Thursday, February 28, 2013

NIZAR JAMALUDDIN MUNAFIK

Mohammad Nizar Jamaluddin sudah mula membuat onar dilumut dengan menyeru rakyat Perak menolak konsep Ketuanan Melayu dengan mengatakan konsep ini sudah tidak relevan dan perlu dihapuskan di dalam arus politik Negara.

Sudahlah pada krisis politik Perak pada 2009 pemimpin PAS ini pernah memohon 'sembah derhaka' kepada Sultan Perak. Boleh pula dia mengatakan kepada orang melayu di Lumut bahawa konsep Ketuanan Melayu yang diamalkan sejak 55tahun lalu hanya menanam sifat kebencian sesama kaum.

Kuliah magrib yang disampaikan oleh Nizar ini nampak keterlaluan dan menguris perasaan orang melayu di seluruh Perak. Sepatutnya nizar tidak perlu mengungkit isu jika memerlukan undi orang Melayu,lagi sekali Pemimpin PAS membuat kesilapan didalam meraih undi orang melayu tetapi mengagung-agungkan DAP dan PKR yang sudah pasti menghapuskan Angan-angan PAS untuk menjadikan Negara malaysia,Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Sudah lupakah Nizar tentang perkara itu?Tanpa Ketuanan Melayu,PAS Mustahil dapat mempertahankan Agama Islam di Negara ini.

Nizar perlu mencerminkan diri supaya jangan bercakap tanpa menilai sentimen yang menguriskan hati orang melayu. Majoriti orang Islam di Malaysia adalah orang Melayu, maka perlunya menjaga sentimen orang melayu kerana Nizar juga adalah orang Melayu.

Janganlah Marahkan nyamuk,Kelabu dibakar; Nizar perlu melihat kembali kepada perkara asas. Dia pernah dilantik Menteri Besar atas kerana dia adalah seorang melayu. Janganlah merendah-rendahkan martabat bangsa.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KAJI SELIDIK MERDEKA CENTRE DIPERTIKAI

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempersoalkan Kajian Merdeka Centre mendakwa hasil kajian selidiknya kurang separuh daripada 1,021 respondennya berpuas hati dengan kerajaan BN.

Kajian Merdeka Centre menunjukkan jurang diantara sentimen pengundi ke atas Najib,kerajaan persekutuan dan BN.

Kita dapat lihat daripada kajian yang dibuat kurang daripada separuh responden berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Persekutuan sebanyak 48% dan BN sebanyak 45% dan inilah yang menunjukkan trend kosisten sejak setahun yang lepas.

Kajian dibawah juga boleh dipersoal dengan:-

1.Berapa orang sampel?
2.Siapa yang menjalankan kajiselidik?
3. Cara persampelan?
4.Jumlah sampel yang dibuat?
5.Siapa yang menjadi sampel?
6. Kawasan mana yang dijadikan sampel?

Tengku Adnan berkata, maklum balas yang diterima apabila kerajaan memberi bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga berbeza.

"Kita dapat lihat, di kawasan saya (di Putrajaya) , bila saya beri daripada RM500, dan anak bujang. Saya amat kagum, mereka pertama kali terima RM250, ada yang peluk saya (kerana) kerajaan prihatin dengan masalah dia, kepada mereka yang gaji bawah RM2,000 dan bujang.

"Persoalan daripada kaji selidik itu, kami nak tahu tentang persampelan. Maksud saya, untuk bersikap adil kepada kami. Pada kita, parti kita pun buat survey juga.

"Kita juga tahu dengan adanya BRIM dan bantuan RM250 (untuk orang bujang) sedikit sebanyak rakyat tahu kerana kerajaan prihatin dengan keperluan mereka," katanya.

Mengulas kenyataan Najib mengenai peranan media baru pada PRU 13, Tengku Adnan menegaskan ada pelbagai media sosial BN berbanding usaha yang dijalankan pembangkang.

"Cuma hit mereka, hit kita (tidak sama), kerana kita ada media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar. Jadi mereka tak tengok laman web kita," katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun ramai melihat web pembangkang tetapi rakyat semakin bijak menilai usaha-usaha dilakukan kerajaan BN.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN's MANIFESTO MERERLY A FANTASY

Pakatan's manifesto is yet another attempt by opposition coalition to fulfil their election fantasy. Manifesto was created to confuse the rakyat with the 'heaven and earth' without explaining the source of funding and implementation of the Pakatan's strategy to rakyat needed.

While the opposition accuse Barisan Nasional of bankrupting the country, manifesto from Pakatan will bring about a worse crisis if they are elected by rakyat.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

STORM BREWING IN PERAK PKR FOLLOWING CANDIDACY DISPUTE

A storm is brewing over the PKR in Perak, following a dispute on the candidacy for Kuala Sepetang State seat.

It is understood the Bukit Gantang division is furious over an annoucement by vice president Dr lee Boon Chye that newcomer Sandrea Ng Shy Ching would be nominated as the PKR candidate for the seat.

