Monday, April 29, 2013

FITNAH 'TEORI' @AnwarIbrahim BARU DIBONGKAR DI PENANG @TengkuAdnanReal

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil dengan 'teori' terbaharu iaitu kononnya akan berlaku gejala pembelian undi secara besar-besaran menjelang 5 Mei ini.

Anwar yang menyedari partinya semakin ditolak rakyat dan mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berkata, beliau mendapat maklumat berbilion ringgit akan digunakan untuk membeli undi. Dengan jenteranya pada kali ini 99 kerusi di Parlimen dan 172 Kerusi di DUN adalah lansung tiada menampakkan strategi yang tersusun dengan ada sesetengah tempat menampilkan calon yang kalah pada PRU12. Teori baru pada kali ini,tepat pada masanya kerana tiada cara lain untuk meraih simpati rakyat dengan menampakkan 'teori' yang menunding jari terhadap adanya kelemahan SPR sedangkan teorinya adalah fitnah semata-mata. Tanpa siasatan dan bukti yang kukuh, Anwar Ibrahim cuba ingin menyelamatkan diri apabila gusarnya kalah di Permatang Pauh dengan calon 'winnible candidate' Barisan Nasional yang selalu mendampingi rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Kolej Han Chiang di sini malam tadi. Jangkaan teori mengejut ini bukanlah suatu kehairanan bagi Anwar Ibrahim yang suka mengunakan Idea-Idea menfitnah Kerajaan terutamanya SPR di dalam menjalankan tugas supaya meraih simpati rakyat terhadap pembangkang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment