Monday, April 23, 2012

HOT:BUKTI ZURAIDAH FITNAH ZAHIDA RAFIK DAN DATO' SHAFIE



Saya merasakan sudah tiba masanya membuang pemimpin yang sentiasa menjadikan FITNAH sebagai satu alihan meraih undi rakyat, YB Zuraidah sepatutnya meminta maaf secara terang-terangan kepada Menteri KKLW, YB Dato' Seri Mohd Shafie Apdal kerana memfitnahnya mempunyai skandal dengan Zahida Rafik. 

Mangsa telah menafikannya dan saya merasakan Zuraidah jika ia benar-benar tanggungjawab terhadap fitnahnya itu, silalah memohon maaf kepada orang-orang yang telah menfitnahnya dan letak jawatan sebagai Yang Berhormat, buat malu sahaja..

Petikan dibawah adalah Siaran Akhbar Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal



Sunday, April 22, 2012

HOT:JAWAPAN ZAHIDA RAFIK TERHADAP TUDUHAN YB ZURAIDA


PENGAKUAN ZAHIDA RAFIK


Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012


Kita tunggu mak lampir melompat sakan lepas ni..

Sumber :Sangkakala

Saturday, April 21, 2012

HOT:RUPANYA PEMANDU ZAHIDA RAFIK LARIKAN DUIT SYARIKAT




Zahida Rafik Pertahankan Isu Skandal di Laman Twitter

PrintE-mail
by Akak Noq   

Sebagaimana kita tahu, industri seni dan politik digemparkan dengan berita pendedahan skandal di antara Zahida Rafik dan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal (klik di sini untuk membaca artikel tersebut “Terbongkar: Zahida Rafik Dibela Menteri!”).

Ekoran daripada berita tersebut, Zahida meluahkan isi hati dan mempertahankan isu skandal tersebut melalui laman twitternya. Berikut adalah “screenshot” yang diambil di laman twitterZahida Rafik:-




Ramai juga di antara pengguna akaun twitter ingin mendapat kepastian/kesahihan dari Zahida sendiri melalui akaun twitternya:-



Dan tidak kurang juga ada segelintir penguna twitter memberi mesej berbaur sindiran sinis terhadap aktres tersebut:-



Walau apa sekalipun, diharap Zahida dapat tampil ke hadapan dengan secepat mungkin untuk memberi penjelasan terhadap spekulasi skandalnya ini kepada umum.

Sumber: tunfaisal

BUKTI:PTPTN YANG DISOKONG OLEH LIM KIT SIANG


Al-Fatihah : Mahasiswi UPSI maut terjatuh bangunan E-LEARNING


Petang tadi lingkungan jam 5.15 petang telah berlakunya kejadian tragis yang mana telah meragut nyawa seorang penuntut UPSI. Arwah merupakan mahasiswi semester 4 telah terjatuh daripada bangunan E-Learning di UPSI.

Kejadian tersebut masih disiasat. Saksi kejadian yang melihat kejadian tersebut masih tidak dapat memberi apa-apa maklumat berikut keadaannya yang sedang trauma.

Menurut sumber, arwah (Fatimah Mina) merupakan penuntut semester 4 yang mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang berasal dari Bakri Muar. Setakat ini, arwah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang yang mana keputusan peperiksaan semester lepas ialah 3.57..

Mangsa meninggal ditempat kejadian berikutan kecederaan serius dibahagian kaki selepas terjatuh daripada tingkat 4 bangunan tersebut...






Sumber: Harapan Esok

MAHASISWA CONTOH, MANA PILIHAN ANDA?


Kebelakangan ini acapkali mahasiswa-mahasiswa menjadi tumpuan media serta masyarakat tentang isu-isu yang ditimbulkan. Mungkin sesetengah pihak merasakan adakah apa yang dilakukan mereka ini berbaloi untuk mereka perjuangkan. 

