Sunday, March 10, 2013

MEMBONGKAR FITNAH PABILA NGEH KOO HAM DISAMAN @NajibRazak

Semalam Jelajah Merdeka Rakyat sudah tiba di Lumut dan berkonsepkan hanya ceramah. Kehadiran dipercayai sanggup berbuah -buah diimport dari Penang dan kedah untuk memenuhi ruang-ruang kosong di ceramah malam semalam sehingga tidak mencapai 800orang

Ceramah juga dihadiri oleh beberapa Pemimpin pembangkang terutamanya orang yang dalang dalam menghilangkan Sabah iaitu Anwar Ibrahim.Agenda mereka yang membuat isu Lahad Datu sebagai 'frontpage' dalam media Perdana berpanjangan tidak menjadi apabila Kerajaan Barisan Nasional dapat mematahkan penceroboh dengan masa yang begitu singkat dengan bantuan Anggota Keselamatan Negara. Akhirnya,isu perdana akan beralih kepada jelajah mereka ini dengan menangkis isu-isu lapuk yang dicungkil kembali bagi modak kempen Pakatan

Dalam pada itu,dapat kelihatan pengerusi DAP yang tersangkut isu pembelian tanah di Gua Musang membongkar isu lama mengaitkan kematian Altantunya dan Persana Menteri walaupun tiada bukti yang disahkan secara penyiasatan yang dibuat.

Sudah tibanya masanya pembangkang perlu diajar sebaik mungkin, tiada gunanya selalu menggunakan pendekatan bertahan dari Kerajaan Barisan nasional,perlunya pendekatan offensif daripada Kerajaan terutamanya Datuk Seri Najib menyaman Pengerusi DAP perak kerana acapkali kenyataan dari Kerajaan atau Pro kerajaan diambil tindakan dengan menyaman.

"U ulang,i saman u"

Anwar Ibrahim adalah salah satu sehingga Trademark beliau di atas sering kedengaran saban hari. Anwar dan pembangkang yang lain sudah gusar kerana lansung tidak berani menghentam isu Lahad Datu lagi apabila Saranan Perdana Menteri kepada Barisan Nasional dan Umno menyaman mereka yang mengaitkan isu lahad datu dengan UMNO/BN.

Saranan Perdana Menteri sudah membuatkan mereka menukar kenyataan
dan pendirian mereka. Tidak semena-mena kenyataan mereka tiada kelihatan lansung dan membuka isu lapuk Altantuya.

HM mencadangkan bahawa kepada Perdana Menteri menyaman mereka yang mengaitkan isu altantunya dengan segera supaya pengajaran buat mereka yang sewenang-wenang memutarbelitkan kenyataan dan fakta yang segera.

Ngeh Koo Ham perlu diambil tindakan yang agresif kerana penyebaran fitnah kepada orang awam dengan niat merosakkan maruah Perdana Menteri hanya mengutip dan meraih undi rakyat.

Dan apa yang menampakkan bahawa pakatan pembangkang seakan akan terlibat dalam insiden di Lahad Datu ialah, mereka langsung tidak menyebut akan perkara tersebut seolah olah mereka tidak tahu langsung terdapat kejadian pertumpahan darah disana.

Jelas pembangkang langsung tidak menghiraukan apa yang berlaku didalam negara dan tugas mereka hanya berpolitik sepanjang masa hinggakan semua perkara yang terjadi dijadikan bahan politi mereka dan sekiranya mereka ini yang dipilih untuk menjadi pemerintah, maka negara ini akan terus berada ditahap yang ada sekarang dan jika silap percaturan maka satu musibah besar akan terjadi sekiranya ekonomi negara ini semakin merosot akibat dari ketidak prihatinan mereka ini.

Fikir-Fikirkanlah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment