Sunday, June 1, 2014

HM DESAK #UMNO PECAT IBU @Dyanasmd @NajibRazak @TengkuAdnanReal

Alhamdulillah kemenangan di PRK Teluk Intan, Perak semalam membuktikan kerjasama berpasukan yang baik di dalam Barisan Nasional (BN) membuahkan hasil positif dan terbaik untuk semua.
Jutaan terima kasih dan tahniah daripada kami cybertroopers @ bloggers Pro UMNO / BN kepada keseluruhan jentera di semua peringkat yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tidak dinafikan perjalanan PRK Teluk Intan ini dirasakan sedikit sukar dengan pembabitan calon Melayu mewakili DAP. Lebih menyulitkan keadaan lagi apabila Yammy Samat, ibu kepada calon DAP merupakan ahli UMNO yang layak digelar pengkhianat turut menyokong tindakan anaknya.


Sebagai ahli & penyokong setia UMNO, kami menggesa agar Lembaga Disiplin UMNO Malaysia mengambil tindakan MEMECAT keahlian beliau daripada parti keramat yang tak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu semenjak 68 tahun ini. Jika ditanya ahli-ahli UMNO di semua peringkat, pastinya mereka juga menolak pengkhianat parti seperti ibu kepada calon DAP yang dilihat turut sama berkempen bagi pihak Pembangkang.


Sejajar dengan itu, kami mendesak sekali lagi UMNO memecat Pn Yammy Samat .
Bloggers & Cybertroopers yang menyokong kenyataan ini.

1. Rezqeen Hill
2. Bersih 3 Suku
3. The Kuala Lumpur Chronicle
4. Cucu Tok Selampit
5. MedanTempurKedah
6. From The Eye Of Segambut Princess
7. Mallaccra
8. Brader Jai
9. Parit Buntar Rebels
10. AntiDotCom
11. Generasi Pejuang Bangsa
12. Kedah Ke KL
13. Pemuda Putrajaya
14. Kelab Chedet
15. Pisau Kedah
16. Penggempur Mutiara
17. Team Media Kedah
18. Tenteramaya
19. Anak Seberang
20. Hablulyuzi
21. Media Haria
22. Wan Radzuan
23. Keris7lok
24. Harapan Esok
25. Tun Faisal
26. Dr. MiM
27. Warta Rakyat
28. Shah Alam Rebels
29. Empayar Pemuda
30. Panglima Perang Siber
31. Mat Kilau Penang
32. Sir Azri
33. Afiq KL Town
34. Daeng Selili
35. Mega Bidaman
36. Badut Rakyat
37. 1Peluru
38. Sir Zapa
39. MyMassa
40. Malay Rights
41. Ramadhan Ramli
42. Celapak Mantah
43. Aboudiabydoo
44. Hak Malaysia

Esok pasti jumlah sokongan ini akan bertambah bukan saja dari kalangan bloggers malahan ahli-ahli UMNO di luar sana juga.


Sama-sama kita desak agar kepimpinan parti membuat keputusan mengutamakan ahli dan perjuangan parti tanpa pengkhianat.

HM juga menyokong Yammy diambil tindakan segera untuk tindakan disiplin melanggar arahan Parti mengikut perlembagaan Parti.

Melalui Fasal 6 menunjukkan bahawa Yammy telah melanggar tanggungjawab sebagai ahli dan Lembaga Disiplin perlu mengambil tindakan tegas demi menjaga maruah dan daulat parti keramat ini


Terbukti dengan bukti perlembagaan ini, kami sokong yammy dipecat keahliannya demi menjaga maruah parti. Kempimpinan perlu bersikap adil kepada ahli yang lain kerana kami separuh nyawa memperjuangkan dalam memastikan kejayaan Barisan Nasional.

Kita tidak perlu ada duri dalam daging seperti Yammy ini perlu diambil tindakan tegas. Jika Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor  dan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak mengambil tindakan tegas, ini akan memberikan peluang kepada ahli lain untuk menturuti sikap yammy atas kecewannya dalam kekalahan 2 kali dalam Bahagian Ipoh Barat merebut Ketua Wanita. Tiada ruang untuk orang kecewa membalas dendam dalam parti. Kita perlukan orang yang setia sahaja walaupun kalah kerana inilah orang yang setia dan ada kematangan dalam politik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...