Tuesday, April 30, 2013

JANGAN PERKECIL-KECILKAN ISU AGAMA DAN BANGSA - PROF SIDEK BABA




"Isu-isu agama dan bangsa tidak boleh diperkecil-kecilkan, ia perlu diuruskan dengan sensitif dan berhati-hati"

AKHIRNYA! ORANG PAS SENDIRI BONGKAR RAHSIA PAS

      Ustaz Kazim Elias menceritakan tentang pelbagai macam indoktrinasi PAS mengelabui para ahli dan penyokong parti itu sehingga tidak tahu membezakan di antara yang hak dengan yang batil didalam kehidupan mereka di Malaysia ini! Ada pelbagai kisah menarik dan melucukan didalam sesi ini. Bab ahli PAS memegang batu nesan mengarahkan Malaikat Munkar dan Naqir supaya jangan dok bertanya sangat dengan simati yang se parti dengan mereka! :P Dan macam macam lagi. Tonton dan kongsi dengan rangkaian media sosial anda! Semua ini dari mulut Ustaz Kazim Elias sendiri yang menerima pelbagai ancaman dan ugutan bunuh dari ahli PAS lain yang menuduh nya sebagai 'Hanjing UMNO!' dan sebagainya! 

BETUL KE BOHONG! @datoacmizal PANGGIL @hajihusammusa DAN @syedazidi UNTUK BUKTI SIAPA MENIPU!!!?



Maka, ada dikalangan Blogger HM mencadangkan bahawa Dato AC Mizal Perlu memanggil Husam dan Syed Azidi untuk memasuki rancangan yang top rank di Astro bagi penonton dapat bersama - sama melihat Husam di "KAREN" ikut cabarannya di link dibawah:

BETUL KE BOHONG!! "KLIK DISINI"






Husam kantoi bila menipu tentang pemecatan AJK Surau oleh JAWI . 

Di dalam kes saman pertama Husam sudah tiga kali tidak hadir memberi keterangan sehinggakan kes terus tertangguh. Husam dijadualkan memberi keterangan selaku plaintif pada 19 Disember 2012 tetapi tidak hadir ke mahkamah dan pihaknya meminta kes ditangguhkan. Apabila kes disambung bicara pada 28 Februari 2012, Husam sekali lagi memohon kes ditangguhkan. Apabila kes sambung bicara pada 4 Mac 2013, Husam sekali lagi tidak hadir mengakibatkan kes ditangguh lagi ke 2 Mei 2013. Malangnya niat menyaksikan Husam naik beri keterangan dan disoal balas oleh peguam saya sebelum PRU ke 13 tidak tercapai apabila Husam sekali lagi memohon menangguhkan kes yang patut dibicarakan 3 hari sebelum hari mengundi. - Kickdafella
baca seterusnya di blog kickdafella -
http://kickdefella.net/2013/04/30/pengundi-putrajaya-tolaklah-pengamal-politik-kura-kura/


Hairan - kenapa Husam Musa takut untuk ke mahkamah dan asyik minta penangguhan? 

Tak pelik kah pengundi Putrajaya bila Husam tidak berani melakukan perkara-perkara berikut?

1. Dialog tentang janji-janji isu-isu berkaitan dirinya di dalam buku Kenali Siapa Husam 

2. membuat ujian poligraf bersama-sama dengan Kickdafella untuk membuktikan kedua-duanya  tidak berbohong dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya

3. membuat satu lagi laporan polis supaya polis boleh menyiasat kebenaran kandungan buku Kenali Siapa Husam

4. Terkini - rupanya Husam juga takut ke Mahkamah

Ini merupakan text yang diterima dari Kickdafella mengenai tindakan Husam `melarikan diri' dari menghadiri perbicaraan di mahkamah

Husam saman saja pandai tapi pergi mahkamah tak jugak. Husam saman saya dua kali, saman pertama patut bicara pada 18-19/12/2012 tapi bila hari bicara husam balik Kelantan dan mintak tangguh kes. Mahkamah tetapkan bicara 28/2-1/3/2013. Dua hari sebelum bicara Husam mohon tangguh kes. Mahkamah tetapkan bicara 4-8/3/2013 Husam bagi MC dan mintak tangguh lagi. Mahkamah tetapkan 2-3/5/2013. Skrg Husam tangguh lagi. Saman lama asyik tangguh sekarang saman baru pulak. Husam dan rakyat Malaysia tak perlu risau sbb saya akan komited utk lawan saman kedua ini seperti saman pertama dulu. Cuma mohon bantuan penduduk Putrajaya dan semua rakyat Malaysia supaya nasihat Husam jangan sekadar berani saman tetapi beranilah juga berdepan dengan peguam saya untuk disoal balas ketika beliau di dalam sumpah di Mahkamah. Jangan duduk asyik mengelak. Dua hari lepas mahkamah meminta saya failkan pembelaan saya sebelum 22/5/2013. Tidak ada masalah. Sebelum 22/5/2013 pembelaan saya akan difailkan. Syed Azidi / Kickdefella. 30/4/2013


Apakah yang hendak Husam sembunyikan dengan menghindari perbicaraan di mahkamah, dialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Adakah 10 perkara ini?














Monday, April 29, 2013

FITNAH 'TEORI' @AnwarIbrahim BARU DIBONGKAR DI PENANG @TengkuAdnanReal

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil dengan 'teori' terbaharu iaitu kononnya akan berlaku gejala pembelian undi secara besar-besaran menjelang 5 Mei ini.

Anwar yang menyedari partinya semakin ditolak rakyat dan mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, beliau mendapat maklumat berbilion ringgit akan digunakan untuk membeli undi. Dengan jenteranya pada kali ini 99 kerusi di Parlimen dan 172 Kerusi di DUN adalah lansung tiada menampakkan strategi yang tersusun dengan ada sesetengah tempat menampilkan calon yang kalah pada PRU12. Teori baru pada kali ini,tepat pada masanya kerana tiada cara lain untuk meraih simpati rakyat dengan menampakkan 'teori' yang menunding jari terhadap adanya kelemahan SPR sedangkan teorinya adalah fitnah semata-mata. Tanpa siasatan dan bukti yang kukuh, Anwar Ibrahim cuba ingin menyelamatkan diri apabila gusarnya kalah di Permatang Pauh dengan calon 'winnible candidate' Barisan Nasional yang selalu mendampingi rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kolej Han Chiang di sini malam tadi. Jangkaan teori mengejut ini bukanlah suatu kehairanan bagi Anwar Ibrahim yang suka mengunakan Idea-Idea menfitnah Kerajaan terutamanya SPR di dalam menjalankan tugas supaya meraih simpati rakyat terhadap pembangkang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@faizal_tahir NAIK ANGIN BILA @NormanKRU TEGUR PAS TIADA PRINSIP #1Malaysia #TolakPR

Memang lah rezeki tu di tangan Tuhan, tapi kalau tak usaha untuk dapatkan rezeki tu, sembang macam mana pun tak guna beb.. Itulah yang dimaksudkan oleh Norman KRU dalam Tweet dia.. Takkan benda kecik macam ni pun Faizal Tahir tak boleh nak faham?

