Friday, November 11, 2011

SPEKULASI CHEGUBARD MASUK JERAT LALU JADI BAHAN KETAWA

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh kesemua Pembaca Hak Malaysia.

Isu CheguBard Link:>>HM

Dimanakah CekghuBard yang heboh satu Malaysia Kata Pembubaran Parlimen nak buat pada 111111 tapi akhirnya terkedu sama cam si Bapak Anwar umum 16 September…

Apa lagi penipuan cheggubard,kita tunggu,calon ini sesuai untuk PKR,alamat pasnie apabila xde calon, anwar angkat chegubard.

PM tertawa apabila spekulasi chegubard, siap lagi Majlis tertinggi BN xbincang kerusi pun.

HM:CheguBard 2 x5 Anwar..

Wednesday, November 9, 2011

TONY DAN IZZAH PERTIKAI UNTUK BUAT PERSEPSI BODOH PASAL K1M DI PARLIMEN






Jauh lebih murah atau sesetengah hampir 50% murah bukan persoalannya, tetapi hakikatnya tetap murah daripada harga barang runcit di Pasaran.Itu lebih penting,bukan rakyat sibuk kira berapa barang yang murah.

Kenapa Pakatan Rakyat bodoh sampai tiada kerja untuk mengira barang murah ataupun tidak?apa sumbangan pakatan rakyat untuk meringan

beban rakyat. Apa yang mereka sumbangan dari segi semua aspek bagi membantu rakyat pertengahan?
Hak Malaysia telah mengenal pasti melihat dakwaan sehingga 50% jimat hanyalah barang –barang yang diberikan secara pukal. Kita perlu faham,jika diberikan secara pukal, harga akan bertambah jimat sehingga 50%. Dan menunjukkan bahawa apa yang disebutkan oleh Menteri dan Perdana Menteri adalah benar. Janganlah hanya melihat pada persepsi yang Nampak kebudak-budakkan. Kita perlu lihat apa matlamat yang hendak dibuat.

'Kedai Rakyat 1 Malaysia', adalah merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Inisiatif ini lahir dari Perdana Menteri kitadisebabkan keperihatinan untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar.

Penubuhan ‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ ini juga diharap dapat mengawal kenaikan harga barangan runcit sewenang-wenangnya yang selama ini telah didominasi oleh syarikat pengeluar antarabangsa.

Perbezaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan kedai – kedai runcit yang lain adalah, barangan keperluan asas seperti beras, minyak, susu tepung, lampin pakai buang dan banyak lagi dipek dengan jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia”. Setakat ini, terdapat sebanyak 250 jenis barangan yang telah dijenamakan dengan jenama ini dan ianya akan bertambah dari masa ke semasa.
Antara kelainan yang turut terdapat di Kedai Rakyat 1 Malaysia ini adalah menjual pelbagai
barangan yang telah dibungkus semula dalam kuantiti yang lebih kecil dan sedikit bagi membolehkan pengguna yang berpendapatan rendah masih dapat membeli barangan tersebut berdasarkan pada kemampuan dan keperluan mereka. Antara barangan yang telah dipek semula adalah beras 1kg , serbuk kari 100gm dan lampin pakai buang dipek dalam kuantiti yang kecil.

Keutamaan penjenamaan produk di bawah jenama “Kedai Rakyat 1 Malaysia” ini diberikan kepada barangan keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain daripada membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga rendah, ini juga secara tidak langsung dapat membantu para pengusaha PKS untuk memajukan serta meningkatkan hasil jualan produk keluaran mereka dan seterusnya membantu mereka untuk bersaing di pasaran runcit yang lebih moden.

Manakala, MYDIN pula diamanahkan untuk menjalankan operasi kedai tersebut bermula daripada kerja-kerja pengubahsuaian kedai, membekal barangan, susun atur barangan di dalam kedai, melatih serta menyediakan kakitangan dan juga mentadbir urus sistem ‘Point of Sales’ (POS). Kedai Rakyat 1 Malaysia ini berjaya disiapkan dalam tempoh satu bulan termasuk kerja pengubahsuaian kedai serta susun atur dan hiasan dalaman. Ini juga merupakan program tangunggjawab sosial MYDIN untuk masyarakat setempat.

Kami berharap projek usahasama antara Kerajaan dan MYDIN ini dapat membantu serta memberi faedah kepada semua pihak dalam usaha meringankan beban rakyat Malaysia dan bukan seperti Tony yang bising-bising asyik memekak isu yang bukan menyelesaikan masalah, tetapi Nampak kebudak-budakkan.

Sunday, November 6, 2011

CHEGU BARD MULA SPEKULASI SALAH FAKTA MENGENAI ISU BERSIH

Tidak memohon maaf mengenai cincin rosmah, Chegubard mula buat spekulasi palsu mengatakan telah mengetahui Perdana Menteri akan membubarkan parlimen pada 11 November dan pilihan raya 10 disember.

Kenyakinan Chegubard mengingatkan kembali kepada si Anwar Ibrahim yang ingin merampas putrajaya pada 16 september yang lalu dan akhirnya diam dan terkedu. Kali ini kita akan lihat Chegubard pula yang terkedu apabila yakin dengan kenyataannya bahawa PM akan mengadakan pilihan raya pada 10 Disember.


Ditambah pula dengan CikguBard spekulasi mengatakan pembaharuan sistem pilihanraya 13 belum dilaksanakan dan patut ditolak implementasi pilihanraya sebelum pembaharuan dibuat.
Keyakinan Chegubard lagi mengatakan bahawa kemungkinan Rakyat akan turun sekali lagi bagi menolak UMNO kerana gagal mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.
Saya ingin mengatakan bahawa jika tidak adil,masakan PAS,PKR dan DAP mampu bertarung hampir BN gagal merampas 5 Negeri pada pilihanraya ke 12?


Jika Chegubard menyatakan tentang Usul Bersih 2.0 tentang sistem pilihanraya dan kita sudah sedia maklum SPR telah menjawab dan menimbang usul-usul yang dibangkitkan sewaktu bersih 2.0. Dan buktinya adalah seperti dibawah:



a. SPR perlu melaksanakan pembersihan dalam daftar pemilih.
b. SPR perlu melakasanakan pembaharuan dalam sistem undi POS.
c. SPR perlu melaksankan pengunaan dakwat kekal.
d. Tempoh Berkempen 21 hari.
e. Memperkukuhkan Institusi Awam.
f. Memberhentikan Amalan Rasuah.
g. Memberhentikan Amalan Politik Kotor.

Spr hanya akan membincangkan perkara a – d sahaja, ini adalah kerana menurut SPR, hanya perkara tersebut yang ada dalam bidang kuasa mereka.

Ulasan 4 Perkara Cadangan Bersih yang di nyatakan oleh SPR.

1. Bersih Nama Daftar Pemilih.
- SPR dari hari kehari menjalankan dan membersihkan nama pengundi di Malaysia ini, namun perkara ini masih tidak dapat dijalankan dengan baik kerana setiap pemotongan nama yang dilakukan oleh JPN adalah berdasarkan dari JPN Jabatan Pendaftaran Negara terlebih dahulu, sebelum pemotongan nama di lakukan. dalam erti kata lain, menurut SPR, jika JPN melakukan kerja mereka dengan baik, barulah SPR dapat melakukan perkara ini dengan baik.

2. SPR perlu melakasanakan pembaharuan dalam sistem undi POS.
- Dalam konteks pengundi tidak hadir menurut SPR, ia adalah untuk memudahkan pengundi pengundi seperti Tentera, Polis, pealajar yang berada di luar kawasan dan masih menjalankan tugas mereka dalam memilih wakil rakayt untuk mengundi. Menurut SPR sistem yang masih ada masih lagi relevan dan tidak perlu diubah, akan tetapi SPR ada memikirkan untuk mengantikan sistem ini kepada sistem undi awal di mana pengundi pegundi berkumpul di satu tempat dan menjalan tangungjawap mereka untuk mengundi awal sebelum tarikh pilihanraya di tetapkan.

3. SPR perlu melaksankan pengunaan dakwat kekal.
- Cadangan ini terpaksa dibatalkan oleh SPR kerana, menurut SPR ia bercanggah dengan fasal 1 perkara 119 perlembagaan persekutuan yang menjamin hak seseorang untuk mengundi. Apa yang SPR risaukan disini adalah SPR takut jika pengundi itu mengundi dalam keadaan mereka tidak sedar ( pengsan, lupa diri, gila) atau cap jari mereka dilapit dengan jap cari orang lain. dan kerana itu, SPR masih mengangap sistem seida ada masih bermutu tinggi dan sesuai di gunakan.

4. Tempoh Berkempen 21 hari.
Tempoh masa 7 hingga 9 hari yang seperti sedia ada sekarang adalah masih terbaik, dan ini adalah kerana bagi parti parti politik beas dan kecil ia tidak membebankan mereka dari segi kos dan juga masa yang terlalu lama untuk berkempen. 21 hari adalah satu jangka masa yang panjang, dan ia akan membebankan parti parti politik bebas dan kecil untuk berkempen seperti mereka patut bercuti dan menghabiskan wang mereka untuk berkempen dan terpaksa menanguhkan rutin kerja mereka sehari harian.

Juga Video dipaparkan mengenai usaha-usaha yang dijawab oleh Dato’ Wira Wan Ahmad bin Wan Omar:

Isu Daftar Pemilih:


Isu Undi Pos:

Isu Dakwat Kekal:


Isu Kempen 21 Hari:


Tidak perlu menggerakkan Mobalisasi besar kerana Parti sudah mula menyusun strategi untuk memenangi pilihanraya. Isu bersih sudah terjawab dan SPR telah melakukan penambahbaikan. Jangan lah asyik mendabik dada nak buat rusuhan.

HM:Saja chegubard nak popular,kalau nak PKR ambil jadi calon..mintak je kat Anuar.


HADI KORBAN, NIZAR GILA TALAK, LIM BENCI MELAYU

Presiden Pas, Hadi awang menyeru seluruh umat Islam meneruskan korban demi menegakkan keadilan Islam,dan menjadi tanggungjawab kita memastikan keadilan Islam ditegakkan bagi memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama tanpa mencampuradukkan dengan perkara-perkara lain.

Apa yang disampaikan sudah bertentangan dengan si nizar gila talak yang menjual PAS suatu ketika dahulu kembali mempercampurkan politik dan sambutan Hari Raya Aidul Adha pada hari ini dengan menyelitkan nak rebut putrajaya sedangkan hari ini Hadi awang menegaskan ramai manusia mengorbankan agama (seperti si nizar ini) mementingkan kepentingan diri dan mengenepikan perjuangan PAS menegakkan syariat Islam.
Bila dah tak jadi MB, penyakit Gila Talak dia ini menjadi-jadi sampai hari ini. Kita dapat lihat dari <1peluru>

Hadi juga kita nampak cuba memperkuatkan kembali saf dengan menyampaikan misi utama PAS dalam menegakkan Syiar Islam tetapi kita dapat lihat rakan seperjuangannya si Lim sekali lagi buat-buat tidak paham tentang senstiviti orang Islam dengan meluluskan komen-komen sebegini laman blognya.


Kita boleh merumuskan didalam PAS gagal didalam membentukkan rakan perjuangan memahami Islam dan pengertian ibadah qurban secara khususnya. Baca seterusnya di <YY>

Dan kita melihat bahawa Pakatan Rakyat memang tidak syak lagi masih lagi baru berkenalan kerana antara satu sama lain dan masih lagi tidak menghormati perjuangan masing-masing dan menunjukkan bahawa kebimbangan tentang perjuangan Islam PAS mungkin berkubur disebabkan hanya untuk memuaskan nafsu-nafsu mengejar Putrajaya.

Kita dapat lihat si Lim ini sebenarnya dalang didalam merosakkan perpaduan kaum di Negara ini.Adakah kita inginkan pemimpin sebegini rupanya?

HM:kalau dibiarkan Negara makin terkorban, Selamat Hari Raya Aidul Adha.

Monday, August 29, 2011

GENERASI MUDA MESTI TANAM SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Hak Malaysia terpanggil untuk menunjukkan video rentetan semangat merdeka orang dulu-dulu. Mudahan-mudahan di Hari Merdeka ini akan memberikan kita semangat sayangkan Negara Kita Malaysia.





SELAMAT HARI MERDEKA 2011


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Dikesempatan ini, Hak Malaysia ingin menyusun jari sepuluh jari meminta maaf zahir dan batin kerana kadang-kadang tulisan kita ini menyinggung mana-mana pihak. Banyak menulis ini adalah semata-mata daripada perspektif sendiri dan kesemua tulisan ini hanya untuk menyampaikan perkara yang sebenar kepada Rakyat Malaysia.



Marilah di hari yang mulia ini mengucapkan kepada semua Rakyat Malaysia Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1432 Hijrah dan Maaf Zahir dan Batin



Terima Kasih kerana meluangkan masa selama ini membaca tulisan di Blog Hak Malaysia.

Sunday, August 28, 2011

WARTAWAN HAMPA, AZIZAN MB BERANG PASAL BANTUAN BANJIR

Video ini memaparkan segalanya:



Di bulan baik nie, Datuk Azizan tidak perlu marah-marah kerana Wartawan memang sebegitu, Soalan Wartawan jika melihat perspektif beremosi,memang kita panas,tapi memang kerja mereka macam itu.

Jangan marah-marah semasa bekerja,nanti jatuh sakit balik, keluarga azizan terpaksa beraya dihospital.

Kami tahu Kerajaan Negeri dah buat kerja selepas Liputan kurang menyengat,apabila liputan berkata tiada bantuan, Kelam Kabut Azizan arahkan semua jabatan kerah tenaga dan membanting tulang bantu orang banjir.

Kenapa jadi begitu,Hak Malaysia cadangkan jangan lah ASYIK MEMILIH Wartawan, terima sahaja semua,banyak lah liputan nanti. Dan satu lagi, bila sidang media,jangan lah asyik nak bertekak dengan wartawan,nanti tersalah liputan, salahkan balik Wartawan.

HM: Jangan Marah, Nanti kene jual!.......
......................................................................................

ALOR SETAR 30 Mac - Kerajaan negeri menyifatkan keadaan banjir yang melanda negeri ini sejak semalam sebagai terkawal kerana hanya membabitkan 1,331 mangsa dari 35 kampung di Baling.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) memberitahu, hanya tiga daripada 14 buah pusat pemindahan banjir masih beroperasi setakat ini.

"Setakat ini banjir di Kedah boleh dikawal lagi kerana melibatkan satu kawasan di Baling sahaja, mungkin banjir kilat," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang persediaan kerajaan negeri berhubung persiapan membantu mangsa banjir di negeri ini.

Jabatan Meteorologi semalam mengeluarkan amaran hujan peringkat kuning yang boleh
mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berdekatan tebing sungai seperti di Yan, Sik dan Kuala Muda.

Azizan memberitahu, kerajaan negeri akan menubuhkan sekretariat bencana banjir di peringkat negeri sekiranya berlaku lebih daripada dua kawasan bencana di negeri ini.
"Sememangnya ada peruntukan kewangan untuk hadapi bencana negeri kalau ada bencana lebih daripada satu daerah banjir tetapi sekarang di Baling saja.

"Tetapi bila lebih daripada dua daerah sudah menjadi bencana di peringkat negeri dan tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah, kita akan tubuh sekretariat bencana dan semua agensi kerajaan akan berkerjasama.

"Sekarang kita tidak menubuhkan sekretariat lagi kerana banjir tersebut cuma di peringkat tempatan saja iaitu masalah kawasan bukan masalah negeri lagi," katanya lagi.

Menyentuh tentang mangsa ribut pula, kata Azizan setakat ini membabitkan lebih 338 buah rumah di seluruh negeri ini.

"Mereka yang terlibat sebanyak 225 buah rumah di Kota Setar, 13 buah (Kuala Muda), 18
buah (Pendang), 23 buah (Yan), 24 (Padang Terap) dan 35 (Kubang Pasu).

"Kesemua mangsa sudahpun mendapat bantuan lebih daripada RM200 bagi memperbaiki kerosakan yang terdiri daripada bumbung rumah masing-masing," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...