Monday, March 18, 2013

#Lucu BELUM BERTANDING,HUSAM SEDIA KALAH DITANGAN @TengkuAdnanReal DI PUTRAJAYA


Naib Presiden PAS,Datuk Husam Musa telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi pencabar kepada YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya.

Husam berkata harapan Pas menawan Putrajaya sangat tipis dan hanya 40% pengundi yang boleh ditangani oleh PAS.

Husam juga menyatakan Putrajaya Kubu Kuat BN dan akui bahawa YB Tengku Adnan juga adalah orang kuat yang sukar dikalahkan, Selain itu juga pengundi disitu juga sentiasa bersama dengan pemimpin kerajaan melalui pelbagai bantuan dan pelan program transformasi kerajaan di putrajaya sangat berhasil,maka peluangnya agak tipis.

Beliau bersedia kalah diatas percalonannya bertanding kerana PAS Putrajaya ketandusan calon untuk kawasan putrajaya. Tiada calon tempatan yang mampu menjadi calon dan sehinggakan 3kali perjumpaan dengan PAS Putrajaya yang inginkan beliau bertanding di Kawasan Putrajaya.

Tetapi lagaknya Husam ingin membuktikan sejarah bahawa ingin menawan dan merampas sesebuah pentabdiran kota putrajaya.

Angan-angan mat jenin husam ini hanyalah sandiwara dan ingin meningkatkan popularitinya sendiri didalam PAS dan juga menidakkan DAP dan PKR untuk merebut kerusi Pembangkang di dalam Putrajaya bagi Pilihanraya umum 13. Tetapi yang lucunya,pabila ditanya oleh sinar harian,beliau masih lagi tiada strategi utama yang ingin digunakan bagi menarik pengundi di Parlimen putrajaya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment