Wednesday, March 13, 2013

GEMPAR!BUKTI BILA BELIA MALAYSIA HARGAI @AnwarIbrahim



Ramai yang pada ketika ini melahirkan rasa marah dan benci kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung pendedahan yang dilakukan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters dan media-media Filipina berhubung wujud kemungkinan beliau dalam tragedi berdarah di Sabah.

Walaupun begitu, penulis berpendapat, ada kewajaran untuk memberikan sedikit penghargaan kepadanya kerana melakukan onar yang akhirnya memakan diri sesuai dengan maksud ayat al-quran ‘mereka hanya mampu merancang, namun perancangan Allah swt adalah yang terbaik’.

Sekiranya kita lihat kepada gerakan pakatan pembangkang selepas PRU12, nyata ia begitu hebat dan mantap dalam mengumpul simpati pengundi. Moral dan semangat mereka pada ketika itu begitu tinggi sehingga dilihat berjaya memberikan sedikit keyakinan kepada masyarakat, bahawa pakatan pembangkang mampu menawan Putrajaya dalam pilihanraya yang akan datang.

Ramai juga di kalangan pengundi-pengundi atas pagar, khususnya anak-anak muda mula menzahirkan sokongan secara terbuka dan diikuti dengan sebilangan artis dan pengiat seni yang bersama melakukan kempen dan ceramah atas di atas pentas pembangkang. Mereka seolah-olah merasakan pakatan pembangkang hampir pasti akan mengambil alih teraju pentadbiran Putrajaya sekaligus cita-cita untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri akan tercapai.

Namun kebelakangan ini, semua perancangan dan strategi yang dilakukan seperti telah kehilangan punca, kerana acapkali senjata yang mereka guna akhirnya mula memakan diri. Sebagai contoh mudah, sejurus selepas PRU12 sebanyak 16 pilihanraya kecil (PRK) telah diadakan, yang menyaksikan pakatan pembangkang berjaya memperolehi 8 kemenangan berturut-turut pada awalnya.

Namun selepas pelbagai program transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak rakyat kembali yakin dan memberikan sokongan kepada parti pemerintah. Bermula dengan PRK di Bagan Pinang, BN berjaya menyapu bersih semua 8 kerusi yang dipertandingkan selepas itu.

Lihat juga beberapa siri himpunan yang diadakan oleh pakatan pembangkang sebelum ini, sokongan tinggi yang pernah diberikan sebelum ini kembali susut sedikit demi sedikit. Contohnya himpunan Bersih 1 dan 2 memperlihatkan sokongan rakyat khususnya pengundi atas pagar agak tinggi. Namun apabila mereka mengadakan Bersih 3.0, jelas ia memakan diri apabila himpunan yang dikatakan aman itu bertukar menjadi ganas dan tidak dapat dikawal.

Signal yang diberikan oleh Anwar kepada Azmin Ali berakhir dengan rusuhan sehingga menyaksikan beberapa kenderan polis dirosakkan, diterbalikkan dan beberapa orang anggota polis, cedera dipukul perusuh. Insiden itu akhirnya berjaya membuka mata rakyat akan motif sebenar pembangang yang jelas memulakan provokasi. Menurut laporan yang diterima juga mengatakan, terdapatnya percubaan oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan revolusi Arab Spring seperti yang berlaku di Medan Tahrir berjaya dbawa ke Malaysia.

Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan perkembangan tersebut, Anwar sekali lagi menganjurkan himpunan yang kononnya dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rakyat’ di Stadium Merdeka. Namun dengan mengunakan pendekatan yang berbeza tanpa sebarang bentuk provokasi, keganasan, rusuhan dan sebagainya.

Tetapi malangnya, himpunan tersebut juga gagal mendapat sambutan rakyat seperti yang diadakan sebelumnya. Menurut analisa yang dilakukan, kegagalan tersebut berpunca atas beberapa faktor antaranya, rakyat telah mula merasa muak dan penat dengan pendekatan politik pembangkang. Dianggarkan sekitar 60-70 ribu orang sahaja yang berjaya dikumpulkan untuk memenuhi stadium Merdeka yang hanya mampu menampung sekitar 40 ribu dalam satu-satu masa.

Terbaru, insiden berdarah di Lahad Datu ini telah menyaksikan, sokongan yang tinggi diberikan oleh masyarakat kepada petugas keselamatan negara dan ketegasan kerajaan dalam menanggani isu ini. Kenyataan Tian Chua yang cuba untuk mempolitikkan isu ini juga menyebabkan kemaraan rakyat memuncak kerana dilihat tidak sensitif terhadap mangsa yang terkorban.

Walaupun mengunakan pelbagai pendekatan untuk menyalahkan Umno, namun pendedahan media-media antarabangs mengenai penglibatan pembangkang, tidak ubah seperti gerakan ‘check-mate’ buat Anwar. Ini kerana rakyat mula merasa seperti tertipu dan diperbodohkan dengan drama sandiwara yang telah dipertontonkan selama ini.

Semua peristiwa tadi, dilihat seolah-olah telah membuatkan rakyat membuka mata dan mengenali dengan lebih jelas ‘siapakah Anwar yang sebenarnya’?. Strategi makan tuan ini ternyata telah berada di luar kawalannya. Semua yang dirancangkan sebelum ini seolah tidak menjadi seperti yang di harapkan.

Kesimpulannya, wajarlah untuk kita mengucapkan ucapan terima kasih Anwar atas semua yang telah dilakukan. Ini kerana, semua pembohongan dan penipuan yang dilakukan telah terbongkar dengan sendirinya.

SUMBER: Zulkifli Rawi

No comments:

Post a Comment