Sunday, September 29, 2013

#PemilihanUMNO - UNTUK APA KITA PILIH DAN SIAPA YANG KITA HARAPKAN? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TengkuAdnanReal @HishammuddinH2O @Tunfaisal


Dalam satu ucapan Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Idris Haron menyifatkan keadaan kerajaan sebelum PRU13 adalah ibarat menjaga ibu yang mengandung, banyak pantang larangnya, banyak tak boleh dari yang boleh, banyak berhati-hati dan tidak boleh cuai. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diamanahkan menjaga negara dalam keadaan yang banyak pantang larang. Tidak sama keadaannya bila selepas PRU13, keadaannya ibarat ibu yang dah habis tempoh berpantang. Walaupun menjadi mangsa kritikan dan serangan, namun Datuk Seri Hishammuddin tidak pernah memberi alasan dan menyalahkan rakan-rakan di dalam Jemaah Menteri. Sebaliknya, beliau menerima serangan-serangan ini dengan redha dan terus mempertahankan agenda Transformasi Politik Presiden UMNO dan Perdana Menteri.




Kebalkan kuasa politik Pribumi
(K) TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Oleh: Tan Sri Abdullah Ahmad
Tarikh: September 29, 2013

Dalam politik, satu minggu pun lama maka meramalkan perkembangan politik, landskap siasah Melayu Islam jangka panjang, berpintal-pintal (tortuous), berbahaya; tidak bijak. Meski pun begitu saya cuba jadi seorang penilik Pakatan Baru dalam politik negara.


Lima puluh enam tahun semenjak merdeka, berbagai transformasi telah berlangsung. Ada yang baik seperti pendidikan tinggi bagi Melayu Islam dan Peribumi dan pembentukan Kelas Menengah dan Profesional Melayu Islam dan Peribumi.

Keburukannya pula pembasmian tulisan jawi, politik pakatan yang merugikan Melayu Islam; keruntuhan akhlak dan moral serta rasuah.

Apa pun tiada boleh dinafikan tegas Speaking: “the Malays and Peribumi have changed beyond recognition. Their earnings shot up after the New Economic Policy (NEP) was implemented, both in absolute terms, and relative to the non-Malays.”

Satu hakikat Melayu Islam dan Peribumi telah mencapai kemajuan walaupun masih banyak lagi isu menanti penyelesaian bagi menjamin kuasa mereka berterusan tanpa diungkit dan dicabar lagi. Mampukah kepimpinan Melayu Islam pasca Najib Tun Razak mempertahan dan melambungkan terlebih tinggi lagi serta ‘mengentrenchkan’ kuasa ini yakni memperkukuhkannya lagi?

Zaman gelap rakyat kulit hitam Amerika Syarikat beransur hilang mulai perjuangan Martin Luther King dan dengan kehadiran Barack Obama sebagai Presiden AS tetapi perjalanan mereka mengejar dan mencapai ‘life, liberty and the pursuit of happiness’ sebenar masih jauh, bukan senang dan tidak akan tamat. Begitulah juga dengan perjuangan Melayu Islam dan Peribumi dalam negara mereka yang tunggal ini.

Saya yakin kemajuan Melayu Islam dan Peribumi lebih deras kalau mereka pintar memilih pemimpin yang berwibawa, bermoral, amanah, berpengetahuan, bervisi, mempunyai potensi serta credentials mereka sebagai Melayu Islam dan Peribumi  diperakui. Paling ramai mereka yang mempunyai tauliah ini berada dalam Umno, ada juga dalam Pas dan PKR.

Pas mahu hanya ulama memegang jawatan tinggi kerana selayang pandang Pas rugi dalam Pakatan. Ini boleh dipertikaikan, adakah ini fact atau fiction? Apa pun PKR dan DAP terutamanya, meraih lebih keuntungan dalam PRU13. Saya setuju dengan keputusan multaqa Pas. Mana bisa parti Islam ‘diko-pimpin’ oleh ulama dan ‘sekularis’.  ‘Sekularis Pas’ harus berhijrah ke PKR dan DAP!

Umno sibuk berkempen memilih bakal pengganti Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.  Sungguh seronok mereka, tiada bosan berpesta; kenyanglah mereka yang bernasib baik jadi perwakilan. Yang tidak dipilih perwakilan dapat kuah, majoriti menghidu bau masakan saja.


Enam pemimpin Umno berhasrat menjadi bakal perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kanan (kalau Umno menang PRU14) atau jika Najib merombak Kabinetnya awal tahun depan. Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal, Mohd Isa Samad, Mohd Ali Rustam dan Mukhriz Mahathir.

Perwakilan yang bestari akan memilih kombinasi orang muda (Hishammuddin, Mukhriz) dengan orang tua, (Zahid, Shafie, Isa dan Ali); yang adil dan bervisi mengambil kira geografi dan negeri kubu Umno. Saya kenal semua calon naib presiden ini. Kalau saya wakil saya akan ambil kira umur, peluang dan potensi mereka pasca Najib dan Muhyiddin.

Keenam-enam pemimpin Umno sudah teruji tetapi terpenting siapa antara mereka yang biasa menjadi bakal pengganti Najib dan Muhyiddin, berwibawa menghadapi kepimpinan muda Pas dan PKR pasca Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim?

Siapa selain daripada enam orang ini yang Melayu Islam dan Peribumi boleh harap memperjuangkan tanpa takut, segan dan malu agenda Melayu Islam dan Peribumi? Yakni memperkasakan kuasa politik mereka tanpa luntur dan Melayu Islam dan Peribumi tidak akan lenyap di muka bumi tertunggal ini?

Bolehkah mereka (Melayu, Peribumi) bergantung kepada pemimpin pelapis Umno – Khairy Jamaluddin, Abdul Rahman Dahlan, Sharifuddin Abdullah, Dr Abdul Latiff Ahmad, Razali Ibrahim, Jazlan Mohamed antaranya? Adakah mereka ini mempunyai sifat ‘keperibadian jati Melayu Islam’ yang ahli Umno dan Melayu Islam boleh bergantung dalam Politik Baru yang akan mendominasi landskap politik negara antara sekarang dan PRU14 dan melewati PRU14?


Suasana politik dalaman Umno kini, suka-duka, tidak menggalakkan muda-mudi mendekatinya. Umno harus bina suasana baru; yang dapat memujuk atau menarik generasi baru Melayu Islam dan Peribumi yang mahu menyertainya. Belajarlah daripada Tun Razak yang mengundang muda-mudi Melayu Islam berbakat menyertai Umno dan memberi mereka pula kepercayaan.

Ramai antara mereka menjadi pemimpin yang berkaliber dan tahan diuji. Umno tetap berubah siapa pun memimpinnya. Persoalan terbesar adakah kepimpinan itu akan membawa Umno ke tahap yang lebih tinggi lagi atau salah hitung kecundang dalam PRU14.

Itu tidak harus berlaku (tewas PRU14) kerana jumlah bilangan pengundi Melayu Islam dan Peribumi makin meningkat. Dijangka populasi Melayu, Peribumi mencecah 75% dalam masa dua dekad lagi. Masa depan Umno bergantung pada Melayu Islam seperti semenjak parti itu ditubuh pada tahun 1946.

Kalau Umno terus menghargai dan berbudi pada mereka – Melayu Islam dan Peribumi sekurang-kurangnya tidak akan lari dari Umno up to PRU14. Dalam PRU13, Umno memenangi 88 kerusi Parlimen (bertambah) dari jumlah kerusi BN sebanyak 133 itu. Pas 21, DAP 38 dan PKR 30. Hanya 16% pengundi Cina menyokong BN. “Hear, hear, hear – dengar, dengar, dengar”.

Tak payahlah suluh lagi apa yang amat terang. Saya teka sokongan Cina akan terus merosot kecuali orang Melayu Islam dan Peribumi menyerah kuasa mereka kepada mereka (Cina).

Melayu Islam dan Peribumi hanya akan hilang kuasa kalau muda-mudi Melayu Islam dan Peribumi terus menjauhi dari Umno. Terpulanglah bagi Umno meyakini mereka bahawa integriti dan kredibiliti Umno dan pemimpinnya di semua peringkat sedang berubah.


Tabie menyalah guna kuasa, sifat bongkak, sombong dan sukar dijumpai dan mempunyai gaya hidup yang gemar dan gembira menunjuk-nunjuk serta kemerosotan moral (decadence) juga makin berkurangan. Hanya Melayu Islam dan Peribumi boleh meruntuhkan kerajaan yang ada.

Sumber:TunFaisal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...