Pendedahan blog DAP Insider, di sini mengenai skandal terbaru Teresa Kok tidak begitu mengejutkan. Masakan beliau masih boleh menyalak beliau adalah jaguh di dalam anti korupsi, bersih dan berintigriti sedangkan beliau tidak lagi diberi kepercayaan oleh parti DAP dan PR untuk terus bertanding sebagai ADUN di dalam PRU-13 yang lepas.
Berdasarkan sumber blog di atas, penglibatan Teresa Kok di dalam amalan korupsi melibatkan 'proxy' beliau selama ini. TS Khalid telah membawa perkara ini ke pengetahuan pemimpin tertinggi DAP, dan perkara ini telah menyebabkan beliau tidak lagi dibenarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Amalan korupsi ini termasuklah satu projek yang bernilai RM1billion yang dianugerahkan kepada syarikat milik asing ke atas 2 lot tanah di Dengkil dan Kuala Kubu yang terletak di dalam daerah Sepang dan Hulu Langat.
Yayasan Selangor mempunyai 2 lot tanah, satu di Dengkil di bawah daerah Sepang dan satu lagi di Kuala Kubu Baru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil yang berkeluasan 15.17 ekar (PT 39693) telah disewakan kepada Sekolah Agama Rakyat dengan kadar sewaan RM25 ribu sebulan. Manakala tanah di Kuala Kubu Baru (PT 521) yang berkeluasan 40 hingga 50 ekar telah disewakan kepada Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menempatkan 2 kem dengan kadar sewaan RM700 ribu sebulan, yang mana merupakan penyumbang keuntungan kepada Yayasan Selangor.
Pada 14/12/2011, Yayasan Selangor telah menerima Surat Hasrat (Letter of Intent) daripada Goldsino Investment Development Limited yang berasal dari Zhuhai, China, untuk memulakan projek yang dikenali sebagai 'Solar Photovaltaic Power Plant' di atas kedua-dua tanah tersebut. Cadangan yang dikemukakan adalah menyewa kedua-dua lot tanah tersebut selama 25 tahun dan projek berkenaan dianggarkan bernilai RM1 billion. Dalam mesyuarat pengenalan, kedua-dua wakil daripada Goldsino Investment Development Limited telah memaklumkan bahawa mereka mengenali Teresa Kok.
Fakta yang menarik dicatatkan di dalam Surat Hasrat daripada Goldsino Investment Development Limited kepada Yayasan Selangor adalah kenyataan "We would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project (Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada Yayasan Selangor kerana menjemput pihak kami untuk terlibat dalam projek di atas)". Ini menunjukkan perbincangan awal telah dibuat di antara Teresa Kok dengan wakil daripada Goldsino Investment Development Limited (merujuk kepada Kok Chee Keong, Director of Goldsino Investment Development Limited (Malaysia)).
Lanjutan daripada itu, pada 19/12/2011, Hafidah Haron, Pemangku Pengurus Besar, Bahagian Harta dan Pembangunan di Yayasan Selangor telah mengeluarkan satu memo kepada Pegawai Undang-Undang Yayasan Selangor untuk melakukan semakan ke atas syarikat Goldsino Investment Development Limited. Pada 22/12/2011, Yayasan Selangor telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada Goldsino Investment Development Limited yang ditandatangani oleh Raja Amir Shah, Timbalan engurus Besar yang dilantik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pada 27/12/2011 pukul 10.00 pagi, Yayasan Selangor telah mengadakan mesyuarat dengan Goldsino Investment Development Limited, di Bangunan Yayasan Selangor. Seramai 8 orang pegawai telah mewakili Yayasan Selangor dan Kok Chee Keong secara perseorangan mewakili Goldsino Investment Limited. Memeorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MOU) telah dibincangkan untuk menangani isu berkaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Surat Hasrat telah diserahkan kepada Presiden, Goldsino Investment Development Limited dalam mesyuarat bertarikh 28/12/2011. Penyerahan Surat Hasrat dalam masa yang amat singkat telah membuktikan bahawa projek ini adalah berdasarkan Runding Terus (Direct Negotiation). Tiada tender terbuka diiklankan di dalam laman web Yayasan Selangor berkaitan dengan projek ini. Sehingga kini, tiada perbincangan lanjut telah dibuat berkaitan keuntungan yang dijana oleh Yayasan Selangor selepas kedua-dua tanah lot diserahkan kepada Goldsino Investment Development Limited.
Persoalannya, cadangan Projek Solar amat mustahil dan tidak masuk akal kerana Selangor tidak mempunyai masalah kekurangan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh TNB. Projek Rundingan terus juga adalah bercanggah dengan polisi PR berkaitan penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Apa kaitan Goldsino Investment Development Limited dengan Teresa Kok? Kok Chee Keong telah menyatakan bahawa beliau amat mengenali Teresa Kok dalam satu mesyuarat. Nantikan pendedahan seterusnya mengenai Cock dan Kok di dalam artikel seterusnya bersama dokumen sebagai bukti penyalahgunaan kuasa dan rasuah dilakukan oleh Teresa Kok.
Sumber: khairulryezal
Tuesday, February 11, 2014
Thursday, February 6, 2014
PAS TIDAK SUKA @Anwaribrahim TANDING DI KAJANG PULA UNTUK JADI MENTERI BESAR? @tantawi100
SHAH ALAM – Pas tetap konsisten dengan keputusannya menolak calon PKR di Dun Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,
Nasrudin Hassan berkata, isu pertukaran menteri besar Selangor adalah tidak berbangkit dan Pas merasakan tiada keperluan berbuat demikian.
"Keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat. Dalam erti kata lain, Pas tidak bersetuju menjadikan PRK Dun Kajang sebagai agenda menukar menteri besar Selangor.
"Itulah dua perkara besar yang telah diputuskan dan dikemukakan melalui kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Berasaskan keputusan ini, jelas Pas mempunyai pendirian tersendiri secara jamaei dan tidak mudah diseret ke tengah dan ke tepi," katanya dalam kenyataan, kelmarin.
Bagaimanapun, beliau berkata, Pas bersedia menghulurkan bantuan kepada PKR dalam PRK Kajang.
"Lajnah Politik Pas Pusat tidak membincangkan soal setuju atau tidak berhubung peletakan jawatan Adun Kajang kerana ia telah berlaku. Mahu tidak mahu, kerusi Dun Kajang telah berlaku kekosongan dan PRK akan diadakan.
"Kerusi itu milik PKR berdasarkan persefahaman sebelum ini, maka hak PKR untuk meletakkan calonnya. Manakala, fokus mesyuarat Lajnah Politik ialah menentukan sikap terhadap PRK Dun Kajang yang bakal diadakan kelak," katanya
SUMBER: Sinar Harian Online

PKR TERBUKTI GOYAH, KERAJAAN SELANGOR GOYAH, @Anwaribrahim RANCANG , @Rafiziramli KATA TIDAK PULA RANCANG
#PRKKajang [Video] Rafizi kata tak rancang, Anwar kata rancang #schizophrenic #amnesiac #geneticalLIAR
TIDAK DIRANCANG PULAK DAH? Ish, ish, ish - Pemimpin PR ni mungkin schizoprenic atau amnesiac atau genetically a liar..
TIDAK DIRANCANG PULAK DAH? Ish, ish, ish - Pemimpin PR ni mungkin schizoprenic atau amnesiac atau genetically a liar..
Sumber: TUNFAISAL
Tuesday, February 4, 2014
@anwaribrahim BERTANDING DIKAJANG, ADUN HUTAN MELINTANG LETAK JAWATAN @hairul_own @mbnizar @Zahid_Hamidi @TengkuadnanReal @Najibrazak
YB Kesavan Subramaniam menghantar surat kepada Speaker DUN Perak memberitahu bahawa ingin keluar daripada PKR menyebabkan bilangan kerusi Pakatan Rakyat berkurangan menjadi 27 berbanding 28 kerusi sebelum ini dan menguatkan lagi kedudukan Barisan Nasional dengan mendahului 31 Kerusi DUN Perak
1. Adakah surat ini lakonan semata-mata yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim?
2. Adakah Anwar Ibrahim akan cuba berpura-pura menyelamatkan Kerusi DUN tersebut?
3. Adakah Lakonan ini memang dirancang supaya mengalih pandangan umum terhadap kerusi panas Kajang dan memberikan ruang kepada Anwar Ibrahim untuk bersiap siaga menghadapi kerusi DUN Kajang?
4. Adakah ini muslihat Anwar Ibrahim akan menggunakan Tagline "Ini semua Agenda Barisan Nasional" supaya boleh menipu rakyat?
5. Adakah Kesavan akan menafikan surat tersebut dan kesemuanya adalah pengianayaan terhadap dirinya?
Kita tunggu dan lihat lakonan seterusnya
Tuesday, January 14, 2014
PEGAWAI @NajibRazak #SyokSendiri , @Ibdil #SyokSendiri ; APA KATA @NajibRazak dan @KhairyKJ ; JANGAN BUAT KAMI LENA DARI SOKONG KERAJAAN
Malu apabila isu kangkung digurau senda oleh pembangkang dan saban hari asyik terdengar isu kangkung dari suara anak muda dan sehinggakan semalam menerima persoalan pula daripada sekumpulan Pegawai Tadbir Diplomatik gelak ketawa apabila fenomema kangkung ini dijadikan bahan perbualan.
Apa nak jadi dengan Jentera Kerajaan Barisan Nasional ini, adakah tiada penelitian semula oleh YAB Perdana Menteri kita tentang Jentera maya untuk menjelaskan perkara sebenar?
Kita dapat lihat, Datuk Seri Najib dipetik berkata:
HM faham apabila Datuk Seri Najib hanya memberikan contoh sayur kangkung turun dan saya juga tidak faham apa yang dibuat oleh pegawai-pegawai media yang bekerja di dalam Pejabat Perdana Menteri adakah memberikan respon yang sebenar kepada YAB Perdana Menteri mengenai apa yang berlaku di Lapangan Media Baru? Adakah mereka tergamak dengan membuat laporan palsu kepada YAB Najib Razak tentang keadaan semasa?
Kita dapat lihat selepas pilihanraya ke 13, UMNO parti Melayu yang mentadbir negara bagaikan layu tak berkesudahan walaupun mereka telah menang pilihanraya umum ke 13. Pihak Pakatan Rakyat yang di dominasi DAP yang tewas semakin garang mengucar kacirkan UMNO terutamanya menjatuhkan kreabiliti Presiden UMNO Dato Sri Najib Tun Abdul Razak.
Semakin hari imej YAB Perdana Menteri semakin di perlekehkan oleh pihak Pakatan Rakyat yang mana beroperasi dengan pelbagai modus operandi antaranya isu kenaikkan harga barang dan juga perbelanjaan tinggi YAB PM. Pekara ini di lihat semakin menjadi jadi apabila YAB PM sendiri tidak mendengar dan mengetahui apa yang berlaku di bawah terutama keluh kesah rakyat dalam peningkatan kos sara hidup.
Imej YAB PM semakin tercalar akibat dari pihak Media Pejabat Perdana Menteri yang di lihat culas ataupun tidak melaporkan pekara yang sebenar tentang laporan yang di perolehi dari rakyat di lapangan dan dalam media sosial. Bertambah parah apabila pegawai PMO yang menjaga Facebook YAB PM telah melakukan satu persatu kesilapan dalam tugas mereka sehinggalah menyebabkan imej YAB PM terus di kecam oleh rakyat terutamanya pelayar Facebook.
YAB PM perlu melakukan sesuatu didalam memastikan perkara yang diperbetulkan segera agar jentera Maya disusun dengan lebih rapi supaya dapat menyeimbangi kedudukan dan memperjelaskan pelbagai isu yang saban hari menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Pemuda Malaysia, Saudara YB Khairy Jamaluddin perlu memanggil Ibdil selaku ketua Biro Media Baru dan memanggil pakar-pakar media baru Pro-Kerajaan supaya duduk bersama agar membuat perancangan yang tersusun rapi.
HM sebenarnya sudah muak untuk menasihatkan pemimpin ini dan janganlah sehingga HM juga menjadi seperti segelintir Bloggers yang sudah menghentam kerajaan kerana muak dengan sikap sambil lewa daripada Pemimpin atasan dan jika tiada apa-apa yang berlaku, Kerajaan Barisan Nasional mungkin akan ketandusan pada PRU 14 dan hanyalah Syok Sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata-kata Ungku Aziz bahawa "pucuknya angkuh memanjat ke langit tetapi tak sedar akar terendam di dalam parit"
Mari kita dengar tazkirah #SyokSendiri dari Ust. Kazim Elias.

KENYATAAN JELAS BAHAWA DATUK SERI NAJIB MENEGASKAN BAHAWA ADA BARANG YANG SUDAH DITURUNKAN HARGA DAN RAKYAT PERLU ADIL DALAM MENYOKONG KERAJAAN KERANA PELBAGAI INISIATIF UNTUK RINGANKAN BEBAN DAN BANTU RAKYAT

Sunday, January 12, 2014
@hajihusammusa BUAT ONAR BUNUH PAKATAN DI PUTRAJAYA @tengkuadnanreal @NajibRazak
Pelbagai perkara yang disentuhkan oleh Husam Musa didalam jemputan minum petang di Medan selera presint 9. HM menjangkakan ramai akan menghadiri jemputan beliau yang berada di Putrajaya. Alangkah terkejutnya apabila hanya beberapa kerat yang xsampai mencecah 25orang yang hadir dan itupun secara luarannya adalah pengundi luar Putrajaya.
Ucapannya yang melambangkan seperti tiada membaca secara holistik tentang kebajikan orang orang di Putrajaya. Sekali lagi Husam Musa ungkapkan tentang perjumpaanya bersama Tan Sri Aseh tentang isu permasalahan seperti tempat letak kereta dan pengangkutan walhal kita ketahui tiada tindakan lanjut Husam Musa berjumpa utk kali kedua bersama Tan Sri Aseh untuk menanyakan apakah perkara yang dibangkitkan selsai?
Dan terbukti bahawa Husam Musa 'kaki bohong' kerana lansung tiada dalam ucapannya untuk menjelaskan tentang perkembangan perkara yang disoalkan kepada Perbadanan Putrajaya pada bulan Mei 2013 yang lepas. Yang peliknya, tahukah bahawa sekolah bercirikan Agama Islam sudah ada di presint 9 dan mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dan perkembangan ini memang telah ada di dalam perancangan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini melalui YB Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya. Husam Musa terlupa angkara ketaksuban untuk menipu rakyat dengan berselindung disebalik Agama dengan mencadangkan Bina Sekolah Agama adalah idea lapuk Calon PAS dan sebab itulah Husam Musa kalah pada PRU13 yang lepas.
Husam Musa sekali lagi memburukan keadaan didalam penjelasan GST dan HM merasakan bahawa Husam Musa memang tidak faham tentang GST kerana merasakan rakyat akan terbeban akibat GST. Adakah Husam Musa faham tentang Cukai Jualan dan Perkhidmatan dihapuskan? Jika tidak faham, mohonlah pergi berjumpa dengan mana-mana pegawai Jabatan di putrajaya itu untuk mendengar penjelasan tentang GST dan sebarkan maklumat tentang GST yang sebenar supaya tidak jatuh fitnah.
Isu tuduhan yang ditaburi yang menyebabkan kekalahan besar majoriti adalah disebabkan oleh jerat yang dipasang oleh Husam Musa memakan diri sendiri apabila membayar rasuah kepada pengundi melalui poskan sepucuk surat mengandungi duit dan cuba membuat idea-idea pelik sehingga menyebabkan bahawa pengundi menyampah untuk mengundi beliau sehinggakan tidak terpilih dalam mengekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Isu Hardrock cafe juga diulas tanpa memahami dalam pernolakkan jelas daripada Rakyat Putrajaya yang dinyatakan oleh YB Menteri, Tengku Adnan Tengku Mansor sehinggakan betapa kritikan sinis kepada pelabur Hard Rock Cafe perlu dibuka dengan elemen terapan nasyid serta tanpa alkohol tetapi Husam Musa memutarbelit apa yang dikatakan oleh YB Menteri seperti orang yang mengulas ini gagal memahami bahasa melayu dan keadaan apa yang berlaku di Putrajaya.
Sebagai orang kuat PAS Husam Musa kesilapan sekali lagi bahawa hanya mementingkan kenegerian kelantan sedangkan putrajaya dipenuhi oleh dari seluruh pelusuk negara. Kelantan juga tidak dinafikan diantara paling ramai di Putrajaya tetapi janganlah lupa pengundi yang berasal dari negeri lain dan ini juga kenyataan yang akan merencatkan lagi pengundi Putrajaya mengundi PAS pada PRU14.
Kenyataannya juga tidak senada dengan pemimpin PKR yang mengadakan demonstrasi pada awal tahun ini sedangkan PKR ingin menggulingkan kerajaan.Ini bermakna Husam Musa bukanlah pemimpin sejati yang perlu diangkat lagi kerana dialah yang paling kuat menipu rakyat dan terbukti sehingga sampai sekarang beliau tidak ingin berjumpa dan menyelesaikan masalah projek-projek terbengkalai di Kelantan tetapi isu diputrajaya pula ingin diselesaikan.
Saturday, January 4, 2014
#HARDROCKCAFE @TanSriAseh MAMPU ROSAKKAN SEJARAH DAN CEMARKAN PUTRAJAYA @tengkuadnanreal @NajibRazak
Lagi sekali Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya dikejutkan oleh Presiden Putrajaya Tan Sri Aseh dengan membawa imej barat dengan alasan hanya untuk menarik pembawa motor-motor besar untuk datang ke Putrajaya.
Dan sudah tentulah tempat ini juga akan menjadi satu tarikan golongan berada atasan serta golongan istana untuk berada di putrajaya dan itulah hiburan yang semata-mata dibangga-bangga oleh golongan atasan sedangkan merobek hati-hati golongan marhaen yang kebanyakkan hanya golongan bawahan seperti HM menduduki di Kuarters Kerajaan.
Adakah perkara ini turut akan terkena tempias kepada komuniti Putrajaya yang ramainya adalah golongan pekerja kerajaan yang berkeluarga yang juga mempunyai anak-anak kecil yang baru meningkat naik? Adakah komuniti bersetuju dengan Cadangan ini bagi memperkemaskan lagi Putrajaya sedangkan kita tahu bahawa Putrajaya yang mencerminkan lambang keislaman yang juga dibawa oleh oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad? Adakah Presiden Putrajaya lupa tentang ketamadunan Keislaman Putrajaya dibina dengan bermula dengan Masjid Putra?
HM berasa amat hairan dengan sikap Presiden Putrajaya yang tidak menghiraukan perasaan komuniti sehinggakan cadangan ini diwarwarkan di Facebook dengan membuat sesi lawatan tapak di presint 3 di Menara Ikhlas tanpa dibawa berbincang dengan komuniti setempat dahulu tentang implikasi terhadap pembangunan belia dan anak -anak muda di Putrajaya.
Dengan bangganya pengumuman dibuat berhadapan dengan media oleh Presiden Perbadanan sendiri tentang pembukaan Hard Rock Cafe yang tidak sampai 3bulan juga jelas mampu menarik golongan-golongan yang meminum arak dan mampu menarik ke lembah maksiat di Putrajaya dan akhirnya Putrajaya jatuh sebagai lembah maksiat.
Ini juga akan merosakkan nama baik Menteri Wilayah yang juga Ahli Parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang banyak menekankan tentang Tamadunan Keislaman perlu dibentuk di Putrajaya tetapi akibat Hard Rock Café ini mampu menjejaskan segala perjuangan keIslaman yang kita bawa sebelum ini.
HM tidak menyangka Presiden Putrajaya tidak faham tentang sejarah Putrajaya adalah ini pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua. Atau dengan menukarkan logo Perbadanan sebelum ini Adakah Presiden Putrajaya ingin membuat sejarah baru dengan mengepikan Matlamat Tun Dr.Mahathir Mohammad didalam membina Tamadunan Islam di Putrajaya?
Putrajaya juga mempunyai komposisi penduduk hampir 95% diduduki oleh orang melayu, dahulu dizaman penjajah orang british tidak menghormati adat dan istiadat orang melayu Islam dan pada kali ini orang melayu sendiri dilihat menderhaka terhadap adat dan budaya orang Melayu Islam . Apakah Presiden Putrajaya tahu tentang ketamadunan yang diimpikan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang meningkatkan darjat orang melayu dengan pembinaan Putrajaya dengan penuh dengan ciri-ciri imej dan adat-adat melayu dan kesenian Islam tanpa dicemari dengan budaya-budaya barat? Mohon fikirkan bersama.
HM bersama-sama dengan seluruh pemimpin komuniti menolak dengan cadangan untuk Hard Rock Cafe ini di Putrajaya. HM akan membuatkan sehingga perkara ini dibatalkan secepat yang mungkin. HM tiada masalah jika Hard Rock Cafe dibuka di Cyberjaya kerana penghuninya ramai orang asing dan bukan ditempat orang Melayu dan penganut Islam. Budaya hiburan Muzik tanpa batas dan terkinja -kinja dalam cafe dan dipenuhi minuman keras serta disajikan dengan artis yang terpekik terlolong itu bukanlah adat melayu dan mampu menambah gejala kemaksiatan di Putrajaya.
HM menyatakan bahawa jika benar Presiden Putrajaya ingin menarik lebih ramai pelancong lebih banyak; gunakanlah pegawai-pegawai bijak pandai didalam perbadanan dan pastikan sentiasa berbincang bersama komuniti bagi mewujudkan pelbagai aktiviti mampu dibuat supaya pelancong bertambah ke Putrajaya dan bukan hanya Hard Rock Cafe sebagai pilihan utama.
HM yakin bahawa Tan Sri Aseh mampu membuat keputusan yang bijak dan janganlah disebabkan ingin menarik kekayaan Perbadanan dan menarik golongan-golongan berada dan atasan ke putrajaya, Tan Sri Aseh merosakkan ketamadunan Melayu Islam yang dicipta oleh pemimpin sebelum ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)