Sunday, August 28, 2011

JAWAPAN TENTANG LAGU NEGARAKU, KEMBALI MAT SABU BUTA SEJARAH LAGU "TERANG BULAN"



Mat Sabu cuba mempertikaikan Lagu Negaraku mengatakan Lagu Kebangsaan kita meniru Lagu Terang Bulan Indonesia. Mat Sabu cuba menyalahkan bahawa Pemimpin yang terdahulu memilih lagu ini dengan meniru Lagu Terang Bulan Indonesia dengan menggunakan Cara Pemilihan yang salah. Kalau kita lihat cara penyampaian maklumat tentang Sejarah Lagu Negaraku pun salah oleh Mat Sabu bagaimana dia nak sampaikan Maklumat tentang sejarah Malaysia yang sebenarnya.

Indonesia juga digemparkan pada suatu ketika dahulu dengan mengatakan Lagu Terang Bulan ini juga telah diciplak oleh Malaysia dengan menjadikan hubungan diantara Malaysia dan Indonesia tegang seketika



tetapi apabila telah mendapatkan jawapan daripada Remy Silado,seorang seniman dan juga wartawan Indonesia mengatakan bahawa Malaysia tidak ciplak hak Indonesia kerana Lagu Terang Bulan ini bukanlah hak Milik Indonesia,ia adalah hak milik Perancis dan buktinya menerusi bacaan dari Het Nationale Volkslied oleh Margreet Fogteloo & Bert Wikie (AW Bruna Uitgevers BV Utrecht), jelas dihuraikan bahawa "Negaraku" yang dulu di Indonesia dikenali sebagai "Terang Bulan" adalah ciptaan orang Perancis bernama Pierre Jean de BĂ©ranger (1780 - 1857) .Butirannya adalah bukti pada minit 3.53 video di bawah:



HAKIKATNYA:

Mari kita lihat sejarah:

KEMIRIPAN LAGU:

Setelah Hak Malaysia melihat kembali memang dari segi melodinya tiada beza,100% sama. Apa yang membezanya adalah genre muziknya.Pada tahun 1956, lagu terang bulan dirakam di Station Radio Republik Indonesia (RRI) Jakarta.

SEJARAH:

1. Mengikut sejarah Lagu ini ada 2 sumber:

2. PERTAMA: Lagu ini adalah Lagu Kebangsaan Negeri Perak dikenali sebagai Terang Bulan dan diceritakan oleh Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebesaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.

3. Sultan Idris Murshidul’adzam Shah (Marhum Rahmatullah) berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan tersebut.

4. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah menjadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan.

5. Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan mengatakan kepada Pegawai Protokol bahawa Negeri Perak sudah ada lagu kebangsaan walaupun sedar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya dan menyatakan Not Lagu tidak dibawa.

6. Setelah mendengar penerangan Raja Harun bin Sultan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu tersebut tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut sebenarnya ialah lagu Terang Bulan.

7. Dengan itu berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia dijadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

8. KEDUA: Disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan.

9. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada tahun 1888.

10. Setibanya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria telah meminta not Lagu Kebesaran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan.

11. Untuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau telah menyatakan bahawa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, beliau boleh membunyikannya dengan cara bersiul.

12. Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.

13. Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang jawatan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman.

14. Mengikut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.

15. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.

16. Raja Kamarulzaman juga ada menceritakan bahawa lagu ini telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan.

17. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.


PEMILIHAN LAGU NEGARAKU

1. Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu
kebesarannya sendiri.

2. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka.

3. Ekoran dari ketetapan ini satu jawatankuasa telah dibentuk di mana bertujuan untuk mendapatkan sebuah lagu kebangsaan yang sesuai bagi Malaya yang bakal merdeka dan beliau mencadangkan agar pertandingan mencipta lagu kebangsaan dibuat. Pertandingan ini bukan sahaja terhad kepada penduduk Malaya tetapi telah dibuka ke seluruh dunia dan hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia.

4. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk membuat pemilihan dengan teliti dan sempurna. Jawatankuasa pemilihan ini terdiri daripada :

Pengerusi :
a).Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Ahli-ahli :
b)Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu mewakili Raja-raja.
c)Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri Pelajaran.
d)Encik Ya’akob Latiff, Pengarah Penerangan.
e)Encik D.S.P. Croft, Pengarah Muzik, Band Polis Persekutuan.
f)Kapt. Lenthall, Pengarah Muzik, Askar Melayu.
g)Encik A.T. Read, Pengarah Penyiaran Radio.

5. Jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada :
a) Benjamin Britten
b) Sir William Walton
c) Carlo Menetti dan
d) Zubir Said

6.Mereka telah menggubah dan mencipta beberapa lagu kebangsaan untuk diteliti oleh sebuah Panel Hakim yang dibentuk khas untuk membuat pertimbangan.

7.Panel Hakim berpendapat bahawa lagu ciptaan mereka adalah tinggi mutunya namun mereka masih berpendapat bahawa tidak ada sebuah lagu yang boleh dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.

8.Setelah sekian lama mendengar kesemua lagu negeri maka Jawatankuasa ini telah membuat keputusan bahawa Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai

9.Maka dengan itu jadilah lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Malaya yang merdeka dan akhirnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

10.Senikata lagu kebangsaan ini telah ditulis bersama oleh Panel Hakim di mana Y.T.M. Tunku Abdul Rahman telah memainkan peranan yang penting.

Jika ingin melihat sumber sejarah:

a)KENALI MALAYSIA(KLIK DISINI)
b)PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(KLIK DISINI)

HM: Mat Sabu tipu Lagi Rakyat, Lagu Perancis dikatakan Lagu Indonesia,Pemimpin yang MALAS BACA BUKU dan BUAT PENYELIDIKAN!!!!Malu dapat pemimpin yang sebegini rupa,Memang TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA.




No comments:

Post a Comment