Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN) mempersoalkan mengapakah Dyana Sofea, calon DAP Teluk Intan ini mengelirukan rakyat atas sebab-sebab kepentingan politik beliau mengenai UITM.
Presiden PIMPIN , Saudara Saiful Azhar menyatakan bahawa senagai graduan yang ditauliahkan sarjana muda pengkhususan undang-undang dari UITM, Dyana perlu jelaskan dan mencerahkan sebaik mungkin kepada rakyat mengenai Universiti Teknologi MARA adalah khas golongan bumiputera dan ia terbentuk melalui kontrak sosial.
Dyana sepatutnya tidak boleh berasa bersalah dan segan silu menyatakan kenyataan itu pada bukan bumiputera kerana ini telah dibincang dan keputusan yang dipersetujui dahulu oleh pemimpin terdahulu.
Saiful yakin bahawa kesemua Alumni telah faham secara asasnya tentang sejarah UITM dan hanya memeperolok-olokkan sejarah dengan cuba mengubah sejarah bagi kepentingan politik meraih undi india dan cina.
"Pokoknya, Dyana tahu, faham dan jelas tetapi masih mahu menjadikan UiTM sebagai lauk di pentas politik parti pilihannya," katanya.
Tambah beliau lagi, usaha mempertahankan UITM sebagai tunjang utama melahirkan bumiputera yang berdaya saing dan telah terbukti ramai Alumni UITM telah menjadi teknokrat dan profesional. UITM bukan sahaja dipertahankan oleh ahli politik sahaja malah kesemua organisasi wajib mempertahankannya.
Dyana telah lupa jasa orang terdahulu dan mana mungkin kejayaan mempertahankan oleh pemimpin terdahulu memberikan ruang hasil kejayaan dyana menjadi seorang graduan daripada UITM. Jikalau dyana bukan graduan dan hasil didikan UITM belum tentu diberikan layanan dan kedudukan istimewa didalam DAP sebagai calon pada hari ini.
Saiful menegaskan UITM tidak seharusnya dijadikan isu dalam mana-mana pentas sekiranya semangat Perlembagaan Persekutuan dijunjung tinggi tanpa prejudis dan prasangka.
"Pemain-pemain politik seharusnya menggunakan pentas kempen sebagai medan memperkasa kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi menyebarkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat," katanya.
No comments:
Post a Comment