Thursday, July 12, 2012
ULAMA TIDAK BOLEH MENJATUHKAN HUKUM HAKAM SESUKA HATI TERHADAP SESEORANG
Ulama, umara perlu elak politik kepartian
FEB 9 — Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa. Mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara.” (Riwayat Ibn Abdul Barr).
Oleh itu, harapan tinggi diletakkan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua aspek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat Islam yang sentiasa berhadapan cabaran.
Timbalan Dekan Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata ulama salih akan sentiasa berusaha memberi nasihat kepada sesiapa saja termasuk pemerintah.
Katanya, nasihat ulama bukan saja memberi faedah kepada pemerintah dan rakyat di bawah pemerintahannya sehingga ulama salaf berpendapat memberi nasihat kepada pemerintah adalah lebih baik daripada menderhaka terhadap mereka.
“Apabila Imam Malik ditanya hukum memusuhi orang yang memberontak terhadap kerajaan, beliau berkata, harus jika kerajaan itu sama seperti Umar Ibn Abdul Aziz. Apabila ditanya jika pemerintah tidak seperti Umar, jawab Imam Malik, biarkan Allah bertindak terhadap kedua-dua golongan itu.
“Ulama lain juga berpandangan apa yang perlu dilakukan terhadap pemerintah ialah memberi nasihat secara baik,” katanya pada sesi pembentangan kertas kerja sempena Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Ulama dan Umara Dalam Memperkasa Pembangunan Ummah. Katanya, pemerintah pula hendaklah sentiasa bersedia mendengar nasihat ulama dan melaksanakannya.
Majlis itu bertemakan: ‘Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah’ dan bertujuan menyatukan fikrah ulama dan umara bagi melahirkan generasi berkebolehan dalam segenap bidang demi mengembalikan kegemilangan Islam. Pertemuan itu juga bertujuan memberi ruang ulama dan umara berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencipta modul pembangunan generasi serta masyarakat sebagai penyumbang pembangunan negara.
Mahmood Zuhdi berkata, pembangunan ummah hanya akan tercapai melalui hubungan baik serta kerjasama antara golongan bijak pandai dan barisan kepemimpinan. Pemuafakatan itu nanti menentukan kestabilan politik yang menjurus kepada pembangunan ekonomi.
Beliau berkata, kemajuan tidak dapat dilaksanakan di negara yang mengalami pergolakan politik tetapi sebaliknya jika politik negara itu stabil.
“Realiti di Malaysia pun sama. Kenyataan banyak menunjukkan kemajuan menjadi pesat pada waktu kepemimpinan politik stabil. Sebaliknya jika politik goyah, tiada kemajuan dicapai dan pembangunan ummah menjadi lembap,” katanya.
Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim di Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ismail Ibrahim, pula membentangkan kertas kerja: ‘Ulama dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?’ Beliau berkata, kekuatan negara bergantung kepada empat perkara. Empat perkara yang mesti ada dalam satu negara ialah ilmu ulama, pemerintah yang adil, kemurahan hati hartawan yang bersedia menghulurkan bantuan dan doa orang fakir.
Justeru katanya, status hubungan ulama dan umara ialah ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ dalam melaksanakan tanggungjawab serta pengaruh masing-masing, bukan bergabung hanya pada masa tertentu.
“Ulama dan umara perlu tahu kelemahan serta kekuatan masing-masing selain bersedia membantu, menambah mana kurang, memperkuat mana yang lemah. Kelemahan dan kekuatan salah satu daripada dua golongan ini akan menggugat kekuatan serta maruah negara,” katanya.
Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan status tinggi kepada Islam sebagai agama negara menuntut kerjasama antara umara dan ulama melalui pembentukan agensi agama, pusat pendidikan, perundangan serta muamalat berasaskan agama.
Ismail berkata, pentadbiran dan barisan kepemimpinan memerlukan bantuan ulama serta cendekiawan Islam dalam pelbagai bidang. “Kerajaan memerlukan pandangan ulama untuk mendapatkan maklumat mengenai isu dibangkitkan dan kerajaan memerlukan kefahaman daripada sudut fatwa serta hukum Islam. Ini dapat dilakukan melalui hubungan erat ulama dan umara,” katanya.
Pada masa sama katanya, institusi ulama perlu dimantapkan supaya tampil kuat, disegani serta dihormati.
Ismail berkata, tidak dinafikan ulama sekarang lahir dengan pelbagai wajah seperti dalam pergolakan mendapat kuasa politik, maka akan lahir ulama politik dan bagi yang mencari rezeki lebih pula, jadilah ulama duta produk tertentu.
Bagaimanapun, katanya, perkembangan itu tidak menjejaskan institusi ulama selagi mereka bersatu, jujur serta ikhlas menunaikan kewajipan ketika menghadapi cabaran yang menggugat agama dan umat Islam.
“Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara terutama isu agama perlu dipolitikkan. Isu kalimah Allah juga dipolitikkan untuk mencari keuntungan politik.
“Amat menyedihkan apabila ulama sanggup menegakkan hujah yang bercanggah berdasarkan ideologi politik kepartian. Taksub dan fanatik parti politik ini sudah merebak, sekali gus menjatuh serta mencemar imej perjuangan Islam di negara ini,” katanya.
Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan Lembaga Ulama Malaysia untuk meletakkan kerjasama ulama dan umara di peringkat lebih serius. Hubungan ulama dan umara yang diinstitusikan itu membolehkan ulama bekerjasama dengan kerajaan, menasihati daripada sudut agama serta menjalankan aktiviti dipersetujui bersama. — Berita Harian
Sumber : Tun Faisal
Wednesday, June 20, 2012
Monday, June 18, 2012
ANWAR IBRAHIM MANIPULASI ORANG PAS HALANG SULTAN
Ketika kerajaan BN merampas semula Perak dari Pakatan Rakyat, penyokong mereka bertindak liar apabila mengadakan demontrasi dengan berbaring di atas jalanraya.
Perlakuan biadap itu dilakukan semata-mata mahu menghalang kereta yang dinaiki oleh Sultan Perak tiba di majlis pertabalan Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Nizar Jamaluddin.
Benar kata orang tua-tua kebenaran tetap akan muncul, cuma masa yang menentukannya. Kini kebenaran serta dalang di sebalik demontrasi tersebut akhirnya muncul membuat pengakuan di sebalik tindakan liar penyokong pembangkang ketika itu.
Ikuti pengakuan beliau sebagaimana dirakamkan oleh brader Minaq Jinggo :
Wednesday, June 13, 2012
AZIZAN RAZAK BOHONG ISU LADANG SEJAHTERA
Nampaknya Azizan Razak sudah tersepit. Apabila tersepit mula la nak menipu. Mari kita bongkarkan penipuan yang dilakukan oleh Menteri Besar Kedah ni. Mc minta baca bagi habis untuk faham keseluruhan cerita!
SIK 10 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri menggunakan projek Ladang Sejahtera untuk mengaut hasil balak secara tidak terkawal di negeri itu.
Sebaliknya, jelas beliau, projek tersebut dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menurutnya, kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan Pejabat Daerah mendapat nasihat pihak berkaitan dan projek itu di pantau jabatan tertentu termasuk Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Tidak timbul isu ambil balak kerana kita sedia maklum mengenai kawasan yang dibenarkan untuk aktiviti pembalakan serta bilangan pokok balak yang boleh ditebang. Orang saja buat bising sebab tak mahu projek ini jalan dan mereka nak tengok projek ini gagal.
"Kita kena ingat peraturan memotong balak ditentukan oleh Dasar Perhutanan Negara dan diwakili dua pihak iaitu Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar.
"Kalau kita lulus tanah tetapi dua pihak tersebut tidak lulus pun kita tak boleh buat projek ini. Jadi projek ini bukan tak ada lesen, semua buat ikut peraturan," katanya ketika ditemui di Padang Awam Pekan Sik di sini baru-baru ini.
Menurut Azizan, untuk beberapa daerah, PMBKed telah mengenal pasti seluas 13,325 hektar tanah untuk diusahakan sebagai Ladang Sejahtera.
"Kerajaan negeri menyasarkan sehingga 2016 seluas 20,000 hektar Ladang Sejahtera akan diusahakan di seluruh negeri ini," ujarnya.
Azizan menjelaskan, dakwaan penduduk di sekitar kawasan Gunung Inas bahawa air sungai di kawasan itu keruh disebabkan aktiviti pembalakan juga tidak benar.
"Kalau musim hujan semua tempat air keruh, tempat jernih pun jadi keruh," ujarnya.
Menurut beliau, pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi di pekan Baling baru-baru ini mengenai isu air keruh itu bukan penduduk asal di kawasan Gunung Inas.
"Semua saja buat kacau, macam-macam isu depa kacau sekarang. Yang penting sekarang saya tidak ambil duit rakyat, apa yang kerajaan negeri dapat akan diberikan kepada rakyat," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa peserta-peserta Ladang Sejahtera terdiri daripada ahli-ahli Pas, Azizan berkata, senarai nama peserta Ladang Sejahtera diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). - Utusan
Itu kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Kat bawah ni pula video yang kami rakam semasa temubual bersama dengan pegawai dari Jabatan Hutan. Pegawai ni diminta turun sendiri oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah, setelah beliau tidak dapat turun kerana ada urusan lain.