Mari lihat foto-foto dibawah untuk ditafsirkan anda sendiri.








VS

PELAJAR PRO-PEMBANGKANG
Mana Satu Pilihan Anda?

Pembangkang Rosakkan Idealogi Sebahagian Mahasiswa bagi Meraih Undi


Dalih Pembangkang meraih Undi golongan saluran ke 2 dan ke 3 menyerlah apabila percanggahan pendirian mereka terhadap PTPTN. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lit Kit siang dan Lim Guan Eng perlu menjelaskan niat dan hasrat mereka yang mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) secara rasional dan praktikal kerana pada tahun 1997 mereka inilah yang paling bersungguh-sungguh menyokong penubuhan PTPTN bagi memastikan pendidikan anak-anak generasi kini dan masa akan datang tetap terbela serta membantu Negara melahirkan tenaga mahir yang unggul.



Sewaktu Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah mencetus idea PTPTN ini dan disambut baik oleh Kit Siang dan anaknya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 1997 bukan sahaja bersetuju dengan penubuhan PTPTN malah meminta peruntukkan awal sebanyak RM100 juta perlu ditingkatkan kepada RM1bilion bagi menyokong pembangunan pendidikan Negara.


Rekod sidang Parlimen kesembilan,penggal ketiga, Kit Siang dan Guan Eng menyokong perbahasan isu penubuhan PTPTN pada jam 3.13 petang pada 14 Mei 1997 bagi membantu golongan kurang berkemampuan menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi dengan membantu dana pengajian di institusi pengajian tinggi.



Buku Jingga yang memperkenalkan Pendidikan Percuma untuk semua masih lagi didalam perancangan mereka tetapi konsep yang mereka war-warkan itu masih kabur dan menemui jalan buntu kerana cara implementasi konsep pendidikan percuma masih diperingkat permulaan dan banyak persoalan timbul dari segi peruntukkan dana yang perlu dianggarkan untuk dibelanjakan dalam sektor pendidikan.





Majlis Belia Malaysia, GPMS, MPPK , ASPIRASI, SEDAR adalah pertubuhan Belia dan  Mahasiswa yang sering mempertikaikan kenyataan pemimpin pembangkang berkenaan yang tidak konsisten dengan pandangan mereka sebelumnya selain kesal kerana terus memanipulasikan mahasiswa seperti yang berlaku sekarang ini di Dataran Merdeka. Adakah mereka lupa bahawa memperkudakan Mahasiswa ini menyebabkan kerugian amat besar terhadap Negara didalam membimbing mahasiswa menjadi tenaga mahir yang berwibawa menerajui Negara kelak?. Hanya disebabkan kepentingan politik, mereka sanggup merosakkan generasi mereka.


ASPIRASI mempertikaikan sehubungan dengan artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini baru-baru ini melaporkan Anwar Ibrahim menyatakan bahawa cuba menegaskan bahawa golongan kaya perlu membayar semula pinjaman melalui PTPTN walau Pakatan Rakyat komited untuk memansuhkan bayaran itu. Kita dapat lihat bahawa cara penyampaian Anwar Ibrahim terhadap isu PTPTN adalah berunsurkan politik dan tindakan itu juga sebenarnya dapat meruntuhkan kualiti pendidikan anak bangsa Malaysia. Kita perlu memandang serius terhadap kecemerlangan dan kualiti pendidikan sehingga kita dapat melahirkan tenaga mahir yang benar-benar mampu berdaya saing di arena perkerjaaan secara holistik.



Dengan adanya generasi yang berkualiti kita mampu memberikan keyakinan terhadap pelabur dan masyarakat pernigaan antarabangsa supaya mengunakan tenaga mahir kita yang berkualiti ini. Majoriti Mahasiswa tidak terpedaya dengan gimik-gimik pembangkang didalam memenuhi hasrat kemenangan menuju ke putrajaya dengan membelakangi masa depan mahasiswa secara keseluruhannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...