Friday, July 5, 2013

PROJEK LANGAT 2: AKHIRNYA KHALID GAGAP DAN KAKI LENA MENGAKUI SELANGOR PERLUKAN PROJEK LANGAT 2




Kalau dulu, bukan main la dia bercakap. Macam - macam cerita ang keluar. Siap buat pulak dakwaan dan tuduhan terhadap Negeri Pahang kononnya Pahang tak cukup air.

Sekarang baru la dia nak mengaku kata yang Selangor memang memerlukan loji Langat 2. Baru la dia nak mengaku kata air di Selangor tu memang tak cukup.

Agaknya, dah memang menjadi kebiasaan puak - puak Pakatan Haramjadah tu la kot. Suka sangat jilat ludah sendiri. Gamaknya, memang ludah diorang tu ada rasa macam coklat strawberi kot. Tu pasal la diorang suka sangat jilat balik!!!



SHAH ALAM: Berikutan krisis air yang bakal melanda Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada 2014, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengubah fikiran apabila berkata beliau sedia mempertimbangkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Namun projek itu, katanya perlu mematuhi beberapa syarat termasuk mengambil kira isu harga yang setimpal dengan kos perlaksanaannya di samping tidak membebankan pengguna pada masa akan datang.

"Projek Langat 2 adalah perlu tetapi dengan mengambil kiraan 'economic value' kepada negeri. Jika harga yang kita ambil secocok dengan jangkaan kita sebab yang bayar adalah pengguna di Selangor.

"Kalau kita buat Langat 2, kita kena duduk berbincang untuk bagaimana menggunakan air dari Langat 2, kita kena guna harga terbaik untuk rakyat Selangor.


"Saya ingin beritahu Kerajaan negeri sudah bersedia untuk mengadakan perbincangan profesional bersama Kerajaan Pusat untuk menentukan bahawa rakyat Selangor akan mendapat perkhidmatan air terawat dengan harga terbaik sama ada melalui projek Langat 2 atau mana-punca air yang ada di Selangor," kata Khalid ketika menjawab pertanyaan tambahan oleh Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) dalam sidang dewan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak projek Langat 2 dengan alasan bekalan air adalah mencukupi untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 2019, selain proses rundingan penstrukturan semula industri air Selangor antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan belum selesai.

No comments:

Post a Comment