Sunday, March 3, 2013

TAHAP KEBIADAPAN TIAN CHUA PERLU DIHUKUM OLEH RAKYAT



Dengan mengatakan bahawa para perajurit yang gugur di medan pertempuran di Sabah sebagai mati katak sudah pasti akan membawa pada dan ianya akan diberi balasan yang seadil adilnya nanti.

Tian Chua, ahli parlimen Batu telah mengeluarkan kenyataan tersebut tanpa memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia yang meratapi pemergian perajurit yang gagah berani di medan pertempuran di Sabah.

Tian Chua perlu ingat bahawa pilihanraya sudah hampir tiba, dan rakyat sudah pasti akan memberi balasa kepada beliau. Kebiadapan ini bukan kali pertama berlaku dan Tian Chua acapkali se-olah olah memperlekehkan orang orang Melayu.

HM berani mengatakan beliau memperlekeh orang Melayu kerana anggota yang terkorban itu bukan dikalangan orang cina. Jika kejadian tersebut melibatkan kaum cina sudah pasti beliau akan mendendangkan irama yang lain pula iaitu menempelak kerajaan Barisan Nasional dengan mengatakan bahawa semua kejadian tersebut berpunca daripada kerajaan.

Namun apabila yang menemui ajal itu bukan dari kalangan orang bukan Melayu tambahan pula mereka ialah anggota keselamatan yang menjadi dendam kepada Tian Chua makan pelbagai tohmahan dilepmparkan terhadap mereka dengan menampakkan pengorbanan mereka itu seolah olah tiada erti langsung dalam mempertahankan negara.

Adakah ini pemimpin yang hendak disokong oleh mereka (melayu)?

Mungkin kali ini rakyat sudah dapat melihat siapa pembangkang, dengan tidak langsung mengucapkan takziah dan langsung tiada merasa belas kasihan mahupun berterima kasih jelas menunjukkan bahawa pembangkang pada hari ini hanya memikirkan politik semata mata dan ianya hanyalah untuk nafsu.

Jika Tian Chua masih juga menang sebagai ahli parlimen tidak kiralah dimana beliau bertanding pada masa akan datang, Sangkakala rasa lebih baik yang memberikan undi kepada beliau letak status diri sebagai bukan manusia, kerana jika manusia sudah pasti akan ada perasaan dan naluri sebagai seorang insan.

SUMBER: TIAN CHUA

No comments:

Post a Comment