Dengar apa jawapan dari beliau bila ditanyakan mengenai kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar:
Pegawai ni cakap dalam 'proses'.. hakikat yang sebenarnya, projek ladang hutan ni tidak pernah memohon pun kelulusan EIA (Environmental Impact Assessment). Malah kami TMK akan dedahkan temubual ini sepenuhnya, bagaimana PMBked (Perbadanan Menteri Besar Kedah) begitu berkuasa mengarah Jabatan Perhutanan mengikut kehendak mereka atas LESEN LADANG HUTAN (Ladang sejahtera atau Ladang Rakyat).
Sebenarnya, projek Ladang Hutan di Gunung Inas ini benar-benar telah merosakkan alam semulajadi. Sungai telah disekat dan dijadikan laluan jentera dan lori untuk mengeluarkan kayu balak. Kawasan tadahan air bersih penduduk telah diganggu, hingga bekalan air mereka tercemar. Andaikata Jabatan Alam sekitar benar-benar membuat siasatan, Mc confirm projek Ladang Hutan akan diberhentikan serta merta. Itu pun kalau takdak 'kawtim' oleh PMBked la. he he..
Sebelum ni kami sengaja tidak mengeluarkan artikel mengenai EIA, sebab nak tunggu MB jawab mengenai hal ini. Alhamdullilah.. MB pun jawab dan siap berbohong lagi mengenai EIA. Nampaknya perangkap dah kena!
MB Kedah kata, penduduk yang buat demo tu, bukan penduduk kampung Iboi? Mc minta MB Kedah Ustaz Azizan hubungi Mc, untuk Mc bawa Ustaz Azizan ke rumah-rumah penduduk yang buat demo tu. Kadang kala kita kena tengok dengan mata dan kepala kita sendiri, dari mengharap 'report' yang tiba di meja MB tu.
Mengenai air keruh apabila hujan?
ni gambar diambil setelah dua minggu tak hujan..
Ini diambil 2 hari lepas hujan
Ini diambil pada hari hujan bersama dengan pegawai Jabatan Alam Sekitar
Siap ambil sampel air lagi..
Jabatan Alam Sekitar pun satu hal.. bila keadaan dah teruk, orang dah bising, baru terhegeh-hegeh nak datang check dan ambil sampel air. Sebelum ni kemana hilangnya mereka, apabila hutan dan air sungai dirosakkan?
Jika perkara ini tidak dapat diselesaikan, kami akan bawa perkara ini hingga ke meja MB Kedah. Kalau tetap tak boleh, Mc akan laporkan kepada SPRM mengenai hal ini. Bagaimana projek Ladang Hutan boleh dijalankan tanpa EIA dari Jabatan Alam Sekitar dan mengikut peraturan tertentu. Pasti ada salahlaku atau 'undertable' yang telah dilakukan.
Apa yang penting, MB Kedah telah menipu mengenai EIA dari Jabatan Alam Sekitar, penduduk kampung dan air keruh. Tiga bukti nyata yang boleh kita pegang untuk kita ketahui bahawa, sememangnya MB Kedah ni sanggup menipu untuk menyelamatkan diri.
Ini memang perangai orang Pas.. sapu duit, bila kantoi, mesti menipu, kantoi menipu, minta tolong Nik Aziz bagi fatwa untuk sucikan dosa. Sia-sia orang panggil Ustaz, kalau dok menipu sana sini.
Insyallah kami akan terus 'follow up' isu ni hingga dapat keputusannya kelak. Disamping, isu-isu lain di Kedah yang kami akan korek dan gali semula untuk menunjukkan bahawa Pas Kedah hanya pandai cakap, sapu duit dan tak reti nak perintah.
McTheory:
Bersedialah Pas Kedah.. gegar kerusi MB lepas ni..
Wednesday, May 23, 2012
ANWAR IBRAHIM TETAP DEBAT DENGAN PERDANA MENTERI
Anwar Ibrahim tetap hendak berdebat dengan Perdana Menteri sebab ketandusan isu dan cuba menyelongkar kelemahan Kerajaan tetapi inilah jawapan yang bernas daripada Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk Anwar Ibrahim supaya sebelum nak jadi Perdana Menteri cuba selesaikan masalah rakyat dengan cara turun padang jumpa rakyat bukan berdebat.
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak perlu diadakan debat terbuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tengku Adnan menganggap bahawa perdebatan bukanlah jalan penyelesaian dalam merungkai pelbagai masalah, sebaliknya pendekatan Perdana Menteri yang lebih gemar turun padang dan menyelami kehendak rakyat diaplikasikan untuk pengurusan dan pentadbiran negara ini.
