunjukkan nasionalisme dan patriotisme telah mati dalam diri mereka.

Kejatuhan matawang ringgit tidaklah seteruk mawatang Russia, Indonesia, India, Norway, Canada dan Australia. Malangnya, rakyat Malaysia tanpa mahu melihat fakta menyalahkan Mohd Najib Razak semata-mata dan berasaskan kesimpulan yang salah.

Sebenarnya, dunia sedang berhadapan dengan krisis matawang kerana beberapa faktor berlaku serentak. Punca ini berasaskan faktor luaran dan dalaman.

Faktor Luaran:

KENAIKAN USD
1. Kenaikan USD secara mendadak. Dalam konteks sekarang faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh negara-negara terjejas seperti Russia, Malaysia dan Australia ialah pengukuhan USD yang drastik. Ini berikutan cadangan Amerika Syarikat (US) untuk meningkatkan kadar faedah pada Sepetember ini. Banyak pemegang matawang negara melepaskan pemegangan ringgit mereka kepada USD.

KRISIS EKONOMI CHINA
2. Krisis ekonomi China. China mengalami pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat sehingga dikhuatiri pasaran saham dan kewangan mereka hari ini ialah ruapan atau buih-buih sahaja (buble market) bukannya sesuatu yang nyata. Kenaikan matawang China yang terlalu tinggi merugikan eksport mereka dan kerajaan China mengambil keputusan menurunkan nilai matawang mereka.

Faktor Dalaman

KEBERGANTUNGAN EKSPORT KOMODITI DAN KEJATUHAN HARGA KOMODITI

Di samping itu terdapat faktor dalaman kepada negara yang mengalami kejatuhan matawang mereka. Negara-negara ini bergantung kepada eskport komoditi seperti minyak mentah, minyak kelapa sawit dan mineral. Kejatuhan harga komoditi ini turut mendorong kejatuhan matawang.

POLITIK YANG TIDAK STABIL
Di Malaysia sendiri, sungguhpun pengenalan GST membolehkan ekonomi negara lebih stabil dan tidak terlalu bergantung kepada hasil minyak mentah dan minyak kelapa sawit, ketidakstabilan politik telah menyebabkan ringgit terus mengalami kejatuhan nilai.
Berikutan serangan bertalu-talu oleh bekas Perdana Menteri yang paling berpengaruh di negara ini, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah mewujudkan ketidakstabilan politik. Tindakan sebahagian rakyat cuba menunjukkan negara ini sedang dalam krisis kepimpinan menyebabkan pelabur hilang keyakinan. Para pelabur tidak pasti sama ada kerajaan ini akan kekal atau runtuh. Ini menyebabkan sebahagian pelabur melepaskan pegangan ringgit dan memegang USD atau matawang lain yang lebih kukuh dan mempunyai persekitaran politik dan ekonomi yang lebih stabil seperti Sterling dan Euro. Para pemegang matawang ringgit hilang keyakinan bahawa kerajaan ini akan kekal lalu melambakkan ringgit ke pasaran.

Rakyat Malaysia jangan salahkan sesiapa kerana mereka sendiri sebenarnya menghilangkan keyakinan pelabur kepada matawang ringgit apabila mula berkempen “jatuhkan Najib”, “tangkap najib” dan ugutan menurunkan Perdana Menteri melalui politik jalanan.

MYKMU.Net

Monday, June 29, 2015

@rafiziramli TERNYATA BODOH BURUKKAN MARA @AnnuarMusa


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada gunanya untuk melayan tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.


“Perlukah saya melayan orang yang hanya mahu mendapatkan publisiti daripada menjalankan siasatan.

“Mereka yang mahukan publisiti akan pergi kepada pihak media manakala mereka yang mahu tindakan diambil dan juga keadilan akanm pergi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apa yang diperkatakan oleh Rafizi itu bukanlah perkara baru dan saya pasti pihak berkuasa sudah maklum mengenainya.
Katanya, Rafizi ‘agak terlambat’ dengan dakwaan itu.

“Adalah lebih baik untuk membantu SPRM daripada cuba mendapatkan kritikan umum. Bagaimanapun, biarlah kita ambilnya secara positif,” katanya.

Menurut Annuar, beliau hanya akan menemui pihak media pada 2 Julai ini.

“Jika ada apa-apa yang perlu kita jelaskan (selagi tidak mengganggu siasatan), kita sedia untuk memberi penjelasan. Masyarakat perlu tahu kebenaran,” ujarnya.