The problem arose because nobody in the division knows anything about Ng, who is said to be from Endau, Johor.

Dr. Lee had made the annoucement during a press conference in Kuala Sepetang on Feb 21.

A party source said that having a non-local parachuting into the state constituency went against the wishes of the division members and indication that incumbent assembly man Tai Sing Ng would be dropped from contesting in the general election.

The source said the division, at its annual general meeting last year, had unanimously agreed to have a local from the constituency or a division member to contest the state seat.

Dr Lee said the division members hope the national leaders will take note of this and take the necessary action to difuse the unnecessary tension,

Otherwise PKR will loose in PRU13.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MANIFESTO MAT JENIN PEMUDA PAS PERAK DITIPU

Sudahlah hudud dan royalti tidak masukkan dalam manifesto seperti yang diharapkan oleh PAS, tiba - tiba Pemuda PAS bangga dengan 10intipati penting kononnya untuk menawan hati orang muda.

Naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Iskandar Al-hiss berkata langkah itu memberi jaminan terhadap peranan dan keperluan anak muda di era perubahan sedangkan bahawasanya intipati itu adalah janji kosong oleh Pakatan didalam menipu dan memperalatkan PAS supaya memerima manisfesto itu walhal mereka tahu ketidakseimbangan dana perbelanjaan dan dana pendapat negara.

Mereka lupa apabila kesemua 10 intipati dan salah satunya hapus PTPTN dan menyebarkan pendidikan percuma tetapi dalam masa yang sama cukai-cukai kerajaan turun turun. Sudah pasti dana perbelanjaan yang banyak untuk dibelanjakan menjadi punca Negara menjadi Defisit.

Apabila negara menjadi defisit sudah pasti Kerajaan mereka akan menaikkan cukai yang mendadak dan menjadi beban kepada rakyat.

Pemuda PAS sepatutnya melihat keadaan ini secara menyeluruh dan bukannya melihat kepada janji-janji kosong yang ditaburkan hanya ingin memegang kuasa.

Pemuda PAS patut bangkit menyuarakan tentang akidah dan soal modal insan yang tidak lansung disentuh dalam manifesto.

Sejauh mana Pemuda PAS boleh berfikir,hanya menggangguk kepala sahaja pada DAP dan PKR.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP DABIK DADA TAWAN MALIM NAWAR SEBELUM PRU13

Belum lagi PRU13 bermula,belum lagi dibubarkan parlimen, DAP sudah mendabik dada mengatakan sudah memenangi di kawasan Malim Nawar dengan harapan orang cina menyokong DAP pada PRU13 kali ini.

Timbalan Pengerusi DAP, V Sivakumar berkata DAP meramalkan akan memenangi Malim Nawar akibat pertambahan peratusan pengundi Cina.

V Sivakumar telah lupa bahawa isu Keshvinder yang mewakili penduduk Malim Nawar melompat parti telah mendapat restu penduduk Malim Nawar kerana meluat dengan DAP yang tidak kotakan janji kepada Penduduk malim Nawar. Pusat Khidmat DAP dikhabarkan tidak bergerak aktif sepanjang penggal ini dengan wakil barunya yang datang dari orang luar kawasan jarang memberikan layanan yang baik terhadap komuniti setempat.

.Jika V Sivakumar tidak melihat perkara itu secara kasar,mungkin DAP akan berkubur kerana BN telah mula menyusun strategi mendapatkan kembali kawasan Malim Nawar ini.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, February 27, 2013

PENGWUJUDAN REVOLUSI UMB PERAK BANTU BARISAN NASIONAL PERAK DALAM PRU13

Cetusan Revolusi baru Media Cyber yang semakin mendapat perhatian masyarakat setempat khususnya di negeri Perak terhadap Team Unit Media Baru ( UMB ) Perak tampil kepada umum kerana sebelum ini tidak mahu diketahui secara terbuka hanya dibelakang tabir menangkis segala manipulasi fakta,fitnah dan tomahan dari blogger-bloger pembangkang kepada kerajaan negeri Perak.

Kini sudah tiba masa untuk UMB Perak dilihat umum sebagai antara salah satu badan yang bertanggungjawab mempertahankan MB Perak dan Kerajaan negeri dari di fitnah oleh cybertrooper pembangkang!!!

Koordinasi secara tersusun pada kali ini membawakan fakta yang jelas secara terus kepada masyarakat supaya fitnah tidak berleluasa daripada cybertroopers Pembangkang disamping memastikan hak rakyat disampaikan secara holistik supaya rakyat tidak tertipu dengan dakyah-dakyah pembangkang yang ketandusan isu mengenai Kerajaan Negeri Perak sebelum Pilihanraya ke 13(PRU13)

Sila layari pengwujudan UMB PERAK
http://bit.ly/13jP2c7



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HANCUR PAKATAN SEBAB LUPA DUA PERKARA DALAM MEMBUAT MANIFESTO

Datuk Zahid Hamidi menegaskan rakyat perlu menilai hakikat hanya 15 peratus janji pembangkang sudah dikotakan,malah ada pemimpin mereka tergamak secara terbuka menyatakan manifesto bukan satu janji pada rakyat.

Rakyat di Malaysia diminta menilai secara jujur apa yang telah disuarakan oleh Pembangkang untuk menafesto pilihanraya PRU13 supaya mereka tidak tertipu kali kedua dengan pelbagai janji manis daripada pembangkang.

Mereka lupa dua perkara di dalam manifesto mereka:-

1) Jumlah pendapatan Negara tidak di nyatakan yang akan dijana sepanjang 5tahun semasa mereka memerintah kelak. Analisis ekonomi menjangkakan elemen-elemen penghapusan percukaian didalam manifesto mereka kali ini menyebabkan pendapatan negara akan menurun mendadak.

2. Penjelasan mengenai tentang tidak menunaikan 85% janji janji kosong dalam manifesto di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Janji palsu perlu ditolak kerana dari segi rekod,mereka tidak dapat memenuhi janji-janji berkenaan sedangkan Barisan Nasional melaksanakan perkara-perkara yang tidak adapun didalam manifesto termasuk 230 produk 1Malaysia.

Kita kene yakin manifesto BN yang akan dilancarkan kelak akan lebih berpijak di bumi yang nyata dengan mengambil kira pendapatan Negara.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN PERAK GUNA TAKTIK LAGA-LAGAKAN PEMIMPIN DAN 'PECAH DAN PERINTAH'

Tergugat pakatan pembangkang semakin kelihatan sehingga terpaksa mencipta pelbagai tohmahan dan pembohongan untuk melaga-lagakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) termasuklah di Negeri Perak

Pembangkang yang tiada pilihan dan jalan keluar ketandusan isu kerana tidak mampu menahan gelombang Biru Barisan Nasional yang kian menyinar di seluruh negara

Memang cara pembangkang yang suka menunjukkan kononnya BN tidak persefahaman dan muafakat siap memperkatakan bahawa pemimpin BN bertelagah sesama sendiri walhal seluruh pemimpin negeri sudah menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir

Mereka menunding jari kerana mereka sudah tiada perpaduan dan kesepakatan diantara mereka seperti konvensyen Pakatan baru-baru ini menyebabkan mereka di ambang ketakutan untuk melihat bayangan mereka sendiri. Mereka gusar dan tergugat apabila melihat gelombang ribut lautan biru BN daripada rakyat Negara ini.

Prestasi BN Perak secara umunya adalah baik diperkatakan berdasarkan kemampuan kepimpinan negeri mengembalikan keamanan dan kestabilan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 26, 2013

PAS PUTRAJAYA GUNA KUPON UNTUK RAMPAS DUIT RAKYAT

HM terkejut apabila Pas Putrajaya mengeluarkan Kupon yang tiada makna dan sebagai helah untuk merampas dan mencuri duit rakyat untuk Pilihanraya 13

Apakah sesebuah parti PAS diyakini rakyat tidak mempunyai dana yang kukuh,apakah PAS Putrajaya tempat yang ingin dirampas daripada BN, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz tidak ingin melabur duit yang banyak terhadap PAS Putrajaya.

Agak terkejut apabila Nik Aziz merestukan kupon ini untuk raih simpati mendapat duit rakyat sedangkan pelaburan terhadap perjalanan Pakatan ke Putrajaya tinggi kerana Motif Pembangkang sekarang menakluki Putrajaya

Mustahil PAS Pusat lansung tidak memberikan sedikit dana untuk pergerakan PAS Putrajaya dan sepatutnya Pakatan Rakyat Pusat juga tidak perlu menunjukkan kelemahan PAS Putrajaya dan dana perlu dilaburkan supaya dapat menentang Kubu BN di Putrajaya seperti yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim menuju ke Putrajaya.

Mungkin Dana yang dilaburkan di dalam PAS Putrajaya telah diseleweng oleh AJK PAS Putrajaya lalu perlu mengutip dana bagi menampung kesilapan PAS Putrajaya

Yang penting,PAS Putrajaya telah mengeluarkan sesuatu kupon yang nampak baik tetapi hakikatnya mencuri duit rakyat bagi mendapat wang mudah untuk kekenyangan AJK PAS Putrajaya.

Fikir-fikirkan lah.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PENDUDUK TAIPING SAKIT HATI DENGAN WAKIL RAKYAT PAKATAN

"Kami memang tak puas hati sebab kini tanah lot milik penduduk di sini dipecahkan-pecahkan pada lot yang lebih kecil berbanding sebelum ini"

Inilah luahan pengerusi surau Nurul Huda Kampung Aulong Lama,Syed Abu Hassan Syed hamid.

Beliau berkata,penduduk dakwa lot tanah mereka menjadi kecil apabila menerima geran baru-baru ini.

Kampung ini terdapat kira-kira 60 rumah dengan jumlah kapasiti 300orang penduduk,kesemuanya merungut dengan perkara yang sama.

