Tuesday, April 16, 2013

HOT! @Khalid_Ibrahim CUBA LAKSANAKAN RASUAH & "PROJEK SEGERA" JANJI SELEPAS BUBAR



[PRU13] PEMBERIAN BONUS OLEH KERAJAAN SELANGOR TIDAK SAH???

Written By Team Media Selangor on Sunday, 14 April 2013 | 12:30
http://teamediaselangor.blogspot.com/2013/04/pru13-pemberian-bonus-oleh-kerajaan.html

Pemberian bonus RM300 kepada penjawat awam di Selangor dan pemberian geran tanah kepada penduduk adalah rasuah politik dan jelas punya agenda jahat untuk memancing undi.

Lebih memalukan, pengumuman itu dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan. Ini bukti berlakunya salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Pemberian bonus pada bulan 4 adalah perkara yang luar biasa. Biasanya bonus diisytihar semasa Pembentangan Bajet Kerajaan Negeri pada akhir tahun.

Mungkin ramai tidak tahu, kerajaan negeri tiada hak untuk berbuat demikian selepas pembubaran DUN dan mereka tidak boleh mengubah sebarang polisi ketika berkhidmat sebagai kerajaan sementera di Selangor.

Mungkin dari segi undang-undang tindakan itu tidak salah, namun pemberian bonus itu jelas adalah perbuantan tidak bermoral.

Sebelum ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuduh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dikatakan cuba membeli undi dengan memberikan bonus khas kepada penjawat awam dan geran tanah kepada penduduk.

Pengerusinya, Irene Fernandez mendakwa pemberian yang membabitkan wang rakyat itu dilakukan selepas pembubaran DUN Selangor.

DUN Selangor dibubar pada 3 April, manakala pengumuman bonus dan geran tanah dibuat pada 4 dan 5 April.

Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan bertegas perkara tersebut telah diputuskan sebelum Dun dibubar. Namun tiada bukti perkara itu (pemberian bonus) dibincangkan dalam DUN.

Sambil mengatakan ia bukan cubaan merasuah, Khalid memberitahu pemberian itu sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang membantu pentadbiran negeri, selain atas sebab ekonomi Selangor yang meningkat dengan jayanya.

Sumber:Tunfaisal

No comments:

Post a Comment