Puak-puak Pas kata sebelum ni nak "Islam" kan dunia hiburan melalui ideologi politik dorang.., tapi masalahnya.., dalam jubah Pas sendiri tu pun hancing baunya beb..Cuba korang tengok betapa hipokritnya pemimpin atasan Pas.., mengata orang bagai nak rak.., tapi akhirnya sendiri KANTOI ada video seks terlampau dengan wanita bukan muhrim.

Pas kononnya nak bawak artis berhijrah dengan join pentas ceramah dorang, akhirnya artis tak laku macam Abby serta Aishah dijadikan penceramah maki hamun pemimpin Islam lain diatas medium Pas.

So macam mana Pas nak makmurkan industri perfileman dan dunia muzik Malaysia kalau dalam parti dorang sendiri caca marba serta penuh dengan kepura-puraan?

HM tak nafi rezeki di tangan Tuhan, tapi kalau sesuatu urusan tu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran yang bakal datang.

Itu bukan HM cakap yee, itu hadis sahih tauu. Tak percaya cuba tanya si Faizal Tahir. Dia kan pandai agama. Hihihihi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS PUSAT HALANG @hajihusammusa BERDEBAT DENGAN @syedazidi ,APA SUDAH JADI? @tunfaisal @TengkuAdnanReal

CABARAN KICKDAFELLA TERHADAP HUSAM

1. Dialog tentang janji-janji isu-isu berkaitan Husam di dalam buku Kenali Siapa Husam 

2. Buat ujian poligraf untuk membuktikan Husam tidak berbohong dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya

3. Buat satu lagi laporan polis supaya polis boleh menyiasat kebenaran kandungan buku Kenali Siapa Husam


MASA DEBAT dan UJIAN POLIGRAF

HARI     : KHAMIS, 2 MEI 2013

MASA   : JAM 5.00 PETANG

TEMPAT : MASJID PUTRA, PUTRAJAYA (TENTATIF)


Selepas cabaran oleh Kickdafella dibuat, ramai penyokong-penyokong Pas yang berusaha untuk menghalang dialog Husam - Kickdafella dan menghalang Husam daripada melakukan ujian poligraf.

Sedangkan di pihak Kickdafellah sendiri, dalam siri ceramah kelompok di Putrajaya, TANPA PERASAAN TAKUT menyatakan bahawa beliau juga tidak ada masalah untuk membuat ujian poligraf untuk membuktikan siapakah yang bercakap benar - Husam atau dirinya.

Kemusykilan saya, kenapa penyokong Pas begitu takut untuk membenarkan Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri kelantan ini untuk berdialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Apakah yang hendak mereka sembunyikan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMBONGKARAN SIAPA #Husam4Putrajaya DIBONGKAR Oleh @syedazidi DI PUTRAJAYA @TengkuAdnan @TanSriAseh

[VIDEO] : Pendedahan Penipuan #Husam4Putrajaya Oleh Kickdefella, @SyedAzidi Cabar Husam! #Putrajaya #TolakHusam #VoteBNerandi Husam Musa.





Rakaman khas pendedahan penipuan Husam Musa oleh blogger yang juga orang rapat Husam Musa di Putrajaya menceritakan secara terperinci modus operandi Husam Musa. Syed Azidi juga membongkarkan pergerakkan propaganda Husam Musa.Selain itu juga, Projek Lebuhraya Rakyat yang sebaliknya menarah Balak, Lembah Sireh menjadi projek Gajah Putih, Koridor Depu hanya tinggal tanah tetapi balaknya juga ditarah, Projek Stadium tertutup bernilai 320juta yang terbengkalai dan lain-lain.





Selain itu Syed Azidi atau Kickdefella turut mencabar Husam Musa untuk berdebat dengannya bagi membuktikan kebenaran kepada penduduk di Putrajaya.

Ini dah kali ke berapa Syed Azidi cabar Husam, tapi sehingga kini satu cabaran tidak disahut oleh Dato Husam.

Rakyat Kelantan dah terkena, orang Putrajaya mudah percaya jelmaan penasihat 25%.

sumber:yy

Sunday, April 28, 2013

BONGKAR!SATU PER SATU KPI @hajihusammusa DIPERTIKAI

      


Kepala hotak tuan memang bijak...

Semua projek yang tuan janjikan untuk rakyat Kelantan satu pun tak jalan...

Tuan nak ubah taraf hidup penduduk Putrajaya macam mana jika taraf hidup rakyat Kelantan pun masih di takuk lama...

Hahaha...

Jenguk-jenguklah Salor tu datok!

@TengkuAdnanReal BERSAMA PROGRAM RAKYAT DI PUTRAJAYA



Jam 3.30 tengahari hari ini Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah hadir ke Pusat Daerah Mengundi Presint 9 untuk bersama komuniti di sini.


Penyertaan oleh komuniti adalah sangat baik, pelbagai aktiviti telahpun diatur antaranya pertandingan mewarna bersama kanak-kanak.



Program yang turut disertai oleh MCA Putrajaya ini mendapat sambutan yang sangat baik. Daripada respon yang diterima terutamanya pengundi cina Putrajaya menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bagi kepada Datuk Seri Tengku Adnan.

Datuk Seri Tengku Adnan dalam temuramah bersama wartawan telah memberi penegasan kepada lawan beliau Husam Musa supaya menghentikan penipuan dan menabur janji palsu kepada rakyat di Putrajaya.

SATU UNDI UNTUK PAKATAN
SATU UNDI KEPADA PERPECAHAN.