Perkara ini menimbulkan rasa kurang senang penduduk kerana apabila lot tanah mereka menjadi kecil menyebabkan sebahagian rumah mereka telah memasuki tanah orang lain. Penduduk dikhabarkan telah tinggal hampir 30Tahun jadi memang tak wajar tindakan seumpamanya ini dilakukan.

ADUN Aulong, Yew Tian Hoe telah mengakui bahawa dia tahu perkara itu tetapi lansung tidak diendahkan sebagai wakil rakyat

Jelas perkara tersebut berlaku sejak Pakatan Rakyat mula memerintah lagi dan masalah ini berlarutan sehingga kini.

Penduduk mengharapkan siasatan lanjut daripada pihak SPRM perlu dijalankan kerana difahamkan ada sebahagiannya diberikan pada kroni-kroni pakatan.




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PINDAAN AUKU ZAHIRKAN MAHASISWA KRITIKAL BUKAN MAHASISWA MONYET -TUNFAISAL

"Kita nak bawa aspirasi tulen,bukan catur,bukan tidak.Nak ke mahasiswa yang panjat pagar,hantar memorandum jam 2 atau 3pagi sambil menjerit-jerit macam monyet"

Itulah yang disebut oleh Saudara Tun Faisal,Bekas aktivis pergerakan mahasiswa yang inginkan mahasiswa masa kini membawa aspirasi yang benar-benar menyuarakan hak sebagai rakyat dan bukannya seperti monyet melompat-lompat di luar pagar universiti selepas diberi kebebasan berpolitik menerusi pindaan Akta Universiti Kolej Universiti(AUKU).

Konteks politik,kebebasan yang diberikan adalah untuk mengelakkan mahasiswa menjadi lesu,berlaku kebejatan atau jumud didalam sesuatu perkara mengenai isu-isu semasa.

Walaubagaimanapun beliau menegaskan pada yang yang sama kita tidak mahu mahasiswa kita membawa isu politik beremosi atau tidak rasional lansung merosakkan imej sebagai mahasiswa, sebaliknya kita mahukan mahasiswa yang dinamik dan bijak berdiplomasi tanpa sebarang konfrontasi yang boleh membawa pepecahan dan akhirnya mencalarkan nama baik sebagai mahasiswa univerisiti.

Dan sebab itulah 'nature' AUKU bersifat melindungi kerana secara dasarnya fokus mahasiswa adalah untuk mendapatkan segulung ijazah serta merealisasikan tujuan utama ke universiti.

Memang secara dasarnya,kita sudah fahami setiap Universiti telah menggariskan panduan dan akan menyemak jenis persatuan yang diikuti oleh mahasiswa supaya mereka berada di dalam kelompok yang betul tetapi bukanlah panduan itu menyekat pergerakkan mahasiswa didalam kebebasan berpersatuan.

AUKU dipinda adalah untuk menzahirkan mahasiswa supaya membolehkan pergerakkan mahasiswa menyentuh dan mempelajari isu-isu politik semasa tetapi biarlah dengan cara yang betul.

Tambahan Beliau, jika kita mahukan Mahasiswa kritikal,Biro Tata Negara (BTN) adalah tempat latihan yang terbaik untuk melahirkan mahasiswa kritikal

HM merasakan bahawa sebab itulah kesemua mahasiswa yang melanjutkan pengajian ke luar negara perlu menghadiri latihan BTN supaya menjadikan mahasiswa yang mampu berdaya saing.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CUEPACS BUAT KEJUTAN DI PERAK SERU PENJAWAT AWAM SOKONG BN

Penambahbaikkan telah dibuat tehadap sektor kerajaan didalam Program Tranformasi Kerajaan, maka Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam,Datuk omar Osman menyeru semua penjawat awam termasuk mereka yang bersara menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya 13(PRU13)

Dalam tempoh 5Tahun,penjawat awam menerima 18 manfaat hasil penambahbaikkan yang telah dilaksanakan oleh BN dan beliau menjangkakan banyak lagi manfaat akan diterima dalam masa yang terdekat

Paling beruntung adalah penjawat awam kerana di dunia ini kerana wang pencen boleh dipindahkan kepada orang lain walaupun mereka telah meninggal dunia.

"Sebagai pemimpin kesatuan ini,saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam,kita patut tahu mana yang baik dan buruk."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN TOLAK HUDUD DAN TUNTUTAN ROYALTI, GAGAL JADI MANIFESTO PRU13

Keputusan melulu didalam menentukan Manifesto terbukti sehinggakan Niz Aziz bermuka suram apabila Hudud dan Tuntutan Royalti 'R' ditolak sekeras-kerasnya sehingga lansung tidak tercatit didalam manifesto,persoalannya:-

1.Siapakah yang membuat Manifesto ini?

2.Tidakkah PAS terutamanya Hadi Awang dan Nik Aziz lansung tidak perasan berkenaan dengan Tuntutan Royalti dan Hukum Hudud itu agenda utama PAS yang dilaungkan saban hari dari tahun 2008

3.Adakah tiada sepakatan diantara DAP,PKR dan PAS?

