Thursday, July 17, 2014

RAKAMAN MH17 TERHEMPAS AKIBAT DITEMBAK @MAS

   

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbangan, laporan tersebut menyatakan pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Pesawat membawa 297 penumpang.

SUMBER:AGENDADAILY
[B]11.59 MALAM[/B] Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa sebuah lago pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.

Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.

Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama 'breaking news' semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.

Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.

Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak.

MENURUT RUSSIATODAY, pesawat penumpang tersebut dijangka memasuki ruang udara Rusia pada pukul 5:20 petang waktu tempatan, tetapi hilang tidak lama kemudian.

"Pesawat itu terhempas 60km dari sempadan, pesawat menghantar isyarat kecemasan," ITAR-Tass memetik sumbernya.

Laporan itu menjelaskan penduduk  menjumpai serpihan kapal terbang, yang mereka boleh katakan milik Boeing MH17 tetapi tidak melihat sebarang jasad manusia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...