Wednesday, May 14, 2014

CERAMAH ANAK MENDIANG KARPAL SETANDING PENONTON SERAMAI 50K MEGA MAHARAJA LAWAK ??


Dipetik daripada sahabat dari Media Tempur Kedah menyaksikan bahawa Mendiang Karpal meninggalkan warisan kepada anak, Ramkarpal Singh Deo untuk menjadi calon terbaik tetapi mendapat sambutan yang paling menghambarkan di Bukit Gelugor.. Apa Sudah Jadi??


Sebelum ini, Ram dikejutkan sebagai calon kontroversi kerana status calon DAP yang akan bertanding dalam Pilhanraya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 mei ini masih tidak selesai atas sebab watikah pelantikan Calon ini masih belum disahkan oleh Pertubuhan Perndaftar (ROS) selaku setiausaha Agung walaupun telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng melalui dakwaan Bekas Ketua DAP cawangan Bagan Luar, G. Asoghan. Beliau juga menyatakan bahawa status keahlian Ramkarpal pula masih boleh dipertikai kerana baru menyertai DAP pada Januari lalu dan masih lagi tidak disahkan secara mutlak oleh pemegang Jawatankuasa Pusat (CEC) yang masih tidak lagi diiktiraf oleh ROS.

"Guan Eng tidak ada kuasa untuk berbuat demikian dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menjelaskan siapa yang memberi kebenaran kepada DAP untuk menggunakan lambang roket ketika penamaan calon hari ini.- Sumber dan Berita Sepenuhnya


RamKarpal juga dikejutkan lagi semasa berkempen, seorang Aunty berbangsa cina datang menempelak rombongan calon Dap kerana wanita warga emas tidak puas hati kerana aduan penduduk di situ tidak diendahkan kerajaan negeri. Ramkarpal terkejut dengan tindakan wanita tersebut yang melepaskan kemarahannya di situ. Menurut wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Soo, 65, dia terpaksa berbuat demikian kerana aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu tidak mendapat maklum balas positif daripada kerajaan negeri. dikhabarkan juga terbaharu 2 kes kemalangan telah dilaporkan sejak lampu jalan itu beroperasi mengikut prosedur Kerajaan Negeri.

Jelasnya, lampu jalan yang dimatikan seawal pukul 5 pagi itu bukan saja menyusahkan tetapi menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk atas alasan penjimatan Elektrik Kerajaan Negeri Pulau Pinang








No comments:

Post a Comment