Monday, February 25, 2013

PAKATAN CADANG LUPUS PEMBEKAL UTAMA NEGARA BAGI KEMUDAHAN AWAM STRATEGIK DAN PERKHIDMATAN #ManifestoBukanJanji


Intipati konvensyen pakatan yang membentangkan isu melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan(GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasional kepada pengurusan GLC melalui kaedah mengambil alih oleh pengurusan menunjukkan bahawa DAP mempergunakan Anwar Ibrahim melupuskan kekuatan GLC tetapi memberkuatkan Perniagaan Ekonomi orang-orang cina disamping menidakkan Keadilan yang dilaung-laungkan.

Keseluruhan GLC termasuk perniagaan berkepentingan dan bukan berkepentingan adalah titik tolak kerajaan di dalam membantu usahawan-usahawan Bumiputera supaya mengejar paras ekonomi yang ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru(DEB).

DAP sejak dari dulu cuba menidakkan perkembangan GLC kerana dikhuatiri Bumiputera akan menyaingi perniagaan orang cina sedangkan Kerajaan memperkuatkan Bumiputera supaya Bumiputera dapat mengimbangi Kestabilan Ekonomi dan mempercepatkan kepesatan kemajuan negara.

DAP memang bijak didalam menentukan manifesto dengan membayangi oleh entiti Anwar Ibrahim memperjuangkan hak bumiputera sedangkan DAP tamak untuk menguasai ekonomi Negara dengan mengikis sedikit demi sedikit perkembangan GLC.

Akibat rakus dan tamak DAP didalam meletakkan manifesto melupuskan perniagaan bukan berkepentingan GLC menyebabkan pembangunan Bumiputera yang bergayut di badan GLC akan merudum dan tidak mampu berdaya saing di dalam negara mahupun luar negara.

Perlupusan ini juga mampu mengugat prospek pekerjaan yang dinamik didalam GLC apabila kerajaan tidak berkuasa kelak untuk bersuara apabila orang-orang DAP sudah memonopoli didalam urusan GLC.

Akhirnya,bukan sahaja bumiputera tidak dapat membina syarikat yang mampu menyaingi didalam kecekapan perniagaan malah penurunannya ketelusan akibat rasuah berleluasa.

Yang penting GLC perlu dipertahankan demi pembangunan Bumiputera.Pakatan Rakyat adalah pakatan yang menghancurkan Pembangunan Negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ANWAR IBRAHIM DIMALUKAN OLEH PESERTA KONVENSYEN PAKATAN



Kosong-kosong kerusi dalam konvensyen sewaktu Anwar Bercakap?adakah semua hisap rosok diluar?


Malunya! Anwar dan Guan Eng dimalukan oleh perwakilan semasa Konvensyen Pakatan pembangkang?

Sila rujuk 3 video dan laporan di bawah :
       

      


Sila baca :

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.

     


Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk “selamatkan” Malaysia.

Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.

Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.
       
           


Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.

"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, “ kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambill pendirian sama. “Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu,” kata beliau.


Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabia ditanya oleh wartawan. 

"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. - AntaraPos


PENGHARGAAN PENTING KEPADA MEDIA BLOGGER PRO

Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda.
 
Sumber:Tunfaisal

Sila Layari jika ingin mengetahui lanjut:-
http://bit.ly/ZmLelm


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BN FOKUS 59DUN PERAK UNTUK PASTIKAN KEMENANGAN BN

Barisan nasional akan menumpukan perhatian di semua 59DUN termasuk kubu kuat pembangkang yang dianggap 'tiada harapan' bagi PRU13

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir mempercayai semua kawasan yang difokuskan terletak pada tangan rakyat.