PEMBANTU AM RENDAH JPNIN BONGKAR RAHSIA KERAJAAN DI PUTRAJAYA!!? @TengkuAdnanReal @AliHamsa55 @NajibRazak



Pemuda Putrajaya yang kononnya baru memasuki PAS berlakon mengisi borang baru menyokong PAS adalah provokasi sebab memang sudah diketahui bahawa profail yang bernama Noor Azmi Md Noor dari dahulu sudah menyokong PAS. Noor Azmi masih lagi tidak berani mengeluarkan statement atau bergerak secara berleluasa sebelum ini kerana dia tahu bahawa dia pekerja Kerajaan.


HM telah mengenal pasti dia ini melalui Facebook. Pergerakkan azmi telah diketahui melalui program BERSIH Pertama lagi. tetapi berkurang menentang melalui Facebook selepas BERSIH2 dan 3.takut dijejaki oleh pegawai-pegawai JPNIN Putrajaya Apabila PRU 13  semakin dekat, Azmi mula aktif kembali bagi menentang Dasar Kerajaan Barisan Nasional. Azmi lupa bahawa rumah kuarters yang didudukinya adalah Kuarters Kerajaan yang dicadangkan oleh Barisan Nasional. 

                                                           Maklumat Noor Azmi melalui Website JPNIN


Tidak mengapa, kita biarkan si luncai ini membuat kerja provokasi ini tetapi HM tidak akan memberikan pencacai yang dibeli oleh Husam Musa ini berada di Putrajaya kerana menyokong Husam Musa yang suka menipu dan menabur  janji untuk kepentingan dirinya. 



 Lagi Bukti Noor Azmi Md Noor bahawa dia adalah Pembantu AM JPNIN Putrajaya


Sektor awam terutamanya pegawai JPNIN perlu berjaga-jaga dengan Azmi ini sebab dialah akan menjadi perancang membocorkan maklumat rahsia kerajaan walaupun telah menandatangani akujanji sebagai pekerja Kerajaan.  Maklumat Azmi akan dibongkar lagi. tunggu dan lihat


Friday, April 26, 2013

CERAMAH PRESIDEN CUEPACS TARIK PENJAWAT AWAM SOKONG BN BONGKAR PENIPUAN PR DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal

Ceramah isu-isu semasa di Fasa 4b,Presint 8,Putrajaya bersama Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs juga memberikan penjelasan kepada pekerja-pekerja awam di Cawangan Dahlia dan Bakawali dipengerusikan oleh Ketua Penerangan Barisan Nasional Putrajaya, Tuan Haji Roslan Abu Hanif. Seramai 120orang bersama-sama mendengar ucapan Presiden CUEPACS.

Penjelasan apa yang dikupaskan dari wakil Barisan Nasional Dr.Ammar, Ketua Pemuda UMNO Perlis, Kupasan Dr. Ammar mengenai sumbangan-sumbangan dan penghargaan sektor awam terhadap pembangunan negara. Polisi dan dasar kerajaan yang membantu Negara menjadi kuat dan stabil. Barisan Nasional menyusun dan menguruskan tadbir kerajaan sehingga pelbagai kemudahan pekerja awam dapat. Sektor awam perlu bersyukur bahawa dengan pelbagai kemudahan disebabkan oleh Kerajaan yang kuat dan stabil disamping berpengalaman 55tahun.

Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS juga bersama-sama untuk memastikan kemenangan BN di putrajaya.Datuk Nakhaie berkata Lim Kit Siang tuduh kita nepotisme, tetapi Lim Kit Siang melantik anak Lim Guan eng, sama seperti Anwar Ibrahim melantik anak di lembah Pantai jadi calon. Adakah tiada calon lain di Lembah pantai. Isu fatwa juga dibongkar oleh datuk Nakhaie,petua politik mereka bukan fatwa ilmu. Diingatkan mufti-mufti kita sebelum mengeluarkan fatwa akan membuat penyelidikan sebelum mesyuarat memutuskan sesuatu fatwa berbanding fatwa politik yang banyak dikeluarkan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Seperti Nama Nabi 'muhammad' tetapi merompak. Adakah kita boleh mengatakan nama orang yang sama dengan nabi sama seperti nabi? Tidak. Maka samalah seperti PAS, Parti mengunakan nama Islam,tetapi mengkafirkan sesama Islam, mengakfirkan orang pergi sembahyang Haji,adakah itu melambangkan sunnah Nabi Muhammad seperti yang ulama-ulama Pas nyatakan dalam membantu perjuangan Islam?apalagi memperlekehkan Nabi Muhammad sama seperti mat kampung sebelum menjadi nabi. Itu menghina Rasulullah kerana Rasulullah telah dilindungi sejak dari perut ibunya.

Didalam mempertahankan ucapan-ucapan pemuda Pas mencarut,Nik Aziz mempertahankan dengan Allah juga mencarut dalam Al Quran. Diharapkan bahawa jangan silap dalam memilih kerajaan,janganlah disebabkan sedikit tercalar membinasakan harapan-harapan Generasi Muda.


Datuk Omar, Presiden CUEPACS telah menyeru kepada semua penjawat awam supaya menilai kesemua perjumpaan pihak CUEPACS dengan pihak kerajaan telah dipertimbangan oleh pihak kerajaan dan kita telah berjaya membela hak penjawat awam dengan prestasi bersama Transformasi yang dijalankan.pada 2mei2013 juga ada perbincangan untuk memastikan kemudahan pejawat awam akan dipertimbangkan. Penilaian perlu dibuat sebaik mungkin dan kita percaya bahawa Barisan Nasional tetap mampu berjaya mengurus tadbir Negara ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@hajihusammusa @Pemuda_PAS SIMBAH CAT DI KERETA KETUA PENERANGAN PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal @TanSriAseh

Lagi fanatik Husam akan diberkas polis, apabila mengecat dengan mengunakan 'spray' ke arah plat kereta Ketua Penerangan Barisan Nasional Bahagian Putrajaya,Tuan Haji Roslan Bin Abu Hanif.

Betapa kesalnya dikhabarkan bapanya yang fanatik PAS di kawasan presint 8, sanggup menyusun dibawah umur 18tahun untuk membuat perkara yang tidak senonoh itu. Penduduk disitu dikhabarkan menangkap budak yang membuat tindakan itu berdasarkan bukti-bukti tin spray yang dibawa oleh budak tersebut. Apabila disoalsiasat oleh penduduk presint 8, budak itu mengaku bahawa diarahkan oleh bapanya.