4.Benarkah PAS hanya boneka mainan DAP dan PKR?

5.Adakah Dalang yang membuat Manifesto ini cerdik pandai atau 'think thank' DAP?

6.Adakah Nik Aziz dan Hadi Awang gagal menyuarakan dan memerlukan Pemimpin yang bertenaga (Orang muda) mentadbir PAS

Sama-sama fikir Tolak pakatan sebab sudah bercelaru. Lansung tidak sepakat dan Pendirian yang tidak kukuh setiap kenyataan dan laungan terutamanya royalti 'R' Kelantan dan Terengganu

Keterangan lanjut:-

http://bit.ly/V5MD10

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEGAWAI MUDA TENTERA LAUT SAMBUT BAIK BR1M DI LUMUT

"Bersyukur sangat dapat bantuan RM250 ketika saya memerlukan wang untuk bekalan menjalani pembedahan akibat kemalangan ketika bermain bola sepak"

Itulah gambaran kesyukuran seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM),Laskar Faizul Azhar Abdul Fatah,24 dengan Bantuan Rakyat 1Malaysa yang diterimanya bagi meringankan beban dan persediaan untuk menjalani pembedahan kaki.

Beliau yang terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan antara penerima BR1M di Auditorium M Sidek Shahbudin di Lumut.

Seorang lagi TLDM Azhani Che Ahmad,25 yang berasal Perlis membantunya menambah wang sebagai persiapan berkahwin bulan depan.

Terbukti Orang Bujang sangat merasakan BR1M sebagai salah satu pemangkin yang meringankan beban mereka dan terima kasih kepada kerajaan yang sangat prihatin terhadap golongan Anak Muda.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERAJAAN PERAK LANCAR PORTAL TUISYEN PERCUMA BANTU GURU DAN PELAJAR SELURUH PERAK

Menteri Besar Perak,Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersama Kerajaan Negeri Perak lancarkan inisiatif baru untuk 237,971 Pelajar dan 25,531 guru sekolah seluruh perak didalam program pembelajaran terbaru Kerajaan Negeri menerusi talian 'Ezlearn2U'.

Talian ini adalah sebuah program pembelajaran yang disasarkan kepada murid tahun 6,yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) serta tingkatan 1 hingga 6 diseluruh perak.

Program talian ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang disediakan melalui peruntukan RM2.5juta dan percuma kepada golongan sasar dan akses disediakan akses kepada panduan dan tuisyen atas talian terus kepada pelajar.

Inisiatif program ini juga menjadi satu pendekatan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan pendidikan di seluruh Perak dengan kos perlaksanaan yang rendah.

Portal ini adalah kerjasama Kerajaan Negeri,Jabatan Pelajaran Perak, KPerak Inc.

Bengkel Mind Mapping yang diasaskan oleh Yayasan Perak dan Jabatan Pelajaran Perak juga adalah salah satu inisiatif bagi membantu Pelajar Sekolah Menegah memahirkan diri dalam mata pelajaran Sejarah,Matematik Tambahan, dan fizik dengan aplikasi mudah dan fleksibel melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT)

Program ini juga diyakini oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir dan mampu diperluaskan ke peringkat Pusat kerana hanya kos minimum yang diperlukan bagi guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KERAJAAN BUKA PELUANG PADA ORANG ASLI MASUK POLIS DI PERAK @PDRM

Peluang pekerjaan dilembarkan kepada 111 Orang asli dipilih di seluruh Negara bagi kumpulan pertama mengikuti kursus asas Konstabel Orang Asli Polis Diraja Malaysia Siri 1/2013 di Mes Pegawai Kana,Bridged Utara,PGA Hulu kinta.

Kerajaan akan melatih peserta menjalani latihan selama 4bulan dan selepas itu akan ditempatkan di Kem bidor dan Pengkalan hulu.

Pengarah pengurusan PDRM,Datuk Mortadza Nazarene berkata pengambilan terbaru pelatih ini adalah mengisi kekosongan perjawatan anggota Pasukan Gerakan Am(PGA) membabitkan masayakat itu.

Keseluruhan sebanyak 739 perjawatan disediakan bagi skim itu dan mereka yang baru diambil adalah untuk mengisi 199 lagi kekosongan yang ada.

Kerajaan akan memberi sedikit kelonggaran dari aspek pencapaian akademik dan fizikal pada pemilihan program berkenaan.

Wakil dari orang asli, Ghaza Bah Naian,27 berterima kasih kepada kerajaan terutamanya PDRM dan JAKOA kerana memberi ruang dan membantu golongan orang asli menyertai Polis.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAJLIS PENDEKAR MALAYSIA SERU RAKYAT PERLU SOKONG BN UNTUK KEMAKMURAN

Presiden Majlis Pendekar Malaysia(MPM) Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju menyeru agar rakyat Malaysia bersyukur dengan keamanan Negara kerana adanya sikap terbuka pemimpin seperti Datuk Seri Najib Razak yang membenarkan setiap kaum mengamalkan cara hidup dan budaya turun temurun tanpa sekatan.

