Monday, February 25, 2013

DIPERAK SEBELUM INI SAMA DAN NIK AZIZ MUNGKIN AKAN SETUJU DENGAN JANJI YANG DILUKISKAN

Perancangan yang dijanjikan oleh Nik Aziz untuk Rakyat Kelantan dari tahun 1990 hingga 2012 masih ditakuk lama. Tetapi perkara yang telah disiapkan sehingga sekarang proses dijalankan secara sepenunhya hanyalah tebang Balak.

Sebelum ini seperti di Perak, ada Hak Malaysia berbual dengan wakil yang memegang lesen Tebang Balak, Pakatan menggunakan lesennya untuk menebang balak di gunung Perak ini hanya alasan untuk membeli van jenazah di Manjung.Alangkah malunya bahawasanya mereka ingin berkuasa hanya untuk menebang balak seperti di Kelantan tanpa menaikkan pembangunan menggunakan dana yang ditebang atau membelanjakan wang kerajaan Negeri untuk pembangunan bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Fikir-fikirkan lah..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APA MAKSUD TANGGUNGJAWAB DIHATI NIK AZIZ




Apakah erti "Tanggungjawab" yang selalu diajar di sekolah pondok, madrasah, Sekolah Kebangsaan pada suatu ketika dahulu. Adakah Nik Aziz lupa bahawa segala tindak tanduknya merosakkan PAS dan PAKATAN itu sendiri dengan menyatakan bahawa penerima BR1M sama seperti binatang?

Adakah Nik Aziz dan PAS lupa bahawa segala yang diungkapkan oleh Nik Aziz itu adalah dipertanggunjawabkan keatas orang yang menyatakan sesuatu kenyatan tambah lagi seorang Pemimpin yang disebut-sebut sebagai Mursyidul Am PAS yang disegani oleh Ahli-ahli setia PAS?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa kenyataan itu dilontarkan bagi mengejar kedudukan dan pangkat ke Putrajaya memberikan ruang kepada ahli-ahli PAS yang menerima BR1M menyumpah-nyumpah Nik Aziz kerana tersinggung dengan kenyataan yang dibuat?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa melukakan hati manusia itu berdosa?

Adakah Nik Aziz lupa bahawa pemimpin yang salah membawa fitnah itu akan diseksa dan ditimbang tara kelak?

Kepada Nik Aziz, Lupakah kamu tentang:-

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir (pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan kepimpinannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 6/296, no. 1627. Hadis hasan sahih)

Mari bersama-sama kita fikirkan adakah kita perlukan pemimpin seperti ini...

.................................................................................................................................................................

PAS perlu bertanggungjawab dengan kenyataan Mursyidul Am mereka mengatakan bahawa penerima BR1M sama seperti lembu dan ayam yang memakan jerami padi serta hampas kelapa.

PAS diminta oleh Timbalan Perdana Menteri supaya mengeluarkan fatwa baru bahawa menerima BR1M juga adalah haram, seperti kenyataan beliau kepada BERNAMA.

Bagi Sangkakala, ada benarnya juga dengan apa yang dikatakan oleh TPM memandangkan mereka (PAS) yang mengeluarkan kenyataan dan mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Penerima BR1M bukan sahaja dari kalangan orang orang UMNO malah ianya juga diterima oleh ahli PAS dan beberapa bekas ADUN PAS juga dikatakan menjadi penerima skim bantuan kerajaan tersebut.

Jadi dalam perkara ini Hadi awang perlu mengeluarkan fatwa atau apa juga sekalipun kenyataan sama ada menyokong kenyataan Nik Aziz atau sebaliknya.

Dan kepada ahli ahli PAS yang menerima BR1M, mereka juga perlu menuntut penjelasan dimana kedudukan mereka selaku penerima BR1M, sama ada mereka ini tergolong didalam golongan seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz atau pun bukan seperti yang diminta oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi.