Hari ini, Rafizi yang juga Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW) mendakwa MARA menggunakan lapan syarikat untuk memastikan pembelian hartanah di Melbourne tidak dapat dikesan.

Rafizi mendakwa, dengan menggunakan ‘lapisan’ syarikat ini, MARA dilihat seolah-olah cuba untuk menyembunyikan pembelian itu.



Thursday, May 7, 2015

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI, ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH @azeezputera @Ammir50 @Muhyiddinyassin @NajibRazak


Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.

Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?

THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.

Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.
Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.

Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.

Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?

Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.

Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.

Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.

Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka

Sumber:MKP

TABUNG HAJI JELASKAN KENAPA TRX DIPILIH @azeezputera @tunfaisal @ammir50 @NajibRazak


Penjelasan Tabung Haji Mengenai Pelaburannya Dalam Pembangunan Tun Razak Exchange (TRX)

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2015:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pelaburannya dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (“hartanah”) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX). 
 
Langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik. Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.
Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd yang dijangka akan memberi  pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan.
Walau bagaimanapun, TH menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu. Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut.

TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.
Kenyataan oleh : YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

-Tamat-

NO, TH DID NOT PURCHASE 2 PLOTS OF LAND. YES, TH INVESTS IN ONE RESIDENTIAL TOWER

TH has been actively involved in real estate and property investments and currently owns several buildings and land in Golden Triangle Kuala Lumpur such TH Selborn, Platinum Park, KL Sentral dan Menara Wakaf (Bank Islam Building). 

The investment  is a commercial decision which fits with TH’s risk appetite and  has gone through all internal due processes and evaluation by our investments panel and board.

The purchase price of the development is at RM188.5 millon, which was at a discount to the current market value as appraised by an independent professional valuer.

TH Properties Sdn Bhd will develop the project which is expected to contribute positively to the Group’s future earnings. 
TH denies that the Group is buying the Signature Tower (Phase 2) as reported in the blog.

Leakages of proposal papers are not proof of approved investment decisions.
TH is buying a residential plot of 1.6 acres on an arms length basis for RM188mil with a guarantee by way of a put option. Acquisition is with development order and infrastructure to be done by 1MDB.
TH properties plan to develop it into an apt block. In a way this will protect Bumi interest in the area.

The property team has done the feasibility study and its a viable project with return in excess of 25 percent.

As a long term player in the real estate industry, this will be the first of its development in kl city.


If TH don't, which other bumi individuals or institutions can purchase it?
Kalau melayu tak sapu, the foreigners and non Malays will...

Friday, April 10, 2015

PANDANGAN SAYA PADA @Tun_Mahathir JATUHKAN PARTI & NEGARA @NajibRazak @MuhyiddinYasin @Ammir50

Pandangan saya mengenai tindakan jelas Tun M utk menjatuhkan Presiden UMNO:


1. Kritikan membina itu baik tetapi memburuk-burukkan orang adalah keji dan berdosa hukumnya. Eloklah Tun M kekalkan imejnya sebagai statesman dengan tidak memburukkan-burukan orang lain. Orang melayu memang mudah lupa, tetapi orang melayu juga x suka kepada org yg suka memburukkan org secara berterusan, terutamanya demi niat peribadi untuk menjatuhkan orang lain.


2. Tun M has always said that he loves UMNO and that he is a party man who will always be loyal to UMNO. But he is now an UMNO member who's trying to topple the President of UMNO at all cost. Who stands to loose? The party will loose if he succeeds.


3. Tun M sedang mengulangi sejarahnya dengan Tunku, Anwar dan Pak Lah. Najib akan jadi mangsa seterusnya jika dia berjaya. Soalnya, jika ini benar mengenai kepimpinan negara yang baik untuk rakyat, maka eloklah Tun M nyatakan dengan jelas siapakah dia itu pemimpin yang ada sekarang yang sewajarnya menggantikan Najib, demi kebaikan negara. Jika tidak berani utarakan, maka tindakan Tun M hanya akan berjaya menghuru-harakan negara dengan merosakkan kepercayaan umum terhadap Perdana Menteri. Tentunya ini bukan yang Tun M mahu lakukan


HM

Monday, April 6, 2015

PENIAGA WAJIB KELUARKAN INVOIS BERCETAK SEBELUM 30 APRIL 2015 @mykpdnkk @gstmalaysiainfo @ahmadmaslan

Semua peniaga dikehendaki mengeluarkan invoice bercetak GST selewat-lewatnya 30 April, selepas tu jangan terima lagi invois tulisan tangan atau invois dari buku invois lama. Sementara itu teruskan semak ID GST peniaga samada ianya palsu atau benar, laporkan penipuan yg dikesan kpd KPDNKK.

