Sunday, April 7, 2013

AKUJANJI #ManifestoBN BENAR-BENAR AKAN DILAKSANAKAN @ZambryAbdKadir @azwanbro @hairul_own


Manifesto BN, Akujanji Yang Benar-Benar Bakal Dilaksanakan: DS Zambry


“Ia satu aku janji dan satu dokumen yang benar-benar janji seperti yang disebutkan dan bukanlah manifesto yang bukan janji seperti yang diuar-uarkan oleh pembangkang sebelum ini.

“Apa yang kita letakkan dalam manifesto itu ialah apa yang akan kita buat berkaitan dengan bidang dan apa yang akan kita teruskan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kepada pemberita selepas menghadiri Program Motivasi Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman di Dewan Banquet Hotel Kinta Riverfront, Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Manifesto bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Dr. Zambry berkata, manifesto yang telah dibentangkan itu merupakan fokus BN dalam mencapai kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

“Apa yang kita letakkan dalam manifesto itu ialah apa yang akan kita buat berkaitan dengan bidang dan apa yang akan kita teruskan.

“Ia lebih dari sekadar janji-janji seperti pembangkang yang menjanjikan banyak perkara tetapi dalam keadaan yang samar,” katanya.

Menurutnya, BN Perak juga sedang merancang manifesto di peringkat negeri dan ia merupakan penambahan kepada manifesto sedia ada yang telah dibentangkan di peringkat pusat.

“Saya tidak mahu rakyat memandang manifesto yang kerajaan negeri bakal bentangkan ini seperti satu persaingan dengan manifesto yang telah dibuat oleh pusat kerana cuma ada satu sahaja manifesto iaitu di peringkat pusat.

“Di peringkat negeri pula manifesto dirancang berdasarkan pencapaian dari semua bidang sepanjang tempoh pentadbiran pada penggal yang lepas.

“Ianya sebagai tambahan dalam konteks Perak Aman Jaya, Jadi yang berkaitan dengan pembangunan, pertumbuhan Negeri Perak, yang berkaitan dengan kebajikan rakyat dan juga melihat dari segi apa yang Kerajaan Negeri dapat beri (untuk rakyat),” katanya.

No comments:

Post a Comment