Monday, November 28, 2011

NFC: SUDAH DIPERJELASKAN SEMUA TETAPI MASIH SAIFUDDIN XFAHAM BAHASA MELAYU



Tidak habis-habis PAS dan PKR menyebut pasal Sharizat, saya ingin nyatakan bahawa duit rakyat ini telah diurustadbir dengan baik. Jika Isu ni masih dipusing-pusing, dimanakah ketelusan kerajaan untuk menerangkan kepada kerajaan, Saifuddin Nasiution ini pekak?tidak paham dengan penjelasan diberikan?Gagal fahami Bahasa melayu?


Mari kita dengar Penjelasan Khairy Jamaludin:

1. Dana yang diberikan 250 juta sudah dibelanjakan?

Dana yang telah diberikan kepada syarikat ini adalah sebanyak 181 juta sahaja mengikut peringkat dan dipantau oleh kerajaan

2. Keluasan 5000 Ekar yang telah diberikan?

Keluasan 1500 ekar atas pajakan bagi menjalankan projek ini

3. Kondominium Mewah bagi Menteri?

Kondominium ini adalah atas nama syarikat dan kenapa di beli?. Hal ini adalah disebabkan projek mengalami kelewatan dan atas sebab itulah syarikat ini membuat keputusan untuk membuat pelaburan bagi menjana pendapatan; Syarikat ini perlu menaja pendapatan bagi memastikan syarikat mampu bergerak

4. Mengapa keluarga Sharizat?

Syarikat ini adalah syarikat yang diuruskan oleh keluarganya dan telah mengikut prosedur kerajaan dalam membida projek tersebut. ada 6syarikat yang bersaing. Jadi tidak ada masalah jika syarikat ini berjaya atas disebabkan pembidaan dan bukan rundingan terus.





Sumber :Tun Faisal

Nota:

Tulisan saya sebelum ini adalah konsisten;

1. Shahrizat belum didapati bersalah dan hanya di`bicarakan' di mahkamah media. Jadi kenapa perlu dia letak jawatan? Jika mahu Shahrizat berehat, itu masuk akal sebab memang adaprecedence sebelum ini. Itupun hanya selepas di bawa ke mahkamah. Kes Shahrizat ini langsung tidak sama dengan kes Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, sehingga menyebabkan beliau perlu bercuti.

2. Yang rakyat mahu tahu adalah tentang integriti semasa projek ini dianugerahkan, sama ada berlaku penyalah gunaan kuasa atau pelanggaran kepada prosedur kewangan. Untuk ini bagi saya, ia perlu disiasat. Jika ada pelanggaran dalam soal ini, maka hukumlah sesiapa yang terbabit. Itu bukan masalah kerana Kerajaan BN sememangnya mahu pentadbiran dilaksanakan secara bersih, cekap dan amanah. Itu transformasi yang Datuk Seri Najib Razak janjikan melalui NKRA usaha memerangi rasuah.

3. Jika dikatakan bahawa syarikat telah menyalah gunakan dana kerajaan atau telah gagal di dalam pelaksanaan, maka, BUKAN Shahrizat, tetapi tindakan perlu diambil terhadap syarikat. Jika benar mereka gagal, maka mereka bertanggung jawab menjelaskannya kepada Kerajaan dan rakyat.

4. Jika ada tuduhan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hanya memberi tumpuan kepada syarikat besar dan mengenepikan petani kecil, maka Kementerian Pertanian perlu menjelaskan tentang objektif kenapa tumpuan tertentu diberikan kepada syarikat besar dan adakah ini sebahagian dari strategi untuk mengangkat industri asas tani negara. Kementerian tersebut juga perlu menyenaraikan track record kementerian dalam membantu begitu ramai petani dan peladang kecil seperti yang terlibat dalam penternakan lembu tenusu, ikan keli, ikan talapia, ikan patin, ikan arowana, kambing dan sebagainya.

5. Desakan agar pemimpin letak jawatan memanglah desakan yang popular, tapi desaklah agar siasatan dibuat terlebih dulu - jangan menganiayai orang lain.?

6. Perkara paling penting ketika ini, tiada ada mana-mana undang-undang yang menghalang keluarga Shahrizat daripada berniaga, asalkan ia melalui prosedur kewangan yang betul dan Shahrizat tidak terlibat di dalam proses membuat keputusan.

Shahrizat Perjelaskan Kontroversi NFC

BroJinggo

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

"Dalam politik (parti) mana tidak ada masalah, tambahan pula pembangkang, dia takut kerana Wanita Umno kukuh bersatu padu dan dia cuba untuk menggoyahkan Wanita Umno tetapi Alhamdulillah, Umno dan Wanita Umno tetap kental.

"Keimanan kita, keikhlasan kami tidak akan berganjak dan kita tak akan mudah melatah walau apa pun pembangkang nak buat sebabnya kita ikhlas dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara," kata Shahrizat.

Posted by Bro Jinggo at 8:03 PM

Labels: Projek Fidlot, Shahrizat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...