Tuesday, January 15, 2013

#KalimahALLAH: KHALID SAMAD TERLUPA TAK PERNAH SEBUT ISU TERJEMAHAN BM? #Kantoi


Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Ibrahim terpaksa menelan situasi sukar selepas Majlis Syura PAS semalam membuat keputusan kalimah 'ALLAH' dilarang penggunaannya oleh mana-man agama selain Islam dalam terjemahan kitab/risalah mereka. [RUJUK :MYOMEDIA!]

Ini kerana Khalid Samad merupakan individu dari Parti Islam (??) tersebut yang paling lantang menyokong penggunaan kalimah ALLAH dalam terjemahan BM penerbitan Kristian sejak 3 tahun lalu sehingga diberikan gelaran 'Khalid Gereja' oleh kebanyakan blogger yang tidak senang dengan pendiriannya.

Ekoran keputusan Majlis Syura PAS, Khalid Samad terpaksa menafikan sokongannya dengan pelbagai putar-belit setelah 'diserang bertubi-tubi' di laman Twitter.[ RUJUK : TUNFAISAL ]

Perhatikan imej di atas kita boleh melihat antara putar-belit Khalid Samad menyelamatkan 'tengkuk'nya dari dipancung oleh PAS walaupun jelas terdapat pelbagai bukti sokongannya terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dalam terjemahan BM. (sila rujuk link yang dipaparkan untuk berita penuh)

Jika kenyataannya dalam portal2 pro-PR tersebut tidak benar, mengapa Khalid Samad tidak menyaman portal2 tersebut sedangkan personal ini sudah sinonim dengan aktiviti saman-menyaman!



inks:


Sunday, January 13, 2013

#KL112 : VIDEO KIBLAT TAK TENTU ARAH TIDAK AKAN KELUAR DI HARAKAH


Memalukan, kelam kabut kem Mat Sabu bila Himpunan Shamsidar bukan saja tidak mendapat sambutan malah terdapat salah laku dalam amalan tiang agama, Solat.

HKR bukan Himpunan Kebangkitan Rakyat, ianya adalah Himpunan Kelentong Rakyat dan Himpunan Kencing Rakyat. Semua perkara nak dikencing dan kelentonnya.

1. Jumlah kehadiran awal-awal lagi pasukan media pakatan haram dah spin mengeluarkan angka yang tak
    masuk akal, 200 ribu

2. Kehadiran kanak-kanak bawah umur 15 Tahun jelas melanggar undang-undang

3. Membawa sepanduk yang provokatif, yang bakal timbulkan ketegangan



Malah banyak lagi perkara yang cuba dikencing dan membohong hanya semata-mata kerana nak politikkan semua isu yang dibawa. Ternyata Mat Sabu gagal memimpin Himpunan Kencing Rakyat kali ini. Suara-suara sumbang mula kedengaran bahawa perhimpunan sebelum ini yang mana A Samad jadi Ketuanya lebih berjaya.

Yang paling teruk Mat Sabu kena hentam bila isu solat di waktu yang sama dengan imam yang berlainan di tempat yang sama tetapi arah kiblat yang berlainan. Video solat atau menunjuk itu ada di bawah

        

Gambar di atas sudah tersebar ke merata media maya. Mat Sabu tak mampu nak jawab dan NIk Aziz terpaksa balik ke rumah mencari kitab untuk mencari kalau-kalau ada hadis atau wahyu yang membenarkan solat cara begini.

Menurut sumber dalaman, mereka diarahkan solat dalam jumlah yang ramai, kononnya nak tunjukkan pada rakyat negara ini bahawa mereka bersolat juga walaupun di Stadium Merdeka. Walaupun ada surau disediakan dalam kawasan Stadium Merdeka dan adanya Masjid yang berdekatan. Pasukan Media pakatan haram mulanya seronok mengambil gambar pelbagai posisi untuk menunjukkan dalam medium masing-masing. Akhirnya mereka terjerat dalam usaha mengencing dan membohongi rakyat Malaysia.

Hj Hadi tak mampu nak keluarkan fatwa spontan sebab dia takut termalu dengan sendiri, beliau mengelak untuk menjawab, mungkin Hj Hadi sama seperti Nik Aziz, balik ke rumah dan mula belek kitab kembali, mana tahu ada hadis atau firman yang bolehkan solat sedemikian rupa.

