Wednesday, April 3, 2013

PUSAT KHIDMAT @n_izzah LEMBAH PANTAI DIBAKAR?

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.
Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.
Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).


"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.


Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.


Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Pengikut lain, Quoris Ghani (@quorisghani) turut menempelak Nurul Izzah. Katanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu lebih layak menyertai Maharaja Lawak Mega berbanding menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Dax Muhamad (@daxmuhamad) pula berkata, semuanya sudah berlalu dan pusat khidmat tersebut kini bersiap sedia untuk dirobohkan.
Bagaimanapun, sehingga kini Nurul Izzah tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan pengikut twitternya itu.

Sumber :  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini dibidas dan dikecam oleh pengikut twitternya selepas beliau mengemas kini laman sosial itu dengan kenyataan berhubung Pusat Khidmat Lembah Pantai hari ini.


Menerusi twitter tersebut, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat pautan ke laporan sebuah akhbar mengenai lawatan beliau ke kawasan Parlimen tersebut.
Bagaimanapun, beberapa pengikutnya kemudian memberikan maklum balas negatif terhadap tindakan beliau yang baharu sekarang berusaha untuk turun padang melihat kawasan yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Seorang pengikut twitternya, Abol (@AbolROY) mempersoalkan Nurul Izzah kerana baharu sekarang beliau mahu bercakap mengenai pusat khidmat ketika Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

"Parlimen dah nak expire (tamat tempoh) baru nak cakap pasal pusat khidmat. Memang sah Ahli Parlimen yang tak servis (berkhidmat). Waktu nilah LLB:look-like-busy (buat-buat sibuk).


"Sibuk fitnah kapal selam, bergambar sana-sini. Dekat-dekat PRU-13 baru nak cakap pasal khidmat. A day a late a dollar shot sungguh," kecam beliau.


Katanya, inilah entri paling kelakar yang dibuat oleh Nurul Izzah menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menganggap anak ketua pembangkang itu "ketinggalan bas" untuk berkhidmat di kawasan Parlimennya.


Abol dengan sinis berkata, ramai rakyat Lembah Pantai yang menangis kerana misteri wujudnya pusat khidmat di kawasan itu akhirnya terbongkar hari ini dan tidak kurang juga yang menangis kerana menahan tawa kerana ia melucukan.

Sumber:MyBlackPanther



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SIGNIFIKAN MENARIK @NajibRazak BUBAR 11 UNTUK PRU13

Darah pemimpin yang mengalir didalam diri YAB PM tidak setitis pun boleh disamakan dengan darah Anwar, Kit Siang atau Hadi jauh sekali Nik Najis yang menjadikan politik sebagai medan untuk gila berkuasa.

ANALISIS - Datuk Seri Najib Tun Razak rupa-rupanya memilih hari ulang tahun keempat beliau sebagai perdana menteri untuk mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat setelah negara berteka-teki dan mengutarakan pelbagai teori tentang tarikhnya selama hampir dua tahun.

Pagi ini jemaah menteri sudah bersedia untuk menghadiri mesyuarat mingguan kabinet dengan menteri-menteri lelaki memakai sut gelap dan bertali leher merah dan menteri wanita menyarung pakaian merah, rupa-rupanya untuk sesi tradisi bergambar mesyuarat terakhir, sebelum mandat baharu diberikan melalui pilihan raya umum.

Pembubaran Dewan Rakyat hari ini memberi laluan kepada PRU13 dan kerajaan negeri-negeri juga diminta sama membubarkan  Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Sarawak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac.

Ramalan awal PRU13 diadakan ialah pada 11 November 2011 berikutan angka 11 amat signifikan dalam hidup perdana menteri.      Najib, yang juga presiden Umno, sebelum itu menghangatkan tekaan PRU13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya iaitu 11. 

Perdana menteri dilapor berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum  iadakan pada 11.11.11.

Mungkin juga tarikh hari ini bertepatan 3+4+1+3 = (3.4.13) = 11.

Tahun lepas, peramal pilihan raya banyak menyebut pembubaran Dewan Rakyat akan berlaku pada bulan Mac. Ramalan ini  erasaskan laporan media dan unjuran status ekonomi negara yang memberangsangkan. Namun ramalan ini juga silap.

Pada April tahun lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof dilapor berkata, SPR akan  memuktamadkan persiapannya bagi pilihan raya umum pada Jun.