Jadilah #PenggunaBijak #CelikGST - terbukti kerajaan sedang memantau dan memperbaiki masalah-masalah awal pelaksanaan GST. Sila sebarkan maklumat ini dan beritahu sedara mara dan sahabat handai kita semua bagi mengelakkan mereka tertipu..

Bagaimana nak tahu Status GST Syarikat sama ada peniaga tersebut berdaftar GST atau tidak? Layari pautan di bawah :-

https://gst.customs.gov.my/TAP
kemudian klik "Lookup GST Status" dibelah kanan

Friday, April 3, 2015

@razlanrafii MOHON @TunDrMahathir SOKONG @NajibRazak UNTUK BANTU PARTI

Sebagai anak muda saya berasa amat sedih apabila melihat kemelot menghentam Presiden UMNO di buat secara terbuka dan berterusan oleh YABhg Tun M, mantan Presiden UMNO. Dalam masa kita melihat kepimpinan UMNO semakin mendapat perhatian dalam membina kembali kekuatan parti.

Pada PRU13, ada juga yang meramalkan BN akan kalah tetapi sebaliknya berlaku, segala yang terjadi semasa PRU12 dan 13 tidak lain tidak bukan ianya ada kene mengena dengan hentaman terus menerus Tun M kepada Perdana Menteri yang lepas.

Dato Seri Najib sudah pun bersumpah dan menafikan beliau terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya dan kes ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah.

1MDB sudah di buka kepada siasatan audit dan sekiranya ada sebarang salah laku, proses perundangan akan di ambil terhadap pihak-pihak yang terbabit ke muka keadilan.

Dalam dunia politik, desakan pembangkang, fitnah, wujud persepsi negatif, pandangan negatif semua ala tegar biasa, semasa zaman YABhg Tun M pun tidak lekang dengan masalah dalaman. Tun M juga berhadapan dengan pelbagai tentangan terhadap pembinaan KLIA, pembinaan Putrajaya dan juga ada yang kurang berjaya seperti MAS. Namun semasa itu, hampir semua kepimpinan UMNO bersama Ayahanda Tun M.

Pembinaan persepsi negatif dulu dan sekarang amat berbeda, permainan propaganda hari ini dan dahulu juga dilakukan dengan cara dan pendekatan yang lebih mudah dan luas.

Asakan demi asakan yang dilakukan sekiranya kita bersatu, ianya bukan lah satu perkara enteng untuk dijayakan.

Alhamdulillah, walaupun kerosakan yang dibuat kepada sistem "Keyakinan rakyat kepada kerajaan" pada PRU 12 yang melibatkan hentaman demi hentaman oleh Mantan Perdana Menteri, Kerajaan BN masih bertahan sehingga hari ini, kerosakan itu bukanlah kecil!.

Saya merayu kepada Ayahanda Tun M untuk terus memberikan sokongan dan terus membantu Dato Seri Najib dalam membina kembali kekuatan Melayu. Demi Melayu dan survival Melayu.

Sebagai anak muda Melayu, kami pun tidak rela parti ini dihancurkan dengan hanya permainan persepsi. Sekian lama kita bekerja membina bangsa, sekian lama kita pertahan kedaulatan Raja-raja, janganlah ianya terus dirosakan oleh pemimpin terdahulu.

Sekian.
Razlan Rafii

Wednesday, March 25, 2015

@Rafiziramli @Tonyphua HILANG SEWAKTU PENJELASAN 1MDB DAN GST #Dahagakdah

Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

Semasa sesi penggulungan oleh YB Menteri, hanya beberapa  ahli parlimen pembangkang saja yang bangun bertanya soalan antaranya  ahli parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, ahli parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.

Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani pula mengingatkan barisan ahli parlimen pembangkang bahawa kerajaan sedang melakukan kajian forensik audit akaun 1MDB sekaligus tidak wajar mengemukakan soalan-soalan berasaskan laporan media dari sumber-sumber tidak pasti.

Setiap persoalan yang diutarakan oleh ahli parlimen pembangkang mengenai 1MDB dan GST semuanya sudah terjawab malah pembangkang langsung gagal untuk mengemukakan hujahan balas.

Jadi moralnya, pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Rafizi dan Tony Phua sekadar mempolitikkan isu yang berkaitan 1MDB, GST dan Hutang Negara hanya untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan memajukan negara.

Mereka akan terus mempolitikan setiap dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan demi survival politik mereka tetapi realitinya mereka akan menghilangkan diri bilamana berada dalam situasi sebenar.