Rakyat perlu sokong Barisan Nasional yang ada sekarang dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang lansung hanya mengeluarkan fitnah terhadap Kerajaan tetapi mereka lupa bahawa negeri yang diberikan amanah tergadai dengan janji-janji kosong.

Rakyat juga diseru supaya terus menyokong Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional menerajui Negara dengan memastikan kemenangan BN dalam PRU13.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP PERAK PERLU DISIASAT LANGGAR ARTIKEL 30 PERAK

Lagi seorang guru kecewa DAP Perak dan keluar parti pada 9 Febuari 2013 selepas tidak berpuas hati dalam banyak perkara termasuk soal pemilihan calon DAP di Perak dan hanya mementingkan orang luar dari orang tempatan.

N Manikam juga sudah menyiasat isu ADUN DAP dalam parlimen Tanjung Malim yang memenangi PRU2008 berasal daripada Selangor bukan wakil tempatan mewakili DAP Perak.

Disebabkan isu yang disiasat, DAP Perak telah melanggar Artikel 30 Perlembagaan Negeri Perak (Undang-Undang Tubuh Perak) kerana membenarkan orang bukan bermastautin di Perak boleh bertanding bagi kerusi dewan Undangan Negeri.

DAP Perak sepatutnya mengutamakan calon tempatan dan perkara ini perlu dilihat oleh semua pihak pada PRU13 ini.

Sudahlah Ahli Dewan Undangan Negeri orang luar,ditambahkan dengan lansung tidak bertanggungjawab terhadap rakyat tempatan selepas dipilih pada tahun 2008 menjadi wakil rakyat.

Sepanjang pemantuan beliau,ADUN berkenaan mtidak mengendahkan masalah setempat. Rakyat tempatan perlu menilai sikap DAP pentingkan pangkat dan kuasa daripada rakyat.

Cukuplah hanya PRU2008 dan jangan mengulangi kesalahan lama pada PRU13.Kita perlukan wakil tempatan daripada Barisan Nasional kerana janji ditepati.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TOL LEBUHRAYA PEMBANGKANG JEJAS EKONOMI NEGARA MENJELANG PRU13

Penghapusan tol manifesto pembangkang dijanjikan lagi pada PRU13 mampu membebankan kerajaan dengan terpaksa mengeluarkan duit rakyat yang dikutip dari cukai pintu dan lain-lain; sebanyak hampir 50 Bilion ringgat sebagai pampasan kepada semua syarikat konsesi lebuh raya di Negara ini.

Pembangkang cuba lagi bermain persepsi dan menyentuh perkara-pekara yang mampu membebankan negara dan rakyat hanya untuk kepentingan meraih undi untuk ke menikmati Putrajaya sedangkan pada waktu ketika dahulu mengutuk keras tentang pembangunan putrajaya.

HM melihat pembangkang sudah ketandusan idea yang bernas dan tiada fikiran yang waras sedangkan kita dapat lihat idea-idea yang tidak bernas pada 2008 seperti turun tarif air di kedah masih tidak tertunai malah meningkat 10peratus

Pembangunan negara bukanlah hanya tertumpu pada penggunaan lebuh raya tetapi aspek pendidikan,kesihatan dan kebajikan perlu diberi keutamaan di dalam menjaga kesejahteraan rakyat.

29 syarikat konsesi yang bergerak cergas di seluruh negara memberikan ribuan peluang pekerjaan,dan sekiranya ditamatkan,maka makin ramai yang akan menganggur dan meningkatkan inflasi serta menjejaskan ekonomi negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 25, 2013

PAKATAN CADANG LUPUS PEMBEKAL UTAMA NEGARA BAGI KEMUDAHAN AWAM STRATEGIK DAN PERKHIDMATAN #ManifestoBukanJanji


Intipati konvensyen pakatan yang membentangkan isu melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan(GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasional kepada pengurusan GLC melalui kaedah mengambil alih oleh pengurusan menunjukkan bahawa DAP mempergunakan Anwar Ibrahim melupuskan kekuatan GLC tetapi memberkuatkan Perniagaan Ekonomi orang-orang cina disamping menidakkan Keadilan yang dilaung-laungkan.

Keseluruhan GLC termasuk perniagaan berkepentingan dan bukan berkepentingan adalah titik tolak kerajaan di dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera supaya mengejar paras ekonomi yang ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB).

DAP sejak dari dulu cuba menidakkan perkembangan GLC kerana dikhuatiri Bumiputera akan menyaingi perniagaan orang cina sedangkan Kerajaan memperkuatkan Bumiputera supaya Bumiputera dapat mengimbangi Kestabilan Ekonomi dan mempercepatkan kepesatan kemajuan negara.

DAP memang bijak didalam menentukan manifesto dengan membayangi oleh entiti Anwar Ibrahim memperjuangkan hak bumiputera sedangkan DAP tamak untuk menguasai ekonomi Negara dengan mengikis sedikit demi sedikit perkembangan GLC.

Akibat rakus dan tamak DAP didalam meletakkan manifesto melupuskan perniagaan bukan berkepentingan GLC menyebabkan pembangunan Bumiputera yang bergayut di badan GLC akan merudum dan tidak mampu berdaya saing di dalam negara mahupun luar negara.

Perlupusan ini juga mampu mengugat prospek pekerjaan yang dinamik didalam GLC apabila kerajaan tidak berkuasa kelak untuk bersuara apabila orang-orang DAP sudah memonopoli didalam urusan GLC.

Akhirnya,bukan sahaja bumiputera tidak dapat membina syarikat yang mampu menyaingi didalam kecekapan perniagaan malah penurunannya ketelusan akibat rasuah berleluasa.

Yang penting GLC perlu dipertahankan demi pembangunan Bumiputera.Pakatan Rakyat adalah pakatan yang menghancurkan Pembangunan Negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR IBRAHIM DIMALUKAN OLEH PESERTA KONVENSYEN PAKATAN



Kosong-kosong kerusi dalam konvensyen sewaktu Anwar Bercakap?adakah semua hisap rosok diluar?


Malunya! Anwar dan Guan Eng dimalukan oleh perwakilan semasa Konvensyen Pakatan pembangkang?

Sila rujuk 3 video dan laporan di bawah :
       

      


Sila baca :

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.

     


Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.

Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.

Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.
       
           


Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.

"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambill pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau.


Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan. 

"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. - AntaraPos


PENGHARGAAN PENTING KEPADA MEDIA BLOGGER PRO

Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda.
 
Sumber:Tunfaisal

Sila Layari jika ingin mengetahui lanjut:-
http://bit.ly/ZmLelm


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN FOKUS 59DUN PERAK UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN BN

Barisan nasional akan menumpukan perhatian di semua 59DUN termasuk kubu kuat pembangkang yang dianggap 'tiada harapan' bagi PRU13

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir mempercayai semua kawasan yang difokuskan terletak pada tangan rakyat.

Beliau juga mengatakan BN tidak boleh membuat andaian kerana keadaan mungkin berlaku sebaliknya kerana tangan rakyat sebagai kuasa menentu segala-galanya

Jentera Parti akan fokuskan perhatian di semua kawasan memandangkan kemenangan BN diukur berdasarkan kemampuan parti menyelesaikan masalah rakyat

Beliau juga tekankan 3Aspek utama untuk kemenangan

1. Calon diterima rakyat
2. Strategi serta pemahaman politik
3. Penyelesaian masalah di kawasan


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN PERAK GUNA MUSLIHAT 'BANGKIT' UNTUK RAMPAS HARTA RAKYAT

Apalagi mahu dibuktikan didalam Banner yang tergantung di Gugusan Manjoi baru-baru ini. Terang-terangan bukan UMNO punca banner ini tergantung tetapi mereka mengaburi rakyat dan ahli-ahli yang telah mereka sesatkan dengan merampas harta rakyat dengan istilah Sumbangan Dana Pilihanraya.

Sumbangan apa lagi yang mereka mahu, sedangkan waktu mereka mentadbir, habis balak ditebang,tanah digadai sehingga mencabut hak - hak peneroka di Gua Musang.Adakah masih tidak mencukupi?walhal yang kaya raya adalah DAP Perak yang cukup - cukup pandai membonekakan Nizar Jamaluddin sehingga terbogel sebagai Sarkas Menteri Besar Perak.

Ahli-ahli PAS benar-benar diperkotak katikkan sehingga dana perlu diraih sedangkan pemimpin-pemimpin PAS kaya raya bergembira bersama DAP Perak.

Perlunya kesedaran tentang kebangkitan yang dibuat hanyalah retorik dan hanya untuk merampas duit rakyat dan hak anak-anak untuk bekal ke sekolah. Tetapi mereka rakus merampas mengunakan Dana Pilihanraya.HM melihat dan mempersoal,adakah tidak cukup dana yang dikutip dari 2008?sebanyak manakah duit yang diperlukan? Pemimpin-pemimpin mereka tetap kaya raya dengan kereta yang mewah.Janji yang dibuat tidak ditunai tetapi duit rakyat dirampas.

Fikir-fikirkanlah.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN 'PAS FOR ALL' DI BUKIT GANTANG?

Apakah yang dimaksudkan Baju 'PAS 4 ALL' yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin di Bukit gantang? Adakah menandakan sesuatu perkara yang baik untuk Rakyat Perak terutamanya di umat Islam di Perak.

HM tertanya-tanya juga PAS 4 ALL ini; adakah baju ini membuktikan keadilan samarata hudud PAS kepada umat islam termasuk bukan Islam yang akan di implementasikan oleh PAS di Perak jika mampu merampas daripada BN dalam PRU13? Walhal Nizar dibayangi ketakutan kekuasaan DAP Perak mengawal Nizar dari 'remote' Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

PAS perlu memahami apa itu hukum hudud dan hukum itu adalah untuk semua dibawah pentadbiran kerajaan memerintah. Persoalannya kembali, adakah benar Nizar yakin mampu menunaikan janji PAS.

kita fikir-fikirkanlah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS KELUAR PAKATAN DI PERAK?