Beliau berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya akan   mengemukakan semua cadangannya ke Parlimen pada April 2012.

Ini menguatkan andaian orang ramai bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada Jun. Namun, telahan ini meleset. Ramalan diteruskan dengan sasaran beralih kepada September.

Ahli politik dan penganalisis meramalkan perdana menteri akan membubarkan Dewan Rakyat selepas membentangkan Belanjawan  2013 pada 28 September 2012, yang sudah pasti memberi khabar baik kepada segenap lapisan rakyat, ditambah pula pada waktu itu musim cuti sekolah.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyatakan PRU13 akan diadakan pada September ketika musim haji bagi  memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN).

Najib pula dilapor sebagai berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji bukanlah sesuatu yang baharu kerana sejarah menunjukkan ia pernah diadakan pada 1986 tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya.

Pas yang terlalu yakin bahawa Dewan Rakyat akan dibubar pada September turut mengeluarkan arahan meminta anggotanya yang terlibat secara langsung dalam PRU13, supaya menangguhkan ibadah haji, mengakibatkan parti itu dikritik pelbagai pihak termasuk mufti negeri yang menyifatkan tindakan itu tidak wajar.

Bulan berganti bulan, dari November 2011, Mac, Jun, September dan terakhir Disember 2012, tiada juga pembubaran Dewan  Rakyat diumumkan perdana menteri.

Najib dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 lepas dilapor berkata PRU13 boleh diadakan pada Disember, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.    

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU13 akan diadakan dalam masa terdekat atau parlimen akan dibiarkan terbubar sendiri.

Najib tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada 2013 jika ia tidak diadakan pada Disember 2012 dan beliau mempunyai masa hingga 28 April 2013 untuk membubarkan Dewan Rakyat sebelum ia terbubar secara automatik 30 April.

Tarikh terakhir yang diramalkan pelbagai pihak ialah 15 Mac 2013.

Akhirnya masa yang ditunggu tiba jua, jelas Najib mempunyai perkiraan sendiri yang tidak ramai dapat menduga, bahawa tarikh bermakna kepada perdana menteri hari ini ialah jawapan yang dicari-cari selama ini.

Sumber:Bernama



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 2, 2013

TIBA-TIBA TUMBANG PKR PASIR SALAK DIYAKINI OLEH DAP?

Selepas 338 ahlinya menyertai UMNO pada 8 Mac lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak terus menerima tamparan hebat apabila 62 lagi anggota diketuai Setiausaha PKR cabang itu, Ahmad Taufik Hassan meninggalkan parti tersebut.

Kesemua mereka yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

Keputusan mengejutkan Ahmad Taufik Hassan yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR kawasan itu menyaksikan jentera parti tersebut di Pasir Salak hampir lumpuh.

Selain Ahmad Taufik yang sudah 15 tahun bergiat aktif dalam PKR, turut menyertai UMNO pada majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Rahim Abdul Rani.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik.

Ahmad Taufik yang ditemui selepas majlis itu memberitahu, dia bertindak meninggalkan PKR kerana terlalu kecewa dengan sikap angkuh pucuk pimpinan parti tersebut yang tidak mahu mendengar suara, hasrat dah kehendak akar umbi.

Menurutnya, sebarang keputusan parti itu ketika ini dibuat secara bersendirian tanpa perbincangan sehingga mengabaikan kerja keras yang dilakukan ahli akar umbi.

"Saya lihat prinsip yang saya dokong selama 15 tahun mula dinodai sedikit demi sedikit dan menjelang pilihan raya, saya lihat semakin parah dan bakal membawa rebah. Suara kami akar umbi ini tidak lagi didengari,'" katanya.

Pada 8 Mac lalu, bekas setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip bersama 338 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Tajudin menyifatkan keputusan yang dibuat Ahmad Taufik dan ahli PKR Pasir Salak yang lain untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO merupakan satu keputusan tepat dan bijak.

"Saya berjanji tidak akan mensia-siakan keputusan yang telah dibuat mereka. Mereka akan mendapat dokongan yang lebih baik bersama kita dalam memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.

Tajudin turut menyifatkan PKR Pasir Salak kini 'lumpuh' dan memerlukan tongkat berikutan tindakan Ahmad Taufik yang dahulunya merupakan orang kuat dalam merencana serta menggerakkan jentera PKR di kawasan itu.

"Kini kita boleh gunakan kepakaran, tenaga dan daya pemikiran mereka untuk UMNO dan BN dalam melancarkan program membela masyarakat di Pasir Salak,'' katanya.

Sumber:UTUSAN ONLINE

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAIM "IT WOULDN'T BE PROBLEM FOR BN"

Former - finance minister Tun Daim Zainuddin feels that the choice of future menteri besar is the most critical factor if the BN wants to recapture Selangor and hold on to Negeri Sembilan.

He said during an exclusive interview with Sin Chew Daily that Najib should announce the choice of next Selangor menteri besar as soon as possible while replacing a new one for Negeri Sembilan.

He said BN would very likely recapture Selangor provided that the voters in the state knew in advance who their next MB would be.

With PKR now divided into two opposing camps, Daim said it wouldn't be problem for BN to recapture Selangor if they fielded good candidates. He added that there should be new faces in Selangor, people with refreshing and clean image that the voters could accept.

As for Negeri Sembilan, Daim said the residents of Negeri Sembilan were currently not too happy with MB Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan. No Negeri Sembilan MBs have succeeded for a second term with the exception of Tan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad.

"This could be the way things are done in the state whereby changing MBs is seen as a way to resolve problems."

He reminded BN that any dispute in the choice of MB would only facilitate the advances of Pakatan Rakyat.

Optimistic

Daim remains optimistic of BN's winning chances in the upcoming general election, predicting that the ruling coalition could retain Putrajaya while wrestling Selangor and Kedah from Pakatan, adding that Kelantan could also turn to BN this time.

However he admitted that the battle would be very fierce in both Selangor and Perak.

When asked to comment on Lim Kit Siang's ambitions for Johor, Daim said the Chinese voters in Johor were different from those in KL, as they wanted stability.

Nevertheless, he felt it was possible for Kit Siang to win in Gelang Patah while DAP could clinch a few more seats in the state.

The veteran politician known for his accurate electoral predictions admitted that many changes could take place in politics within a week, and a more accurate prediction could only be made about three days before the polls.

He told Sin Chew Daily Kelantanese had grown sick of menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat as the state had not seen much development over the years. However he admitted that retaking Kelantan was hard so long as Nik Aziz was still around.

"Many Kelantanese now look for jobs in other states because they don't want to live under a PAS administration, but will go back there to vote.

"Meanwhile in Kedah, the disputes among Pakatan's parties continue. Pakatan has not brought much development to the state and if they are in power again, they will fight among themselves to stay on top. Each party thinks it can outperform others."

He said infighting among Pakatan parties had already taken place in Selangor and Johor and many voters would take this into consideration when casting their ballots.

Penang a very tough bet

Daim agreed it would be extremely difficult to take Penang because the state is made up of majority urban Chinese who are unhappy with the Federal government.

"People living in cities think they are more progressive than their rural counterparts, and consequently it is hard for the government to get bigger support from urban voters."

As for Perak, BN has 50% chance to retain Perak because DAP's Parliamentary Leader Lim Kit Siang will leave Perak for Johor and DAP's battle in the state will be led by the Ngeh brothers who are not in good terms with the party's Indian leader M. Kulasegaran.

On Anwar's move to Perak, Daim said Anwar was already "obsolete." He said some people might think Anwar had changed, but the change just came a little too late.

Other than Lembah Pantai where Federal Territory Minister Datuk Raja Nong Chik has a chance, Daim said it would be difficult for the BN to make significant breakthroughs in KL

"BN has learned a lesson. They know they will lose some seats if they are divided. So they are more united than Pembangkang now."


Facts:Sinchew



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANAS!@AnwarIbrahim MARAH SIDEK BABA PULA!

Keputusan pendakwah dan ilmuan tersohor tanah air, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan bekas sahabat karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu keputusan tepat dan wajar dikaji oleh rakyat Malaysia apa sebab atau puncanya beliau berbuat demikian.

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr. Yusri Mohamad berkata, beliau percaya keputusan Sidek meninggalkan Anwar yang sudah dikenalinya hampir 40 tahun disokong oleh fakta kerana tiga tahun beliau 'berkelana' mengkaji kebenaran mengenai salah laku moral.

