Wednesday, January 27, 2010

PEKERJA MALAYSIA PERLU GARAP SIKAP BEKERJA SEPENUH HATI BAGI MEMENUHI TRANSFOMASI PENTADBIRAN NEGARA.


Saya juga tertarik dengan apa yang saya baca di dada akhbar berita harian hari ini yang meminta jasa baik pekerja Malaysia supaya benar-benar ikhlas dalam bekerja untuk meningkatkan ekonomi Negara dan membantu Negara mencapai Wawasan 2020. Kenyataan itu menyentuh juga tentang beberapa strategi yang dilakukan Perdana Menteri dalam mengubah seluruh jentera kerajaan supaya bertanggungjawab didalam tugas bagi mencapai tanda aras prestasi kerajaan dalam melaksanakan agenda Nasional untuk Rakyat dan Negara. Bagaimana ingin mencapai jika hanya sekadar slogan dan penanda aras diagung-agungkan jika pekerja Malaysia masih lagi alpa dan tidak bersungguh-sungguh dalam menguruskan pentadbiran, tidak kiralah sektor swasta ataupun sektor kerajaan?. Didalam buku “Reflection on Asia ” mengatakan bahawa kita di Malaysia ini mengagungkan-agungkan sikap pekerja jepun yang bersemangat kental, patriotik, dan disiplin dalam menjayakan pembangunan Negaranya walhal kita disini, dihantar kursus pun buat “endah tak endah sahaja”. Apakah kita ingin lihat kita ini sekadar menikmati kejayaan hanya baru peringkat pertama tetapi dari segi ekonomi kita masih lagi tidak mampu mengegar vendor antarabangsa?. Generasi kitalah sebenarnya yang mengisi kemerdekaan dan bukannya menikmati kemerdekaan yang dicapai. Kita sebenarnya perlu mengarap budaya mengejar kecemerlangan, kepantasan dalam membuat tindakan yang tepat dan berintegriti dengan mutu perkhidmatan yang cemerlang, barulah kita mampu mencapai misi dan visi bekerja untuk memajukan Negara sehingga peringkat antarabangsa.

Adalah dilihat sekarang ini, tahun 2010 harus dijadikan tahun untuk semua pihak membuat perubahan anjakan paradigma yang jelas dalam mengejar ke arah mentaliti yang positif bagi membangunkan negara. Kesemua pihak(kerajaan dan swasta ) perlu bekerjasama dengan bersungguh-sungguh di atas landasan yang sama bagi memaksimumkan impak ekonomi negara. Diakui bahawa bukan mudah untuk melaksanakan dengan cabaran globalisasi yang mempunyai arus yang deras tetapi jika kerja digembleng dan cabaran ditangani bersama mungkin dapat diatasi bagi manfaat kita bersama. Jika benar kita dapat memanfaatkan ruang yang kita ada sekarang ini dan dapat kita bergerak di atas satu landasan yang sama, kita yakin hasrat kerajaan menjadikan 2010 sebagai tahun persediaan mencapai status negara maju mampu di realisasikan.

No comments:

Post a Comment