Malah ada juga yang tak solat langsung sepanjang hari dalam Stadium Merdeka dengan alasan susah nak ambil wuduk dan akan solat Qada bila pulang ke kampung halaman masing-masing. Mudah saja pengikut Mat Sabu menjawab bab solat yang amat keliru ini.

Paling memalukan, Mat Sabu, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak bersama semasa solat tersebut. Biasanya Nik Aziz akan jadi imam, tapi kali ini ramai pengikut taksub mereka hampa bila Nik Aziz seolah-olah tidak mahu turun ke tengah padang untuk jadi imam solat mereka. Hj Hadi pun sama dan Mat Sabu takkan berani untuk jadi Imam sebab semua tahu siapa Mat Sabu.

Ada juga peserta yang solat sendirian di atas padang tanpa pedulikan jemaah solat sedang berlangsung. Semuanya jadi kelam kabut dan keadaan ini tak mampu untuk dipulihkan lagi sebab banyak gambar solat pelik ini mula keluar di media cetak dan media maya.

HM harap dalam masa terdekat, Nik Aziz atau Hj Hadi atau Mat Sabu ataupun Ustak Mek Dee tampil untuk jelaskan hal ini.

HM harap janganlah kerana nak undi maka semua perkara nak dihalalkan.

sumber:MI

Tuesday, January 8, 2013

ULAMA YANG MENGHALALKAN CARA DEMONSTRASI JAHIL ADALAH MENGIKUT DASAR BANGSA YAHUDI

                


[Video] Ustaz rasul - Ulama yang halalkan demonstrasi jahil, ikut Yahudi? #balaciZionis

Tonton minit 1:44:14 untuk fahami pandangan Ustaz Rasul tentang demonstrasi. Tidak ada nas qat'i yang menghalalkan demonstrasi. Pendemonstran adalah jahil dan mengikut ajaran Yahudi. Adakah ulama yang halalkan demonstrasi jahil atau ditaja Zionis? Sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak terlibat dalam demonstrasi sebaliknya dalam demonstrasi pertama dalam Islam yang dibawa oleh Abdullah bin Saba adalah majoritinya orang Mesir.

Sumber: TunFaisal

SUDAH ROMPAK KERAJAAN NEGERI,INI KALI LAH ROMPAK DUIT RAKYAT



Lagi sekali cubaan DAP mendapatkan simpati rakyat dengan mengeluarkan Istilah-istilah sebeginirupa didalam ruang-ruang media baru terutamanya di Facebook. Apalagi yang mereka inginkan setelah merosakkan PAS dan PKR yang senantiasa mengikut telujuk mereka.

Monday, January 7, 2013

TENAGA BARU 50% FORMULA BARU BN UNTUK MENANG PILIHANRAYA


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa.

"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam.

Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan.

Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat.

"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya. - Utusan Malaysia

Sunday, January 6, 2013

DATUK HARUN TEGAS PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DIPERTAHANKAN WALAUPUN MAT SABU SOKONG



Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan untuk menggantikan "God" dalam Bible versi Bahasa Melayu sebagaimana disarankan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng walaupun ada pemimpin tertinggi parti itu menyokongnya.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu didakwa menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH, seperti itu tidak betul.

Harun berkata, penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk orang Islam dan Guan Eng tidak wajar meminta agar dibenar untuk menggunakannya dalam Bible Bahasa Melayu.

"Saya memang kata tak boleh, penggunaan kalimah ALLAH untuk orang Islam sahaja. Saya menegaskannya seperti sebelum ini saya sudah bercakap dan tak akan berubah.


"… Lim Guan Eng minta perkataan "God" ditukar menjadi kalimah ALLAH memang tak boleh," katanya dengan nada tegas.

Isu kalimah ALLAH ini turut mendapat perhatian Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menyifatkan Pas celaru dalam menentukan pendirian berhubung isu tersebut kerana terdapat pencanggahan di antara pemimpin tertinggi.

Harun bagaimanapun berkata, kenyataan Mat Sabu masih belum didengarnya dan isu berkaitan masih belum sampai kepadanya.

"Kenyataan Mat Sabu saya masih belum dengar daripada beliau sendiri dan masih belum sampai kepada saya," katanya apabila ditanya mengenai kenyataan Mat Sabu di dalam sebuah portal berita terhadap isu itu.

Sumber: Kulaan Niring

UST KAZIM ELIAS MENJELASKAN KENAPA ORANG KAFIR TIDAK BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH

     
    

Sumber: Tunfaisal
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...