Katanya, bukan satu tindakan mudah untuk mana-mana pihak meninggalkan pemimpin politik seperti Anwar, apatah lagi jika telah sekian lama bersahabat baik dan sudah tentu ada faktor pendorong cukup kuat sehingga memungkinkan Sidek mengambil pendirian seperti itu.

"Saya mengenali rapat Sidek kerana kami sama-sama membesar dalam ABIM. Beliau cukup dihormati kerana ketinggian ilmu serta sifat tawaduk. Saya mengakui, saya antara individu pertama menemui Sidek dalam pencariannya mengkaji kebenaran mengenai moral Anwar.

"Kami berbincang mengenai kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan juga masalah qazaf. Kes Mohd. Saiful berbeza dengan kes 1998 kerana ketika itu tuduhan liwat dibuat pihak ketiga tetapi dalam kes ini mangsa sendiri yang membuat laporan polis terhadap Anwar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yusri mengulas mengenai pendedahan Sidek bahawa keruntuhan moral Anwar merupakan satu daripada tiga faktor utama mengapa beliau membuat keputusan meninggalkan Ketua Pembangkang itu selepas menemubual seramai 28 saksi hidup.

Mengenai qazaf kata Yusri, sesuai dengan latar pendidikannya dalam syariah, beliau menjelaskan kepada Sidek bahawa dalam kes tersebut, qazaf tidak sesuai sebaliknya perlu melihat bukti secara keseluruhan sesuai dengan zaman sekarang.

Beliau menambah, rakyat Malaysia perlu membuka mata mengapa individu-individu berintegriti tinggi seperti Sidek, bekas pengasas ABIM, Ismail Mina Ahmad dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar akhirnya memilih untuk meninggalkan Anwar.

Tegasnya, adalah mustahil bagi individu-individu terbabit yang telah bersahabat dengan Anwar berpuluh tahun malah sanggup dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akhirnya mengambil ketetapan meninggalkan Ketua Pembangkang itu jika tiada sebab musabab.

"Mereka merupakan tokoh berintegriti tinggi. Jangan kita mudah kaitkan setiap pendedahan yang dibuat kononnya mereka ini dibeli.

"Bukan semua orang boleh dibeli. Saya mengenali mereka dan yakin apa yang diceritakan adalah demi agama, bangsa serta negara," ujarnya!

Sumber:Belantan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ESOK BUBAR PARLIMEN

Adalah menjadi amalan setiap kali Parlimen hendak dibubarkan, akan diadakan sesi bergambar terakhir melibatkan jemaah Menteri penggal yang berkenaan.

Dalam erti kata lain, sesi bergambar kabinet menjadi petanda paling jelas bahawa Kabinet hampir pasti dibubarkan dalam masa terdekat.

Maklumat yang diterima bahawa sesi bergambar terakhir Kabinet akan diadakan sebelah pagi pada Rabu ini yakni sebelum mesyuarat Kabinet bermula di Putrajaya.

Mungkin Kabinet tidak akan dibubarkan dalam hari yang sama, tetapi ia sudah terlalu hampir.

Apakah hari Jumaat?

Justeru, semakin nyata gendang perang untuk pilihan raya hanya menanti masa untuk dipalu secara rasmi.

Sumber:TMP
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LAGI @AnwarIbrahim JANJI TUTUP CASLBERG SELANGOR? @khalidsamad

Kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah kerana terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan. Mereka berjanji hanya untuk menang pilihanraya sahaja.

Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.

Kejadian 11 bulan kerajaan cina DAP memerintah negeri Perak yang majoriti orang Melayu dianggap satu mimpi buruk buat rakyat Perak, kata YB Dato Hamidah ketika berceramah di pentas Srikandi Wanita Umno di Seksyen 17 Shah Alam malam tadi.

Rakyat Perak sudah sedar betapa rasisnya rejim DAP Perak yang menjadikan pemimpin Pas sebagai balaci mereka jika mereka diserang oleh orang Melayu.

Orang Shah Alam sepatutnya belajar daripada keadaan dan kejadian yang berlaku di Shah Alam dimana semasa berkempen pada PRU12 pemimpin Pas sering mengatakan sebaik sahaja kita menang sebelum ayam berkokok kita tutup kilang Carlsberg.

Kini ayam yang berkokok pun sudah mati dan kilang Carlsberg masih utuh. Apa alasan Khalid Samad tentang ini?

Umno Shah Alam perlu bersemangat untuk menghadapi PRU13 nanti

Sumber:SungaiRapat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...