Saturday, March 23, 2013

PELANCARAN GELOMBANG BIRU KUASAI PASIR SALAK @azwanbro @tajuddinrahman

Pada hari ini, Perlancaran Jentera Pilihanraya 13 Barisan Nasional Parlimen Pasir Salak. Program ini akan dirasmikan oleh Dato Haji Tajuddin Bin Abd Rahman,Pengerusi merangkap Pengarah Pilihanraya BN Pasir Salak.

Program ini adalah himpunan kesemua Jentera yang terbesar di Parlimen ini,seramai 50,000 orang hadir.

Kelihatan urusetia dari peringkat Veteran,Wanita,Pemuda,puteri Parlimen Pasir Salak bertungkus lumus bergotong royong memastikan program ini berjalan lancar sejak dari petang lagi. Pada kali ini dilihat kelihatan kesemua bahagian di bawah parlimen Pasir Salak bersatu hati dibawah satu bumbung jentera memastikan Kemenangan Barisan Nasional yang terbesar pada kali ini.

Dimulakan dengan lagu patriotik Perajurit,Negaraku,Barisan Nasional,1Malaysia bagi menaikkan semangat jatidiri kesemua jentera Barisan Nasional.

Ucapan Dato Tajuddin memulakan ucapan dengan mengeluarkan kesemua bantuan Kerajaan dari segi kemudahan asas,Pertanian,Pendidikan,Ekonomi untuk rakyat.

"Apa yang mereka(pembangkang) beri sumbangan kepada rakyat?Ingat tuan-tuan dan puan -puan, ini adalah perkara yang menzalimi rakyat kepada pemimpin,kenapa mereka menjatuhkan pemimpin yang berjaya membawa mandat dan berjaya membela hak rakyat."

"Mereka mahu mendapatkan putrajaya,tetapi rakyat memberikan mandat di kelantan, apa sudah jadi disana,lansung tiada bantuan membela rakyat sekian lama?kita kena fikirkan"

"Atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,Ekonomi semakin kukuh,dan cukai yang dikutip oleh kerajaan,diberikan kembali kepada rakyat"

"Pembangkang hanya ingin menjatuhkan Barisan Nasional sahaja, bukan untuk membela rakyat.kita lihat di Iraq,bertahun-tahun pergaduhan sehingga tiada pembangunan ekonomi dan sosial,Juga di Afganistan yang mempunyai kerajaan yang lemah,rakyat bergaduh satu sama lain menyebabkan tersungkur didalam membangunkan Negara"

Beliau juga menyatakan pelbagai bantuan Kerajaan seperti BR1M dan bantuan univerisiti,dan sekolah juga mendapat bantuan. Maka,sampaikan kepada sanak saudara bahawa hanya Barisan Nasional sahajalah yang mampu menjaga rakyat.

Beliau juga memberitahu di sungai manik ini juga banyak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa disedari,bantuan baja,bantuan racun diberikan sehingga bertan-tan hasil sawah padi oleh petani-petani di sini.

Pada kali ini,kelihatan parti-parti komponen di seluruh Parlimen Pasir Salak juga hadir bersama-sama menyatakan sokongan penuh Barisan Nasional di Parlimen ini.

HM dapat rasakan ketakutan dalam bayangan kelihatan di dalam hati penyokong-penyokong pembangkang apabila gelombang biru menguasai seluruh kawasan parlimen ini,

HM menjangkakan bahawa pada kali ini dengan himpunan yang kehadiran paling besar di Labu Kubong, Gelombang Biru menguasai Parlimen Pasir Salak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment