Tuesday, April 9, 2013

TERGALINYA KUBUR HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA @TengkuAdnanReal



KEPUTUSAN Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa untuk bertanding di Putrajaya, benar-benar mengejutkan ahli-ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain.  

Laman ini tidak pastilah apa strategi di sebalik keputusan tersebut, tapi ada khabar yang menyebutkan bahawa Husam yakin beliau mempunyai kekuatan yang sama seperti pemimpin-pemimpin DAP yang keluar dari kawasan selamat masing-masing untuk bertanding di Johor. HM telah menaytakan sebelum ini:

http://muzammilarif.blogspot.com/2013/03/lucu-belum-bertandinghusam-sedia-kalah.html?m=1

http://muzammilarif.blogspot.com/2013/04/husam-musa-pertahankan-calon-putrajaya.html

Bagaimanapun, laman ini berpendapat, keputusan Husam itu adalah seperti menjerut leher sendiri.
Masalah Husam di Putrajaya bukan dengan calon UMNO yang bakal dihadapi beliau, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu cerita senang. Tapi masalah sebenarnya ialah dengan para pengundi disitu yang majoritinya terdiri dari kakitangan kerajaan persekutan.

Kelompok ini hari-hari didoktrinkan dengan slogan 1Malaysia dan seumpama dengannya, mana ada lambang lain yang nampak di mata mereka, melainkan lambang dacing!! Justeru calon yang setanding perlu diletakkan di Putrajaya untuk sekurang-kurangnya mencerahkan peluang Pakatan Rakyat di kawasan ini.  Husam memang calon yang dikenali di peringkat nasional, tapi beliau tidak sesuai untuk diletakkan sebagai calon di Putrajaya.

Pakatan Rakyat, terutama PKR, telah mempunyai senarai individu tertentu, terdiri dari bekas pegawai tinggi kerajaan persekutuan yang boleh diletakkan sebagai calon di Putrajaya untuk menyaingi Tengku Adnan.
Husam tidak perlu mengganggu kelancaran tersebut dengan menawarkan diri untuk bertanding di Putrajaya pula.  Cukup-cukuplah dengan masalah pembahagian kerusi yang wujud sekarang, jangan diburukkan masalah tersebut dengan yang ini pula.


No comments:

Post a Comment