Sumber:Sangkakala9

KUASA POLITIK MAHASISWA


Pertembungan bekas-bekas aktivitis mahasiswa di Sinar Harian, Mari kita penuhkan ruang Auditorium Karangkraf esok pada Jam230petang.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 20, 2013

KEPUTUSAN PENUH MAJLIS BELIA MALAYSIA 2012-2014


                             
                         


















PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS BELIA MALAYSIA SESI 2012-2014 SEMPENA MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN KALI KE-61

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-61 pada 18 hingga 20 Januari 2013 di Hotel Summit USJ, Subang Jaya, Selangor. Seramai 370 orang perwakilan layak mengambil bahagian dalam MPAT kali ini yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

MPAT kali ini juga memenuhi salah satu tuntutan Perlembagaan MBM bagi memilih barisan kepimpinan MBM untuk sesi 2012 – 2014. Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan seperti Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa.

Senarai calon-calon yang bertanding bagi jawatan tersebut adalah seperti berikut :

Calon Pengerusi Tetap (seorang pemenang sahaja)

1. Sdr. Mohamed Nazri Hashim (Majlis Belia Negeri Pahang)

2. Sdr. Khairul Anwar El Syazalli Musa (Majlis Belia Negeri Perak)

3. Sdr. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Majlis Belia Wilayah Persekutuan)

Calon Timbalan Pengerusi Tetap (seorang pemenang sahaja)

1. Sdr. Mohd Hazimin Jamaludin (Majlis Belia Negeri Kedah)

2. Sdr. Murali a/l Kuppan (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)



Calon Presiden (Menang Tanpa Bertanding)

1. Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)

Calon Timbalan Presiden (Menang Tanpa Bertanding)

1. Sdr. Muammar Ghadafi Datuk Jamal (Gerakan Belia 4B Malaysia)

Calon Naib Presiden (tiga pemenang sahaja)

1. Sdr. Manndzri Nasib (Majlis Belia Felda Malaysia)

2. Sdr. Low Eng Tack (Gerakan Belia Bersatu Malaysia)

3. Puan Ida Harlina Ikhwan Nasir (Majlis Belia Wilayah Persekutuan)

4. Sdr. Nasrul Ahmad (Majlis Gabungan Belia Melaka)

5. Sdr. Hamdan Jamel (Majlis Belia Negeri Kedah)

Calon Setiausaha Agung (Menang Tanpa Bertanding)

1. Sdr. Mohd Zaidi Aziz (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Calon Bendahari Kehormat (Menang Tanpa Bertanding)

1. Sdr. Mahendran a/l Nadason (Majlis Belia Hindu Malaysia)

Calon Ahli Jawatankuasa Kerja (12 pemenang sahaja)

1. Sdr. Rhayme Yahaya (Majlis Belia Wilayah Persekutuan)

2. Sdr. Reghu Devan Lopez a/l Manuel Lopez (Majlis Belia India Malaysia)

3. Sdri. Haryaty Hamdzah (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)

4. Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir (Majlis Belia Negeri Johor)

5. Sdri. Leong Fang Hui (Pergerakan Pemuda Malaysia)

6. Sdr. Nor Akmal Ibos (Majlis Belia Selangor)

7. Sdri. Nurnuha Zulfakar (Persatuan Pandu Puteri Malaysia)

8. Sdr. Mohd Hafiz Ariffin (Persekutuan Pengakap Malaysia)

9. Sdr. Nourman Ag Zaini @ Rayn (Majlis Belia Sabah)

10. Sdr. Khairul Muzammil Eshak (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)

11. Sdr. Ahmad Daniar Ismail (Majlis Belia Negeri Pahang)

12. Sdr. Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

13. Sdr. Syed Osman Mohamed (Pergerakan Belia India Muslim Malaysia)

14. Sdr. Mohd Faisal Abu Bakar (Majlis Belia Kelantan)

15. Sdr. Syed Mohd Hafizuddin Syed Omar (Majlis Belia Negeri Terengganu)

16. Sdr. Mohd Aizad Roslan (Majlis Belia Negeri Kedah)

17. Sdr. Wan Ahmad Sabri Yusof (Majlis Belia Negeri Perlis)

18. Sdr. Mohammad Rizan Hassan (Persatuan Asrama Belia Malaysia)

19. Sdr. Jonathan a/l Jesudas (Persaudaraan Belia Methodist Malaysia)

20. Sdr. Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

21. Sdri. Wan Adilah Wan Awang (Majlis Belia Negeri Terengganu)

22. Sdr. Abu Qassim Nor Azmi (Angkatan Belia Islam Malaysia)

Penamaan calon untuk mengisi kekosongan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014 diadakan pada 19 Januari 2013 dan proses pengundian dilakukan pada 20 Januari 2013. Keputusan penuh selepas pengiraan undi akan diperolehi selewat-lewatnya jam 1.00 petang pada 20 Januari 2013.

