Sunday, March 31, 2013

BONGKAR RAIH UNDI SIMPATI @Tantawi100 &MAHASISWA 'FOOL' DIPUTRAJAYA @TengkuAdnanReal @TanSriAseh


Baru ketika sebelum ini HM pernah mengatakan Mahasiswa Pro-pembangkang yang sentiasa menyahut seruan Anwar Ibrahim supaya mencabar kerajaan, maka tercabarlah mereka sehingga lupa kepada prosedur  polisi keselamatan Negara akhirnya ditangkap polis.

Disini:
http://muzammilarif.blogspot.com/2013/03/bongkaranwar-bayar-mahasiswa-suruh-buat.html



Dikhabarkan bahawa ada sebuah Gelombang yang cuba menolak Gelombang Biru akhirnya tumbang di Putrajaya, Lupakah mereka bahawa Hari Ahad adalah cuti umum tetapi mereka berkumpul dan ingin menyerahkan memorandum  kepada Perdana Menteri yang sibuk bersama rakyat pada hari Ahadnya, Kenapalah mereka tidak menggunakan saluran yang betul untuk berjumpa Perdana Menteri?. Apakah mereka ini lupa bahawa hari ini adalah hari Ahad, hari cuti umum?. Imej mereka ini seperti tidak sekolah, jika hendak menghantar Memorandum cubalah mengambil saluran dengan betul.

Presiden GAMIS Azan Safar Ditahan apabila membuat kekacauan di tempat larangan apabila ingin hasrat ingin menghantar Memorandum yang lansung tiada temujanji yang perlulah dibuat dahulu. Dan apabila cara provokasi terhadap pihak Polis dibuat oleh segolongan anak Muda. Taktik mereka seperti pembangkang ini sudah diketahui umum dan akhirnya meraih simpati.   

Nasruddin Hassan pula mengunakan "taktik simpati" dengan mengambil gambar bersama-sama dengan memakan nasi bungkus dengan segerombolan Mahasiswa-mahasiswa pembangkang yang membuat kecoh di hadapan Rumah Perdana Menteri lewat petangnya dan di "upload" didalam Facebook. 




Kita sudah kenal dan masak dengan sikap merintih simpati oleh pemimpin pembangkang yang selalunya tidak memahami polisi dan undang-undang Negara. Apabila Provokasi dibuat, maka itu adalah salah kerana membuat kekacauan di tempat awam, dan apabila ditahan oleh Polis. Pemimpin Pembangkang mengalih isu dengan menyalahkan Kerajaan terutamanya pihak polis yang menjalankan tanggunjawaban sebagai anggota keselamatan Negara.

Digambarkan seramai 500 orang walhal 35 biji motor dan 3kereta kelihatan. Mereka ini suka mengembar-gemburkan sehingga cuba menagih simpati rakyat untuk memenangi Pilihanraya.

Rakyat sudah mual dengan sikap provok dan raih simpati. Cubalah Nasharuddin ambil pendekatan baru membuat Transformasi didalam PAS supaya tidak mengikut lagak DAP yang semakin hari semakin menjadi membonekakan PAS.

No comments:

Post a Comment