Wednesday, May 21, 2014

BLACKOPSS DAP TERKANTOI SALAHKAN BN #PrkTelukintan @P076Telukintan @tengkuadnanreal

Apalah nasib Barisan Nasional yang sentiasa dipersalahkan apabila kebanyakkan BlackOpss yang dibuat-buat oleh DAP bagi merosakkan keutuhan pengundi-pengundi Barisan Nasional dan atas pagar.

Adakah patut mainan mereka ini dalam meraih undi dengan cara menipu. Dyana kononnya dihalau oleh seorang pemuda yang memakai  topi Barisan Nasional yang berjerami. Untuk pengetahuan semua,topi yang dipakai hanyalah VIP dan kenamaan. Orang biasa akan memakai topi biru barisan nasional. Nampak mainan yang dimainkan oleh DAP dan HM hanyalah memerhati dari luar.

Ini semua adalah mainan DAP meraih sokongan pengundi PAS. Itulah target sasaran mereka membantu Dyana memperoleh pengundi PAS. HM rasa tidak mustahil bahawa dyana akan menyusun ucapan-ucapannya dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional menolak dan menghalau calon daripada mendekati rakyat. Dia juga akan mengutuk cara pemuda itu dan menyatakan bahawa Barisan Nasional sudah takut dengan kehadiran calon DAP.

ITULAH CARA PEMBANGKANG MENIPU RAKYAT DALAM MENGHALALKAN CARA MENDAPATKAN UNDI RAKYAT.



No comments:

Post a Comment