Alangkah buruknya sikap bapanya yang fanatik PAS,sudahlah pemimpinnya memfitnah pihak perbadanan putrajaya dan gagal mentadbir dan menunaikan janji di salok,Kelantan,pengikutnya pula buat onar menyusahkan dan merosakkan hak orang lain.

Adakah ini pemimpin dan pengikut yang perlu dicontohi oleh kita?Adakah sikap ketidak bertamadun oleh PAS putrajaya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TERBONGKAR!!DALANG LETUPAN NIBONG TEBAL


Kejadian letupan bom di Nibong Tebal & Sekinchan bukti permainan kotor pembangkang


Pembangkang sudah mula sedar mereka tidak mungkin mampu untuk memenangi pilihan raya kali ini. Oleh sebab itu mereka kini sedang rancak merancang untuk menimbulkan suasana tegang sebaiknya sahaja mereka diumumkan tewas.

Dengan hari mengundi yang akan berlangsung tidak lama lagi, pembangkang kini giat mencipta momentum untuk mencetuskan huru-hara. Bukan sahaja mereka secara konsisten sekarang ini menyerang SPR yang didakwa mereka tidak bersih, malah mereka sudah bertindak lebih agresif lagi.

Dua kejadian pusat kempen BN yang disabotaj dengan letupan bom buatan sendiri amat membimbangkan kerana penyokong-penyokong pembangkang mula bertindak ganas di luar batasan demokrasi.


Tindakan mereka yang sudah mula menggunakan keganasan menunjukkan mereka telah mengaku kalah sebelum bertanding. Mereka menggunakan sentimen untuk menakut-nakutkan rakyat kerana mereka kini sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada pengundi.

Pembangkang telah menaja kumpulan pengganas politik di negara ini dengan membuat provokasi dan menimbulkan huru-hara. Provokasi ini dijangka akan terus berlarutan sehingga pilihan raya dan SPR akan dijadikan kambing hitam untuk meyakinkan rakyat mereka telah ditipu.

Bayangkan apa yang mereka mampu lakukan sekiranya keputusan PRU13 kali ini tidak memihak kepada mereka. Keamanan negara akan tergugat sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan.

Tindakan pembangkang menuduh letupan-letupan bom ini sebagai sandiwara BN sama seperti tindakan mereka menuduh tragedi pencerobohan Lahad Datu sebagai konspirasi BN & UMNO.

Sikap taksub & buta hati yang ditunjukkan oleh penyokong pembangkang bakal memusnahkan negara ini sekiranya Pakatan berjaya ke putrajaya.

@n_izzah KECOH DI LEMBAH PANTAI RAKYAT SUDAH MULA TOLAK!!



Nampaknya dinasti Anwar Ibrahim semakin menghampiri kejatuhannya.
Amat sedih sekali di malam sebelum hari penamaan calon, Anwar Ibrahim terpaksa menayangkan video lucah kepada penyokong-penyokongnya yang berkopiah.


Dalam masa yang sama calon BN yang menjadi lawan Anwar di Permatang Pauh memimpin majlis agama.



Mengapa terdesaknya Anwar Ibrahim? Mengapa Anwar Ibrahim tidak mengambil langkah yang lebih rasional sama ada membuat laporan polis atau bersumpah laknat?



JAWI BONGKAR FITNAH @hajihusammusa !! MAKIN RAMAI AJK SURAU TOLAK HUSAM @TengkuAdnanReal


Aduhai! Semakin lama semakin banyak penipuan yang dibuat oleh Husam Musa, calon orang luar PAS yang bertandig di Putrajaya. Begitu terdesak setelah melihat pengundi Putrajaya tidak mengambil minat terhdap dirinya maka dia timbulkan beberapa penipuan berbentuk fitnah untuk meraih simpati.


Semua in iterjadi selepas di membisu untuk menjawab isu salah baca klik--> Husam Kantoi Salah Baca Ayat Al-Quran

Katanya Kerajaan Barisan Nasional Zalim sebab pecat AJK Surau Abd Rahman Auf di Presint 11 telah berlaku :



Dan sejurus selepas itu pihak JAWI telah memberi maklumbalas :

MAKLUM BALAS JAWI MENGENAI ISU PEMECATAN AJK SURAU ABD RAHMAN AUF, PRESINT 11 MELALUI FACEBOOK , P -125, PUTRAJAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Pertama sekali pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung isu yang tersebut di atas.

2. Justeru,pihak JAWI telah terpanggil untuk menjernihkan keadaan agar ianya tidak menjadi bahan fitnah terhadap kredibiliti dan integriti JAWI dalam pengurusan hal ehwal Islam dan umatnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berikut Kronologi isu pemecatan AJK Surau Abd Rahman Auf, Presint 11 melalui Facebook , p -125, Putrajaya

1. 23 April 2013(Selasa) - Unit Pengurusan Kariah, JAWI Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik. Salah sebuah surau yang dihubungi adalah Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11,Putrajaya. Pengerusi surau telah memaklumkan bahawa Dato’ Husam Musa telah hadir ke Surau tersebut pada 20 April 2013(Sabtu) dan beliau menunaikan Solat Isya’ berjemaah di situ. Kehadiran Datuk Husam tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau. Setelah selesai Solat Isya’, Datuk Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5 -10 minit berkenaan kisah Nabi Yusuf.

2. Pada 24 April 2013(Rabu) - AJK Surau Abdul Rahman Auf telah diminta untuk berjumpa dengan YBhg Datuk Pengarah JAWI di pejabat Aras 11, Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Unit Kariah dan Unit Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya. Manakala AJK Surau Abd Rahman Auf diwakili oleh Encik Wan Nazeri, Pengerusi Surau dan Encik Zaharman, Bendahari Surau. Sewaktu ditanya berhubung kejadian tersebut, pengerusi memaklumkan bahawa beliau tiada di surau pada waktu itu , walaubagaimanapun beliau tidak dapat mengenalpasti siapa jawatankuasa lain dan imam yang ada bersama pada masa tersebut tetapi beliau mendapat maklumat bahawa selepas menunaikan Solat Isya’ berjemaah. Dato Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5-10 minit berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf.

3. Isu pemecatan SERTA MERTA AJK Surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa di facebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013(Khamis) adalah TIDAK BENAR. Surau Abdul Rahman Auf merupakan surau biasa , bukan Surau Jumaat. Pelantikan AJK surau tidak melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Walaubagaiamanpun, semua surau sama ada surau biasa, Surau Jumaat dan Masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling Masjid/Surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik. 

Ini merupakan satu penipuan yang melampau daripada Husam. Kita tunggu dia nak jawab apa nanti. Husam suka sangat saman orang kan? Tunggu dia disaman pula kali ni. Ini yang dia tipu di Putrajaya.

Di Kelantan juga dia dah tipu, pengundi Putrajaya jangan jadi mangsa pula!



@hajihusammusa FITNAH AJK SURAU PULAK DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal


Lagi Penipuan Husam Musa menyatakan bahawa Surau tiada di azan sewaktu subuh, walhal pengikut PAS Putrajaya sebahyang tepi jalan, bagaimana nak mengimarah surau jika sembahyang pun ditepi jalan. Bila PRU tahu pulak puak-puak ini cari undi di Surau, siap berkempen tanpa segan silu. 


Apa nak jadi la Husam Musa ini:- 

Sebelum ini Keris dah beritahu tentang penipuan #HusamPenipu yang kata AJK Surau Abd Rahman Auf di [SINI]

Berikut adalah penipuan susulan oleh Husam di page Facebook dia :




Difitnah pula kata tiada kedengaran bunyi azan subuh disitu, Subhanallah. Inilah kenyataan yang dibuat tanpa memikirkan kesan. Sudahlah fitnah dan menipu. Kenyataan itu terang-terang boleh memecahbelahkan hubungan sesama Islam di Putrajaya.

Berkaitan penipuan tersebut telah dimaklumkan oleh Peg Perhubungan Awam (Kanan) melalui Facebook :



Selama ini tiada masalah pun jika orang PAS dan orang BN duduk semeja. Tapi kerana fitnah dan penipuan ini, sudah berlaku salahfaham. Nampak tak yang Husam ni datang Putrajaya bukan untuk menyatukan ummah tetapi memecahbelah ummah di Putrajaya.

Inilah jadinya apabila Lanun yang suka menyamun daripada Kelantan datang cuba memecahbelahkan orang Putrajaya.

@hajihusammusa SALAH BACA SURAH, LANGGAR PERINGATAN ALLAHYARHAM UST FADZIL NOOR @TengkuAdnanReal

     
       

Bagaimana hendak mengajar rakyat jika Pemimpin mereka juga salah membaca Al-Quran, Husam Musa belajar kembali tajwid sebelum ingin menutup kelemahan diri didalam ucapannya bagi menyelitkan Alquran.
Surah biasa pun tidak mampu untuk membaca dengan baik, bagaimana ingin menyinarkan bentuk pemimpin kanan PAS seperti didalam Ucapan Akhir Allahyarham Ust. Fadzil Noor dengan ingin melihat bahawa Pemimpin PAS yang benar-benar menegakkan Syariat Islam?

Apakah Husam lupa perjuangan PAS sebagai pemimpin bermula dengan perkara asas seperti pembacaan Alquran yang baik?adakah pemimpin PAS ini yang selalu menjadi imam di Salok dengan tajwid yang lemah?

Satu ketika dahulu teringat bahawa Allahyarham Ust. Fadzil Noor ingin menanyakan kepada UMNO tentang apa kelemahan pemimpin PAS dalam mentadbir Kelantan. Akhirnya inilah bukti-bukti disebabkan lakonan - lakonan pemimpin PAS, satu per satu terbongkar. Tunggu dan lihat.


Tuesday, April 23, 2013

LIM KIT JUAL IMPIAN @abdulhadiawang JADI PM #TolakPR #GE13 #PRU13

HM telah menganalisis beberapa siri kempen Lim Kit Siang berkempen di Kawasan Gelang Patah,Johor. Dalam kempen tersebut diulang-ulangi oleh Lim Kit Siang segaja menanyakan soalan cepu emas kepada penyokong-penyokong Pembangkang tentang siapakah yang paling layak menjadi pilihan rakyat untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri jika Pembangkang menakluki Putrajaya.

Lim Kit Siang didalam ucapannya menyebut empat pilihan utama iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang.Soalan layak menjadi Perdana Menteri Malaysia disambut secara sebulat suara menyebut "Hadi Awang" oleh penyokong - penyokong.

Persoalannya mengapakah Lim Kit Siang tidak menyebut Anwar Ibrahim?.Hal ini menimbulkan pelbagai seribu tanda tanya oleh kita sebagai rakyat. Adakah Lim Kit Siang tidak menyukai bekas Ketua pembangkang di Parlimen sebelum ini? Apakah bahawa Lim Kit Siang sudah menyedari bahawa Anwar Ibrahim lansung tidak layak mengetuai Pembangkang mewakili PRU13 kelak.HM sudah melihat bahawa Lim Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri secara terasnya sudah kelihatan.

Persoalan ini terbongkar menerusi kajian ini boleh dilihat sebagai satu usaha Lim Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawannya Calon Barisan Nasional Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana menteri.

Hasil kajian ini membuktikan bahawa pada kali ini, DAP sudah mula melaga-lagakan pemimpin dan penyokong PAS dan PKR dan ini juga membuktikan bahawa Lim Kit Siang sukar memanipulasi Anwar ibrahim berbanding PAS yang beberapa kali gagal mengekalkan prinsip dalam buku jingga isu Hudud dan Negara Islam.Permainan politik Lim Kit Siang sudah dijangka akan cuba uji Keakraban PAS dan PKR sehingga sampai satu masa Keakraban itu akan menjeratkan perhubungan Hadi awang dan Anwar Ibrahim. Ini akan memberikan ruang Lim Kit Siang menguasai kedua-dua parti ini supaya negara ini mempunyai Negara pemimpin boneka tidak kira PAS atau PKR tetapi keputusan perlu dibuat oleh DAP.Perkara ini sudah berlaku semasa 11bulan pemerintahan Nizar menjadi Menteri Besar Perak sebelum ini dalam isu memberikan pajakan 999Tahun kepada cina di Hulu Perak.

HM merasakan supaya Lim Kit Siang patut dicabar mengumumkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kelak jika Pembangkang menang PRU13. Cabaran ini adalah untuk Lim Kit Siang supaya jangan mementingkan diri sendiri di Gelang Patah didalam meraih undi Penyokong PAS sahaja di kawasannya. Strategi Lim Kit Siang menarik penyokong PAS dan atas pagar melayu sudah dikenal pasti kerana kawasan tersebut mengenali Datuk Ghani Othman berbanding dirinya yang dikenali suka 'melompat kawasan' kerana takut tumbang di Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BETULKAH NAJIB RAZAK PEMENANG PENGUNAAN MEDIA BARU?

If you're Malaysian, chances are your Facebook timeline and Twitter feed these days are inundated with election or political content. With Malaysia going to the polls on May 5 in a general election that some pundits say may see a change in government for the first time in 56 years, election fever has reached an all-time high in the nation's social media space.
 
Interim Prime Minister Najib Razak has described the 13th general election (GE13) as Malaysia's 'first social media election,' and while many have argued that this isn't strictly true – in the end, elections are decided at the ballot box – it is undeniable that both sides of the political divide are using the Internet and social networks in particular as a serious communications medium in their campaign strategy.
 
If such is the case, the ruling Barisan Nasional coalition would seem to be winning the raw numbers battle, if nothing else. Dr James Gomez, associate professor at Universiti Utara Malaysia's School of International Studies, says that Barisan "has made strong inroads onto social media and has carved itself a competitive position."
 
Writing in The Malaysian Insider, Gomez notes that Najib's Facebook page has 1,580,00 'Likes.' Leaders from the Opposition alliance, Pakatan Rakyat, are trailing. Nik Aziz has 889,000; Anwar Ibrahim has 480,000 and Lim Kit Siang has 120,000.
 
"The combined numbers of the three (Pakatan) leaders are a good 80,000 likes below Najib," he noted.
 
On Twitter, the Opposition fares better. The three parties in Pakatan – the Pan Malaysia Islamic Party or PAS, the Democratic Action Party (DAP) and the People's Justice Party or PKR – have their own individual accounts. In terms of Twitter followers, PKR has 27,000; DAP 27,000 and PAS 1,200. Barisan has 24,000, Gomez noted.
 
At a request from Digital News Asia (DNA), online intelligence solutions provider Meltwater, using its social media monitoring tools, measured the online buzz for a short period following the dissolution of Parliament on April 3 right up to the time the Election Commission met on April 10 to announce the dates for nomination and actual polling.
 
Meltwater's numbers also showed Barisan having a slight edge (click infographic to enlarge), but with the caveat that social media chatter does not translate to direct votes, and the cautionary note that 'paid-for' posts are skewing numbers artificially.
 
One key takeaway from Meltwater's monitoring is that most of the discussions are coming from Twitter instead of blogs, says its marketing and communications manager for Asia Pacific, Janet Yu.
 
"This is slightly surprising because in the 2008 election, blogs were the major communications medium for the Opposition," she says. "But now, Twitter has the highest volume."
 
Yu also notes that members of the public write more about the Opposition than they do about Najib. "On average, (Opposition leader) Anwar Ibrahim has three mentions per minute on Twitter, while the (interim) prime minister has one mention per minute," she says.
 
Yu isn't sure she would call GE13 Malaysia's first social media election either. "The volume of discussion has been pretty consistent since Parliament was dissolved. We're looking forward to more discussion as we get closer to the actual election."
 
When asked what role social media is playing or can play in elections, she notes that "social media has always been a medium that encourages people to share information and discuss issues. In my opinion, it is like a real-time public opinion sentiment check on the candidates.
 
"For this specific election however, it is still too early to draw any conclusion," she adds.
 
"Voters and social media users may have an age gap, since more young people are on social media but they may not be at the right age to vote yet.
 
"We saw a lot of discussion on social media in the US presidential elections, but social media users do not equal number of voters at the poll," she says. "Also, a trending topic on social media about politics may not refer to the candidates' political platform and standings."
 
The Meltwater figures show Twitter having an overwhelming share of voice at 81.5%; followed by Facebook at a distant second with 9.7%; blogs at 3.9% and forums at 1.3%. The rules of online political discourse and campaigning are obviously changing from just a few short years ago, when blogs ruled the roost.

[Updated information: It has also been pointed out by some social media experts that Twitter gets a high share of voice rating because some monitoring tools cannot trawl Facebook, thanks to the latter's privacy settings. -- ED]

The Twitter edge probably comes from the high penetration of mobile Internet users in Malaysia, says Yu, and the ease of sharing content on the micro-blogging service.
 
"The fact that it is limited to 140 characters has encouraged a low barrier to entry," she says.
 
This does not mean political parties should pour all their resources into Twitter only. As Yu notes, "forums will appeal to people with similar interests; while blogs are good for thought leadership, particularly for political leaders."
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

WAJIB TENGOK!! PAS DAN PKR BERGADUH DI SG ACHEH



Semalam  Ceramah Perdana  PKR  di perkarangan Pejabat PKR Cabang Nibong Tebal,Taman Keramat Permai dalam DUN N.21 Sg Acheh  diadakan yang menampilkan calon2 PKR seperti  Dr Mansor Othman ,Chegubard  , Ustaz Makhtar dan Soon Lip Chee. Selain itu , Anwar Ibrahim juga turut hadir dalam program ceramah ini.


Kehadiran dianggarkan  lebih kurang 250 org yg hadir yg terdiri daripada  ahli2 PKR Kawasan Dato Keramat dan kawasan berhmpiran dalam DUN N.21 Sg Acheh .

GPB dimaklumkan penyokong Pas memboikot ceramah Anwar kerana berang PKR tetap bertanding di Dun Sg Acheh.

Seperti biasa antara point2 dalam ucapan calon mereka seperti Ustz.MAKHTAR SHAFEE dan Dr Mansor ialah  menyeru hadirin supaya menolak BN pada PRU kali ini dan mmberi mndat pada PR untuk memerintah negara pada kali ini.


 Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim pulak seperti biasa berjanji  akan membawa perubahan kepada pentadbiran negara kelak yg telah dicemari perbuatan kotor pemimpin UMNO sekiranya PR dpt merampas Putrajya.

Selain itu ,  dalam tempoh 24 jam beliau akan mngumumkan harga minyak akan turun sekiranya diumumkn PR menang besar selepas PRU kali ini dn berjaya merampas Putrajaya.