Senarai penuh keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014 adalah seperti berikut :

Pengerusi Tetap Sdr. Khairul Anwar El Syazalli Musa

(Majlis Belia Negeri Perak)

Timbalan Pengerusi Tetap Sdr. Murali a/l Kuppan

(Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)

Presiden Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

(Majlis Belia Negeri Pulau Pinang)

Timbalan Presiden Sdr. Muammar Ghadafi Datuk Jamal

(Gerakan Belia 4B Malaysia)

Naib Presiden Sdr. Low Eng Tack

(Gerakan Belia Bersatu Malaysia)

Sdr. Manndzri Nasib (Majlis Belia Felda Malaysia)

Sdr. Nasrul Ahmad (Majlis Gabungan Belia Melaka)

Setiausaha Agung Sdr. Mohd Zaidi Aziz

(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)

Bendahari Kehormat Sdr. Mahendran a/l Nadason

(Majlis Belia Hindu Malaysia)



Ahli Jawatankuasa Kerja

1. Sdr. Mohd Aizad Roslan

(Majlis Belia Negeri Kedah)



2. Sdr. Mohd Hafiz Ariffin

(Persekutuan Pengakap Malaysia)




3. Sdr. Hasnul Haniff Harun

(Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)



4. Sdr. Ahmad Daniar Ismail

(Majlis Belia Negeri Pahang)



5. Sdr. Mohd Faisal Abu Bakar

(Majlis Belia Kelantan)



6. Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir

(Majlis Belia Negeri Johor)



7. Sdr. Nourman Ag Zaini @ Rayn

(Majlis Belia Sabah)



8. Sdri. Leong Fang Hui

(Pergerakan Pemuda Malaysia)



9. Sdr. Nor Akmal Ibos

(Majlis Belia Selangor)



10. Sdr. Mohammad Rizan Hassan

(Persatuan Asrama Belia Malaysia)



11. Sdri. Haryaty Hamdzah

(Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)



12. Sdri. Wan Adilah Wan Awang

(Majlis Belia Negeri Terengganu)



 Suntingan: Majlis Belia Kawasan Putrajaya

Thursday, January 17, 2013

HOT : ANWAR DAN GUAN ENG BERJAYA MEROSAKKAN IBUBAPA FANATIK 'BERSIH' DI SEKOLAH



Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar yang tampil menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0, telah menjadi buah mulut di laman sosial apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.

Seorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.

"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati.

"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.

Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut. 



"Saya hanya menerima SMS. Ini inisiatif daripada kawan. Saya hanya terima SMS dan majukan kepada kawan lain. Kawan di pejabat saya pun saya suruh pakai baju kuning. Saya sendiri pakai baju BERSIH," katanya. 

Ditanya mengenai reaksi ibu bapa dan guru sewaktu kumpulan mereka memakai baju tersebut, Wong yang bekerja sebagai jurulatih kursus kewangan berkata para guru berkenaan menunjukkan reaksi "biasa dan tidak marah". 

"Ada yang pandang-pandang, ada yang tegur-tegur. Yang mana saya kenal, mereka bersetuju. Guru bersikap biasa sahaja. Mungkin mereka penat layan orang... Mereka biasa sahaja," katanya.

Sekumpulan ibu pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai 'BERSIH Mama' mempromosi tindakan itu melalui satu kenyataan kepada media semalam.

Mereka menggesa para ibu bapa menggunakan kesempatan ketika menerima wang bantuan tersebut untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Pada masa ini, apa yang paling diperlukan rakyat di negara ini bukanlah bantuan kewangan RM100, RM250 atau RM500.

"Jika negara ini tiada pilihan raya bersih dan adil, tujuan sebenar pilihan raya tidak akan dicapai dan negara ini tidak akan menjadi benar-benar demokratik untuk memilih wakil yang diingini rakyat," kenyataan itu dipetik.

Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada ibu bapa merupakan peruntukan yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat tahun lalu.-MK


**Kurang ajar tak bertempat....

Sumber: Empayar Pemuda

ROSMAH BERSUMPAH "WALLAHI SAYA TIADA CINCIN RM 24 JUTA"






Petikan Blog: Sangkakala


TERSEMBUR NASI DALAM MULUT ANWAR DENGAN KENYATAAN ROSMAH


Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah membuatkan nasi yang dimakan oleh Anwar tersembur keluar apabila Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi dan dengan beraninya beliau telah bersumpah kerana Allah swt yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang. 

Lagi satu penipuan yang dilakukan oleh pembangkang ditepis oleh isteri Perdana Menteri yang sanggup bersumpah dihadapan khalayak ramai. 

Lepas ni tak tau apa pembangkang nak fitnah keluarga Perdana Menteri pulak. 

Apa yang pastinya rakyat dah tau segala perkara yang sebenar dan isu cincin tersebut hanya diperbesar besarkan oleh pembangkang dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Petikan : Perak Today

Saya Sumpah Kerana Allah: DS Rosmah


"Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.
Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.
“Tak kisahlah apa mereka nak cakap… biarlah… mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa… kita ni sabar sahajalah.
“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar… saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada diantaranya.
“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.
“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang kerumah saya dan lihat sendiri cincin itu… tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.
“Sebab itu saya berani bersumpah… kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran… kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan."


Sumber:TunFaisal


Wednesday, January 16, 2013

AZIZAN ABDUL RAZAK TARIK GARIS PANDUAN ARTIS WANITA CINA MENYANYI DEMI UNDI DAP KEDAH




ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah hari ini menarik balik garis panduan bagi mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan 9 Januari lalu.

Penarikan semula ketetapan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, melalui satu kenyataan yang dihantar kepada Antarapos.

Menurut Azizan, kerajaan negeri PAS Kedah mengakui telah berlaku 'tersalah pandang' pemberitahuan garis panduan yang melibatkan acara perayaan.

Justeru, satu garis panduan baru akan dikeluarkan bagi menggantikan peraturan yang telah ditarik balik untuk kegunaan badan pengurusan bersama City Plaza atau mana-mana pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia di Kedah.

Bagaimanapun, garis panduan baru yang akan dikeluarkan boleh diubahsuai mengikut keadaan.

Kerajaan negeri Kedah juga akur kelonggaran akan diberikan untuk program-program yang berkaitan dengan sambutan perayaan keagamaan dan budaya.

Namun kesemua penganjuran program itu perlu patuh pada tatacara yang sesuai dengan kod etika pemakaian yang sesuai dengan budaya pelbagai kaum.

Kerajaan negeri Kedah sebelum ini dikritik hebat apabila menetapkan beberapa garis panduan yang disifatkan sebagai menafikan budaya dan sensitiviti kaum Cina, yang bakal menyambut sambutan Tahun Baru Cina, Februari depan.

Garis panduan yang diumumkan Exco Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib itu mengharamkan persembahan penyanyi wanita profesional di mana-mana pusat membeli-belah atau lain-lain tempat awam, melainkan pelajar sekolah.

Hanya penghibur lelaki dibenarkan untuk menyanyi dan menari ketika membuat sebarang persembahan.

Muzik secara langsung adalah tidak dibenarkan sebaliknya hanya penggunaan 'minus-one' diizinkan untuk apa jua persembahan.

Pusat membeli-belah juga hanya boleh memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan yang mengandungi mesej positif dan jika melibatkan penghibur, nama dan jadul lagu perlu dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Paling penting, mana-mana individu yang terlibat dalam persembahan seni itu mestilah berpakaian sopan dan jika mana-mana peraturan dilanggar, kerajaan negeri akan membatalkan serta-merta majlis itu.

Penarikan balik garis panduan oleh PAS bukan perkara baru dalam parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS Kelantan turut menarik balik Akta Majlis Undang-Undang Tempatan yang hampir 20 tahun dikuatkuasakan setelah menerima kritikan dari pelbagai pihak terutama rakan komponennya, DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...