Saturday, March 30, 2013

BONGKAR!ANWAR BAYAR MAHASISWA SURUH BUAT KECOH DI PUTRAJAYA?@TengkuAdnanReal @TanSriAseh @afk910 @amirjpm

Mahasiswa ProPembangkang nak buat hal satu Malaysia. Kononnya nak menunjukkan keras kepala dan tidak takut kepada sesiapa termasuk pihak berkuasa.

Tolong jangan bersikap biadap, hormati pemimpin negara dan beri kebebasan kepada Rakyat membuat pilihan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mungkin itu permintaan paling cocok dilontarkan kepada sekumpulan mahasiswa yang didakwa mahu mengadakan konvoi berbaur politik menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRU13 pada pagi esok.

Meskipun kerajaan membuat keputusan membenarkan mahasiwa berpolitik tetapi mereka perlu menyedari ia bukan satu `lesen; untuk mereka berkelakuan biadap terhadap mana-mana pemimpin di negara ini.

Difahamkan, kumpulan kecil mahasiswa terbabit mahu mengadakan Konvoi Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN dari Shah Alam, Selangor ke kediaman Perdana Menteri di Putrajaya bermula pukul 9 pagi.

Maklumat konvoi itu yang disebarkan melalui internet antara lain menyebut: "Mahasiswa mempunyai hadiah untuk diberikan sendiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini merupakan jelajah pertama Tolak untuk mengutip tandatangan dari seluruh Rakyat Malaysia yang mahu bersama menolak BN pada pilihan raya akan datang".

Konvoi itu akan mengadakan siri jelajah ke semua Negeri bermula 6 hingga 14 April ini.

Kita tengok berani sangat ker mereka ini?, ramai sangat ke pencacai-pencacai hingusan ni. Belajar pun tak habis nak bikin kecoh satu Negara? Yang paling HM hairan, dari mana dorang dapat sumber kewangan nak buat persiapan? Contoh macam tshirt, flyers, minyak motor dan lain-lain?

Dan aku tahu ni semua jenis mahasiswa yang jenis tak berapa bagus dalam pelajaran. Jenis cukup makan je ni. Orang tua-tua kata jenis "buat perabis boreh"

Dan Mereka pula belum kenal dan berjumpa dengan Pemuda BN Putrajaya yang terkenal membuat liputan menyeluruh sambil mengikuti pergerakkan mereka di Putrajaya,nantikan bersama.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment