Tuesday, February 21, 2012

50% ROYALTI MINYAK DINAIKKAN UNTUK RAKYAT SABAH

SIAPA BOLEH BAGI JANJI ROYALTI:
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20%.
2. Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50%.  Bagaimanapun, untuk menzahirkannya, Dr Jeffrey perlu bergantung kepada sokongan Anwar jika dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.


KESAN:
Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah


PERSOALAN:
Jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%,  apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?


JAWAPAN:
Tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan.


MENGAPA PERSOALAN TIMBUL:
Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. 


1.Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan  RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.


2.Kebimbangan, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan  peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.


3.Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! 


UNTUK MAKLUMAN:
Kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dianggar berjumlah melebihi RM10 bilion setahun  (harus diingat Sarawak dan Terengganu menghasilkan lebih banyak minyak berbanding Sabah).


Anwar menyedari hakikat bahawa tambahan lebih RM10 bilion yang akan diberi kepada empat negeri pengeluar minyak ini  bermakna RM10 bilion perlu diambil daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri yang tidak menghasilkan minyak di Semenanjung.


AKIBAT ANWAR AKAN DATANG:


"Maaf, saya terpaksa mengurangkan  peruntukan anda kerana perlu memberi lebih RM10 bilion kepada Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah!”Anwar Ibrahim


Besar kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.


Setakat ini, beliau belum memberi jaminan ia tidak akan berlaku ke atas Sabah.


HARAPAN:
Anda tahu bahawa setiap ringgit yang diberi kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mesti ada puncanya kerana duit tidak akan jatuh dari langit. Untuk itu, beberapa negeri mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Dijangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. 


Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?Atau ada juga kemungkinan Anwar akan mengurangkan perbelanjaan dalam aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan,  infrastuktur, kemudahan awal, sosial di seluruh negara berikutan perlu membelanjakan lebih untuk royalti minyak.


Anwar mesti menjawab semua persoalan rumit ini supaya difahami dan dapat meyakinkan rakyat.


Harus juga diingat, Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan cukai, menentang peningkatan hutang kerajaan dan sekarang ini bercadang mahu menambah royalti. Jadi bagaimana beliau mahu melakukan semua ini dari segi keupayaan kewangan?


Lagipun, rakyat Sabah masih mengingati bagaimana Anwar tegas menolak permohonan demi permohonan Parti  Bersatu Sabah (PBS) untuk menambah royalti minyak ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana  Menteri. Apakah kini beliau bersedia untuk meminta maaf atas "kesilapan" itu?


Pakatan Rakyat turut menegaskan "penjimatan" atau "kutipan" berjumlah berbilion ringgit hasil usaha pembasmian  rasuah dan rundingan semula perjanjian berat sebelah akan digunakan bagi membiayai pertambahan royalti.


PILIHAN ANWAR YANG PATUT DIPILIH:
Pilihan pertama, beliau akan  mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka,  Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan).




Pilihan kedua, beliau memotong peruntukan sektor kritikal seperti pendidikan, infrastruktur luar bandar,  kesihatan dan keselamatan di seluruh negara.




KESIMPULAN:
Tidak pernah lihat mana-mana kerajaan di dunia ini menggunakan anggaran "penjimatan daripada  rasuah" sebagai asas penyediaan Belanjawan. Pendekatan itu sangat tidak bertanggungjawab manakala Belanjawan pula akan menjadi huru-hara.




Sepatutnya sebarang "penjimatan" berkaitan usaha membasmi rasuah perlu dilihat sebagai perolehan "bonus", dan tidak  sepatutnya dimasukkan dalam unjuran pendapatan belanjawan kerajaan. Justeru, sudah pasti wujud kebimbangan apabila Datuk Seri Anwar mengatakan akan membiayai pertambahan royalti  daripada "penjimatan pembasmian rasuah".


Apa pun pilihan Anwar, negeri bukan pengeluar minyak dan rakyat Malaysia secara amnya, perlu diberitahu oleh beliau mengenai keadaan sebenar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...