“Apa yang jelas, tindakan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan debat sebagai jalan menyelesaikan masalah adalah sesuatu yang tidak logik untuk dilakukan dan tentunya sebagai pemimpin berjiwa besar saya fikir tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri menerima cadangan tersebut,” kata beliau dipetik Umno Online, hari ini.
Tengku Adnan juga berkata, pada pandangan beliau Perdana Menteri tidak perlu melayan tuntutan debat, apatah pula dengan "ketua pembangkang yang seringkali melihat kepada sudut negatif semata-mata untuk menjatuhkan kerajaaan yang telah memajukan negara."
“Berdasarkan beberapa siri debat yang telah berlangsung sebelum ini didapati bahawa ia lebih cenderung untuk dimanipulasikan oleh pihak pembangkang selain memainkan emosi tanpa mengguna pakai ilmu yang ada," katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa perdebatan yang diadakan adalah ikutan daripada budaya politik di Amerika Syarikat dan Eropah yang berbuat demikian menjelangnya pemilihan presiden mereka.
"Kenapa kita mesti terikut-ikut dengan acuan dari Barat sedangkan kita sendiri mempunyai sistem pentadbiran yang lancar dan berpandukan kepada demokrasi terpimpim,” kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).
Tengku Adnan juga mengkritik Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali mencari populariti dengan melakukan provokasi dan cuba mengusulkan keperluan debat dibuat sedangkan keutamaan adalah rakyat dan negara.
“Sebagai pemimpin yang amanah dan melaksanakan tanggungjawab tentunya Perdana Menteri lebih mengutamakan kehendak rakyat keseluruhannya daripada memenuhi tuntutan segelintir pembangkang yang kerapkali lebih bersifat provokatif.
“Ini bukanlah perkara baru kerana umumnya, penerimaan ikhlas kerajaan akan dijadikan satu permainan sebagaimana perpaduan dan muzakarah yang turut disensasikan sebagai satu isu atas tujuan mengekalkan populariti pemimpinnya yang tenggelam kerana gagal dalam pentadbiran,” katanya lagi.
Tegasnya, pihak pembangkang hanya tahu memanipulasi isu dan melakukan provokasi kepada kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.
“Pembangkang gagal melakukan kebajikan dan kemajuan kepada masyarakat dan lantaran itulah mereka tiada punca untuk dicanangkan selain daripada mencari kesalahan dan memanipulasikan kepimpinan Umno-BN,” katanya lagi.
Sunday, May 6, 2012
AZMIN WAJIB BERBAIK DENGAN IBUNYA-USTAZ AZHAR IDRUS
Nasihat Ustaz Azhar Idrus kepada Azmin Ali agar hubungan beliau dan ibunya kembali rapat. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu dan tidak akan mencium bau syurga bagi anak-anak yang tidak mendapat keredhaan ibunya.
Politik adalah perkara yang berbeza dan ia tidak wajar dijadikan alasan untuk menghina dan memutuskan silaturrahim antara anak dan ibu.
Saturday, May 5, 2012
RAKYAT TIDAK AKAN DITIPU APABILA MAK MENANGIS - AZMIN ALI
Apalah salah seorang ibu jika kita siksa hatinya? Rakyat diutamakan dari seorang Ibu yang mengandung, melahirkan dan mendidik sehingga besar seperti Y.B. Azmin Ali(Mohamed Azmin Bin Ali) pemimpin muda Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga adalah Ahli Parlimen Gombak yang lupa jasa ibunya. Adakah rakyat ditipu?
Mari Kita Lihat sedutan video Ibu YB Azmin Ali:
Mari kita Dengar Penceramah Bebas, Ustaz Khazim Elias yang menceritakan tentang Tanda-tanda akan diturunkan baka kepada anak derhaka kepada seorang ibunya:
Pengajian Kitab Bahrul Mazi Jilid 15
Tanda-tanda Allah akan menurunkan Bala :
Akan diturunkan Bala apabila
1. harta ghanimah menjadi harta sebelah pihak
2. Amanah menjadi Sumber Pendapatan
3. Zakat menjadi Pemiutang
4. Suami yang mengikut isterinya
5. Anak-anak menderhaka pada ibunya
Derhaka Anak:
1. Bercakap Kasar Terhadap Ibu tanpa lemah lembut
2.Pelbagai Alasan berbuat dalih apabila ibunya membuat keputusan
3.Lansung tidak menolong Ibunya
4.Ibu melarang lansung memaki Ibunya dan menyumpah ibunya
5.Ibunya sakit lansung tidak melihat, tidak menziarah, tidak
membantu ibunya hanya bersama anak dan isterinya
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)