Nizar Jamaluddin dari PAS yang banyak membantu 2orang pemimpin DAP yang dikenali sebagai Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham untuk mempertahankan diri bonekanya menjadi Menteri Besar Perak mampu mendengar amanat Presiden PAS Hadi Awang?

Adakah mampu Nizar mempertahankan dirinya sehingga PRU13 dengan kenyatan Hadi Awang dihadapan dikhabarkan 10 000orang di sebuah program.

Adakah Hadi Awang yang hanya memainkan kata kata untuk menyedapkan hati umat Islam Melayu di malaysia?Raih undi tetapi bergantung pada Mursyidur Am Nik Aziz yang selalu tidak bertanggungjawab pada kenyataan yang selalu dibuat?

Mungkin Nizar sedang memikir sesuatu jika PAS tidak bersekutu dengan Pakatan..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DIPERAK SEBELUM INI SAMA DAN NIK AZIZ MUNGKIN AKAN SETUJU DENGAN JANJI YANG DILUKISKAN

Perancangan yang dijanjikan oleh Nik Aziz untuk Rakyat Kelantan dari tahun 1990 hingga 2012 masih ditakuk lama. Tetapi perkara yang telah disiapkan sehingga sekarang proses dijalankan secara sepenunhya hanyalah tebang Balak.

Sebelum ini seperti di Perak, ada Hak Malaysia berbual dengan wakil yang memegang lesen Tebang Balak, Pakatan menggunakan lesennya untuk menebang balak di gunung Perak ini hanya alasan untuk membeli van jenazah di Manjung.Alangkah malunya bahawasanya mereka ingin berkuasa hanya untuk menebang balak seperti di Kelantan tanpa menaikkan pembangunan menggunakan dana yang ditebang atau membelanjakan wang kerajaan Negeri untuk pembangunan bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Fikir-fikirkan lah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APA MAKSUD TANGGUNGJAWAB DIHATI NIK AZIZ




Apakah erti "Tanggungjawab" yang selalu diajar di sekolah pondok, madrasah, Sekolah Kebangsaan pada suatu ketika dahulu. Adakah Nik Aziz lupa bahawa segala tindak tanduknya merosakkan PAS dan PAKATAN itu sendiri dengan menyatakan bahawa penerima BR1M sama seperti binatang?

Adakah Nik Aziz dan PAS lupa bahawa segala yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu adalah dipertanggunjawabkan keatas orang yang menyatakan sesuatu kenyatan tambah lagi seorang Pemimpin yang disebut-sebut sebagai Mursyidul Am PAS yang disegani oleh Ahli-ahli setia PAS?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa kenyataan itu dilontarkan bagi mengejar kedudukan dan pangkat ke Putrajaya memberikan ruang kepada ahli-ahli PAS yang menerima BR1M menyumpah-nyumpah Nik Aziz kerana tersinggung dengan kenyataan yang dibuat?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa melukakan hati manusia itu berdosa?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa pemimpin yang salah membawa fitnah itu akan diseksa dan ditimbang tara kelak?

Kepada Nik Aziz, Lupakah kamu tentang:-

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Mari bersama-sama kita fikirkan adakah kita perlukan pemimpin seperti ini...

.................................................................................................................................................................

PAS perlu bertanggungjawab dengan kenyataan Mursyidul Am mereka mengatakan bahawa penerima BR1M sama seperti lembu dan ayam yang memakan jerami padi serta hampas kelapa.

PAS diminta oleh Timbalan Perdana Menteri supaya mengeluarkan fatwa baru bahawa menerima BR1M juga adalah haram, seperti kenyataan beliau kepada BERNAMA.

Bagi Sangkakala, ada benarnya juga dengan apa yang dikatakan oleh TPM memandangkan mereka (PAS) yang mengeluarkan kenyataan dan mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Penerima BR1M bukan sahaja dari kalangan orang orang UMNO malah ianya juga diterima oleh ahli PAS dan beberapa bekas ADUN PAS juga dikatakan menjadi penerima skim bantuan kerajaan tersebut.

Jadi dalam perkara ini Hadi awang perlu mengeluarkan fatwa atau apa juga sekalipun kenyataan sama ada menyokong kenyataan Nik Aziz atau sebaliknya.

Dan kepada ahli ahli PAS yang menerima BR1M, mereka juga perlu menuntut penjelasan dimana kedudukan mereka selaku penerima BR1M, sama ada mereka ini tergolong didalam golongan seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz atau pun bukan seperti yang diminta oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi.

Sumber:Sangkakala9

KUASA POLITIK MAHASISWA


Pertembungan bekas-bekas aktivitis mahasiswa di Sinar Harian, Mari kita penuhkan ruang Auditorium Karangkraf esok pada Jam230petang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.