Lantaran itu, sila nilai semula segala dakwaan yang dibuat pembangkang terhadap kerajaan selama ini!

-BNBBC

Tuesday, March 17, 2015

#DariParlimen: PENJELASAN PERSEMPADANAN SEMULA NEGERI SARAWAK

#DariParlimen: Persempadan Semula Negeri Sarawak Dijelaskan
Dato' Seri Shahidan Kassim menerangkan proses persempadanan semula Negeri Sarawak dan pertambahan ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak dan persempadanan baru ini boleh digunapakai untuk tujuan Pilihanraya Negeri kelak.

Lihat video di:

RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI LAGI?

RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI

Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali.  Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi.  Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.

Izinkan saya jelaskan disini beberapa perkara:-

1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.

2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.

3)  BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak.  PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.

4)  Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik.

#DariParlimen: JANGAN MENAKUTKAN RAKYAT! NEGARA TIDAK DILANDA KRISIS EKONOMI

#DariParlimen: JANGAN MENAKUTKAN RAKYAT! NEGARA TIDAK DILANDA KRISIS EKONOMI.

Antara intipati Ucapan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) di dalam Dewan Rakyat semalam, beliau menzahirkan kegusaran mengenai keadaan ekonomi yang semakin merudum. Ucapan beliau disambut hangat oleh ahli parlimen pembangkang kerana kononnya menunjukkan keadaan ekonomi negara ketika ini berada di dalam keadaan krisis. Namun, fakta dari Bank Negara adalah yang sebaliknya.

Indikator ekonomi ketika ini menunjukkan bahawa negara ketika ini mengalami pertumbuhan ekonomi. Tahun 2015 bakal menyaksikan pertumbuhan sebanyak 4.5% ke 5.5% dan terus didorong permintaan dalam negeri. Secara langsung, atas pelaburan yang kekal tinggi ini telah mengakibatkan kadar pengangguran kekal pada tahap rendah iaitu 2.9% sahaja.

Pelaburan pula kekal tinggi dengan kadar 9.0% untuk tahun 2015 dan ini bakal memberikan peluang pekerjaan yang lebih tinggi. Dengan pelaksanaan GST pada 1 April ini, rating kewangan Fitch akan menilai semula kedudukan negara dan akan meningkatkan rating daripada A ketika ini kepada AAA. Ini dapat memacu lagi keyakinan pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Kadar inflasi pula dijangka akan menurun kepada kadar 2.0% ke 3.0% pada tahun 2015 berbanding tahun yang sebelumnya. Harga petrol dan diesel yang semakin menurun sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7.5 Billion. Perlu diingatkan kelemahan ringgit hanyalah berbanding nilai matawang USD kerana ekonomi US yang semakin berkembang. Ia juga berkaitan dengan penemuan teknologi eksplorasi minyak oleh US yang melonjakkan hasil pengeluaran minyak dari 5 juta tong kepada 10 juta tong minyak.

Hutang isi rumah pula adalah pada keadaan terkawal dan tidak menjejaskan kestabilan sistem kewangan. Hujah Ku Li yang menyatakan bahawa hutang isi rumah meningkat ternyata tidak benar. Jumlah aset Bank Negara Malaysia pula berjumlah RM427.6 Billion dengan keuntungan bersih RM6.4 Billion dan dividen yang diisytiharkan adalah sebanyak RM3.0 Billion untuk tahun 2014.

Dengan segala fakta yang diberikan di atas, malah boleh didapati daripada Bank Negara sendiri, Ku Li sewajarnya mengenalpasti sebab-musabab tindakan kerajaan memperkenalkan sistem percukaian GST bagi menggantikan SST. Sekiranya kerajaan hendak membayar hutang negara menggunakan sistem percukaian GST, maka mengapa cukai pendapatan dan cukai korporat dikurangkan.

Ia seakan paradox kepada penyelesaian masalah hutang negara kerana cukai pendapatan dan cukai korporat merupakan hasil cukai utama negara menjauhi hasil kutipan GST. Maka wajar diperkatakan bahawa hasil GST bukanlah semata-mata untuk melangsaikan hutang negara tetapi lebih kepada memberikan satu pendekatan demokrasi terhadap sistem percukaian dan menambahkan nilai bantuan kepada golongan tersasar.

Maka, dengan pelaksanaan GST pada 1 April kelak, dan juga pertumbuhan ekonomi yang dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia, wajar dinyatakan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini telah memenuhi sumpah untuk membangunkan negara dan rakyat.