Monday, July 29, 2013

LAGI BUKTI PENERBIT THE NEW VILLAGE BUTA SEJARAH HINA LOGO ASKAR MELAYU DIRAJA @NajibRazak @Zahid_hamidi @HishammuddinH2O


Wasiat Raja-Raja Melayu yang ke 3:

'Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;'

Dalam filem New Village, admin keliru sama ada pengarah ini betul2 tahu tentang sejarah atau tidak. Cap badge yang dipakai di beret adalah cap badge Askar Melayu, mana ada bangsa selain Melayu yang boleh masuk Askar Melayu!!!! Ini satu penghinaan! 

Satu lagi, waktu dulu askar melayu tak pakai beret, dia pakai songkok! yang pakai beret cuma Special Constables. Nak kata dalam ni Special Constable pon tak boleh sebab tali pinggang SC warna hijau bukan biru!

Adakah pengarah Wong Kew Lit cuba memutar belitkan sejarah??? Atau memang xtau tentang sejarah?? Kalau prop seperti baju/pakaian pon tak betul,ada hati nak buat filem tentang sejarah!!! Kepala hotak dia lah!

KDN dan MENHAN Please take Note!!!!

sumber: Askar Kacang Merah

THE NEW VILLAGE JADI TARUHAN CINA HAPUSKAN SEJARAH MALAYSIA @NajibRazak @TengkuAdnanreal @shaberyc

Taruhan sesetengah rakyat cina di Malaysia pada kali ini membalas dendam secara terang-terangan apabila mempertaruhkan "The New Village" sebagai serangan balas menukar persepsi terhadap komunis yang ditunjukkan dalam filem "Tanda Putera" yang diilhamkan oleh Suhaimi Baba berdasarkan sejarah sebenar Negara ini.

HM dapat melihat walaupun dari segi visual keseluruhannya masih pudar kerana pemerhatian sekadar melalui 'trailer' The New Village membayangkan bahawa didalam cerita ini mengagungkan komunis sebagai penyelamat rakyat cina di Malaysia. Ini jelas bahawa penerbit filem ini tidak mengenal erti kemerdekaan dan dijangka filem ini akan ditayangkan pada bulan kemerdekaan tahun ini dengan mudah tanpa di tapis secara wajarnya berbanding filem Tanda putera yang mengambil hampir setahun untuk ditayangkan.

Pihak kerajaan perlu melihat apa sebenarnya impak dan kesan terhadap rakyat dari segi keagamaan, patriotisme, sentiviti dan kebangsaan sesebuah filem ditayangkan di Malaysia khususnya filem-filem yang meniti diatas sempadan sejarah yang lalu. kita tidak hendak melihat negara ini dikucar-kacirkan akibat tidak persefahaman yang jelas berlaku di dalam PRU 13.

Persoalan demi persoalan yang timbul seperti berikut:

1. Adakah Penerbit Filem ini ingin Mencabar Kedaulatan Negara?

2.Adakah penerbit filem ini tiada lansung sikap ketanggungjawaban didalam menerbit sebuah filem sejarah yang tidak mencerminkan sejarah Malaysia yang sebenar?

3. Adakah filem mengagungkan Komunis ini membawa imej Malaysia sehinggakan mudah ditayangkan pada bulan kemerdekaan?

4. Apakah ini melihat bahawa Kerajaan Malaysia lemah jika tidak mengambil tindakan apabila filem ini dikritik?

5. Apakah Rakyat Cina mahu sesuatu daripada Malaysia dengan menidakkan Perlembagaan Negara?

6. Apakah Rakyat kita yang bersusah payah,kelaparan, kehilangan keluarga akibat komunis dan masih hidup boleh menerima filem ini?


      

Friday, July 5, 2013

PROJEK LANGAT 2: AKHIRNYA KHALID GAGAP DAN KAKI LENA MENGAKUI SELANGOR PERLUKAN PROJEK LANGAT 2




Kalau dulu, bukan main la dia bercakap. Macam - macam cerita ang keluar. Siap buat pulak dakwaan dan tuduhan terhadap Negeri Pahang kononnya Pahang tak cukup air.

Sekarang baru la dia nak mengaku kata yang Selangor memang memerlukan loji Langat 2. Baru la dia nak mengaku kata air di Selangor tu memang tak cukup.

Agaknya, dah memang menjadi kebiasaan puak - puak Pakatan Haramjadah tu la kot. Suka sangat jilat ludah sendiri. Gamaknya, memang ludah diorang tu ada rasa macam coklat strawberi kot. Tu pasal la diorang suka sangat jilat balik!!!



SHAH ALAM: Berikutan krisis air yang bakal melanda Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 2014, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengubah fikiran apabila berkata beliau sedia mempertimbangkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Namun projek itu, katanya perlu mematuhi beberapa syarat termasuk mengambil kira isu harga yang setimpal dengan kos perlaksanaannya di samping tidak membebankan pengguna pada masa akan datang.

"Projek Langat 2 adalah perlu tetapi dengan mengambil kiraan 'economic value' kepada negeri. Jika harga yang kita ambil secocok dengan jangkaan kita sebab yang bayar adalah pengguna di Selangor.

"Kalau kita buat Langat 2, kita kena duduk berbincang untuk bagaimana menggunakan air dari Langat 2, kita kena guna harga terbaik untuk rakyat Selangor.


"Saya ingin beritahu Kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengadakan perbincangan profesional bersama Kerajaan Pusat untuk menentukan bahawa rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga terbaik sama ada melalui projek Langat 2 atau mana-punca air yang ada di Selangor," kata Khalid ketika menjawab pertanyaan tambahan oleh Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) dalam sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

Monday, July 1, 2013

ISMA: DAP TUDUH UMNO PEROSAK DAKYAH ISLAMIAH DAN RUNTUHKAN MUAFAKAT RAKYAT

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendakwa Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong cuba berbohong dan mengalih pandangan masyarakat terhadap agenda terselindung yang dibawa oleh parti Cina DAP itu.

Katanya, alasan yang diberikan oleh Liew Chin Tong yang juga pemikir DAP itu adalah tidak logik apabila berkata faktor menghunus keris oleh Datuk Seri Hishamudin Hussein sebagai punca utama masyarakat Cina tidak menyokong kerajaan.

"Adakah logik kerana keris Hishamudin? Adakah logik satu bangsa membentuk satu blok politik yang padu kerana sebilah keris yang dihunuskan?" soal beliau kepada ismaweb.net.

Pada 27 Jun lalu, Liew Chin Tong dilaporkan Malaysiakini berkata masyarakat Cina mula berubah menjadi penyokong DAP sejak tahun 2005 apabila Naib Presiden UMNO pada waktu itu, Hishammuddin menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda UMNO.

Jelas Ustaz Abdullah, orang Melayu jangan mudah tertipu dengan kenyataan pemikir DAP itu kerana orang Cina memilih DAP bukan kerana peristiwa itu, tetapi kerana masyarakat Cina mahu memilih sebuah parti yang menyuarakan pandangan mereka di Parlimen dan juga mahu merubah rupabangsa negara ini.

"Kita boleh kumpul puluhan kenyataan, cubaan dan tindakan yang dilakukan oleh DAP dan golongan tertentu di kalangan masyarakat Cina yang mencabar Islam dan kedudukan Melayu melalui pelbagai wadah dan cara.

"Mereka secara terbuka menuntut perkara-perkara yang mencabar semangat perlembagaan atas nama hak sama rata.

"Segala itu menyingkap niat sebenar masyarakat Cina memilih DAP," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Abdullah mendakwa orang Cina juga menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berunsurkan liberal dan plural supaya agenda kesamarataan diterima bersama agenda Malaysian Malaysia di negara ini.

"Mereka fikir mereka dapat menunggang arus liberal dan plural yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan golongan tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat.

"Dengan pengaruh Anwar Ibrahim yang hebat fahaman tersebut akan membawa penyokong PR dan masyarakat muda percaya kepada kesamarataan mutlak.

"Melalui fahaman kesamaratan itu orang Melayu akan menerima agenda Malaysian Malaysia dan sekali gus menerima kepimpinan Cina DAP. Sebab itu PRU 13 adalah peluang keemasan bagi golongan masyarakat Cina, sebab itu mereka "all out" mengundi PR," kata beliau.

Beliau menambah, orang Cina berjaya menutup mata kumpulan Islam dalam pakatan apabila sentiasa menuding jari menuduh UMNO sebagai perosak agama dan bangsa dengan itu segala agenda tersirat DAP dianggap sebagai dakyah UMNO semata-mata. AIDCNews
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.