Wednesday, May 21, 2014

AMARAN CINA PASIR BEDAMAR SOKONG MAH TOLAK @dyanasmd @P076TelukIntan #PRKTelukIntan


Pengundi Cina tidak menolak dakwaan bahawa pada kali ini bukan pemilihan parti Barisan Nasional atau DAP tetapiyang mereka mahukan adalah wakil rakyat yang berbangsa cina yang lahir dan berasal daripada Teluk Intan.

Meskipun kita dapat melihat bahawa 7,313 undi majoriti yang diperoleh DAP pada PRU-13 menjadi sesuatu halangan yang besar buat Barisan Nasional atas alasan pengundi cina terdesak pada waktu itu yang termakan janji DAP yang inginkan perubahan, tetapi sekian lama DAP memegang tampuk tempoh selepas PRU lansung tiada membawa perubahan oleh Calon DAP Seah Leong Peng sebelum ini.

DAP Teluk Intan juga nampak goyah apabila tidak dapat meletakkan calon tempatan menyebabkan pengundi cina banyak menyesal diatas perbuatan Lim Kit Siang dengan meletakkan calon Melayu bukan tempatan atas sebab untuk menarik pengundi PAS dan atas pagar melayu semata-mata dan bukan untuk membantu dan menjaga kebajikan orang Teluk Intan khususnya di Pasir Bedamar.

Sentiman Perkauman ini bukanlah HM ingin dijelaskan, tetapi atas kajian HM sendiri melalui perjumpaan dengan rakan-rakan HM sendiri disini. Pasir Bedamar bukanlah tempat asing bagi HM kerana inilah tempat kelahiran HM dan HM tahu apa hasrat hati naluri pengundi-pengundi di sini.

Mereka mahukan kebajikan mereka terbela kerana disini ramainya adalah golongan sederhana dan nelayan serta bekerja kampung. Sejarah telah membuktikan bahawa jika DAP tidak meletakkan calon tempatan, jika mereka menang, mereka akan tinggalkan tempat itu seperti Lim Kit Siang yang bertanding di Ipoh Timor sebelum ini pada PRU 13 dan meloncat pada PRU 14 ke Gelang Patah atas sebab dia telah tahu bahawa Pengundi di Ipoh Timor tidak akan memberikan sokongan kepada Lim Kit Siang kerana kebajikan mereka tidak terbela dan Senario ini akan berlaku jika DAP menang

Setiap kali Dyana turun, kita dapat lihat kelibat Lim Kit Siang membayangi Dyana, ini menunjukkan bahawa Dyana tiada kredibiliti untuk bergerak sendiri sebagai wakil rakyat. Percayalah bahawa Wakil Rakyat perlu mampu berdiri di kaki mereka sendiri dalam menjalankan amanah dan kebajikan Rakyat. Mah Siew Keong , 52, anak tempatan dan mantan Ahli Parlimen Teluk Intan (1999-2008), dianggap sebagai pilihan terbaik BN bagi pengundi cina di Pasir Bedamar kerana mereka amat perlukan wakil tempatan untuk menjaga mereka.



No comments:

Post a Comment