Malah beliau  juga menghasut hadiri yang hadir jika  pemimpin UMNO tidak sapu wang rakyat pasti rakyat tidak hidup susah .


Akhir sekali beliau merayu agar Parlimen Nibong Tebal akn dipertahankan supaya tidak dirampas oleh Datuk Zainal Abidin Osman yang mewakili BN pada PRU kali ini.


Manakala ceramah  calon Sg Acheh Chegu BARD selain menghenta Datuk Seri Najib berjanji akan mnjadikan Sg Acheh akan mnjadi hub pertanian yg terbesar dalam masa 5 tahun akan datang sekiranya dirinya  menjadi YB Adun Sg Acheh.


Kesimpulannya ,Ceramah PKR semalam  yg dianjurkan tidak mendapat sambutan penyokong PR di parlimen dan Dun ini walaupun menampilkan  DSAI .

Ini mungkin disebabkan penyokong2 PR sudah berpecah disebabkan Pas pun turut bertanding di Dun Sg Acheh.

Sumber:GBP

WAJIB TENGOK @KhalidSamad TERSENARAI CALON PEMBANGKANG SOMBONG,ANGKUH DAN BIADAP #tolakPR #PRU13

[Video] @KhalidSamad nama terbaru dalam senarai pemimpin PR yang angkuh, sombong dan biadab #tolakPR #PRU13

 

Khalid Samad-Lansung tidak menghormati pengerusi SPR Shah Alam di dalam majlis penamaan calon di Shah Alam semalam



                                     
                              Nik Nazmi - angkuh dan sombong dan menzalimi rakyat




              Latheefa Koya - angkuh, sombong dan kurang ajar terhadap Penjawat Awam





                  Anwar Ibrahim - mencabar dan biadap terhadap Wartawan


Sumber:tunfaisal

@hajihusammusa GAGAL MOHON MAAF TAK TUNAI JANJI PRU2008, SAMA TETAP SAMAN

          

Naib Presiden PAS, Haji Husam Bin Musa dilaporkan akan berdepan dengan 5 saman fitnah oleh beberapa individu berprofil tinggi dan termasuk seorang bekas pimpinan PAS dan kumpulan masyarakat di Kelantan.

Siri saman pertama telah bermula apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed  di dalam sidang media petang semalam mengumumkan bahawa peguam beliau telah menyediakan notis tuntutan kepada Husam. Husam didakwa telah menfitnah Mustapa dengan menuduh Mustapa membahagikan 400 lot saham FGV kepada ketua-ketua Bahagian UMNO. Turut berdepan dengan tuntutan itu ialah HarakahDaily dan Ketua Pengarangnya.



Sekiranya Husam gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Mustapa dijangka menfailkan saman itu seawal hujung minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kelantan.

Kebelakangan ini banyak pihak telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam termasuklah beberapa nama besar di dalam arena politik tanah air. Husam pula didakwa oleh sumber dalaman terus menyebarkan terus fitnah mengenai FGV dengan mengedarkan buku-buku yang ditempahnya. Buku tersebut mengandungi dakwaan-dakwaan tidak berasas mengenai FGV.

@Azwanbro DISERANG PEMUDA PAS DI PERAK @Hairun_own


Pemuda Pembangkang sudah mula menyerang peribadi dan orang perseorangan. Ini berlaku pada Ketua Pemuda UMNO dan BN Perak saudara Khairul Azwan Harun. Beliau telah diserang bertubi-tubi dari segenap sudut.

Sehinggakan harta beliau juga dipertikaikan. Macam lah Pemimpin Pemuda Pembangkang semua miskin-miskin. Boleh dikatakan semua Ketua mesti ada duit untuk melancarkan pergerakan. Pergilah mana-mana pun, Pemimpin yang berharta itu biasa. Pemuda Pembangkang sudah tiada modal nampaknya.

Lagi satu berkenaan calon Pemuda BN di Perak. Pemuda Pembangkang membuat cerita kononnya Pemuda di Perak dinafikan hak menjadi calon termasuk Ketua Pemuda Umno itu sendiri.

Mari kita lihat sejarah, zaman Zainol Padzi menjadi Ketua Pemuda hanya 4 calon di kalangan Pemuda tetapi zaman Azwan seramai 15 Pemuda telah dicalonkan untuk bertanding di peringkat Parlimen dan DUN.

Dalam ucapan Azwan semasa PAU 2012 ada menyentuh soal Zuriat UMNO. Kini terbukti dalam PRU13 ramai wakil Pemuda telah diberi tempat untuk mewakili BN. Terbukti di Negeri Perak sendiri bila mana seramai 15 org calon terdiri dari Pemuda (Perak paling ramai wakil pemuda). Di manakah hak Pemuda dinafikan?

Tetapi Azwan telah mengetepikan kepentingan peribadi demi memastikan rakan-rakan lain dalam Pemuda terlebih dahulu bertanding pada PRU kali ini. Beliau bukan seorang yang gila jawatan macam Pemuda Pembangkang.

Tidak timbul soal beliau dinafikan hak bertanding atau diketepikan. Pemuda Pembangkang sudah hilang arah dengan sengaja cuba menafikan seterusnya menipu Rakyat seolah-olah BN Perak tidak meletakkan calon Pemuda.

Sikap busuk hati di kalangan orang sekeliling juga terbukti bila ada blog yang sengaja diwujudkan untuk memburuk-burukkan kepimpinan Azwan. Blog seperti save umno perak dan gajah menta dan lain-lain blog dgn sengaja menyerang peribadi Ketua Pemuda Perak demi memastikan rakyat terus membenci BN.

Tapi jangan ingat kami bodoh, kami tahu siapa dalang di sebalik semua ini. Cuma nak tengok sejauh mana kebodohan anda boleh pergi. Agak tak puashati luahkan di depan, bukan di belakang macam pondan! -

SUMBER: ADAKUASA

Saturday, April 20, 2013

WAJIB TENGOK!PEMBONGKARAN PROVOKASI PENYOKONG @hajihusammusa DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal @PutrajayaCorp


Ketika sedang berlangsung proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna P9, tiba-tiba segerombolan penyokong Husam Musa yang majoritinya datang dari luar kawasan Putrajaya cuba buat kecoh, provokasi yang keterlaluan dan cubaan untuk mencetuskan huru-hara.




Hasil tinjauan penulis, kebanyakkan penyokong Husam ini datangnya dari Bangi, Serdang, Kajang dan ada juga sanggup datang dari Subang.  Mereka ini yang penulis gelarkan "orang luar" sememangnya tidak faham dengan sensitiviti masyarakat setempat terutama bagi penduduk Apartment P9, Fasa 10 yang hampir dengan tempat penamaan calon.



3 Provokasi seperti didalam rekod Projek BERSIH mereka dilihat sebagai satu bukti dan nyaris sikap ketamadunan oleh Pemuda Barisan Nasional yang tidak mudah melatah dengan sikap ketidakmatangan mereka dikawasan Perumahan awam Putrajaya.

Mari kita lihat provokasi-provokasi mereka yang sempat dirakam oleh HM:-

    

Berbalik kepada cerita kebiadaban penyokong Husam ini, mereka telah berkumpul di kawasan Apartment yang HM nyatakan tadi sehingga menyebabkan wakil penduduk situ menelefon pihak polis untuk mengawal keadaan dan "line kuning" terpaksa dipasang.

Apa cerita sampai masuk kawasan apartment penduduk ni?  Sesat atau cari pasal? Inilah masalahnya apabila "orang luar" masuk ke kawasan kita dan tidak tahu menghormati penduduk setempat.  Sebelum ini, Husam juga pernah dihalau keluar oleh AJK surau ketika cuba menggunakan masjid (di P11 dan P9) untuk ceramah politik sedangkan Tengku Nan (ahli Parlimen Putrajaya) tidak pernah memperalatkan masjid sebagai tempat beribadah.

Apapun yang cuba dilakukan oleh Husam dan penyokong, nampaknya respon negatif telah ditunjukkan oleh penduduk Putrajaya.  Ternyata "orang luar" seperti Husam sepatutnya menghormati penduduk Putrajaya.


Lebih menggelikan hati, ada dikalangan orang luar ini telah sesat, tidak jumpa jalan ke tempat penamaan calon sehinggakan penyokong-penyokong BN terpaksa menunjukkan jalan buat mereka.  Al-maklumlah orang luar yang baru datang kononnya "hendak menawan" Putrajaya.



Kita tunggu dan lihat, apa lagi kekacauan dan provokasi yang akan mereka lakukan..wallahualam...

@ZambryAbdKadir SERANG KAMILIA DI LUMUT

Peluang Barisan Nasional (BN) untuk mempertahan kerusi Parlimen Kuala Kangsar tidak tergugat dengan tindakan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Beliau sudah buat keputusan, jadi kita (BN) anggap beliau bukan calon BN dan kita terima keputusannya... BN tidak bimbang dengan peluang untuk menang meskipun beliau bertanding di situ dan kita akan lawan.

"Namun saya kecewa apabila beliau menjadi orang yang tidak ada prinsip selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun Bukit Chandan," katanya ketika ditemui pemberita selepas penamaan calon di Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.
 
Beliau berkata, Kamilia (yang dipecat secara automatik sebagai anggota Umno hari ini) sepatutnya mencontohi mereka yang senior dan mempunyai jawatan lebih tinggi daripadanya seperti bekas Presiden Gerakan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas yang sanggup bertanding kerusi Dun.

"Meskipun Kayveas memegang jawatan presiden parti namun beliau dengan rendah hati menerima amanah daripada BN untuk bertanding kerusi Dun Pasir Berdamar... jadi saya tidak fahamlah kenapa ini yang berlaku," katanya.

Keng Yaik juga pernah bertanding kerusi negeri Jalong, Perak pada PRU 1978 walaupun ketika itu beliau merupakan timbalan presiden Gerakan.

Zambry berkata, BN telah buat yang terbaik dan memberikan kedudukan yang sebaik-baiknya malah telah memberitahu alasan mengapa, tetapi Kamilia tetap juga dengan pendirian beliau.

Pemilihan calon BN dibuat selepas mendapatkan maklum balas daripada anggota dan rakyat peringkat akar umbi sebelum pucuk pimpinan tertinggi membuat keputusan muktamad, katanya.

Mengulas pertandingan tiga penjuru yang akan dihadapinya bagi kerusi Dun Pangkor, Zambry berkata beliau tiada masalah untuk bertanding dengan sesiapa sahaja.

Zambry akan dicabar calon PKR, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dan calon Bebas Benard Parenpa.

"Calon Bebas itu kita tak kenal, dengar kata dia dari Selangor, bukan tempatan tetapi tiada masalah. Saya boleh faham mengapa, mungkin mereka tidak mahu beri laluan mudah tetapi dalam proses demokrasi sesiapa pun boleh
bertanding," katanya.

Zambry juga kesal ada penyokong pembangkang yang membuat bising dan melanggar garisan yang ditetapkan Suruhajaya Pilihan Raya ketika berhimpun di pusat penamaan calon sehingga mengganggu kelancaran pengumuman calon oleh pengawai pengurus pilihan raya.

"Ini ialah permulaan contoh tidak baik, tindakan mereka melanggar peraturan, sedangkan penyokong BN mematuhi dengan berkumpul di lokasi yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata BN Perak akan terus bekerja  keras termasuk memperbanyak kerja turun padang untuk meyakinkan dan memenangi hati pengundi di seluruh pelusuk negeri.

- Bernama



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

@TengkuAdnanReal YAKIN KEMENANGAN BESAR,@hajihusammusa TERSUNGKUR DENGAN PENYOKONG LUAR





Hampir 5 ribu penyokong Barisan Nasional Putrajaya hadir memberi sokongan buat Calon Barisan Nasional Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor pagi tadi. Berbeza dengan Husam yang datang dengan 3 ribu penyokong yang diimport daripada Bangi, Kajang, Dengkil, Kuala Lumpur dan juga daripada Kelantan.

Tiada kekecohan besar berlaku melainkan Hak Malaysia lihat puak jumud PAS ada melakukan beberapa kesalahan yang melanggar etika seperti penggunaan pembesar suara dan menggunakan kanak-kanak untuk mengibarkan bendera.


Semua itu ada dalam video. Bukti dah ada mereka ini tak layak jadi penggubal undang-undang jika undang-undang sedia ada pun mereka tak patuhi langsung. Husam bakal tersungkur di Putrajaya.'

Nanti akan dikeluarkan video kesalahan-kesalahan yang dibuat.Tunggu HM akan memuat turun:-