Beliau juga mengatakan BN tidak boleh membuat andaian kerana keadaan mungkin berlaku sebaliknya kerana tangan rakyat sebagai kuasa menentu segala-galanya

Jentera Parti akan fokuskan perhatian di semua kawasan memandangkan kemenangan BN diukur berdasarkan kemampuan parti menyelesaikan masalah rakyat

Beliau juga tekankan 3Aspek utama untuk kemenangan

1. Calon diterima rakyat
2. Strategi serta pemahaman politik
3. Penyelesaian masalah di kawasan


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN PERAK GUNA MUSLIHAT 'BANGKIT' UNTUK RAMPAS HARTA RAKYAT

Apalagi mahu dibuktikan didalam Banner yang tergantung di Gugusan Manjoi baru-baru ini. Terang-terangan bukan UMNO punca banner ini tergantung tetapi mereka mengaburi rakyat dan ahli-ahli yang telah mereka sesatkan dengan merampas harta rakyat dengan istilah Sumbangan Dana Pilihanraya.

Sumbangan apa lagi yang mereka mahu, sedangkan waktu mereka mentadbir, habis balak ditebang,tanah digadai sehingga mencabut hak - hak peneroka di Gua Musang.Adakah masih tidak mencukupi?walhal yang kaya raya adalah DAP Perak yang cukup - cukup pandai membonekakan Nizar Jamaluddin sehingga terbogel sebagai Sarkas Menteri Besar Perak.

Ahli-ahli PAS benar-benar diperkotak katikkan sehingga dana perlu diraih sedangkan pemimpin-pemimpin PAS kaya raya bergembira bersama DAP Perak.

Perlunya kesedaran tentang kebangkitan yang dibuat hanyalah retorik dan hanya untuk merampas duit rakyat dan hak anak-anak untuk bekal ke sekolah. Tetapi mereka rakus merampas mengunakan Dana Pilihanraya.HM melihat dan mempersoal,adakah tidak cukup dana yang dikutip dari 2008?sebanyak manakah duit yang diperlukan? Pemimpin-pemimpin mereka tetap kaya raya dengan kereta yang mewah.Janji yang dibuat tidak ditunai tetapi duit rakyat dirampas.

Fikir-fikirkanlah.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN 'PAS FOR ALL' DI BUKIT GANTANG?

Apakah yang dimaksudkan Baju 'PAS 4 ALL' yang dibuat oleh Nizar Jamaluddin di Bukit gantang? Adakah menandakan sesuatu perkara yang baik untuk Rakyat Perak terutamanya di umat Islam di Perak.

HM tertanya-tanya juga PAS 4 ALL ini; adakah baju ini membuktikan keadilan samarata hudud PAS kepada umat islam termasuk bukan Islam yang akan di implementasikan oleh PAS di Perak jika mampu merampas daripada BN dalam PRU13? Walhal Nizar dibayangi ketakutan kekuasaan DAP Perak mengawal Nizar dari 'remote' Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

PAS perlu memahami apa itu hukum hudud dan hukum itu adalah untuk semua dibawah pentadbiran kerajaan memerintah. Persoalannya kembali, adakah benar Nizar yakin mampu menunaikan janji PAS.

kita fikir-fikirkanlah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS KELUAR PAKATAN DI PERAK?

Nizar Jamaluddin dari PAS yang banyak membantu 2orang pemimpin DAP yang dikenali sebagai Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham untuk mempertahankan diri bonekanya menjadi Menteri Besar Perak mampu mendengar amanat Presiden PAS Hadi Awang?

Adakah mampu Nizar mempertahankan dirinya sehingga PRU13 dengan kenyatan Hadi Awang dihadapan dikhabarkan 10 000orang di sebuah program.

Adakah Hadi Awang yang hanya memainkan kata kata untuk menyedapkan hati umat Islam Melayu di malaysia?Raih undi tetapi bergantung pada Mursyidur Am Nik Aziz yang selalu tidak bertanggungjawab pada kenyataan yang selalu dibuat?

Mungkin Nizar sedang memikir sesuatu jika PAS tidak bersekutu dengan Pakatan..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...