Monday, March 25, 2013

GEMPAR! @Khalid_Ibrahim BUBAR DUN SELANGOR ESOK?

Lebih 30 wartawan dari pelbagai organisasi media termasuk media baru hari ini pulang tanpa membawa ole-ole ke markas masing-masing setelah tertipu dengan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selangor oleh Menteri Besar yang sentiasa kusut memikirkan tarikh pembubaran atas alasan banyak perkara yang dijanjikan pada pilihanraya 12 masih tidak selesai

Bahkan Abdul Khalid tidak hadir pada sidang akhbar di Bilik Media Tingkat 20 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang penuh sesak dengan wartawan yang menunggu sidang akhbar Mesyuarat Mingguan Majlis Kerajaan Negeri Selangor, biasanya diadakan pada Rabu.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata mesyuarat mingguan yang selalunya diadakan Rabu diadakan hari ini kerana Abdul Khalid perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan kadar segera.

Selain Wong, dua lagi exco yang hadir pada sidang akhbar yang bermula pukul 3.30 petang ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Dr Ahmad Yunus Hairi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali.

"Ini bukanlah mesyuarat exco terakhir kami. Beberapa mesyuarat lagi akan diadakan... urusan berjalan seperti biasa di Selangor, usah bimbang," kata Wong.

Wong juga berkata mesyuarat exco juga menyentuh tarikh pembubaran Dun di seluruh negara.

Ditanya mengapa Menteri Besar tidak hadir sidang akhbar hari ini, beliau berkata, pada hari ini Abdul Khalid lebih sibuk berbanding hari biasa.

Sebelum ini, Abdul Khalid berkata Dun Selangor akan dibubar bulan ini. Tempoh lima tahun Dun Selangor tamat 22 April.

HM dikhabarkan secara sinis suara-suara dibelakang bersama - sama wartawan,mungkin esok.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment