Sunday, January 1, 2012

ADAM ADLI ULANGKAJI DALAM LOKAP

Akibat kedegilan penyokong SMM dan BEBAS akhirnya tersungkur didepan UPSI apabila tidak mengendahkan arah Pihak Polis yang menyuruh bersurai di hadapan Universiti di Tanjung Malim Semalam.


Sanggup habiskan masa 'study week' dipagar UPSI


Belaian Mesra oleh FRU menyebabkan Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan juga merupakan Timbalan Presiden GAMIS, Muhammad Safwan Anang menerima padah. Dia dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatn luar akibat cedera kerana degil bersurai.


Provokasi yang dibiayai oleh Anwar Ibrahim menentang Kerajaan,Mahasiswa dijadikan alat mereka 

Dikatakan Mahasiswa yang tidak focus kepada peperiksaan ini berkumpul pada jam 1045 malam dan sehingga awal pagi dan menyebabkan Demontrasi yang tiada hala tuju ini di datangi oleh FRU dan Pihak Polis. Dilihat mereka ini merentangkan kain rentang dan melaung-laungkan provokasi terhadap kerajaan sehingga menterbalikkan gambar Perdana Menteri dengan tanpa motif.

Provokasi yang dibiayai oleh Anwar Ibrahim menyebabkan mereka bertmpur dengan Polis


Akibat daripada provokasi tersebut, Polis mengarahkan mereka bersurai tetapi tidak diendahkan oleh mereka malah mahasiswa ini dilihat bertempur dengan pihak keselamatan dihadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Dilaporkan hampir tujuh belas Mahasiswa ditangkap termasuk Adam Adli yang menurunkan bendera didalam pergelutan terbabit akibat demontrasi yang tiada hala tuju itu dikhabarkan telah dibiayai oleh Anwar Ibrahim.





Gambar Adam Adli yang bodoh tidak mengikut kata polis 

Yang dikenalpasti ditangkap adalah seperti berikut:


1.  Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil,
2.  Adam Adli (UPSI), 
3. Haziq Abdullah (KAMI),
4.  Syukri Razab (SMM), 
5. Shukri Kamaruddin, 
6. Beberapa siswa Universiti Malaya,  UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang. 


Keadaan Bergelutan di Klinik 


Didalam pergelutan yang tidak mendengar kata polis supaya bersurai, Pengerusi Pro-M Nasional,Mohd Taufiq  gembira dengan hadiah yang diberikan oleh polis dengan memukul cota kepada mereka kerana kedegilan mereka sendiri dengan menyatakan “Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima” dan sambil menyatakan kekecewaan. 



Mahasiswa cedera yang ingin kecewa tidak tentu pasal menentang arahan polis





Gambar Taufiq yang lupa di muka akibat degil
Pertanyaan  Taufiq:

“Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim



Jawapan :
1. Berdasarkan bukti dapat dinyatakan bahawa Mahasiswa yang membuat demontrasi di hapadan UPSI tidak melaporkan kepada pihak Polis sebelum melakukan demonstasi
2. Menganggu orang disekeliling dikawasan universiti sehingga didakwa membawa ancaman.
3. Menganggu Mahasiswa yang sedang menelaah didalam minggu belajar  ‘Study week’ sebelum memasuki peperiksaan akhir semester

4. Memecahkan cermin pejabat UPSI
5. Menyerbu masuk ke ruangan pejabat
6. Membantah arahan bersurai
7. Melawan pihak berkuasa secara fizikal


1 comment: