Tuesday, April 9, 2013

MALU! @n_izzah & @rafiziramli SALAH KIRA TURUN HARGA KERETA DENGAN BUDAK SEKOLAH



Penganut pembangkang nampaknya begitu ghairah mendakwa kononnya 'Aku Janji BN' untuk PRU13 yang ingin menurunkan harga kereta dikatakan diciplak dari pembangkang. Benar manifusto PR menjanjikan penurunan harga kereta, begitu juga BN.

Dakwaan ciplak ini timbul hanya kerana satu perkataan saja iaitu 'TURUN'.

Justeru itu, untuk membuktikan strategi BN tidak sama dengan PR kita kena ikuti congak kira dari si jambu terlebih dahulu.

Segala maklumat yang diperolehi oleh jambu Rafizi Ramli adalah sama iaitu dari MOF. 

Strategi Rafizi Ramli sebagaimana diperolehi dari blognya - SINI


  • Menghapuskan /memotong cukai (duti eksais) secara berperingkat 20% setiap tahun.
  • Menambah pendapatan antara tahun 2013-2015 dengan lelongan A.
  • Memperuntukkan RM2 bilion antara tahun 2013-2014 dan RM1 bilion antara 2015-2017 agar aliran tunainya berimbang menjelang 2017, kerana menjelang 2017 ekonomi yang dijana akan berjaya mengatasi jumlah RM7 bilion cukai eksais yang dihapuskan.

Strategi BN pula :


  • Menurunkan Duti Eksais sebanyak 20 - 30 % secara berperingkat.
  • Mengekalkan penjualan AP (bukan lelongan seperti apa yg Rafizi lakukan)

Apa yang jelas kedua-dua strategi ini wujud PERBEZAAN yang ketara,

tetapi ramai yang jenis malas membaca dan hanya fokus kepada perkataan 'TURUN HARGA KERETA' - manifesto BN dikatakan meniru PR.

Sekarang kita lihat kesan atau impak terhadap kedua-dua strategi ini, yang mana lebih bagus dan yang mana pula memberi kesan buruk kepada ekonomi negara?

Strategi BN vs. PR - Mana Satu Bagus?

1) Menurut tafsiran kewangan tahun 2012, pendapatan negara menerusi duti eksais adalah sebanyak RM 7 billion. Dan ianya meningkat setiap tahun sebanyak 4 %. 

2) Menurut Rafizi, duti inilah yang hendak mereka hapuskan secara berperingkat selama 5 tahun. Apabila ini berlaku, negara akan mengalami defisit seperti berikut : (unit Billion)

        2013: 7.0  
        2014: 7.3  
        2015: 7.6  
        2016: 7.9  
        2017: 8.2  
        2018: 8.5  
        2019: 8.9  
        2020: 9.2

2.1) Rafizi sedar akan berlakunya defisit yang banyak. Maka beliau mengambil langkah berani dengan   melelong AP, bukan menjual AP. Harga penjualan AP per unit adalah RM 10 000 sekarang ini. Tetapi, Rafizi akan melelongkan AP dengan harga mula RM 10 000. Ini bermakna, harga AP yang terjual bukan RM10k tapi lebih dari itu. Tak mengapa, sebab mereka yang membeli AP ini adalah kenderaan import. Dan hanya mereka yg berduit sahaja akan membida AP dgn harga yg mahal. 

2.2). Menurut beliau juga, pendapat dari lelongan AP inilah yg digunakan secara maksimum utk 3 tahun pertama (2013-2015). 

**Boleh rujuk blog beliau. 

2.3) Beliau juga sedar bahawa, dengan lelongan AP juga masih tidak mampu mengatasi defisit yg ada. Oleh itu, beliau mencadangkn suntikan modal sebanyak RM2billion unutk 2 tahun pertama ( 2013 - 2014) dan 1 billion ( 2015 - 2017). Persoalannya, dari mana sejumlah wang rakyat ini diambil? 

3) Amat malang sekali, pengiraan secara kasar Rafizi adalah silap. Beliau hanya menunjukkan aliran tunai positif utk 5 tahun pertama. Namun aliran tunai selepas itu sebenarnya adalah negatif. Dari jumlah angka yang ditunjukkan pun sebenarnya telah menuju ke arah defisit. Malah pengiraan beliau juga tidak tepat. 

Mari kita sama rungkaikan :  

4) Berikut adalah formula pengiraan aliran tunai 
    4.1). Income : 
             a) Pendapatan dari lelongan AP ( rujuk 2.1) +
             b) Peruntukan tahunan ( rujuk 2.2) +
             c) Cukai tambahan dari domestic consumption
                 (Rujuk blog Rafizi )

     4.2) Kehilangan duti eksais secara berperingkat selama 5 tahun : 

              2013: 1.4 ( - 20% x Total duti eksais)
              2014: 2.9 ( - 40% x Total duti eksais)
              2015: 4.5 ( - 60 % x Total duti eksais)
              2016: 6.3 ( - 80% x Total duti eksais)
              2017: 8.2 ( - 100% x Total duti eksais)
              2018: 8.5 ( - 100% x Total duti eksais)
              2019: 8.9 ( - 100% x Total duti eksais)
              2020: 9.2. ( - 100% x Total duti eksais)

              ** dalam unit billion

   4.3) Aliran tunai :  
             
             (4.1) - (4.2)=

             2013: 2.88
             2014: 1.648
             2015: -0.70272
             2016: -4.1792384
             2017: -5.78900992
             2018: -5.8365703168
             2019: -5.897233129472
             2020: -5.97152245465088

           **Dalam unit billion

Mari kita lihat Manifesto BN :  

1) Mengambil secara minima dan kasar. Katakanlah kerajaan menurunkan duti eksais sebyk 30 % pada tahun pertama dan seterusnya (ini situasi yang paling teruk) 

Total pendapatan negara: 
     
           (70% x Duti Eksais dari tahun berkenaan + penjualan AP)
        ** Penjualan AP setiap tahun secara purata adalah 66608 unit. 

( rujukan dari blog pembangkang http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/07/isu-cukai-kereta-rm8-billion-akan.html) 

Maka, aliran tunai negara dari 2013-2020 adalah : 
           
           2013: 5.566
           2014: 5.762
           2015: 5.96584
           2016: 6.1778336
           2017: 6.398306944
           2018: 6.62759922176
           2019: 6.8660631906304
           2020: 7.11406571825562

         (Dalam unit billion)

Telah lihat congak pengiraan dari kedua-dua pihak, sekarang masa untuk kita melepaskan apa yang tersimpul dan pastikan simpulan ini membuatkan Rafizi terpingga-pingga.

    1) Pada tahun 2020, pendapatan negara (BN ) adalah 
        RM7.11billion. Tetapi jika PR memerintah,  
        pendapatan kita adalah defisit sebanyak RM -5.9billion.


Ulang lagi sekali dalam bahasa jambu agar Rafizi Ramli boleh faham - Rafizi DEFISIT you...DEFISIT! bukan sikit tau, RM-5.9billion, you tau add maths tak?

Adakah Rifizi tersalah tekan calculator atau Rafizi kira guna Excel?

Adakah Rafizi tertinggal angka @ Nilai seperti mana Lim Guang Eng?

Kenapa dalam blog dia hanya menunjukkn unjuran aliran tunai bagi 5 tahun saja.

Cuba tunjukkan tahun ke 6, you berani tak Rafizi Ramli?

2) Duti Eksais yg dipererolehi oleh kerajaan hasil dari pembelian kereta import, maka keuntungan pendapatan yg diperolehi akan dimanfaatkn kepada rakyat. Tetapi, jika PR memerintah, Defisit kerugian akan ditanggung oleh rakyat untuk manfaat kerajaan Pakatan Rakyat. 

3) Niat Rafizi itu baik untuk memberi harga kereta yg murah kepada rakyat dengan menghapuskan duti eksais. Tetapi dengan menggunakan lelongan AP itu juga sebenarnya membebankan rakyat.
Siapa tiru siapa sekarang?

Ada orang boleh tolong jawab?

Itulah terlalu memuja Anwar Ibrahim, keletung keletang sembang pasal ekonomi walhal belajar dalam bidang sastera.

Apa yang sama hanya satu perkataan dari hasil BN dan PR ini - iaitu TURUN, tetapi PR punya strategi bukan sahaja TURUN malah merugikan negara.

Maka tak hairanlah jika dulu kita kata boleh bangkrap kalau main mansuh ikut kepala Rafizi je!

Sumber:YY

No comments:

Post a Comment