Thursday, May 22, 2014

DAP: @Dyanasmd DIPERALAT RAIH UNDI MELAYU #prutelukintan @p076telukintan #mohpilihmah #jomundimah

Seperti yang telah dijangka Dyana dipergunakan untuk menarik pengundi Melayu terutamanya dari golongan PAS yang boleh dikatakan majoriti tidak menyokong calon DAP di Parlimen PRU 13 sebelum ini di kawasan Changkat Jong walaupun memenangi parlimen.
Perkara ini sudah lama dijangka oleh HM bahawa target sasaran dengan membawa seorsng gadis yang kononnya molek dibawa kehulu ke hilir untuk mempergoda pengu di-pengundi PAS khususnya abang-abang veteran kita di Kawasan Changkat jong terutamanya.
Veteran DAP Teluk Intan ditolak begitu sahaja asalkan dapat menarik pengundi menyokong. PAS Teluk Intan pula dipergulakan dengan wajah comel Dyana supaya meraih undi melayu. Alangkah buruknya perangai Lim Kit Siang dalam memperoleh kemenangan tanpa memikirkan kebajikan yang sepatutnya difikirkan sebaik mungkin untuk rakyat. Dari raut wajah Lil Kit Siang telah membuktikan bahawa beliau masih bersikap rasis. Biarlah susah mana pon,semua cara dihalalkan supaya dapat menguasai Teluk Intan.
HM HARAPKAN JANGANLAH TERTIPU SUPAYA KEBAJIKAN KITA TERBELA. SOKONG MAH SIEW KEONG..

Wednesday, May 21, 2014

ALUMNI TOLAK DYANA GUNA UITM SEBAGAI ISU POLITIK RAIH UNDI #Jompilihmah #prktelukintan @P076TelukIntan #telukintan

Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) mempersoalkan mengapakah Dyana Sofea, calon DAP Teluk Intan ini mengelirukan rakyat atas sebab-sebab kepentingan politik beliau mengenai UITM.
Presiden PIMPIN , Saudara Saiful Azhar menyatakan bahawa  senagai graduan yang ditauliahkan sarjana muda pengkhususan undang-undang dari UITM, Dyana perlu jelaskan dan mencerahkan sebaik mungkin kepada rakyat mengenai Universiti Teknologi MARA adalah khas golongan bumiputera dan ia terbentuk melalui kontrak sosial.
Dyana sepatutnya tidak boleh berasa bersalah dan segan silu menyatakan kenyataan itu pada bukan bumiputera kerana ini telah dibincang dan keputusan yang dipersetujui dahulu oleh pemimpin terdahulu.
Saiful yakin bahawa kesemua Alumni telah faham secara asasnya tentang sejarah UITM dan hanya memeperolok-olokkan sejarah dengan cuba mengubah sejarah bagi kepentingan politik meraih undi india dan cina.
"Pokoknya, Dyana tahu, faham dan jelas tetapi masih mahu menjadikan UiTM sebagai lauk  di pentas politik parti pilihannya," katanya.
Tambah beliau lagi, usaha mempertahankan UITM sebagai tunjang utama melahirkan bumiputera yang berdaya saing dan telah terbukti ramai Alumni UITM telah menjadi teknokrat dan profesional. UITM bukan sahaja dipertahankan oleh ahli politik sahaja malah kesemua organisasi wajib mempertahankannya.
Dyana telah lupa jasa orang terdahulu dan mana mungkin kejayaan mempertahankan oleh pemimpin terdahulu memberikan ruang hasil kejayaan dyana menjadi seorang graduan daripada UITM. Jikalau dyana bukan graduan dan hasil didikan UITM belum tentu diberikan layanan dan kedudukan istimewa didalam DAP sebagai calon pada hari ini.
Saiful menegaskan UITM tidak seharusnya dijadikan isu dalam mana-mana pentas sekiranya semangat Perlembagaan Persekutuan dijunjung tinggi tanpa prejudis dan prasangka.
"Pemain-pemain politik seharusnya menggunakan pentas kempen sebagai medan memperkasa kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi menyebarkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat," katanya.

BLACKOPSS DAP TERKANTOI SALAHKAN BN #PrkTelukintan @P076Telukintan @tengkuadnanreal

Apalah nasib Barisan Nasional yang sentiasa dipersalahkan apabila kebanyakkan BlackOpss yang dibuat-buat oleh DAP bagi merosakkan keutuhan pengundi-pengundi Barisan Nasional dan atas pagar.

Adakah patut mainan mereka ini dalam meraih undi dengan cara menipu. Dyana kononnya dihalau oleh seorang pemuda yang memakai  topi Barisan Nasional yang berjerami. Untuk pengetahuan semua,topi yang dipakai hanyalah VIP dan kenamaan. Orang biasa akan memakai topi biru barisan nasional. Nampak mainan yang dimainkan oleh DAP dan HM hanyalah memerhati dari luar.

Ini semua adalah mainan DAP meraih sokongan pengundi PAS. Itulah target sasaran mereka membantu Dyana memperoleh pengundi PAS. HM rasa tidak mustahil bahawa dyana akan menyusun ucapan-ucapannya dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional menolak dan menghalau calon daripada mendekati rakyat. Dia juga akan mengutuk cara pemuda itu dan menyatakan bahawa Barisan Nasional sudah takut dengan kehadiran calon DAP.

ITULAH CARA PEMBANGKANG MENIPU RAKYAT DALAM MENGHALALKAN CARA MENDAPATKAN UNDI RAKYAT.



PENGUNDI DAP TUKAR ANGIN SOKONG MAH #prktelukintan @P076TelukIntan

Biar pengundi menilai

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN OLEH PENGUNDI #PrkTelukIntan @P076TelukIntan & PERLU TAHU


Mah Siew Keong, seorang peguam yang berusia 53 tahun. Beliau tamat pelajaran sekolah rendah dan menengah di Sekolah Horley Methodist Teluk Intan. Sejurus itu, beliau melanjutkan pelajaran ke London University, England dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian B.Sc. (Hons). Seterusnya, beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan MBA daripada City University London dan Ijazah Muda Undang-Undang LLB (Hons) dengan kepujian daripada East London University.

Perjalanan politik Mah Siew Keong:
• 1995 dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Hilir Perak mewakili Parti Gerakan
• 1995 terpilih sebagai ADUN Pasir Bedamar dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
• 1999 terpilih sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan dalam PRU
• 2004 berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dalam PRU dan dilantik sebagai
  Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
• 2006 bertukar portfolio kabinet dan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan Menteri
  Pertanian dan Industri Asas Tani
• 2013 terpilih sebagai Presiden Nasional Parti Gerakan

Mah Siew Keong gigih berkhidmat untuk rakyat tanpa mengenal penat lelah. Beliau giat berjuang untuk mendapatkan peruntukan kerajaan yang berjumlah puluhan juta ringgit bagi tujuan pembinaan benteng yang menjangkau 10km di sepanjang Sungai Perak dan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang telahpun lama membelenggui penduduk setempat. Ketika beliau menjawat sebagai Timbalan Menteri, Mah Siew Keong juga komited dalam mengembangkan sektor perindustrian dan perdagangan, pembangunan tempatan dan infrastruktur Teluk Intan. Beliau juga berjuang untuk mendapatkan peruntukan bagi pendidikan, tokong dan persatuan-persatuan.

Beliau juga aktif menceburi diri dalam aktiviti-aktiviti persatuan tempatan dan pertubuhan amal di mana beliau turut berperanan sebagai penasihat kepada banyak organisasi setempat dan sentiasa aktif memberi sumbangan dan idea yang bernas seperti:
• Menubuh pusat dialisis di Perak atas kerjasama dengan pertubuhan tempatan
Berjaya mendapatkan 153 geran kawasan pertanian bagi penduduk Kampung Sungai Suli

• Memberi peruntukan untuk penubuhan Yayasan Perubatan Chung-Hua Hilir Perak
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembukaan kolej komuniti di Teluk Intan
• Berjaya mendapat kelulusan untuk pembinaan terminal bas di Bandar Baru Teluk Intan
• Menyokong secara aktif dan memberi peruntukan kepada usaha pembinaan sebuah krematorium Cina
  Hilir Perak
• Mengatur supaya Yayasan Datin Seri Ting Sui Ngit memberikan peruntukan sebanyak RM20 ribu dan
  RM100 ribu kepada Che Phong Khor Moral Uplifting Association dan Persatuan Kebajikan Dialisis Hilir
  Perak secara berasingan.

Biarpun Mah Siew Keong tewas dalam PRU tahun 2008 dan 2013, namun beliau tetap mengambil berat terhadap kebajikan penduduk Teluk Intan dan berhasrat untuk terus berkhidmat kepada penduduk tempatan.
Selain daripada berpengalaman, berdedikasi dan komited, beliau juga merupakan seorang penduduk Teluk Intan yang menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat tempatan. Marilah kita mengundi Mah Siew Keong untuk membolehkan beliau dipilih sebagai wakil rakyat dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Teluk Intan serta membawakan arus pembangunan, kemajuan dan kemakmuran kepada negeri Perak dan Teluk Intan sehingga membolehkan Teluk Intan muncul sebagai salah sebuah bandar yang pesat membangun dengan prospek kemajuan yang amat cerah dalam negeri.

AMARAN CINA PASIR BEDAMAR SOKONG MAH TOLAK @dyanasmd @P076TelukIntan #PRKTelukIntan


Pengundi Cina tidak menolak dakwaan bahawa pada kali ini bukan pemilihan parti Barisan Nasional atau DAP tetapiyang mereka mahukan adalah wakil rakyat yang berbangsa cina yang lahir dan berasal daripada Teluk Intan.

Meskipun kita dapat melihat bahawa 7,313 undi majoriti yang diperoleh DAP pada PRU-13 menjadi sesuatu halangan yang besar buat Barisan Nasional atas alasan pengundi cina terdesak pada waktu itu yang termakan janji DAP yang inginkan perubahan, tetapi sekian lama DAP memegang tampuk tempoh selepas PRU lansung tiada membawa perubahan oleh Calon DAP Seah Leong Peng sebelum ini.

DAP Teluk Intan juga nampak goyah apabila tidak dapat meletakkan calon tempatan menyebabkan pengundi cina banyak menyesal diatas perbuatan Lim Kit Siang dengan meletakkan calon Melayu bukan tempatan atas sebab untuk menarik pengundi PAS dan atas pagar melayu semata-mata dan bukan untuk membantu dan menjaga kebajikan orang Teluk Intan khususnya di Pasir Bedamar.

Sentiman Perkauman ini bukanlah HM ingin dijelaskan, tetapi atas kajian HM sendiri melalui perjumpaan dengan rakan-rakan HM sendiri disini. Pasir Bedamar bukanlah tempat asing bagi HM kerana inilah tempat kelahiran HM dan HM tahu apa hasrat hati naluri pengundi-pengundi di sini.

Mereka mahukan kebajikan mereka terbela kerana disini ramainya adalah golongan sederhana dan nelayan serta bekerja kampung. Sejarah telah membuktikan bahawa jika DAP tidak meletakkan calon tempatan, jika mereka menang, mereka akan tinggalkan tempat itu seperti Lim Kit Siang yang bertanding di Ipoh Timor sebelum ini pada PRU 13 dan meloncat pada PRU 14 ke Gelang Patah atas sebab dia telah tahu bahawa Pengundi di Ipoh Timor tidak akan memberikan sokongan kepada Lim Kit Siang kerana kebajikan mereka tidak terbela dan Senario ini akan berlaku jika DAP menang

Setiap kali Dyana turun, kita dapat lihat kelibat Lim Kit Siang membayangi Dyana, ini menunjukkan bahawa Dyana tiada kredibiliti untuk bergerak sendiri sebagai wakil rakyat. Percayalah bahawa Wakil Rakyat perlu mampu berdiri di kaki mereka sendiri dalam menjalankan amanah dan kebajikan Rakyat. Mah Siew Keong , 52, anak tempatan dan mantan Ahli Parlimen Teluk Intan (1999-2008), dianggap sebagai pilihan terbaik BN bagi pengundi cina di Pasir Bedamar kerana mereka amat perlukan wakil tempatan untuk menjaga mereka.



Tuesday, May 20, 2014

PKR GOYANG RUSUHAN AHLI PARTI ISU PEMILIHAN

Sudah berlaku rusuhan dihadapan Pejabat Ibu pejabat PKR yang menyatakan bahawa Azmin dan Zuraidah telah melanggar disiplin Parti.

Apakah Anwar Ibrahim akan meleraikan apa yang berlaku ini dengan perhimpunan kecil yang menunjukkan bahawa keretakkan akibat pemilihan yang tidak adil dalam parti sehingga ramai yang bermusuhan. Saiful Nasution juga turut dicadangkan pecat kerana mengkritik secara terbuka terhadap Azmin Ali dan Khalid Ibrahim.

Adakah ini contoh pemimpin negara jika isu dalaman pun tidak terurus. Apakah PAS akan bertolak ansur dalam kesepakatan ini apabila melihat Parti yang disanjung sebagai rakan dalam pakatan itu mempunyai ketelusan dan membawa nama 'keadilan' adil dalam parti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...